Showing posts with label Sepetang Bersama Bloggers & Yeos. Show all posts
Showing posts with label Sepetang Bersama Bloggers & Yeos. Show all posts

Entry tanpa gambar macam tak lengkap kan. Kita tepek ballik gambar ni. Amik aura kak RED...hehe.. Ok...sambungan kisah dari hasil Sep...

#SBBYEOS2014 | Tips² Blogging dari Blogger Popular!!

Entry tanpa gambar macam tak lengkap kan. Kita tepek ballik gambar ni. Amik aura kak RED...hehe..

Ok...sambungan kisah dari hasil Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014. Lama sangat aku perap kat dalam draft tu. Meh baca tips² nih. 

1) Setiap blogger perlu mempunya niche masing². Niche tu apa? Ok...niche ni macam satu pengkhususan dalam blog. Untuk sebuah entry, apa cerita yang anda selalu khususkan? Macam kata kunci lah. Anda suka memasak. Kongsikan resipi dan juga tips² pasal masakan. Atau pon anda suka menjahit, kongsikan tips² dan ilmu pasal jahitan. Itu lah kata kunci dan niche nya. Faham...hehehe...

2) Pandai bahagikan masa. Macam blogger part time, kena pandai bahagikan masa antara kerja, keluarga dan juga blog. Jangan asyik nak blogging jer sampai keluarga dan kerja pon terabai. Rumah bersepah macam tongkang pecah. Alasan...sibuk update entry kat blog...no..no..no...jgn buat macam ni.

3) Sokongan dari suami/isteri. Ini pon penting gak. Bak kata kak RED, kalau blogging jer tapi tak der sokongan dari orang yang tersayang, mau jatuh talak nanti. Jadinya...suami/isteri pon kena lah faham dan bagi sokongan pada blogger part time macam kami ni kann.

4) Blogwalking dan komen...ini salah satu cara jika nak diri sendiri dan juga blog dikenali . Ko nak blog ko fofular, tapi malas nak blogwalking dan tinggalkan jejak kat blog² lain. Asyik harap orang datang blog ko jer kan. Asyik nak minta orang komen jer kan. Ko ada datang kat blog blogger lain dan komen? Memang tak patut lah. Ada juga blogger yang macam ni. Kita rajin datang blog dia, tinggalkan ayat² cinta. Tapi haram jadah...tak pernah nak terjah kita balik apatah lagi bagi sepatah dua kata kat blog. Jadinya...kita jadi silent reader jer lah. Atau pon pandang sepi jer lah kat blog macam ni. Orang tak sudi, buat apa nak terhegeh² lagi...cewahhhh...marah sangat ni...haha...Terpulang pada pendapat masing² lah.

5) Idea...Ni pon kekadang jadi masalah gak kan. Bila idea datang, banyaklah ceritanya. Bila idea tak der, sunyi sepi lag blog jadinya *macam blog aku gak. Jangan jadikan tak der idea itu sebagai alasan. Banyak sebenarnya cerita yang boleh kita kongsikan. Macam perihal anak². Yang ni memang takkan habis lah kann. Tapi jangan hari² ko asyik citer pasal anak jer. Naik bosan orang nak membacanya. Lain orang lain pendapatnya kan. Tapi aku suka jer baca kisah pasal anak² ni. Isu² semasa..kisah retis ker. Atau pon tips² yang berguna yang boleh memberi ilmu dan manfaat buat pembaca. Kan banyak tu. Jangan biarkan blog sunyi sepi tanpa entry. Ingat tu ☺

6) Isi cerita blog panjang berjela. Dah macam tulis diari plak dah. Tak perlu lah nak citer meleret². Kalau entry tu bermanfaat dan bagus untuk dikongsi, tak per. Tapi kalau entry tu untuk syiok sendiri, orang pon malas nak baca. Just simple entry tapi penuh dengan isi.

Untuk event plak. Patut ker blogger terima event yang tak berbayar/free? Untuk permulaan dan juga untuk networking supaya blog kita di kenali dikalangan advertiser, boleh jer kita terima. Alaaaa...nak tolong kawan² kekdahnya. Bukan free semata², tapi dapat barang untuk di cuba kan. Dari situ lah advertiser akan menilai cara penulisan kita. Kalau menarik perhatian, tak mustahil advertiser akan panggil lagi untuk event yang berbayar pulak.

Itu lah perkongsiannya. Sepanjang aku berblog ni, baru sekali dapat buat [SPONSORED POST] dan juga dapat invitation untuk join event untuk [ZESPRI'S 14-DAY SCOOP OF AMAZING CHALLENGE]...alhamdulillah...Blog untuk suka² jer selain dari nak menambah pendapatan sampingan.

Note: Sumber tips dari AJUMOHIT.COM dan diubahsuai mengikut gaya puan punya blog...hehehe...Aku dengar macam tu jer. Serap gak masuk kat kpala ni.




Masih berkisar tentang Sepetang Bersama Bloggers dan Yoe's 2014. Sambungannya plak. Kali ni dapat bergambar dengan duta Ephyra, siapa l...

#SBBYEOS2014 | Bersama Duta EPHYRA dan Blogger Popular!!

Masih berkisar tentang Sepetang Bersama Bloggers dan Yoe's 2014. Sambungannya plak. Kali ni dapat bergambar dengan duta Ephyra, siapa lagi kalau bukan MEMEY SUHAIZA. Bergambar dengan retis uols.


Amacam...flawless tak muka kami...muahahaha...Baru try trial pack dah nak kecoh...kahkahkah...Tapi serious, memang cantik kulit si Memey Suhaiza ni. Macam kulit aku gak cantiknya *bluekkk...ngeeee. Tinggi plak tu. Dalam tv nampak macam kecik jer. Aku ngan dia paras bahu jer. Bak kata [BUNDA]:


Motif??? Iols memang comel lote. Mekasih atas pujianmu Bunda. Kembang setaman perumahan bila orang puji kita somel tau. Ok...dah bersedia nak tengok gambar yang seterusnya?


Woot..woot...Dengan Blogger mummy yang famous amos, REDMUMMY yang comel lote macam saya jugak...erkkk...wakakaka...Dapat gak bersua muka. Selalu baca blog dia jer. Ingatkan sama² petite. Rupanya aku lagi petite...haha..Itu jer lah nak citer. Next entry kita citer pasal tips² dari blogger² fofular hasil perkongsian masa [Sepetang Bersama Bloggers dan Yeo's 2014] hari tu yerp. 

Note: Makin menjadi² jerebu nih...haishhhh...


Yang berlangsug di Saloma Bistro sabtu 8 March 2014. Buat pertama kalinya aku join event blogger macam ni. Alhamdulillah...even pada ak...

Sepetang Bersama Bloggers & Yeos 2014 #SBBYEOS2014!!!



Yang berlangsug di Saloma Bistro sabtu 8 March 2014. Buat pertama kalinya aku join event blogger macam ni. Alhamdulillah...even pada aku ada sedikit kekurangan tapi majlis berjalan dengan lancar dan meriah.   Harap dapat di perbaiki untuk event yang akan datang. Berbelah bahagi juga nak pergi sebab tak der gang. Tapi bila AJU kata dia pergi, jadinya...aku pon gedik gak nak pergi. Sekali sekala bersosial kann. Berjanji ngan AJU untuk pergi secara berjemaah. Mak kan femalu lagi penyegan orangnya...ahaksss...


Kami sampai dalam pukul 10.30 am. Sampai² jer ramai blogger tengah bergambar, bergambar ngan mascot YEO'S dan juga berselfie. Berdebar² plak rasanya wei. 1st time katakan. Daftar dulu pastu terus masuk dewan. Semua bloggers dan diberikan nombor meja masing². Terpisah plak tu ngan AJU. Masuk dewan jer ternampak kelibat blogger KAKCIK SEROJA. Dapat juga bersua muka dan berlaga pipi yer mak. Cuma frust sebab tak sempat nak bergambar...huhuhu...

Source: Denaihati.com

Ahli panel *cewahhhh yang berkongsi ilmu dan tip² blogging pada hari tu terdiri dari BEN ASHAARI, SHAFIEE BUSTAN, RED MUMMY, ZARUL HUSIN dan juga HAZMAN FADZIL. Dapat juga bersua muka ngan blogger² hebat nih. Nanti aku kongsikan tips² untuk menjadi seorang blogger yang berjaya yer. Dan juga perkongsian cerita dari pengasas Ephyra, Pn. Amiza Amiruddin dan juga pengasas Sendayu Tinggi dan juga Jamu Ratu Malaya, Pn. Rozita Ibrahim. Salute dengan Pn. Rozita ni. Anak 8 dan cucu dah 5 tapi body maintain macam anak dara. Ok lah...Layan gambar² ni dulu ☺

Source: Ajumohit.com

Antara makanan yang disediakan

Goodies bag


Bersama kawan baru dan juga gang meja 16, DARLING PYA dan juga kak AZWA KAMAR Tapi terselit blogger meja 20, AJUMOHIT...hehehe...Nice meeting you girls ☺


Last but not least, dengan blogger yang selalu bersua di alam maya. Kini dah bersua di alam nyata...yeayyyyy...Dapat gak berlaga pipi ngan AJUMOHIT dan MRSFIZA

Dalam banyak² event, memang cabutan bertuah yang paling ditunggu² kan. Tapi tak der rezeki nak menang cabutan bertuah yang best² tu. Tahniah lah buat pemenang² yang bertuah. Thank you to my dear hubby sebab tolong jagakan anak² dan juga beri keizinan untuk isteri dia ni bersosial...ahaks...

Note: Masuk hari ke 5. Masih tiada khabar berita. Doa...doa...dan terus berdoa, especially doa dari orang² yang soleh. Smoga ada keajaiban dariNYA.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...