Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Solid Food. Show all posts
Showing posts with label Solid Food. Show all posts

Semangat kau nyah, Bila anak dah start makan, kau tak boleh nak malas-malas. Walaupon kau rasa malas nak buat makanan anak ni... hahaha... ...

Solid Food For My Baby | Stock Puree

Semangat kau nyah, Bila anak dah start makan, kau tak boleh nak malas-malas. Walaupon kau rasa malas nak buat makanan anak ni... hahaha... Perasaan jer malas. Tapi rajin sebenarnya. Bila dah jadi Mak/Ibu/Mommy memang kau kena buang perasaan malas tu. Lebih-lebih lagi bila anak kau yang paling kecik ni dah start makan. Anak yang besar-besar ni tak kisah sangat, Apa yang kau masak diorang akan makan. Yang baby ni kau kena lah sediakan dan masak kan makanan yang sesuai untuk dia makan kan. Haaaa... introduce kemahen panjang lagi. Dah... straight to the story.

Sumber: Fabulous Mom

Weekend haritu buat stock puree untuk Harraz. Beli bahan makanan nya dah lama. Tapi weekend baru ni start buat sebab nak tunggu  Baby Food Freezer Cubes. Semangat tak semangat lah kau kan. Senang sikit kalau ada baby food freezer cubes ni. Setakat baby bullet storage cup yang ada 6 ketul tu mana cukup. Nak buat stock untuk seminggu kenalah ada baby food freezer cubes ni banyak sikit kan. Kebetulan Fabulous Mom tengah buat sale. Apalagi.... Beli 2 bekas terus brand [TREENIE - BREASTMILK & BABY FOOD FREEZER CUBES].


Ok... Bekas pon dah ada. Boleh lah kita buat stock Puree. Aku buat 2 jenis puree. Puree sayur... Carrot dengan Sweet Potato-Red. Dengan Puree Buah... Apple Red Delicious and Pear Forella. Aku steam semua sayur and buah-buah nih. Kalau rebus takut khasiat nya dah kurang. Jadi... Kita steam saja.


Dah lembut semua buah dengan sayur nih, kita blend lah dan letak terus dalam bekas baby food freezer cubes ni. Nak tau tak, buah Pear Forella ni tersangat lah sedap. Manis sangat. Pear kan ada banyak jenis. Tapi kalau korang nak buat puree pear, better beli yang jenama forella nih. Aku selalu beli pear yang biasa tu jer. 1st time beli pear forella nih. Memang sesuai sangat untuk buat puree sebab rasanya yang manis.

Nanti nak try bagi Avocado plak. Harga Avocado pon boleh tahan jugak kan. Pisang pon tak try bagi lagi nih. Asal beli pisang jer Abang-abang dengan kakak yang habiskan. Tak sempat nak bagi Harraz makan. Untuk bubur nasi memang aku masak fresh. 15 minit jer pakai Noxxa pressure cooker. Nanti campur jer dengan puree ni. Next project nak buat serbuk bilis dan bone broth. Harap-harap kerajinan ibu kau ni berterusan lah yer nakkk 😎😎

Note: Kena cari resipi untuk makanan baby plak nih. 



Curlass kau jah, Nak bagi anak makan pon nak kena ada kelengkapannya yerp. Kalau tak der tak boleh ker? Alaaaa... Kalau tak der pon tak per...

Solid Food For Baby | Kelengkapan Yang Perlu Disediakan

Curlass kau jah, Nak bagi anak makan pon nak kena ada kelengkapannya yerp. Kalau tak der tak boleh ker? Alaaaa... Kalau tak der pon tak per sebenarnya. Orang over memang cenggini... Hehehe... Semua ibu² memang over kalau bab anak ni kan. Ok.. Meh check it out apa peralatan yang kau kena ada.


Ini lah antara gadjet² yang kau kena ada kalau nak prepare solid food for your baby. Hover sangat kau kan. Kata nak masak sendiri. Ada yang tak kenal lagi ker gadjet² ni? Ok lah.. untuk ibu² yang baru nak introduce solid food tu, meh nak bagitau.

1) PRESSURE COOKER

Apa funtion pressure cooker ni? Erkkkk... takkan lah tak tau. Kan senang nak masak bubur. Tak payah nak masak atas dapur dan tak payah nak tunggu lama. Dengan pressure cooker, sekejapan jer bubur kau dah masak. Kemahen beso lagi pressure cooker kau kan #makanakempat. Tak sia² aku beli pressure cooker NOXXA ni tau. 15 minit jer nak masak bubur anak nanti. Kalau tak der budget, korang beli lah pressure cooker yang mampu milik ok. Banyak dah yang  murah². 

2)  BABY FOOD PROCESSOR

Ini pon kena ada. Takkan kau nak blender makanan anak pakai kau punya blender bawang, cili dan yang sewaktu dengannya kan. Sian kat anak nanti. Bukan rasa bubur. Tapi rasa bawang, cili, halia suma ada. Baby food processor jenama Baby Bullet ni aku beli tahun 2012. Tapi tak pakai² sebab malas nak keluarkan dari kotak. Boleh gittew. Tahun 2016 baru terhegeh² nak rasmikan. Nasib masih function lagi. Kalau tak mau #nangistepibucukatil. Kalau korang ada budget lebih, boleh jugak beli baby food processor macam nih:


Teringin gak nak grab salah satu nih. All in one... Food Steamer and Processor. Tak payah susah². Kau steam jer dalam tu pastu terus blend. Tapi tu lah. Dah beli Baby Bullet. Takkan kau nak membeli lagi. Nafsu tu wei. 

3) WARMER

Yang ni senang kalau nak panaskan makanan baby. Tapi kalau dah frozen, silalah defrost dulu yerp. Kalau kau rajin, boleh jer panaskan atas dapur. Tapi aku ni jenis pelupa. Mau hangus dibuatnya nanti. Nak selamat, pakai warmer jer lah. Lepas tu nak memudah kan kerja pengasuh nak memanaskan makanan baby, Tak der lah dia merungut sebab kau memudahkan kerja dia.

4) STORAGE CUP/TRAY

Yang aku punya ni memang dapat satu set masa beli Baby Bullet dulu. Yang bestnya storage tray ni, ada tarikh kat bahagian atas tu. Kau boleh laraskan date bila kau buat puree. Macam nih:


Puree Apple, Pear, Carrot and Sweet Potato untuk Harraz

Jadinya tak der lah kau lupa frozen puree kau dah berapa hari. Kalau nak tahu, Puree di chiller tahan 48 jam dan kalau di freezer tahan 4 bulan. Haaa... Nanti aku share pasal solid food plak yerp. 

5) FOOD JAR/FOOD CONTAINER


Alaaaa... Bekas makanan macam nih. Ada macam² bekas comel² kan. Tapi pastikan BPA free yerp. Kalau tak sempat panaskan, letak jer dalam bekas. Tapi kalau boleh jangan lah bagi yang frozen. Sian kat pengasuh. Sian juga kat anak sebab lama tunggu makanan nak dipanaskan. 

6) FEEDING SETS


Apa² pinggan pon boleh. IKEA kan ada pinggan mangkuk, suda dan cawan yang colorful tu. Tak der masalah sebenarnya. Biasalah... Orang hover memang cenggini. Pinggan makan anak kena ada. Pantang nampak yang cute miut. Mulalah tergoda nak beli kan. Pada hal anak yang nak pakai. Mak pulak yang over nak beli macam hemak yang nak pakai. 

7) BABY BIBS

Perlu ker bibs ni? Kalau kau tabah tengok baju anak kotor kena makanan, tak payah beli pon tak per. Tapi aku tak tabah. Sakit mata nengok baju anak kotor kalau kena makanan. Jadinya... mak yang hover kena beli nih. Alaaaa... Alas pakai kain lampin pon boleh sebenarnya. Mengada kan...ngeeee... 

Itu jer lah sharing dari #makanakempat mengenai persediaan barangan untuk solid food for baby. Harap dapat membantu ibu² baru diluar sana yerp. 

Note: kalau ada yang kurang tu sillalah tambah 😊



Hamboiii... tajuk kemahen matsaleh lagi. Tapi isi kandungan dalam bahasa melayu gak kan... Hahaha... Tu lah dilema #makanakempat ni kekadan...

His 1st Solid Food!!

Hamboiii... tajuk kemahen matsaleh lagi. Tapi isi kandungan dalam bahasa melayu gak kan... Hahaha... Tu lah dilema #makanakempat ni kekadang. Tapi aku rasa kebanyakan blogger pon cenggini gak kan. Cerita dah siap. Tapi masih buntu nak letak tajuk apa. Kau ingat senang nak pilih tajuk apa yang sesuai. Pilih tajuk jer dah berkerut² dahi memikir. Erkkk... Ni pon dah lari tajuk ni. Nak citer pasal Solid Food ker hapa ni? Ok... Straight to the point.


Pasal anak lah. Hapa lagi kan. Kau dan kisah anak² memang berpisah tiada... ngeeee... Ni kisah handbag baru mak yang baru jer start makan. Dah 6 bulan kan usianya. Kalau ikut hati, aku malas nak bagi Harraz makan sebenarnya. Kekonon nak buat EEBF gittew. Apa EEBF (Extended Exclusive Breastfeeding) ni? Ok... Secara ringkasnya. Kau bagi anak kau menyusu selama 2 tahun penuh tanpa sebarang makanan. Kau mampu ker? Sebab aku tak mampu lah aku bagi anak aku makan. Nanti aku share pasal topik EEBF plak yerp. 

Start rabu last week aku dengan rajinnya buat makanan pertama untuk Harraz. Alaaa... Setakat puree jer pon. Takkan itu pon kau malas nak buat. Buat permulaan ni kita mulakan dengan puree lah. Sama ada puree buah atau puree sayur. Aku buat puree carrot. Weekend baru ni plak aku buat puree Carrot ngan Japanese Sweet Potato. Bukan Harraz jer makan. Abang² ngan kakak dia sekali pon dok menadah mulut nak jugak tumpang makan. 

Kau nengok. Betapa sedapnya masakan ibu sampai kau masak puree pon anak² kau berebut² mintak disuap. Dengan hemak dia skali tumpang makan... hahaha... sedap woihhh... Manis betul carrot nya. Japanese sweet potato apatah lagi. Memang manis. Nampaknya aku kena buat lebih. Sebab ada baby² tua kat umah tu yang nak tumpang makanan Harraz sekali... Hahahaha...


Ok... sambung balik citer. Memula suap tu memang berkerut lah muka harraz. Nengok jer lah gambar ni. Iyerlah... Selama 6 bulan hanya susu ibu jer yang dia kenal. Bila 1st time bagi makan mau tak teruja. My 1st solid food ibu buatkan puree corrot + breastmilk. So yummeh sangat. Happy tummy.. Happy Me.. Happy Mommy πŸ‘ΆπŸšπŸ‘©. Habis semangkuk. 

Lepas ni nak buat puree epal, puree labu, puree brocoli, puree... erkkk... apa² puree jer lah. Dah up sikit umur tu nanti ibu buat bubur plak yerp. Kali ni kalau boleh aku nak masak sendiri makanan harraz. Tak nak beli yang instant. Harap aku istiqomah lah buat solid food untuk Iman Harraz.

Note: Nak kena selongkar balik resepi² solid food for my baby ☺



Masa ni 1st time saya introduce qhalif dengan his 1st solid food. Let pictures do the talking ☺☺☺ 1) Bersiap sedia untuk makan 2...

QHALIF...Sambil Makan pon Boleh Tidur!!!!


Masa ni 1st time saya introduce qhalif dengan his 1st solid food. Let pictures do the talking ☺☺☺

1) Bersiap sedia untuk makan


2) Muka blur sebab 1st time makan.


3) Dah mula ngantuk

'Ibu...sedaplah, tapi qhalif nak tido'

4) Mata dah kuyu tapi makan tetap makan


5) Dah tak larat nak buka mata. Tido lagi best.


6) Akhirnya.....Lena di ulit mimpi


Alahaiiiii anak ibu nih. Dah ngantuk sangat gamaknya. Ibu salah timing lah. Kesudahannya...kakak yang habiskan untuk adik. 

Note: Gusi Qhalif dah nampak putih. Macam nak tumbuh gigi. Cepat lak plak.

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...