Showing posts with label SRK Seksyen 7 Bangi. Show all posts
Showing posts with label SRK Seksyen 7 Bangi. Show all posts

Google pic. Tak sempat nak amik gambar anak dgn bag sekolah yg berat itu Last friday kimi bawa balik jadual sekolah. Maknanya this ...

Beratnya BAG SEKOLAH!!!


Google pic. Tak sempat nak amik gambar anak dgn bag sekolah yg berat itu

Last friday kimi bawa balik jadual sekolah. Maknanya this week dah mula sesi pembelajaran untuk murid² tahun 1. Sedih aku tengok buku teks. Buku teks free khenn. Dapat plak yg dah lusuh dan nyawa² ikan. Haishhhhhh...tak boleh komplen banyak sangat. Bersyukurlah dah dapat free kan...ahaks...

Jadinya....malam semalam si ibu menyusun buku ikut jadual yang cikgu skolah bagi. Boleh tahan juga beratnya. Sehari ada 4 subjects. Buku teks ngan Buku Latihan 1Malaysia pastu dengan buku tulis lagi. Boleh tahan juga beratnya. Dengan botol air dan juga bento. Bertambah lah beratnya khenn. Soh pegang bekal tu tak nak. Nak letak gak dalam bag...haishhhh...layan kan jer lah.

Aku risau apa tau. Kelas kimi kat tingkat 2. Bawa bag berat lagi. Kalau bawa bag beroda pon tak membantu sangat sebab nak heret juga bag tu naik kat atas. Alahaiiii...sian sagat tengok anak bujang aku tu. Bertabahlah yer Iman Hakimi. Nak menmba ilmu ni banyak cabarannya. Tu baru sekolah rendah.

Ya! allah...permudahkanlah urusan anak² kami dalam menimba ilmu dan peliharalah keselamatan mereka.

Note: Alhamdulillah...Iman hakimi masih lagi berbento. Tahniah juga buat diri sendiri kerana gigih menyediakan bento pepagi. Harap dapat dikekalkan sampai hujung tahun persekolahan, in shaa allah ☺




Malas nak taip balik. Baca jer lah status ni. Apa? tak nampak. Ok lah...dengan rajin aku taip balik. Apa yang mahalnya? 1) Nasi lem...

Mahalnya makanan kat Kantin Sekolah!!!



Malas nak taip balik. Baca jer lah status ni. Apa? tak nampak. Ok lah...dengan rajin aku taip balik. Apa yang mahalnya?

1) Nasi lemak bodo ngan sambal ayam (tak der telur, kacang, timun dan ikan bilis) RM2.00
2) Meehoon sup bodo (tak der daun sup, daun bawang dan ayam/daging carik) RM1.00
3) Vitagen, Calsiyum dan Air sirap RM1.00
4) Kuih muih yang comel lote 40 sen seketul

Yang lain² aku tak tau. Kalau macam ni belanja 3 hinggit pon tak cukup. Smalam ada keluar berita pasal kenaikan harga makanan kat kantin sekolah nih. Katanya kementerian masih tak terima aduan dari cikgu/ibu bapa pasal kenaikan harga makanan kat kantin ni. Nak kena ada aduan baru nak check yer.

Kesan kenaikan harga barang, suma benda pon effect gak. Alahaiiiii...bebudak makan banyak mana lah sangat kan. Yang sedihnya, masa kat kantin skolah hari tu. ada budak ni tak tau harga nasi lemak tu rm2. Dia bagi singgit kot. Kebetulan aku ada, dgn rasa sedihnya aku tlg bayarkan utk dia. Sian sangat.

Dengan kenaikan kos sara hidup yang makin tinggi ni, aku pon kena merajinkan diri buat Bento untuk kimi. Kalau bagi dia duit belanja, ntah apa2 yang di belinya. Good luck utk diri sendiri.

Note: Stalker oh! stalker..buatla sesuka hatimu, kamu akan dibalas dengan apa yg kamu lakukan. Bak kata Ustazah SNBM 'Dunia kini kaya dengan "KARMANYA"..berhati² lah yer.





Mak budak dah start keja harini setelah hampir sminggu bercoti. Blog pon sunyi sepi juga. Smalam plak mak budak ni excited hantar anak g...

Hari Pertama Darjah 1!!!



Mak budak dah start keja harini setelah hampir sminggu bercoti. Blog pon sunyi sepi juga. Smalam plak mak budak ni excited hantar anak gi skolah. 1st time lah katakan. Perasaan excited, sayu, pilu, sebak sumanya ada lah. Macam tak caya jer anak aku yang lahir 3.3kg dulu ni dah darjah 1...huhuhu...




Sampai2 jer tgk ramai budak and parents berkerumun kat papan tanda. Nak tgk anak masing2 kelas apa kan. Pastu bawa anak2 beratur kat foyer berdasarkan papan tanda kelas memasing. Untuk tahun 1 kat SRK Seksyen 7 Bangi ni, ada lebih 500 pelajar yg berdaftar untuk tahun 1. Memang ramai lah sangat. Ada 12 kelas klo tak silap.




On the way nak masuk kelas. Kelas plak kat tingkat 2. Macam manalah nanti ni kimi. Ko tau lah bag budak skolah skang kan. Berat macam batu. Nak pikul naik tingkat 2 lagi. Bertabahlah anakku yer. Untuk minggu ni dan minggu depan, hanya bawa alat tulis dan beberapa buku jer.




Macam2 gelagat bebudak nih. Yg tak tahan tu, ada yang tido. Baik punya lentok. Sian sangat tengok. Ada yang nangis. Ada yang bergaduh. Gelak2 dibuatnya. Bukan gelagat budak jer, mak bapa budak pon sama. Sikit2 nak amik gambar. Dalam kelas nak amik gambar. Anak makan kat kantin pon nak amik gambar. Aku lah salah sorang daripadanya...muahahaha...Mestilah over kan. Moment anak masuk darjah 1 tu tak boleh dilupakan dan harus dirakam sebagai kenangan :-)




Last but not least, gambar kakak hantar adik gi skolah...*bluekkk*...hahaha...Dgn ini, rutin baru sudah bermula. Bangun lebih awal dari biasa. Sediakan breakfast/bento untuk kimi. Sediakan baju dan bag skolah agama. Baju bajan skolah hari2 kena basuh. Nak kena ajar kimi basuh dan kapur kasut skolah sendiri...phewwww...


Note: Alhamdulillah...1st day skolah kimi dah blh berdikari. Beli makanan sendiri & makan ngan kawan2.

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...