Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Silat Gayung Fatani. Show all posts
Showing posts with label Silat Gayung Fatani. Show all posts

Hei! Kersani mengalirlah dikau Menjadi raksa  Mengisi belikat punggungku Agar aku bisa berdiri Tegap dan Segak  Bagaikan Laksm...

Silat Gayung Fatani | Ujian Kenaikan Bengkung Silat


Hei! Kersani mengalirlah dikau
Menjadi raksa 
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan Segak 
Bagaikan Laksmana Melayu 💪💪

Cewahhhh... Sambil baca sambil nyayi lettew kan. Amacam?? Handsome tak saya dengan pakaian silat nih... hehehe... Aktiviti weekend dua minggu lepas. Hari ni baru berkesempatan nak share. Awal tahun haritu ker pertengahan tahun, tak ingat dah, hantar Iman Hakimi masuk kelas silat. Bukan apa, untuk pertahanan diri dan nak bagi keyakinan diri tu lebih tinggi. Anak bujang aku ni pemalu hoiii!!!

Lagi pon skang ni rasa scary dengan sikap budak-budak zaman sekarang. Kecik-kecik dan pandai jadi kaki buli dan kaki pukul orang. At least bila hantar anak kelas silat ni, tak der lah risau sangat sebab asas seni pertahanan diri tu dah ada kan. Kelas setiap hari ahad selama 2 jam. Lepas beberapa bulan, maka ujian kenaikan bengkung silat akan dijalankan.

Aku risau jugak sebenarnya. Risau kalau Iiman Hakimi rasa terpaksa masuk kelas silat ni. Tapi awal-awal memang kami dah tanya dan dia minat. Jadinya... Sebelum ujian kenaikan tu kami tanya lagi sebab ujian ni kena bayar RM50. Kalau dia tak minat, tak perlu lah nak jalani ujian kan. Lega bila Iman Hakimi kata dia nak jugak amik ujian tu. So... Proceed lah ☺


Masa ujian tu aku tak pergi pon. Husband jer yang temankan. #makanakempat kan. Kang aku pulak yang bersilat dengan anak-anak nanti. Alhamdulillah... Lulus ujian. Dapatlah bengkung silat kaler Biru. 



Sesi bergambar dengan jurulatih dan jugak juri of the day. Kalau tak silap aku, juri haritu Encik Shahiid Elias, Tapi muka macam Pakar Silat Malaysia, Tuan Guru Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie pon ada jugak. Muka diorang lebih kurang sama. Aku pon keliru. 

Apa-apa pon, tahmiah my Boyfriend Iman Hakimi. Lepas ni boleh protect ibu dengan adik-adik yerp. Jangan kau silatkan adik-adik tu pulak yerp. Dan bila dah pandai silat tu janganlah suka suki kau nak silatkan anak orang yer nak. Gunakan kelebihan tu bila perlu sahaja. 

Note: Tahun depan dah darjah 4. Kejap jer membesar.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...