Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Haaaa... Curlass kau kan. Cuti sekolah pon belum lagi kau dah siap buat persiapan persekolahan. Apa cerita nih? Cerita nya... Aku dah beli ...

Persiapan Persekolahan 2017!!!

Haaaa... Curlass kau kan. Cuti sekolah pon belum lagi kau dah siap buat persiapan persekolahan. Apa cerita nih? Cerita nya... Aku dah beli sikit-sikit persiapan persekolahan untuk anak-anak. Bayangkanlah tahun depan Iman Hakimi darjah 4, Qahirah darjah 1 dan Qhalif pulak Tadika. Agak-agak berapa perbelanjaan yang kau kena keluarkan? Pitam jugak lah.


Sebab tu lah kena buat preparation awal-awal. Senang nak budget nanti. Macam aku, ingat nak beli barang-barang time cuti sekolah jer nanti. Bukan apa... anak-anak kan cepat membesar. terutama anak lelaki. Nanti kalau beli awal-awal takut tak muat. Sekejapan jer dah meninggi. Tapi husband cakap dia nak beli awal jugak. Beli lah besar sikit. Takut terpakai pulak duit tu nanti katanya. Peruntukan memang husband dah sediakan untuk persekolahan anak-anak tahun depan... Alhamdulillah...


Maka... Dengan semangatnya husband gi cari kelengkapan sekolah dengan anak dara kesayangannya minggu lepas. Berdua hokay. Ibu tinggal. Tau-tau jer dapat call dah ada kat Pasaraya Hari-Hari. Standard aku cari barang-barang persekolahan anak-anak dekat Hari-Hari jer. Itu yang mampu poket. Nak beli jenama Canggih ker. Professor ker... Memang diluar kemampuan. Kami mampu dengan jenama Jony Jeny ni jer. 

Petang tu beli barang Qahirah. Malam pulak husband beli barang Iman Hakimi. Kena tinggal lagi aku sebab dorang pergi berdua jer. Bersyukur sebab husband yang uruskan semua. Pandai lah dia pilih barang-barang persekolahan. Dari Baju kurung, tudung, baju sekolah, kasut sekolah,dan jugak socks untuk Iman Hakimi dengan Qahirah semua husband yang beli. Husband lagi expert dari aku kot. Kau tahu lah orang perempuan kalau membeli kan. Kalau tak lama tak sah. Semua nak dibeleknya satu-satu. Nak senang.... Biar husband pergi sendiri dengan anak-anak. Habis citer.


Bagus ker jenama Jony Jeny nih? Dari Iman Hakimi darjah satu dah pakai jenama ni. Kualiti setanding dengan jenama-jenama lain. Memang tahan lasak sampai akhir tahun lah. Cuma yang tak tahan lasak nya bila anak kau menggosok baju. Api seterika besar. Maka berlubanglah  baju sekolah dia. Bukan sepasang tapi dua pasang berlubang kau tahu tak. Jarang sebenarnya Kimi gosok baju sekolah dia sendiri. Tapi memang dah di ajar gosok baju sendiri. Nasib lah mak kau tak jadi tarzan sebab dah nak habis sekolah. Kau pakai lah baju masa darjah dua tu. Sado pon sado lah. Kau nampak... Baju masa Iman Hakimi darjah 2 masih boleh dia pakai lagi, Cuma dah mengecut jer lah sebab Iman Hakimi dah besar. Memang aku puas hati dengan jenama Jony Jeny nih.

Berapa total cost untuk semua barang persekolahan Iman Hakimi dengan Qahirah? Hurmmm... dekat Empatratus jugak lah. Itu baru kos untuk Sekolah Kebangsaan. Belum masuk kos buku-buku sekolah kebangsaan. Belum masuk kos untuk baju-baju dan buku-buku Sekolah Agama dan juga belum masuk kos registration untuk tadika Iman Qhalif yang berjumlah Enamratuslebih tu. Makan ribu riban gak nih untuk tahun depan. Nanti aku buat entry berapa kos untuk baju sekolah, kasut, tudung semua tu yerp.  

Note: Minggu ni last sekolah. Jalan mesti kurang traffic jammed nya kan ☺☺


Dah tau ker? Ker ada yang tak tau pasal Mitsui Outlet Park ni. Ni nak bagitau. Mitsui Outlet Park ni terletak hampir dengan KLIA dan me...

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang | Dibuka 30 Mei 2015


Dah tau ker? Ker ada yang tak tau pasal Mitsui Outlet Park ni. Ni nak bagitau. Mitsui Outlet Park ni terletak hampir dengan KLIA dan mempunyai akses dari lebuhraya. Mitsui Outlet Park yang dibangunkan bukan untuk pengguna lapangan terbang semata-mata sebaliknya untuk penggemar jenama premium khususnya yang berada di sekitar Lembah Klang 

Buat masa ini, belum ada pusat beli-belah yang menawarkan produk jenama premium pada harga diskaun di sekitar Lembah Klang dan Mitsui Outlet Park adalah yang pertama seumpamanya. Mitsui Outlet Park KLIA akan memiliki 140 factory outlet (FO) di kawasan membeli-belah seluas 24,000 meter persegi dalam fasa pertama pembangunannya.

Wowww...Senyum lebar kaki² shopping bila baca nih. Tak payah gi JPO (Johor Premium Outlet) nun di Johor sana tu. Kat Sepang dah ada. Ni antara jenama yang ada:






Silalah terjah MOP esok. Event start pukul 2.00 PM - 4.00 PM. Banyak opening special discount esok. Gaji pon dah dapat kan...hehehe...Kalau nak tau detail, klik jer FB page MOP ni.


Note: Banyak betul event minggu ni. Event aku esok amik report card si anak dara tu ☺


Wanita dan tudung...Tudung dan wanita memang sinonim kan. Antara mahkota wanita yang harus dipelihara dari pandangan lelaki selain dari sua...

Tudung2u | Diskaun Buat ANDA SEMUA

Wanita dan tudung...Tudung dan wanita memang sinonim kan. Antara mahkota wanita yang harus dipelihara dari pandangan lelaki selain dari suami sendiri...cewahhhh...Bukan tu jer, koleksi tudung itu harus even kekadang beli jer, tapi tak pakai. Sebab dah banyak sangat beli tudung sampai terlupa yang dah beli tu pon tak pakai lagi. Koleksi katanya...muahahaha...


Pernah dengar pasal [Tudung2u] tak? Tak pernah? Sama lah kita. Aku pon 1st time jugak dengar nih. Nak tau tak, Tudung2u merupakan tudung online shop yang terbesar di Malaysia dengan fesyen tudung terkini dan terbaru. Mereka memilih pengedar tudung yang berkualiti. 99.1% dari pelanggan mereka berpuas hati dengan kualiti dan harga tudung yang dijual di Tudung2u. Ada macam² jenis tudung dengan pilihan sebanya 2,200 jenis...perghhhh...Banyak tu. Mau rambang mata nak memilih kan. Meh kita tengok antara koleksi dari Tudung2u nih.


Ada [Tudung Bawal], [Shawl Labuh], [Tudung Instant], [Shawl Halfmoon], [Shawl Standard] dan juga [Tudung Segi Empat]. Ko pilih jer nak yang mana. Semua tu dah letak link. Klik jer ok. Meh tengok nih.

Halfmoon Shawl

Tudung Instant

Cantik² kan. Aku pon berkenan gak. Harga pon murah dan berpatutan. Itu yang penting kan. 


Yang ni plak anak tudung. Pon ada jual di Tudung2u jugak. Macam² pattern dan kaler. Pilih jer. 


Jangan tak tau, selain tudung, ada juga dijual [Accessories]. Antaranya Kerongsang, Gelang Tangan dan juga Rantai. Menarik kan. Pada yang suka aksesori, silalah terjah Tudung2u yerp. Harga memang menarik, tertarik dan terbaik. 

Ni nak tambah lagi tarikan uolls. Khas buat PEMBACA² dan juga FOLLOWERS² blog #makbanyakanak @ Supermom With Superkids, uolls akan diberi BOUCER DISKAUN 10% untuk shopping online di [Tudung2u]. Gunakan kod boucer ini:

ACN2015

Dan sah digunakan sehingga 7 FEBRUARY 2015.

Note: Sempat lagi kalau nak tunggu gaji hujung bulan ni kan ☺ 


OK...buat ibu² yang suka matching² ngan anak. Sila terjah POPLOOK skang. Meh tengok nih: Arghhhhhh...tempting hokay. Silala...

POPLOOK | Mom and Daughter Fashion

OK...buat ibu² yang suka matching² ngan anak. Sila terjah POPLOOK skang. Meh tengok nih:




Arghhhhhh...tempting hokay. Silalah beli sebelum sold out yerp. Bestsellers for Mom and Daughter hokay. Aku??? Mampu tengok jer lah. Sebab tak mampu poket nak beli. Belum gaji lagi wei...huhuhu...

Ok. Tu jer lah nak bagi tau. Nanti sambung citer lain plak. Yang boleh buat uolls tempting jugak..hehehe...

Note: Tak nak bukak website poplook. Frust sebab dapat tengok jer :-(



Yerp....for kids uolls. Sangat comel dan cantik. Meh tengok nih: Argghhhhh...comelnyaaaaaa. Start dari setahun sampai lapa...

POPLOOK | Wedding & Celebrations for KIDS!!!

Yerp....for kids uolls. Sangat comel dan cantik. Meh tengok nih:






Argghhhhh...comelnyaaaaaa. Start dari setahun sampai lapan tahun (1 - 8) Boleh buat baju raya untuk tahun depan nih. Siapa ada anak perempuan, sila jamu mata yerp. Aku dah rambang nih. Nak beli ker tak...nak beli ker tak. Sebab anak dara aku tu agak boyish sket. Pakai baju kurung pon kekadang kena puji dulu. Baru nak pakai. Boleh gittew...ppffttt...

Boleh jugak buat matching gaya ibu dan anak. Tapi baju orang beso agak mahal sket harganya. Suma cantik². Duit poket jer yang tak berapa nak cantik. Tahan nafsu jer lah dulu. Duit nanang pon tak dapat lagi nih.

Note: Parah bila semua di hujung jari ni. Kalau tak control mau habis duit.



Tu dia. #MYCyberSALE dah start harini. Sila sediakan duit yang secukupnya dalam account yerp. Tak yah bersusah² dan bersesak² di shopp...

#MYCyberSALE


Tu dia. #MYCyberSALE dah start harini. Sila sediakan duit yang secukupnya dalam account yerp. Tak yah bersusah² dan bersesak² di shopping mall. Hanya bersesak² dan bersusah² di dalam talian saja. Apa itu #MY CyberSALE? Meh baca.

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) melalui inisiatif Digital Malaysia hari ini mengumumkan #MYCyberSALE, jualan dalam talian yang diterajui oleh Kerajaan yang pertama di dunia. #MYCyberSALE Akan menyaksikan penyertaan 4,500 peniaga yang memaparkan lebih daripada 225,000 tawaran dalam talian, menawarkan sehingga 90% diskaun dari September 29, 2014 kepada 1 Oktober 2014. 

Acara jualan terbesar dalam talian di Malaysia akan termasuk sejumlah 250 e-pasaran termasuk peruncit terkemuka dalam talian tempatan dan asing. #MYCyberSALE Juga digalakkan oleh rakan-rakan premiumnya Astro Radio, CIMB, Golden Screen Cinemas (GSC), LINE, Pos Malaysia dan Telekom Malaysia (TM), dan disokong oleh PIKOM dan Persatuan E-dagang Malaysia.

Sumber: [SINI]

LAZADA

MPH

Antara yang terlibat. Perghhhhh...tahan nafsu jer ni wei. Murah tu. Up to 90% discount. Buka website poplook tadi. Nangis wei sebab murah. Apalagi uolls. Silalah terjah. Buat yang mem budget *macamaku, dok dediam sudah. 

Note: Pesanan buat diri sendiri...#silatahannafsu

Extra Note: Sambung buat 5S lagi. Dengan internal audit lagi. Ohhhhh...mak hencik stress.



Jangan tak tau. SOGO pon dah ada online shopping ko. Tak tau lah benda ni memang dah lama ada atau aku baru nak tau. Dan aku tak sure s...

Online Shopping @ SOGO!!!


Jangan tak tau. SOGO pon dah ada online shopping ko. Tak tau lah benda ni memang dah lama ada atau aku baru nak tau. Dan aku tak sure sama ada online shopping ni hanya ada time Members Day Sale atau tak members day sale pon dorang buat online gak. Kena call customer service SOGO kalau nak tau lah yerp.

Kalau rasa malas nak bersesak² kat SOGO tu boleh lah try online shopping ni. Sampai hujung minggu ni jer. Free delivery lagi tu. Tapi yang aku perasan SOGO ni memang sentiasa jer sale. Klik [SINI] kalau nak online shopping ☺

Note: Lagi 2 hari jer nak posa. 

Biasalah khenn. Kita kalau nak sesuatu tu kena lah puji tak hingat. Samalah jugak macam anak2. Dapat plak anak yang bermulut manis macam I...

Puji Ada Makna!!!

Biasalah khenn. Kita kalau nak sesuatu tu kena lah puji tak hingat. Samalah jugak macam anak2. Dapat plak anak yang bermulut manis macam Iman Hakimi tu. Contohnya bila puji bab masakan ibu dia yang terror *lahsangat...'ibu, sedaplah ibu masak'. Ingatkan dah habis ayatnya. Rupanya ada sambungan...'nanti masak macam ni lagi yer'...ppfftttt....Tapi klo suami yg puji....haaaa...jaga2...auummmmm...ekekeke..
Ni pujian petang semalam. Mak pakai baju baru noks. Screen capture jer lah. Hover excited ko. Backorder punya citer. Berbulan tunggu tu. Penantian satu penyiksaan hokey. Erkkkk...bukan pujian yg orang komen tu yer. Pujian dari anak bujang yg soleh Iman Hakimi.


Petang smalam amik dia dari skolah agama. Pastu dia cakap 'Ibu...baju dengan tudung ibu cantiklah'. Amboiiii...baju ngan tudung jer ker cantik. Ibu ko ni tak cantik kerr. Sentap i tau uolss..hehehe...Masuk jer keta minta macam2. Kan dah cakap, ada makna disebalik pujian.




Yang ni aku saja nak tunjuk...muahaha...baju backorder Thepoplook. Haley chiffon blouse dengan Francine blouse. Owh...saya suka..saya suka...haley tu full lining and lining dia jenis kain jersey. Sejuk jer pakai. Dah upgrade kot sebab sebelum ni lining dia agak panas sket. Ok...dah jatuh cinta jugak dengan Francine blous nih. Rasa menyesal plak beli sehelai. Kalau ada nak beli kaler lain plak.


Biasalah kan. Bila ada baju yang kita minat sangat2, beli same pattern tapi berlainan kaler pon tak per sebab sangat selesa. Yang penting baju2 tu menutup vontot dan BF friendly :-)


Jangan kata aku eksen nak menunjuk2 baju yang aku beli ni. Cuma nak berkongsi keselesaan baju yg aku pakai ni yerp. Hati orang khenn. Susah nak duga. Baik aku cakap awal2. Mana tau uols berkenan nak beli jugak.


Note: Sekali sekala shopping baju ibu. Asyik shopping baju anak2 jer tak adil lah...hehehe...

posted from Bloggeroid

Ni namanya budak tak sabar nak naik darjah satu tahun depan. Testing baju skolah siap ngan kasut. Layan kan jer lah. Alhamdulillah...ke...

Keperluan Skolah | Berbelanja Secara Berhemah!!!



Ni namanya budak tak sabar nak naik darjah satu tahun depan. Testing baju skolah siap ngan kasut. Layan kan jer lah. Alhamdulillah...keperluan untuk Sekolah Kebangsaan dah selesai. Cuma untuk Sekolah Agama belum selesai lagi. Nak memilih sekolah agama pon dalam di lema juga ni. Tu nanti aku luahkan dalam next entry.

Memandangkan semua keperluan dah naik. Makanya....aku sebagai rakyat marhaen terpaksa berbelanja secara bijak dan berhemah. Cari baju skolah yang berkualiti tapi dengan harga murah. Skang klo nak berbelanja kena pandai bandingkan harga. Lagi pon budak lelaki klo pakai baju skolah...faham² lah kan. Baju skolah tadika pon hitam² dan koyak sana sini, inikan baju skolah rendah. 

Jadinya kami shopping kat Pusat Pakaian Hari² sajork. Apa? Tak glamer? Fedulik lah. Orang bukan belek jenama baju anak ko pon kan. Ukur baju di badan sendiri sudah. Beli baju 2 pasang. Seluar plak terlebih sepasang. Jadinya 2 baju dan 3 sluar. Kena tambah baju lagi sehelai. Kasut skolah plak cari yang berpatutan. Tak sampai RM20 pon. Tapi beli sepasang lah. Nak kena cari lagi berpasang² gak ni. Total untuk 2 baju, 3 seluar, kasut, stoking dak kapur kasut bersamaan dengan RM100++. 

Semalam plak aku cuti. Nak gi membeli buku skolah plak. Malas nak beli masa orientasi nanti sebab sure beratur panjang kan. Better beli awal. Gi smalam pon ramai juga parents yang borong buku skolah. Total untuk duit buku termasuk lencana dan tie skolah bersamaan dengan RM119.90. Ada juga member FB kata buku latihan tak perlu beli. Just belil buku tulis jer. Tapi aku beli semua. Tak per lah...aku kan ibu yang baru 1st time anak nak masuk darjah satu. Ke-excited-an dia tu lain macam sket...muahahaha...Tapi ada juga rasa terkilan bila dorang ckp tak pakai pon buku tu. Kalau tak pakai, kita buat kat rumah jer lah. 

Ni shopping untuk skolah agama belum lagi. Ntah berapa plak charge nya nanti. Memang terasa lah perbelanjaan untuk skolah. Tu baru anak sorang. Klo anak berderet? Lagi banyak nak pakai duit wei. Dengan zaman barang yang semuanya naik khenn. 

Note: Sabtu ni kimi ada orientasi. Siap ada latihan ke kantin lagi. Alahaiiii...macam tak caya jer anak aku nak darjah satu tahun depan.


Alhamdulillah...berjaya juga menjejakkan kaki ker Big Bad Wolf Book Sale 2013 jumaat aritu. Plan asalnya nak gi pepagi sabtu tu. Kononn...

Big Bad Wolf Kami Datang!!!



Alhamdulillah...berjaya juga menjejakkan kaki ker Big Bad Wolf Book Sale 2013 jumaat aritu. Plan asalnya nak gi pepagi sabtu tu. Kononnya lah kan. Sekali plan bertukar. Dari nak bawak QahirahQhalif gi jumpa paed kat Az-zahrah jumaat malam tu, kita gi BBW dulu lah. Esoknya baru gi Az-Zahrah.


On the way nak masuk MIECC tu dah berderet² keta. Tapi bila masuk dalam banyak lagi parking nya. Letih juga nak naik tangga. Nasib tak bawak stroller. Sampai² jer dah teruja tengok buku² yang berlambak tu. Orang pon boleh tahan ramai juga. Sebelum membeli buku, kita isi perut dulu. Kat atas tu ada di sediakan gerai² makan. Harga pon boleh tahan mahal. Nasi lemak seciput harganya dua hinggit.


Hajat di hati nak letak si abah dan anak² kat playground ni jer. Erkkk..abah tukang jaga jer...ahaks...Boleh lah si ibu membelek dan memilih buku dengan amannya tanpa gangguan. Sekali fees mahal lah. RM10.00 untuk sejam. Socks plak RM2.00, anak aku 3 orang. Total RM36.00. Sejam tu belum tentu cukup untuk aku khennn. DI sinilah fasa kesediham bermula sebab terpaksa angkut askar² ku. Faham² lah bila dgn anak² ni kan. Macam² karenah.


Apa² hal, kita babywearing dulu. Si qhalif plak buat perangai. Merengek nak tido gamaknya. Letak dalam Boba 3G nih, tak sampai 10 minit dah lelap. Tapi kan, frust sebab tak dapat nak pilih² buku anak² dan novel. Iyerlah...nak membeli kena lah baca juga sket² jalan ceritanya kan. Si dia plak jenis tak suka crowded² nih dan bukan jenis kaki buku.. Aku rembat mana yang sempat jer...huhuhu...


Yang paling frust, ada bahagian buku kanak² yang aku tak gi. Aku masuk ikut pintu lain. Section buku kanak² ni ada dekat main entrance depan. Masa nak bayar baru perasan sebab kluar ikut situ...uuwwaaaaaa...nak nangis rasanya sebab banyak buku² yang menarik dan murah. Macam buku smurf tu. Nak juga membelek buku anak² kat situ, tapi kang ada yang pandang² jeling², naya haku. Aku suka beli buku anak² nih. 

Nak tunjuk hasil rembatan pon malu ko. Sebab tak banyak sangat pon yang dirembat. Tak sempat nak memilih dan membelek sebab ada orang dah rimas dan penat dengan crowded dalam tu. Pengajarannay...next time kalau ada lagi aku nak gi sorang². Suruh si dia hantar jer. Aman sket kan. Harap² ada lagi lah tahun depan. 

Note: Tak terfikir plak nak amik cuti on weekday gi BBW....haishhhh...


Bukan Halle Berry. Tapi Haley Chiffon Blouse dari The Poplook ni ha!!! Kegilaan Haley kembali lagi. Adoiiii...santek² nya color. Ada...

HALEY Oh! HALEY...


Bukan Halle Berry. Tapi Haley Chiffon Blouse dari The Poplook ni ha!!!


Kegilaan Haley kembali lagi. Adoiiii...santek² nya color. Ada 18 pilihan warna uols. Kalau boleh nak rembat semua color yang ada tu. Tapi kalau 'AKU KAYA' lah kan. Tapi ni kayap lagi adalah...ahaksss...Dan yang paling best ialah:


Nampak tak?? Nampak tak?? Ada size XS ko. Maunya tak gedik nak beli. Sebelum ni beli size S, tapi still nampak besar. Aku kan petite lagi comel. Bukan apa, suka baju ni sebab full lining dan labuh tutup vontot. Kalau pregnant pon sesuai pakai. Erk....macam nak pregnant lagi pulok khennn.

So....esok kena get ready jari jemari di papan keybord pada waktu yang ditetapkan. Sebab baju ni macam pisang goreng panas. Sekejapan dah sold out. Tak tau nak pilih color apa nih. Macam nak beli banyak jer...macam nak beli lebih dari satu jer...hahaha...

Note: Bahaya betul shopping online ni. 


Alhamdulillah. Buku dari MPH Online dah sampai. Semalam order hari ni dah dapat. Memang pantas. Kita lupakan soal novel dulu. Mari tingk...

Buku dah sampai | Nak Meningkatkan Ilmu Keibubapaan



Alhamdulillah. Buku dari MPH Online dah sampai. Semalam order hari ni dah dapat. Memang pantas. Kita lupakan soal novel dulu. Mari tingkatkan ilmu keibubapaan. Bukan mudah nak jadi ibu bapa yang cemerlang kan.




Screaming-Free Parenting, buku yang aku tak sabar2 nak baca. Aku nak didik anak2 dengan penuh rasa kasih, cinta dan emosi positif. Aku mampu lakukan tanpa teriakan, jeritan mahupun ancaman.

"SEMUA ORANG MAMPU BERUBAH ASALKAN MAHU BERUSAHA"

Note: Cabaran buat diri sendiri. Mampukah? In shaa allah :-)

posted from Bloggeroid

Summary Discounts Up To 70%  Products Offered  Cosmetics  Fragrances Ladies’ Apparel  Men’s Apparel  Kids’ Apparel  H...

Metrojaya Raya Warehouse Sale PICC @ Putrajaya



Summary
Discounts Up To 70% 

Products Offered 
Cosmetics 
Fragrances
Ladies’ Apparel 
Men’s Apparel 
Kids’ Apparel 
Home Essentials and many more’ 

Location
 Putrajaya International Convention Center 

Time 
11.00 am to 10.00 pm

Boleh layari website METROJAYA untuk lebih lanjut ☺☺

Note: Acara cukur poket. Sale sana sini. Sediakan duit jer lah


Cantik tak? Ikut mata aku ni cantik lah. Colour pon cantik² uols. Tapi aku frust sebab tak dapat nak sambar batch ni. Sekejapan jer dah...

Terjebak dengan HALEY CHIFFON BLOUSE by ThePoplook!!!



Cantik tak? Ikut mata aku ni cantik lah. Colour pon cantik² uols. Tapi aku frust sebab tak dapat nak sambar batch ni. Sekejapan jer dah 'out of stock'...huhuhu...Tunggu ThePoplook restock pon macam tu juga. Macam goreng pisang panas. Suma nya habis terjual. 


Petang smalam bukak FB ThePoplook. Sekali ada Haley Chiffon Blouse nih. Apa lagi...cepat jer tangan tu gi website. Dah selamat pon merembat 2 helai...haishhhhh...Suka baju ni sebab BF friendly. Senang nak menyusukan anak. Lagipon baju ni loose dan labuh menutup punggung.

Bila shopping dihujung jari kan. Kalau ikut nafsu membeli, bley kering dibuatnya. Sebab ada lagi baju yang berkenan di hati. Tapi tak bley lah macam tu kan. Kena kawal sket. Kita tunggu hujung bulan ni plak....ahaks...

Note: Office ni dah macam kutub utara plak. Baru lepas service air-cond katakan. Sejuk tahap gigil dah ni. 



Fresh from oven sebab baru sampai hari ni ☺☺ Note: Selamat membaca buat diri sendiri. Kalau nampak macam blog sunyi sepi tu...faham...

WW # 30: Masa untuk MEMBACA!!!


Fresh from oven sebab baru sampai hari ni ☺☺

Note: Selamat membaca buat diri sendiri. Kalau nampak macam blog sunyi sepi tu...faham² lah. *Iyolah tu Fiza, padahal ada jer nak citer ni*...hehehe...


Setelah sekian lama tidak membaca dan membeli novel. Pagi ini dalam sejarah, akhirnya tanganku ini gatal juga 'add to cart'. Bukan...

Kaki NOVEL Sudah Kembali...Mari Membaca!!!


Setelah sekian lama tidak membaca dan membeli novel. Pagi ini dalam sejarah, akhirnya tanganku ini gatal juga 'add to cart'. Bukan satu novel, tapi......


6 biji novel sekali beli. Perghhhhh...tamak haloba ko. Berapa lama lah nak habis baca ni wei....hehehe...Cuba nak membaca novel dari hasil tulisan ACIK LANA pula. Ramai yang kata terbaik. Baca sinopsis pon dah tau novel tu best. Tak sabar nak tunggu novel² tu sampai. Ni pon tengah mengintai² novel 'Teduhan Kasih' dengan 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'. Nak beli sekarang ker, nak beli kemudian...hurmmmmm. En. suami...sila belikan novel² tu. Buku² motivasi juga tak terkecuali. Antara yang menarik perhatian:


Kalau tangan ni masih gatal lagi. Tak dapek den nak nolong. Selamat membaca lah buat diri sendiri. Nanti boleh buat mini library kat umah tu >_<. Last but not least, hati berbunga² keriangan sebab menang buku ini:


Alhamdulillah...rezeki berpihak kepadaku juga. Mekasih banyak² kak. Semoga rezeki akak dan keluarga bertambah murah ☺☺. Kak Nora Karim ni rajin buat Mini Giveaway yang hadiahnya berupa sebuah buku. Memang menarik semua buku yang ditaja tu. Jom terjah blog Dialog Uda @ Nora Karim

Note: Peringatan buat diri sendiri. Baca novel tu...bacalah juga. Tapi AL-QURAN jangan lupa nak baca pula. Alhamdulillah...daku dah mula membaca ayat² suci itu walaupon sekadar sehelai dua mukasurat. Semoga tidak terhenti Ya! allah. 

.


Kita lupakan dulu kisah PRU13 yang masih hangat diperkatakan tu yer. google pic. Ni nak citer kejadian minggu lepas. Tak kira l...

Sila semak baki duit sebelum nak SHOPPING


Kita lupakan dulu kisah PRU13 yang masih hangat diperkatakan tu yer.


Ni nak citer kejadian minggu lepas. Tak kira lah nak shopping kat shopping complex atau kat kedai runcit sekali pon. Silalah semak duit dalam wallet yer. Jangan jadi macam mak ni noks. Confident jer macam duit banyak dalam wallet tu. 

Kisahnya...balik kerja aritu singgah lah kedai dulu. Biasalah kan. Aku ni boleh dikatakan hari² kena pau dengan  iman hakimi. Asal masuk jer keta 'ibu tak beli apa² ker'...'ibu, kita haus lah'...'ibu, kita lapar sangat ni'. Dah nama pon 'ibu' kan. Tak sampai hati lah pulak bila anak haus dan lapas. Kalau aku rajin, memang menyinggah lah kedai. Kalau malas...ko minum dan makan jer lah apa yang ada kat umah tu nak yer ☺☺

Bukan main lagi mak jemah nok, main amik jer barang kan. Siap beli top-up duapuluh hinggit lagi ko. Sekali masa nak bayar. Erkkkk...mana duit aku nih. Menggelabah dah, Aku rasa ada beberapa keping duit hijo tadi. Ker aku rabun warna? Duit biru seringgit disangka duit hijo limapuluh hinggit? Arghhhhh...sudah. Nasib baik cashier tu tak scan lagi duit top-up duapuluh hinggit tu. Cukup² makan duit yang ada tu. 

Allahuakhbar....malu wei. Nak cover punya pasal, aku cakap tak perasan duit tertinggal...cis...bikin malu. Nasib tak der orang dan nasib shopping kat 99 speedmart jer. Kena lebih teliti lepas ni. Kena semak duit baki betul² dalam wallet. 

Note: Tak gi 99 speedmart situ lagi lah...rasa malu pulok...hehehe...



Misi mencari kain untuk Baju Raya. Rata² dah mula menghantar untuk tempahan. Aku pon apa lagi kan. Sebelum tukang jahit tak terima tempah...

Berjimba di GULATI'S...


Misi mencari kain untuk Baju Raya. Rata² dah mula menghantar untuk tempahan. Aku pon apa lagi kan. Sebelum tukang jahit tak terima tempahan. Baik cari kain awal².


Amacam...cantik tak pilihan kain² nih...hehehe...Sekali 3 pasang kain mak borong noks. Dah promosi kata 3 pasang bersamaan dengan RM138. Murah lah tu kan. Aku beli kain cotton jer...senang. Ada sepasang kain tu aku beli lebih untuk buat baju anak dara....arghhhh...tak sabar plak rasanya nak pakai baju raya sedondon dengan anak dara tu...ahaks...over sudah. Rambang mata tengok kain² kat situ. 

Sebenarnya tak tau nak buat baju raya kain yang mana satu. Tak discuss lagi dengan si dia tema untuk tahun ni kaler apa. Tapi selalunya tema kami ni kalerful...tak best kan. Ingat tahun ni nak sedondon bersama...hurmmm...Kekadang sang suami bukan nya kisah sangat pon. Janji ada baju melayu kan. Betul tak. 

Kalau yang masih mencari kain tu, bley lah terjah Gulati's Bangi. Tengah sale. Tapi tak tau sampai bila. Tak perasan plak tarikh luput salenya...hehehe...

Note: Panas betul cuaca kat luar. 


The Raya Members Day Sale's back with more fantastic offers for your festive shopping. See you on 13 and 14 July @ 9.00 am - 11.00 pm. ...

SOGO Memanggil²

The Raya Members Day Sale's back with more fantastic offers for your festive shopping. See you on 13 and 14 July @ 9.00 am - 11.00 pm.

Note: Tu dia...acara cukur poket somi sudah bermula. Kalau nak cari baju raya anak...elok sangat lah nih. Tapi yang tak bestnya, apsal lah SOGO suka buat sale time orang dah habis gaji...alahaiiiiii....

Hari ahad baru nih gi PICC, ada Metrojaya sale. Tak padan dengan tak sahur, ada hati gak nak merayap...ekekekeke...Pagi lagi dah siap uols....

Shopping Raya - Dari PICC ke IOI


Hari ahad baru nih gi PICC, ada Metrojaya sale. Tak padan dengan tak sahur, ada hati gak nak merayap...ekekekeke...Pagi lagi dah siap uols. Semangat nak cari langsir raya. Kononnya tak nak bersesak-sesak. Sampai dalam pukul 10.15 am. Tapi hampa sebab bukak pulul 11.00 am. Berlegar² lah kebosanan dalam PICC tu. Dekat pukul 11.00 am, orang dah ramai...ramai...dan makin ramai. Sebelum keadaan tambah sesak, sila lah cari barang cepat². Tak sampai setengah jam pon kat dalam tu. Dapat jer barang trus cabut.

Dapatlah sambar langsir untuk sliding door, pastu beli 2 set sudu garfu. Nak beli kasut, ramai lah plak tengah memilih, pening haku ramai² tu. Tu jer lah yang dapat beli.

Pastu hubby ajak gi IOI plak. Sebelum tu siap tanya dulu aku larat ker tak. Hhhhmmm....redah jer lah. Nak masuk parking IOI tu pon dah berderet kereta. Masuk kat dalam plak...berderet ngan orang ramai. Masuk Jusco pon sama gak...penuh umat manusia dalam tu. Memasing cari baju raya katakan. Hubby ngan iman nyer baju melayu dah settle, cuma baju raya aku ngan anak dara jer tak beli lagi. Pusing² IOI...jumpa gak baju raya. Simple jer, tak kosa aku nak pakai baju yg manik². Dah lah anak kecik, sekali tarik manik, suma terbarai. Baju anak dara jer tak jumpa lagi sebab size suma beso². Balik umah melepek kepenatan.

Malam tadi selesaikan misi cari baju raya anak dara. Cari kat Metro Kajang. Alhamdulillah...jumpa gak, kaler pon agak matching ngan tema kaler kitorang tahun nih dan kebetulan tinggal satu jer size utk setahun...memang rejeki qahirah. Tak sabar plak nak nengok anak dara tu pakai baju kurung ☺☺☺

Minggu nih nak start kemas umah. Kuih pon blom start buat lagi. Insya'allah...esok baru nak cari barang. Kuih semple jer pon nak buat ^_^.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...