AFB Feeds

Showing posts with label Sambal Belimbing Hitam. Show all posts
Showing posts with label Sambal Belimbing Hitam. Show all posts

Memang sedap. Serious...super duper sedap. Kalau tak silap, sambal ni sangat terkenal kat Nege...

SAMBAL BELIMBING HITAM yang Sangat Sedap




Memang sedap. Serious...super duper sedap. Kalau tak silap, sambal ni sangat terkenal kat Negeri Pahang sana. Betul ker? Kalau salah sila betul kan yer...ahaks...Aku kenal ngan sambal ni pon bila member office bawak. Dia suruh testing. Tak beli pon tak, cuma rasa. Tapi kalau nak, mak dia memang buat sambal ni. Memang member ni orang pahang. 1st time aku makan sambal belimbing hitam...hurmmmm...memang sedap. Belilah sebekas.

Pastu kan, soh lah hubby rasa. Dia pon kata sedap. Makan nasi panas ngan sambal ni pon jadi lah, berselera ko. Bertambah² nasinya. Kebetulan MERTUA datang rumah. Keluarkan lah sambal ni. Lagi sekali...SEDAPPPPPP. Alahaiiiii...rasa rugi plak beli sebekas. Apalagi kan, mak repeat order nok. Terus order 5 bekas. Agak lama gak lah tunggu. Siap hubby tanya 'bila nak dapat sambal ni'...hahaha...dah terjebak yer bang. So...semalam baru dapat. Penantian satu penyiksaan. CIs...tunggu sambal pon satu penyiksaan kan...hahaha...


Ko nampak tak. Ada 5 bekas disitu. Ni tamak ker gelojoh ni...muahahaha...Jangan salah faham yer. Ni nak bagi kat MAK dan MERTUA yer. Pastu hubby nak bawak sebekas. Spare dalam bag katanya. Jangan lupa nak makan sudah lah yer abang. Untuk bulan posa pon ok juga nih. Klo tak sempat nak masak sahur, makan ni jer lah. Haishhhh...bilalah nak ganti posa nih. 

Ada yang terliur ker? Nak sebekas? Maaflah klo ada yang terliur yer. Harga sebekas RM5.00. Kalau nak...meh datang bangi ☺☺. Memang sedap. Tak rugi kalau beli.

Note: Rasa sakit plak tekak nih. Nak demam ker...haishhhh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks