Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Serunding. Show all posts
Showing posts with label Serunding. Show all posts

Siapa yang tak suka serunding kan. Makan serunding dengan nasi panas² pon layan. Tak pandang lauk lain dah. Pastu tambah kicap...perghhhhh....

Jom Beli Serunding

Siapa yang tak suka serunding kan. Makan serunding dengan nasi panas² pon layan. Tak pandang lauk lain dah. Pastu tambah kicap...perghhhhh...kecul dah ailio bila membayangkannya ni. Kalau uolls tengah tercari² serunding untuk dibeli, boleh lah beli dengan Pn. Alia Haryanie. 


Terliur tak nengok? Asal tengok makanan tak sah kalau tak terliur kan. Dasar kaki makan memang macam ni...ngeeeee...Ada macam² jenis serunding. Ada serunding ayam, serunding ikan dan juga serunding daging tempatan. Katnya memang sedap. Tengok pon dan sedap kan. Kalau dapat  makan lagi sedap wei. 

Harga untuk serunding daging tempatan dan serunding ayam 250 gram RM18.00. Manakala serunding ikan 250 gram RM12.00


Selain dari serunding, Pn. Alia Haryanie juga ada menjual mini popia, mini karipap dan juga kekacang ni...haishhhh...terliur lagi. Harganya plak untuk mini popia dan mini karipap RM32.00 sekilo 

Ada yang tak tahu kisah Pn. Alia Haryanie lagi ker? Meh dah share sikit. Pn. Haryanie ni merupakan seorang ibu tunggal yang sedang bergelut dengan penyakit kanser. Mempunyai 2 orang anak yang perlu disara. Disebabkan penyakitnya itu, pergerakannya agak terbatas dan hanya bergantung pada kekuatan semangat demi anak². 

Sempena bulan yang mulia ni, marilah kita sama² membantu meringankan beban Pn. Alia Haryani nih. Jom kita beli serunding, mini popia, mini karipap dan kekacang dengan Pn. Alia Haryanie. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh layari:

Website: Alia Haryanie 
Facebook: alia.haryanie

Note: Semoga beliau terus kuat dan tabah dalam meneruskan kehidupan. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...