Showing posts with label Safi Balqis. Show all posts
Showing posts with label Safi Balqis. Show all posts

SAFI BALQIS OxyWhite Menjadikan Kulit Wajah Sihat Berseri Dan Cerah Sempurna Memiliki kulit yang cantik berseri menjadi impian setiap pa...

SAFI BALQIS OxyWhite Menjadikan Kulit Wajah Sihat Berseri Dan Cerah Sempurna

SAFI BALQIS OxyWhite Menjadikan Kulit Wajah Sihat Berseri Dan Cerah Sempurna


Memiliki kulit yang cantik berseri menjadi impian setiap para wanita. Siapa yang tak nak kulit cantik dan sihat kan. Antara penyebab masalah kulit terjadi kerana keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.

SAFI... Jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi. SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite. Wahhhh... SAFI memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna,


Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”.

Katanya lagi... “Bukan sekadar menggabungkan dua jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mampu menanggal solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat dengan teknologi Pelindung IR (Infra-Merah) bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap” 

Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna.


Alami kulit wajah yang cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiap gadis. Berikan nafas baharu pada kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite yang berikut:


SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
Saiz Pek : 50g/ 100g
RCP : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)

Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:

a) Membersih jauh ke dalam liang pori
b) Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
c) Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan

d) Sesuai untuk semua jenis kulit


SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
Saiz Pek : 100ml
RCP : RM10.90 (selepas 6% GST)

Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:

a) Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
b) Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan

c) Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol


SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
Saiz Pek : 45g
RCP : RM 20.20 (selepas 6% GST)

Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:

a) Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
b) Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
c) Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
d) Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit

e) Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam


Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.

 Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...