Seseorang yang sentiasa TERSENYUM RIANG dihadapanmu, ketahuilah...kadangkala dia sering MENYAPU AIR MATANYA tatkala sendirian
Seseorang yang sentiasa MENYUNTIK KATA-KATA SEMANGAT dan PERANGSANG kepadamu, ketahuilah...kadangkala saat itu dia sedang menyulam hatinya yang RETAK SERIBU
" bersabar dan bertabahlah wahai diri, hebat manapun dugaan pasti terselit kemudahan.
kita bukan hebat mengubat kedukaan, tapi Allah SWT tak pernah membiarkan. Dia yang maha hebat
merawat duka nestapa dan kelukaan kerana padaNYA ada penyembuh segala penyakit kedukaan " =')
Source: FB
Note: Senyum...tak perlu kata apa². Memang ada benarnya.
Bukan untuk hari ini jer, tapi doa harian. Doaku untuk kamu juga. Salam pagi Khamis semua. Semoga hari ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Seharian tak bersiaran smalam. Macam biasa...masalah internet connection yang tak berkesudahan...hurmmmm...Kejap lagi daku terjah rumah kalians yer.
Note: Panas betul cuaca skang nih. Even dah pukul 7.00 pm pon masik terik lagi. Aircond keta lagi lah tak berapa nak rasa sejuknya. Tu baru rasa panas didunia, belum rasa panas api neraka lagi. Ya! allah...
MANUSIA seperti SEBUAH BUKU..
MUKA DEPAN adalah TARIKH LAHIR..
MUKA BELAKANG adalah saat KEMATIAN..
TIAP-TIAP LEMBARAN adalah TIAP-TIAP HARI dlm KEHIDUPAN yg kita lakukan..
SEKALI TERTULIS, tidak akan boleh diubah semula..
TETAPI, seburuk manapun halaman sebelumnya, masih TERSEDIA halaman selanjutnya yg PUTIH dan BERSIH
Note: Dugaan yang tak berkesudahan. Semalam tayar keta pancit...dushhhhhh...
Sesungguhnya redha dan ikhlas itu amat payah, tapi bila meletakkan separuh keyakinan pada allah swt...pasti takkan ada kegusaran lagi.
Note: Perkara yang sangat² rumit untuk dilakukan. Bukan mudah nak memujuk hati supaya redha dan ikhlas atas apa yang berlaku. Hanya yang pernah merasai jer yang tahu betapa perit nak menghadapinya. Balasan Allah itu pasti. Kalau bukan didunia...diakhirat nanti.
Tika dan saat ini, nafsu aku adalah...
makan...
makan...
makan...
dan makannnnnnn...
Alahai...nak masuk 9 bulan ni asyik nak makan jer kerjanya. Nak kena ada benda untuk di kunyah. Baru jer lepas makan...nak makan lagi. Pagi...tengah hari...petamg...malam...tengah malam...kelaparan jer rasa. Last timbang 55kg. Minggu depan tak tau berapa kg plak naik.
Kadang-kadang kita berdoa untuk KUAT
tapi,banyak pula DUGAAN yang datang...
Kadang-kadang kita minta CERDIK
tapi, MASALAH pula yang bertandang...
Kadang-kadang kita minta KEBAHAGIAAN
Tetapi, HURU-HARA pula menjelang...
DUGAAN menjadikan mental kita KUAT
MASALAH menjadikan kita BERFIKIR
HURU-HARA menjadikan kita TABAH...
Subhanallah! betapa hebatnya Allah! Semua aturannya ada hikmah tersembunyi
Spontaneous Thursday # 13 - Kita Hanya Merancang, Tapi DIA adalah Perancang Terbaik
Aku Thursday, February 23, 2012Saya sedang mengandung anak ke 3, dan usia kandungan nak masuk 7 Bulan. Dapat tau pregnant masa usia kandungan nak masuk 5 Bulan. Speechless jap masa dr. bagitau. Alhamdulillah baby sihat sempurna dan cukup sifat even tak makan supplement dlm tempoh 5 bulan tu. Baby kuat dan bersemangat macam ibu dia gak.
Nota: Pada yang bertanya kat SINI, ini lah jawapannya. Nantikan entry seterusnya ☺☺, busy plak pepagi nih.
- Hipokrit orang yang suruh orang buat baik tapi dia yg buat jahat -
- Hipokrit ialah orang yang berpura-pura berperangai baik, memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, Munafik. Betapa kejinya hipokrit sehingga disamakan dengan Munafik. Yang bezanya ialah Munafik sering dikaitkan dengan agama manakala Hipokrit dari segi Perbuatan Seharian -
Kenapa perlu hipokrit? Untuk menjaga hati orang lain? Untuk mengambil kesempatan? Untuk menagih simpati? Hanya DIA saja yang tahu.
Yang pastinya, aku benci golongan HIPOKRIT nih.