Showing posts with label Salam Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Salam Aidiladha. Show all posts

Ada yang cuti panjang ker minggu depan? Rasanya ramai yang sambung cuti seminggu sebab Jumaat tu Hari Malaysia kan. Pastu bebudak tengah cu...

Salam Aidiladha 1437H & Selamat Bercuti

Ada yang cuti panjang ker minggu depan? Rasanya ramai yang sambung cuti seminggu sebab Jumaat tu Hari Malaysia kan. Pastu bebudak tengah cuti sekolah seminggu. Memang elok lah cuti direct. Aku Raya Qurban ni mereput kat rumah sebab terpaksa korbankan cuti 3 hari gara² nursery tutup. Tiga hari wei. Dah lah cuti aku tak banyak. Balance cuti sampai bulan ni berkaki sehari jer... huhuhu... Nak tak nak terpaksa gak amik cuti. Sapa nak jaga anak².


Ok lah... Nak ucapkan Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat muslimin dan muslimat diluar sana, Hari last day kerja. Jadinya blog pon bakal bercuti seminggu. Bagi yang pulang ke kampung...berhati² di jalan raya. Rancang perjalanan anda supaya tak tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Jaga kelajuan kenderaan. Ingat...CAMERA AES ada di mana². Jaga², ada yang memerhati...ekekeke.. 

Buat bakal² haji, semoga dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ini dengan sempurna dan semoga mendapat haji yang mabrur, insya'allah. Dan untuk peringatan kita bersama, marilah sama² kita hayati perayaan yang istimewa ini kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Note: Bercuti kat umah jer lah nampaknya. 



Ada yang dah cuti ker? Aku masih bekerja. Tapi terpaksa amik half day harini. Transit Iman Hakimi ngan Qahirah tutup. Boleh plak aku tak ta...

Salam Aidiladha 1436H

Ada yang dah cuti ker? Aku masih bekerja. Tapi terpaksa amik half day harini. Transit Iman Hakimi ngan Qahirah tutup. Boleh plak aku tak tahu sebab tak teringat nak tanya dan dorang pon tak bagitau yang harini tutup...ppffttt...Nasib nursery Qhalif bukak. Tumpang dorang kat nursery. Kebetulan plak aku tanya bukak sampai petang ker half day? Half day katanya...pffttttt...Sebab aku tak apply leave lagi. Pagi ni masuk office terus apply. Haishhhhh...nasib bos luluskan. Erkkkkk...Panjang plak mukadimahnya yerp.


Salam Aidiladha 1436H dan selamat menunaikan ibadah qurban buat semua umat islam di serata dunia. Buat jemaah² Haji semua, semoga dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ini dengan sempurna dan semoga mendapat haji yang mabrur, insya'allah. Dan smoga di permudahkan semua urusan dan perjalanan. Beruntungnya mereka yang berpeluang menjadi tetamu ALLAH. Harapan aku smoga dapat menjejakkan kaki ke sana satu hari nanti. 

Note: Balik ni nak merendang ayam. Harap² ayam tak habis lagi sebab semalam ayam dah out of stock.





Pagi tadi dapat WhatsApp dari group office ni. One of our colleague sedang berada di Tanah Suci Mekah. Sebelum beliau melakukan wukuf di Ar...

Salam AIdiladha 1435H | Gambar Terbaru dari MEKAH

Pagi tadi dapat WhatsApp dari group office ni. One of our colleague sedang berada di Tanah Suci Mekah. Sebelum beliau melakukan wukuf di Arafah, beliau sempat mengirimkan 2 keping gambar:

Pandangan dari tingkat 2 Masjidil Haram

Luar Masjidil Haram. Dari suaru hotel

Ya! allah...tetiba rasa sebak tengok gambar ni. Beruntungnya mereka yang berpeluang menjadi tetamu Allah. Aku??? Berpeluang ker? Sempat ker aku menjejakkan kaki di SANA nanti? Semoga impian KITA ni menjadi kenyataan. 

Buat Kak Dina dan buat jemaah² haji, semoga dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ini dengan sempurna dan semoga mendapat haji yang mabrur, insya'allah. Dan smoga di permudahkan semua urusan dan perjalanan.


Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat muslimin dan muslimat diluar sana. Bagi yang pulang ke kampung...berhati² di jalan raya. Ramai yang dah start balik kampung malam ni kot. Rancang perjalanan anda supaya tak tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Jaga kelajuan kenderaan. Ingat...CAMERA AES ada di mana². Jaga², ada yang memerhati...ekekeke..

Note: Puan punya blog pon cuti sampai selasa. Al maklumlah....nursery tutup. Nak tak nak, terpaksalah amik cuti.



Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat muslimin dan muslimat diluar sana, Saat entry ni ni publish, saya dah pon mula bercut...

SALAM AIDILADHA 1434H


Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat muslimin dan muslimat diluar sana, Saat entry ni ni publish, saya dah pon mula bercuti. Jaga anak² kat umah sebab Nursery dah tutup. Bagi yang pulang ke kampung...berhati² di jalan raya. Rancang perjalanan anda supaya tak tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Jaga kelajuan kenderaan. Ingat...CAMERA AES ada di mana². Jaga², ada yang memerhati...ekekeke.. 

Buat bakal² haji, semoga dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ini dengan sempurna dan semoga mendapat haji yang mabrur, insya'allah. Dan untuk peringatan kita bersama, marilah sama² kita hayati perayaan yang istimewa ini kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Note: Entry C and P jer...ahaks...Smoga kita dapat menjadi tetamu ALLAH satu hari nanti. 


Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat muslimin dan muslimat diluar sana,   Saat entry ni ni publish, saya dah pon mula...

SALAM AIDILADHA 1433H




Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat muslimin dan muslimat diluar sana,  Saat entry ni ni publish, saya dah pon mula bercuti. Jaga anak² kat umah sebab Nursery dah tutup. Bagi yang pulang ke kampung...berhati² di jalan raya. Rancang perjalanan anda supaya tak tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Jaga kelajuan kenderaan. Ingat...CAMERA AES ada di mana². Jaga², ada yang memerhati...ekekeke..

Buat bakal² haji, semoga dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ini dengan sempurna dan semoga mendapat haji yang mabrur, insya'allah. Dan untuk peringatan kita bersama, marilah sama² kita hayati perayaan yang istimewa ini kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. 

Note: Teringin nya nak jadi Tetamu Allah.


Salam semua. Kembali bersiaran hari nih. Cerita Aidiladha kami pon biasa² jer. Balik Kg. Pandan. Mak masak rendang, nasi impit ngan kuah lod...

Makan DAGING nampaknya minggu nih ☺☺

Salam semua. Kembali bersiaran hari nih. Cerita Aidiladha kami pon biasa² jer. Balik Kg. Pandan. Mak masak rendang, nasi impit ngan kuah lodeh yang sangat sedap...hahahaha...air tangan mak memang terbaik kan. Iman plak sibuk nak nengok lembu. Apa lagi, hubby bawak gi masjid tengok lembu kena sembelih. Balik cerita macam² dah macam bertih jagung...bercerita jer. Memory card tinggal kat umah plak, nan ado lah gambar lombu kena sembelih ^_^


Banyak dapat daging qurban? Mesti banyak kan. Aku pon dapat 2 plastik. Abang AJK surau, dapatlah satu plastik daging. Pastu office hubby pon ada buat ibadah qurban gak, dapat lagi. Ahhhhh....minggu nih minggu makan daging nampaknya. Banyak tu untuk isi rumah yang baru 3 orang. Semalam dah selamat buat sup, tapi tak banyak lah masak, kang tak habis plak.

Faham² lah kan klo masak sup. Nak tunggu danging empuk lagi. Berejam memasaknya. Dah letak sudu pon lambat gak empuknya. APa lagi cara lain nak bagi daging cepat empuk?

Ni tengah cari resipi berasaskan daging. Masak kicap, lomak cili api ngan kentang, kari....haihhhhh...banyak lagi lah. Hari² makan daging mau darah tinggi nih...hahahahahaha...Orang yang ada masalah darah tinggi, control sikit makan daging tu yer ☺☺

Salam Aidiladha pada semua dan selamat bercuti. Puan punya blog akan kembali bersiaran pada hari Rabu. Sebab nursery bercuti sampai hari se...

SALAM AIDILADHA 1432 HIJRAH


Salam Aidiladha pada semua dan selamat bercuti. Puan punya blog akan kembali bersiaran pada hari Rabu. Sebab nursery bercuti sampai hari selasa. Pada yang pulang ke kampung...berhati² di jalan raya. Marilah kita sama² menghayati Ibadah Qurban yang sebenar.

HIKMAH BERQURBAN
  • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

  • Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.

  • Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN
  • Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

  • Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.
SYARAT SAH QURBAN
  • Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.

  • Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...