Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Side Income. Show all posts
Showing posts with label Side Income. Show all posts

Tak padan dengan keja banyak. Nak ajak menyembang plak kan. Aku dah pening main dengan nombor dengan kira² ni. Aci lah  kalau nak menyimpan...

Sembang Petang Jumaat | Rezeki

Tak padan dengan keja banyak. Nak ajak menyembang plak kan. Aku dah pening main dengan nombor dengan kira² ni. Aci lah  kalau nak menyimpang kejap. Lagipon aku nak consistent menulis balik. Tak der orang nak baca pon tak per lah. Janji blog ber update. Nak citer pasal rezeki jer pon. Rezeki datang dalam perlbagai bentuk kan #ayatclichetakhabishabis


Alhamdulillah... Rezeki blogging. Tak sangka akan dapat printer nih. Persetujuan untuk menyahut cabaran [HP Mind Benders] membuahkan rezeki bila pihak HP bersetuju untuk memberi sebuah printer kepada blogger yang join. Ya! allah... Rasa macam mimpi jer dapat email dan call tanye bila boleh hantar printer.  Thank you so much HP Malaysia and PR for the HP DeskJet Ink Advantage Ultra 4729 All-In-One Printer. Lepas ni kita boleh main printing² yerp anak² πŸ‘¦πŸ‘§πŸ‘¦πŸ‘ΆπŸ’ƒπŸ’ƒ 


Tengah bulan haritu plak dapat ticket Sunway Lagoon. Anak² lah yang paling happy. Asik tanya jer bila nak pergi. Tapi tu lah. Macam² hal jadi kan. Baru last week berkesempatan nak pergi sebab due date nya sampai 31 August haritu. Berjimbalah kami anak beranak dari pagi sampai lah ke petang. Kepenatan yang berbaloi sebab dapat gembirakan hati anak². Siap ajak pergi lagi. Tunggu lah kalau ibu dapat free ticket lagi yerp... hehehe...

Ada jugak lah rezeki blogging dalam bentuk barangan . Dapai [I-Angel Baby Hip Seat Carrier]. Bertambah koleksi babywearing. Dapat voucher [LEGO] worth RM400. Untung lah anak² dapat beli Lego idaman hati. Dapat makan sedap kat [Just Seafood]. Dapat [Beauty Voucher] percuma. Dapat gi event [Scott's kat Aquaria, KLCC]. Dan ada lagi lah. 

Siapa kata jadi blogger ni tak mendatangkan hasil? Untung jadi blogger tau. Tapi tu lah... Lain blogger lain rezekinya. Even jarang dapat rezeki review. Dapat rezeki dalam bentuk barang pon dah bersyukur. Yang penting... Jangan cemburu dengan rezeki orang lain πŸ‘ŒπŸ‘Œ. Kau tak boleh lah nak persoalkan kenapa blogger ni dapat job tu tapi kau tak dapat. Tipulah kalau tak terdetik rasa cemburu. Kan dah cakap R.E.Z.E.K.I memasing kan. Bersainglah secara sihat. 

Cuma sejak ada handbang baru @ Iman Harraz ni, kemalasan nak gi event tu tinggi. Melainkan kalau event yang membabitkan anak². Yang ni aku suka dan tak boleh nak tolak. Seronok sebenarnya bila dari suka² buat blog dah boleh buat side income dengan blog jugak. 

Ok... Tu jer bebelan untuk petang jumaat ni. Nak sambung memeningkan kepala dengan nombor dan kira² balik. Have a great weekend uolls ☺

Note: Pasal dapat printer pon nak gebang kan blog... hahaha... ☺  



.

Dah beberapa orang tanya aku macam mana aku bley dapat cash dengan Global Test Market dalam entry [INI] . Yang personal email pon ada gak t...

Global Test Market | Cara Tebus Point Kepada Cash

Dah beberapa orang tanya aku macam mana aku bley dapat cash dengan Global Test Market dalam entry [INI]. Yang personal email pon ada gak tanya sebab dorang nak redeem point dengan cash tak boleh.


Aku pon tak dapat nak bagi jawapan kenapa dorang tak boleh redeem cash. Tapi aku tunjukkan cara² macam mana nak redeem cheque yerp.

Step pertama

Step kedua

Step ketiga

Kalau tak der checks kat Shop by Category tu. Cer cari checks kat SHop By Brand

Step ke empat

Step kelima

Dah selelsai nanti uols akan dapat email pengesahan dari Global Test Market.

Kalau uols dah follow steps ni tapi masih tak der column untuk redeem checks, tak dapek den nak nolong. Untuk pengetahuan jugak, memang dah bertahun aku daftar dengan Global Test Market nih. Tak tau lah kalau GTM dah buat rules baru untuk registration yang baru  tak boleh redeem by cash. Kena tanya dengan GTM sendiri.

Aku baru jer buat 2nd cash out last week. Alhamdulillah...rezeki jawab survey. Dulu cukup points 1100 dah boleh redeem cash. Tapi skang kena tunggu 1200 baru boleh redeem cash. Nak tunggu sampai points 2400 lama sangat. Sementara currency tengah tinggi ni, moh ler kita cash out. 

Kalau dulu bukan main pemalas lagi nak jawab survey. Buat tak tau jer. Bila dah nampak orang lain dapat hasil dari jawab survey, baru lah semangat nak buat. Skang asal masuk jer survey terus jawab. Kalau lengah² nanti survey cepat close. Tu tips nya. Kalau dapat survey dari GTM terus lah buat yerp. Jom kita kumpul ponts untuk 3rd cash out plak ☺

Note: Cuti panjang ni kita bercuti jer lah kat umah. 


Haaaaa...boleh dapat duit hanya dengan jawab survey jer? Biar betik? Iyer lah. Tak tipu punya. Banyak dah website survey yang buat macam ni...

Jawab Survey dapat DUIT dengan Global Test Market

Haaaaa...boleh dapat duit hanya dengan jawab survey jer? Biar betik? Iyer lah. Tak tipu punya. Banyak dah website survey yang buat macam ni. Sama ada boleh tebus coupon, barang atau pon duit. Tapi aku setia dengan Global Test Market jer. Dah dapat pon hasilnya. Nak tengok ☺☺


Alhamdulillah....rezeki pagi jumaat yang barokah ini. Dapat lah menampung perbelanjaan aku untuk bulan depan ni. Iyer lah....dapat gaji lambat lagi khenn sebab dah dapat gaji awal bulan haritu. Aku redeem point ni pon 18 June. Memang amik masa lah sebab cheque dari over the sea kan. 

Tak nak tanya ker berapa lama aku amik masa nak kumpul point ni? Hehehehe...makan tahun jugak wei. Sebab aku tak rajin nak jawab survey. Tapi bila aku tengok orang lain dah dapat hasil dengan Global Test Market ni, kerajinan tu otomatik datang. Syarat untuk redeem point kena 1000 sebab 1000 point tu bersamaan dengan $50 Dollar. Cer convert? Dapat lah amount tu. Nak tunggu sampai 2000 point baru nak redeem, lama lah pulak kan. Next redeem lah plak. 

Kalau tak nak redeem dalam bentuk duit, boleh redeem dengan voucher macam Zalora, KFC, McD, MPH, Parkson dan banyak lagi lah. Tapi aku kan mata duitan. Mestilah nak duit.....hahahaha....

Apalagi...jom tambah pendapatan sampingan dengan [Global Test Market]. Tapi kena rajin jawab survey tau. Dapat jer survey kena jawab cepat² sebab survey tu cepat close. Tak sabar nak tunggu next redeem ni. Tengah kumpul pont ☺

Note: Maaf lah yerp. Owner blog ni sedang menghadapi masalah hormon tak stabil. Kemalasan tak hingat. Pembawakan apatah. Tunggu lah bila hormon dah stabil nanti yerp. 


Anak selalu demam? Anak selalu tak sihat? Kerap selsema? Anak kurang selera makan? Kalau ada tanda² diatas, bermakna anak² ...

Cadangan Supplement Untuk Anak²

Anak selalu demam?
Anak selalu tak sihat?
Kerap selsema?
Anak kurang selera makan?

Kalau ada tanda² diatas, bermakna anak² anda perlukan makanan tambahan @ supplemet yang boleh meningkatkan tahan kesihatan anak² anda. Kalau duduk nursery tu biasalah. Memang kerap tak sihat. Kejap² demam...kejap² selsema. Minggu ni dah baik, minggu depat datang balik penyakit berjangkit tu.

Bukan kita yang dewasa ni jer perlukan makanan tambahan @ supplement untk tingkatkan tahap kesihatan. Anak² kita juga tak terkecuali. Jangan buat tak tahu bila anak kerap tak sihat. Kesihatan anak² juga penting. Ini cadangan supplement yang sesuai untuk kanak².
MEALSHAKE

Hidangan lazat, berkhasiat dan mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
  • Sarapan segera penuh berkhasiat 
  • Sajian yang lazat, murah dan cepat disediakan 
  • Makanan segera untuk dinikmati oleh semua 
  • Snek yang sungguh sedap dan boleh diambil pada bila-bila masa 
  • Sajian ideal yang rendah kolesterol, lemak dan natrium 
Shaklee Meal Shake merupakan sumber protein yang lengkap dengan penambahan vitamin dan mineral. Ia membekalkan sembilan asid amino dalam nisbah yang seimbang untuk kesejahteraan tubuh anda.

Di samping itu, Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein, termasuk asid amino perlu dan tidak perlu. Kalau anak² anda kurang selera makan, boleh try Meal Shake ni. Mesti selera makan bertambah.

Chewable Vita-C Plus 100 mg

Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kandungan antioksidan semula jadi tubuh. Selain itu, ia juga amat diperlukan untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan keseluruhan tubuh secara amnya.

Chewable Vita-C dirumus dengan perisa sitrus yang lazat dan membekalkan vitamin C yang bersamaan dengan 1½ buah oren. Ia sesuai untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang menghadapi masalah untuk menelan tablet. Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

OmegaGuard

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.

Shaklee OmegaGuard™ ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard™ membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Vita-Lea for Children 

FORMULA SERBA BAHARU ini dicipta berteraskan kajian sains pemakanan yang telah dijalankan lebih 100 tahun serta bersandarkan paduan kepakaran para pakar pemakanan dan saintis penyelidik Shaklee. Ia mengandungi mikronutrien berspektrum luas.

Membekalkan 18 Vitamin dan Mineral
  • Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak 
Rumusan Tidak Merosakkan Gigi
  • Dirumus dengan pemanis asli xylitol yang tidak menyebabkan kaviti 
Perisa Anggur Yang Enak
  • Sedap dikunyah, pasti digemari oleh kanak-kanak

Note: Daripada bagi anak kunyah gula². Baik bagi anak² kunyah vitamin ☺


Apa keistimewaan Chinch Mix Shake shaklee ni? Kan dah jelas kat tajuk tu. Nak lebih jelas lagi, meh baca nih. Bukan jer hilangkan lemak, ta...

Chinch Mix Shake | Menghilangkan Lemak dan Memelihara Otot

Apa keistimewaan Chinch Mix Shake shaklee ni? Kan dah jelas kat tajuk tu. Nak lebih jelas lagi, meh baca nih. Bukan jer hilangkan lemak, tapi otot terpelihara dari jadi meggeleber dalam proses mengurangkan berat badan.
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein ekslusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine ntuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekal tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian ( Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral  yang penting
  • Tiada perisa, pewarnaatau pemanis buatan (soya bukan GMO)

Ciri paling unik dan istimewa yang ada pada Chinch Mix Shake ni adalah LAUCINE. Apa tu?

LEUCINE IAITU ASID AMINO YANG MEMBERI SIGNAL KEPADA BADAN UNTUK MEMELIHARA OTOT SEMASA PENGURANGAN BERAT BADAN. Dalam kata lain, LEUCINE DALAM CINCH SHAKE MEMBANTU ANDA MENGHILANGKAN LEMAK TETAPI TETAP MEMELIHARA OTOT ANDA. Menarik kan.

Kenapa kita perlu perlukan otot dalam usaha nak turunkan berat badan? Ok...Antara sebabnya:
  • Untuk elak badan menggeleber
  • Untuk pastikan badan kita kekal fit walaupon berat badan dah turun
Jelaskan jawapannya, Tapi point yang paling penting ialah, BILA KITA BERDIET CARA BIASA TANPA CINCH, KITA HILANG LEMAK DAN OTOT. BILA KITA KEHILANGAN OTOT, KITA SEBENARNYA HILANG KEUPAYAAN UNTUK BAKAR LEMAK SEKALIGUS MERENDAHKAN KADAR METABOLISME. Rumusannya adalah OTOT = METABOLISME. 

Setiap hidangan  Cinch kaya dengan 24 gram protein. Protein penting kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan. Ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan.

Siapa yang perlu minum Cinch Shake?
  • Lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke atas yang mempunyai masalah menurunkan berat badan
  • Mereka yang inginkan indeks BMI yang ideal
  • Cinch Shake juga boleh diambil oleh pesakit diabetes kerana indek glisemik nya adalah rendah bagi mengekalkan paras gula dalam darah.
Antara testimoni pengguna Chinch Shake Mix

Cara Minum

Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, bancuh 2 sudu dengan segelas air suam. Boleh juga dibancuh dengan fresh milk atau soya. Diambil untuk menggantikan makanan sama ada pagi, tengahari atau pon malam. Pastikan anda minum Cinch Shake Mix ini sebelum mengambil makanan berat kerana apabila perut kenyang dengan Cinch Shake Mix, secara automatik anda akan mengurangkan makanan berat. Sekaligus membantu dalam proses penurunan berat badan.

Tetapi AWAS...Untuk yang ada penyakit Buah Pinggang memang kita tak suggest. Sebab tu pentingnya consultancy sebelum membeli. 


Note: Saya Fiza Abd Rahman ID 970025 adalah pengedar Shaklee berdaftar di kawasan Bangi, Kajang dan Cyberjaya. Saya bersedia memberikan konsultasi terbaik dari aspek kesihatan dan kecantikan kepada anda. Boleh hubungi saya jika berminat dengan produk Shaklee dan juga berminat untuk menambah pendapatan sampingan bersama Shaklee ☺


Anda ada masalah kewangan? Berminat nak cari side income? Berminat nak tambah duit poket? Nak keluar dari masalah tak cukup duit? Ka...

Peluang Menjana Pendapatan Sampingan!!!


Anda ada masalah kewangan?
Berminat nak cari side income?
Berminat nak tambah duit poket?
Nak keluar dari masalah tak cukup duit?

Kami sedia memberi tunjuk ajar. Yang penting usaha yang berterusan.

BUKAN MLM
BUKAN SKIM CEPAT KAYA
BUKAN MENGKAYAKAN ORANG ATAS
BONUS DIBAYAR CASH SETIAP HARI

Menarik kan. Selagi ada lubuk untuk memnambah pendapatan sampingan, tak salah untuk kita mencuba kan. Yang nak jadi surirumah tapi tak tau nak cari sumber pendapatan, meh kami tolong. Rezeki harus dikongsi bersama. Duit takkan datag kalau tak di cari. Dan duit takkan datang kalau kita tak usaha. Yang penting nak dengan tak jer.


Yup...modal serendah RM275 sahaja. Tapi hasil daripada modal ni adalah berlipat kali ganda. Yang  penting kena rajin dan usaha. Bersusah² dahulu bersenang² kemudian.


Tak susah sebenarnya untuk kita menarik perhatian ramai. Media sosial kan ada. Cuma perlu SHARING...SHARING...SHARING. Tak susah kan. Daripada kita baca status orang, baca gosip² kat laman sosial, baik kita up info yang boleh menambah pendapatan sampingan.

Kita kena pandai amik peluang yang ada. Selagi ada medium yang membolehkan kita menambah duit poket. Dan juga selagi ada lubuk untuk menambah hasil pendapatan sampingan, tak salah untuk mencuba kan. Rezeki ALLAH itu luas dan rezeki ada di mana². Kalau 10 orang yang menolak mungkin ada lebih lagi yang akan kita terima.

Tak nak cakap banyak. Skang aku serius nak tambah pendapatan sampingan. Dan sedang berusaha ke arah itu. Ok...Mari kita berkongsi rezeki bersama². Iolls nak cari 6 orang saja. Cukup 6 orang offer di tutup. Uolls tak payah susah² cari orang, tak payah susah² jual barang. Apa yang uolls perlu buat hanya keluarkan modal sebanyak RM275 dan tunggu duit tu diberanakkan.

Hanya untuk mereka yang betul² serious nak cari side income jer ya. Yang tak nak keluar modal tetiba nak duit masuk..jangan pm iolls. Tak dapat den nak nolong.  Inbox Facebook (Fiza Rahman) sekarang atau whatsApp +6018-291 0156 (Fiza). Ok... 6 orang bermula sekarang! ‪ ‪

#‎BizKaaching‬ #SideIncome #no1asiapasificbiznetwonrking

Note: Kalau student boleh dapa income 5 angka. Orang OKU pon boleh dapat 5 angka. Tak kan kita tak boleh kan? SHAKLEE pon aku masih buat ☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...