Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Rumah Makan Cibiuk. Show all posts
Showing posts with label Rumah Makan Cibiuk. Show all posts

Pengenalan untuk Rumah Makan Cibiuk ^_^ Bermula dengan keenakan mencicipi hidangan masakan Sunda di Rumah Makan Cibiuk yang banyak ...

Rumah Makan Cibiuk @ Seksyen 7, Bangi


Pengenalan untuk Rumah Makan Cibiuk ^_^


Bermula dengan keenakan mencicipi hidangan masakan Sunda di Rumah Makan Cibiuk yang banyak terdapat di Bandung, sebuah kota yang begitu sinonim sebagai syurga membeli belah bagi rakyat Malaysia, sebuah impian akhirnya terlaksana untuk membawa keenakan masakan Sunda tersebut ke Malaysia. Bagi mereka yang selalu menunggu peluang ke Bandung untuk melepaskan kerinduan menikmati hidangan Sunda ini, kini anda hanya perlu menghidupkan kenderaan anda dan teruslah menuju ke Rumah Makan Cibiuk pertama Malaysia yang terletak di Tmn. Putra Kajang.

Last week aku berpeluang makan kat sini. Selalunya lalu jer. Teringin juga  nak makan tapi teragak² lagi. Sebabnya makanan indonesia kan. Takut tak kena dek tekak jer. Padahal restoran Ayam Penyet tu  pon makanan indon juga...cis...ngada kan. Bila dah asyik lalu jer, teringin pula nak mencuba sebab restoran asyik penuh jer. Ini dah good sign kan. Mungkin sebab makanan sedap.
Dan ternyata ramalanku benar belaka. Jenuh juga nak memilih sebab tak pernah makan masakan sunda lagi kan. Malam tu kami order set ini. Namanya Paket Kasterol Nasi Liwet....sebut betul² ☺☺. Ianya didatangkan bersama dua ekor ayan, tempe, tauhu, ulam-ulaman dan juga jering. Nasi dia memang lain dari yang lain sebab ada cili padi dalam tu. Pastu nasi dia wangi dan sedap. Ayamnya pon sedap bangat...arghhhhh...terbayang² sudah >_^.
Sumber: Gorgeous Melampau
Sambal plak memang variety. Macam² jenis sambal ada, nak pedas/tak pedas...pilih jer. Tapi untuk set yang kitorang amik ni, ianya didatangkan dengan Sambal Merah Cibiuk...sambal yang menggunakan tomato dan cabe merah. Memang sedap sebab tak pedas sangat. Sesuailah dengan tekak aku yang tak berapa nak tahan pedas ni kan. 
Sumber: Gorgeous Melampau
Ini antara menu² lain. Dekorasi pon cantik, simple dan bersih. Selesa lah nak makan. Service pon cepat juga.  Memang puas hati lah makan kat sini. Highly recommended especially buat orang² yang mengidam masakan sunda dan juga peminat sambal sebab macam² jenis sambal ada. 
 
Bila makan dengan anak...faham² lah kan. Nak bergambar pon tak boleh. Gambar² suma ehsan dari Google ^_^. Sekian entry Jalan-jalan cari makan sampai kenyang dari saya. Kalau nak tau more detail mengenai Rumah Makan Cibiuk, silalalah layari website Rumah Makan Cibiuk Malaysia.
Note: Hangin betul lah. Dah dua kali terima call dari agent insurance suruh beli produk dorang...haishhhhh...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...