AFB Feeds

Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Siapa yang tak nak cantik kan. Semua orang nak kelihatan cantik sebab fitrah wanita ni yang sukakan...

Quenna Miracle | Jamu Moden Untuk Penjagaan Dalaman Wanita

Siapa yang tak nak cantik kan. Semua orang nak kelihatan cantik sebab fitrah wanita ni yang sukakan kecantikan. Kalau boleh nak kulit yang halus mulus. Wajah yang cantik berseri. Badan yang ramping bak model dan macam-macam lagi lah kan. Tapi aku tak nak badan yang ramping sebab aku dah kurus… hehehe… Tapi kalau nak nampak cantik, kau kena cantikkan dalaman kau dulu. Tapi kalau setakat cantik luaran jer mana cukup kan. Dah kenapa citer pasal nak cantik ni? 


Bukan apa. Bila umur dah makin menuju puncak ni, terasa masalah kulit dah mula timbul. Kulit dah start kusam, jeragat sana sini. Tu salah satu tanda-tanda penuaan lah kan. Badan pulak rasa cepat lesu. Maklumlah… uruskan anak-anak yang empat orang tu. Sebab tu kita kena amik supplement atau makanan tambahan untuk menambah kecantikan dan meningkatkan kesihatan tubuh badan. Macam jamu QUENNA MIRACLE ni. 

Apa yang aku titikberatkan bila memiih supplement ni kan, ianya mestilah dari bahan semulajadi. Dan Quenna Miracle ni mengandungi 10 bahan semulajadi yang fungsinya untuk mencerahkan kulit, melangsingkan bentuk badan, menyelesaikan masalah wanita serta menganjalkan payudara dan punggung. Ianya sejenis jamu. Tapi jamu moden versi tablet. 


Antara bahan semulajadi yang aku suka dalam jamu moden ni kan ialah GRAPE FRUITS, ACAI BERRY, APPLE HIJAU, HALIA, GREEN TEA, PITERA (EXTRACT YIS), PUERARIA LABOTA (Ia adalah sejenis herba yang berasal daripada Thailand), MANJAKANI/SERAPAT, EXTRACT DAUN SIREH dan KACIP FATIMAH. Macam KACIP FATIMAH ni khasiatnya memang best sebab ianya membantu membuang angin dalam badan. Sesuai sangatlah dengan aku yang banyak angin dalam badan ni… hehehe… Lepas tu boleh menguatkan struktur tulang. Makin tua ni tulang pon makin mereput kan. 

Kebaikan yang bakal aku perolehi dengan jamu moden Quenna Miracle ni kan:

➜ Mengatasi keputihan dan bau hanyir
➜ Melambatkan proses penuaan 
➜ Mengatasi masaalah dalaman wanita
➜ Menegangkan payudara dan punggung 
➜ Menguatkan otot faraj dan mengetatkan kembali faraj 
➜ Melancarkan sistem dalaman badan
➜ Mencegah pembiakan pra kanser 
➜ Merangsang pengeluaran hormon yang dapat melancarkan peredaran darah dan kitaran haid.
➜ Menyeimbangkan hormon dan mengatasi depressi 
➜ Menambah tenaga dan kecergasan
➜ Mencantikkan kulit

Dan banyak lagi lah. Yang bestnya kan,  tak payan nak telan-telan sebab ianya sejenis tablet untuk dikunyah. Kunyah-kunyah terus cantik gittew kan… hahaha… Macam makan gula-gula jer. Kalau nak makan jamu betul, memang tak termakan lah aku sebab faham-fahamlah rasa jamu tu macam mana kan. Dapat pulak macam aku yang jenis tak suka nak makan ubat. Tapi Quenna Miracle ni bila kau bukak jer botol dia dah bau semerbak. Bau buah berry. Rasanya jangan cakap lah. Mestilah sedap. Kalau anak-anak nampak pon diorang nak sebijik. Jadinya… kau kena sorok ☺☺

Pengambilan nya pulak cuma 1-2 biji sehari setiap pagi semasa perut kosong. Sebelum sarapan lah maksudnya. Dan aku kena minum air yang secukupnya. Mana-mana supplement pon sarankan benda yang sama kan. Cuma nak bagitau, kesannya adalah berbeza-beza bagi setiap orang. Bagi aku yang dah makan ni memang best sebab badan rasa cergas, asyik membuang angin. Nampak sangat banyak angin dalam badan kan dan yang penting... sedap ☺


30 Tablets / 1000 mg
RM149.90 (SM)
RM159 (SS)

Website


Facebook


Instagram





Antara keperluan terpenting bagi seorang ibu mengandung dan ibu menyusu adalah NURSING BRA atau Bra...

Seamless Nursing Bra By Shapee Memang Best

Antara keperluan terpenting bagi seorang ibu mengandung dan ibu menyusu adalah NURSING BRA atau Bra Menyusu. Kenapa penting? Mestilah penting sebab payudara wanita akan berubah terutama sekali ketika mereka mengandung dan juga selepas melahirkan anak. Bila dah berubah tu, korang tak boleh lah pakai lagi lah Bra lama kan. Jadinya… buat bakal-bakal ibu, antara list yang korang kena masukkan dalam wishlist persediaan semasa mengandung dan selepas bersalin nanti adalah nursing bra. Peringatan ni tau.


Pemilihan Nursing Bra juga harus dititikberatkan juga yer. Jangan main beli jer tau sebab Nursing Bra ni direka khas untuk ibu-ibu yang menyusu dan rekaannya agak berlainan dengan bra yang biasa. Terdapat juga pelbagai jenama Nursing Bra yang ada dipasaran sekarang ni. Antara nya ialah Seamless Nursing Bra dari jenama Shapee

Apa yang best dengan Seamless Nursing Bra Shapee ni?

Memang best Seamless Nursing Bra Shapee ni. Kali pertama kau pakai kau akan jatuh cinta sebab rasa selesa dan sejuk bila dipakaiNak tau tak kenapa rasa selesa dan sejuk? Sebab materialnya terdiri dari nylon dan spandex. Memang best sangat. Keselesaan itu penting yer dalam pemilihan nursing bra. Korang boleh tengok dalam gambarajah kat bawah ni kenapa Shapee Nursing Bra ni best.


Memang Seamless Nursing Bra Shapee ni direka khas untuk ibu-ibu mengandung dan menyusu. Yang bestnya kan. Untuk ibu menyusu yang terlupa nak pakai breast pad tak perlu risau dengan kebocoran sebab Seamless Nursing Bra Shapee ni ada Removable Bra Pad. Memang agak tebal juga Removable Bra Pad ni tau. Kalau korang rasa tak nak pakai removable bra pad ni, korang boleh bukak jer. Kalau nak pakai boleh letak balik. Dah nama pon removable kan…. Hehehe… 


Korang tau tak yang ibu-ibu menyusu ni tak digalakkan memakai ‘wired bra’ sebab ianya boleh menyekat pengeluaran susu. Bukan itu saja, ia juga boleh menyebabkan payudara jadi bengkak dan sakit. Dengan Seamless Nursing Bra Shapee ni, korang tak payah lah nak pakai nursing bra yang ada dawai tu sebab ianya dah ada sokongan sehingga 360’ untuk menyokong bentuk badan. Macam Push-up bra lah ni. Tapi versi nursing bra gittew… ngeeee…


Kebanyakan Nursing Bra memang ada nursing clip atau klip bukaan. Korang tau tak sebab apa? Sebab untuk memberi keselesaan pada ibu-ibu yang menyusukan anak lah. Tak payah nak tanggalkan bra. Cuma bukak nursing klip tu saja. Memang senang nak dibuka dan dipasang balik Selesa sikit kalau nak menyusukan anak kan. Tapi yang bestnya dengan Seamless Nursing Bra Shapee ni, rekabentuk klip lebih inovasi dan flexible. Lepas tu senang nak remove bra pad.  


Didatangkan dengan 3 colour. BLACK, PINK and NUDE. Yang mana satu pilihan anda? Pilihlah ikut kaler kesukaan yerp. Ni detail keistimewaan Seamless Nursing Bra Shapee.

Shapee Nursing Bra (Basic)
  • 3D seamless design (non-wired)
  • 360° comfortable support
  • Improved non-slip straps for maximum support
  • Innovation nursing clip design for convenience + flexibility
  • Greater adjustability for versatile
  • Removable bra pad for easy replacement
  • Made by breathable material (nylon and spandex)
  • Free extender hook


Ni measurement untuk rujukan korang. Ada size M, L dan XL. Sila ukur betul-betul. Jangan salah saiz dan cup yerp. Yang pasti, harga Seamless Nursing Bra Shapee adalah sangat berpatutan. Hanya RM45.00 untuk sekotak. Memang selesa dan best. Korang kena beli jugak kalau nak rasa keselesaannya. Untuk maklumat lanjut, boleh terjah:

Website

Facebook

Instagram

 Address

Shapee Trading &Distribution (M) Sdn Bhd (1058466-U)
No.45 (Ground Floor) 
Jalan Utama 44, Mutiara Square
Mutiara Rini, 81300 Skudai
Johor Darul Takzim

Phone

+607-5547488

Email

cs@theshapee.com   

Sekarang ni tak susah nak cari makanan bayi yang 100% homemade kan. Dulu masa zaman anak sorang tah...

Homemade Baby Cookies Biscute By MommyLin

Sekarang ni tak susah nak cari makanan bayi yang 100% homemade kan. Dulu masa zaman anak sorang tahun 2007, tak ada pulak aku jumpa homemade baby food ni. Dari puree, bubur dan jugak biscuit, variety sangatt dan banyak terdapat dipasaran sekarang ni. Kau pilih jer nak jenama apa. Macam-macam ada. Cuma kena pandai cari harga yang mana lebih murah lah kan. Zaman serba serbi mahal nak mamps ni kau kena pandai buat perbandingan harga.


Ok... Tak nak bebel panjang. Cuma nak share dengan korang jer ni pasal poduct homemade baby food. Kalau korang masih mencari kudapan untuk baby, apa kata korang try Homemade Baby Cookies Biscute By Mommylin nih. Daripada korang beli biscuit baby yang ada jual kat pasaraya tanpa korang tahu bahan-bahan buatannya. Baik korang beli Biscute By MommyLin sebab ianya 100% homemade. Kalau dah homemade tu memang tak ada bahan pengawet. Manakala bahan perasa nya memang dari perasa buah-buahan tanpa gula tambahan. Haaa... gittew kan.


Packaging memang best sebab setiap biscuit dalam balang dibalut dengan plastik. macam dalam gambar tu. Jadinya... kebarangkalian biscuit cepat pecah tu tipis. Biscuit pon tak mudah masuk angin kalau penutup balang tidak ditutup dengan ketat ker kan. Kalau nak bawak travel pon senang sebab balang biscuit ni comel dan muat masuk dalam handbag. 


Biscute By Mommylin ni ada 3 flavor. Mangga, Kurma dan Kismis. Sesuai untuk baby 7 bulan ke atas. Sedap ker? Bagi aku sedap. Sambil suap anak sambil suap dalam mulut kau sekali... hahaha... Korang boleh bancuh dengan air macam biskut Farley Rusks tu. Tapi Harraz tak suka. Lagi suka makan seketul-seketul tu. Tapi aku bagi cuit sikit-sikit lah. Antara 3 flavor ni, Harraz suka perasa mangga. 


Budak kuat makan nih. Balang biskut pon nak dijilatnnya... ppffttt... Biscuit tu kalau dah habis jangan dibuang balangnya. Korang boleh buat tabung. Harga untuk sebalang ni RM18.00. Tapi kadang-kadang ada promotion. Kalau berminat nak beli, boleh terjah:




Ada dikalangan adik beradik, suami atau anak-anak korang yang ada masalah resdung ni? Aku sendiri a...

Penawar Resdung Paling Berkesan Untuk Merawat Resdung

Ada dikalangan adik beradik, suami atau anak-anak korang yang ada masalah resdung ni? Aku sendiri ada masalah resdung. Tapi tak ada lah teruk sangat dan jarang-jaranglah kena. Tapi bila kena... Bersin banyak kali kau jangan cakap lah. Dengan hidung nya gatal merenyam. Bersambung ke mata pulak gatalnya. Kau pon gosoklah mata sampai mata kau jadi merah macam orang sakit mata. Memang azab jugak lah. Cuba bayangkan kalau anak kau yang baru sekolah tu kena. Kesian kan. 


Macam mana nak tahu yang korang ada masalah resdung? Baca ni antara tanda-tanda penyakit resdung.

  1. Hidung sentiasa berair/selsema setiap masa terutama ketika cuaca sejuk dan awal pagi.
  2. Gatal-gatal pada hidung,mata dan telinga terutama bila memakan ayam,udang,ketam,ikan masin dan sambal belacan.
  3. Bersin bila terkena habuk.
  4. Berkahak, banyak jerawat, kurang pendengaran/penglihatan, sakit kepala, kelemumur banyak, rambut gugur, nafas berbau (anda tidak tahu nafas anda berbau dan tidak menyenangkan rakan anda..minta nasihat ikhlas dari mereka), gatal kulit dan keputihan (wanita).
Bila dah ada resdung tu kan. Kesan dari penyakit resdung tu mesti ada. Antaranya Hilang deria bau, Pelupa/Daya mengingat lemah dan juga Lubang hidung bengkak dan tersumbat. Scary jugak bila baca kesan-kesan resdung ni kan. Kalau dah kena resdung yang teruk tu, kena lah berubat kan. Haaaa... Kalau korang masih mencari ubat untuk merawat resdung ni, apa kata korang cuba ubat Penawar Resdung Paling Berkesan nih. 

Sebab ianya diperbuat daripada serbuk akar kayu herba tradisional untuk melegakan dan mengurangkan simptom resdung dan juga alahan kepada makanan laut serta sudah diwarisi oleh pengamal perubatan Islam selama lebih dari 40 tahun yang lalu. Berkesan ker ubat resdung ni? Meh baca testimoni dari pengguna yang sudah menggunakannya:


Lagi testimoni pengguna yang berpuas hati

Kegembiraan bila resdungnya dah pulih

Seronok jer baca testimoni pengguna yang berjaya sembuh dari penyakit resdung. Memang Ubat Resdung Paling Berkesan betul lah sebab serasi dengan mereka yang dah mengamalkannya. Cara makan pon tak susah pon. Korang hanya perlu buka sarung kapsul dan masukkan serbuk akar kayu dalam segelas air kosong. Kacau hingga larut dan jangan lupa baca bismillah dan berselawat dulu. 


Dos yang korang kena amik hanya 1 biji pagi dan 1 biji malam. Kala rasa resdung dah berkurangan, korang cuma makan bila perlu sahaja. Atau korang boleh ambil lepas makan makanan laut. Untuk ibu mengandung pulak, tak digalakkan makan ubat ni yer. APa kelebihan yang akan korang dapat? Baca ni:


Kalau korang berminat nak beli atau ada sebarang pertanyaan yang tak terjawab mengenai Penawar Resdung Paling Berkesan ni. Boleh hubungi:

Puan Aisyah ( 013-987 1616 )


















Tak susah nak check result peperiksaan anak sekarang. Kalau dulu kita kena tunggu anak bawak balik ...

Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online Dengan SAPS!!!

Tak susah nak check result peperiksaan anak sekarang. Kalau dulu kita kena tunggu anak bawak balik kertas peperiksaan baru boleh tahu markahnya. Itu pon kalau dapat semua kertas peperiksaan. Kalau tak lengkap, kena tunggu cikgu bagi report card lah nampak nya. Sebagai parents ni kan, kita kena lah sentiasa memantau keputusan peperiksaan anak. Subject apa yang dia lemah. Dari situ kita boleh tahu dimana kekurangan yang perlu diperbaiki. 

Antara cara terbaik untuk memastikan kecemerlangan anak kita adalah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka. Tak susah pon nak check result peperiksaan anak sekarang. Tak macam dulu. Sekarang ni korang tak perlu tunggu anak tunjuk markah peperiksaan atau nak tunggu cikgu bagi report card sebab korang boleh check sendiri keputusan peperiksaan anak secara online. 


Pernah dengar SAPS tak? SAPS ni merupakan satu sistem online yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membolehkan ibu bapa untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak secara online. Sistem SAPS Ibu Bapa ini direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.

Kalau dulu ibu bapa kena pergi sekolah amik report cards sebab nak tahu berapa keputusan peperiksaan. Kena jumpa cikgu kelas lah. Kan dah makan masa dan tenaga kat situ. Dengan wujudnya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ini, ibu bapa tak perlu datang sekolah lagi. 

Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.


Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini. 

Memang bagus sangat sistem ni kan sebab kita boleh tahu result anak terlebih dahulu. Jadinya anak pon tak boleh menipu kalau result mereka teruk kan. Kalau korang rasa artikel ni dapat membantu lebih ramai tahu mengenai SAPS Ibu Bapa ni dan boleh semak keputusan peperiksaan anak secara online, sila lah share info ni. 


Bila dah ada anak kecik ni kan. Antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah PAMPERS. Pemilihan...

Pengeringan Lebih Cepat Dengan BabyLove PlayPants NanoPower Plus

Bila dah ada anak kecik ni kan. Antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah PAMPERS. Pemilihan pampers adalah sangat penting. Kenapa penting? Kalau salah pilih pampers, berkemungkinan besar anak kau boleh kena ruam sebab tak sesuai. Orang kata kalau beli pampers ni kena try and error. Jenama mana yang sesuai dan jenama mana yang tak sesuai. Kulit budak kan sensitive. Kita sebagai ibu kena ambil tahu mengenai tahap sensitive kulit anak kita. Sian nanti merah-merah punggung anak.

Model pampers BabyLove of the day ☺

Ni nak share dengan korang mengenai pampers BabyLove PlayPants NanoPower Plus. Memang best betul lah pampers ni sebab ianya diperbaharui dengan inovasi pengeringan yang lebih cepat. Mana tak cepat kering sebab diperbuat dari Gel Manik Nano yang menjadikan kesan penyerapan tinggi yang meyerap lebih cepat dan sempurna. Memang sesuai untuk penggunaan di waktu siang atau pon malam. 


Antara keistimewaan lain yang ada pada pampers BabyLove PlayPants NanoPower Plus ialah:
  • Bubble Soft sheet yang memberikan sentuhan lembut dan kekeringan tambahan untuk kulit halus bayi anda
  • Standing Leaks Guards atau pengawal kebocoran yang memberi perlindungan tambahan terhadap kebocoran pada kaki
  • Stretchy Waist Elastic yang lembut dan selesa di kawasan pinggang dapat menampung setiap pergerakan bayi
  • Air Flow Bacvk Sheet atau aliran udara membolehkan peredaran udara, membantu untuk menjaga kulit bayi anda segar dan kering 



Memandangkan Iman Harraz dalam fasa melasak sampai kau nak pakaikan pampers pon susah. Berpusing sana sini. Rasa macam nak bergaduh dengan anak. Pampers BabyLove Paypants ni sangatlah membantu sebab kau cuma sarungkan jer macam pakai seluar. Memang senang lah nak pakaikan. Nak bukak pon senang. Kau koyak jer kat bahagian tepi tu.

Ibu... cutenya pampers BabyLove PlayPants NanoPower Plus ni ☺

Overall pampers BabyLove PlayPants NanoPower Plus memang best sebab punggung anak kau kekal kering even pampers dah penuh. Sangat sesuai untuk dipakai diwaktu malam kalau kau jenis tido tak sedar diri sampai lupa nak tukar pampers anak.. hahaha,.. Lepas tu kan, corak yang terdapat pada pampers BabyLove PlayPants NanoPower Plus ni sangat lah cute.

Kalau korang nak try pampers BabyLove PlayPants NanoPower Plus, ianya didatangkan dengan saiz S (4-8 kg), M (7-12 kg), L (9-14 kg), XL (12-17 kg) dan XXL (15-25 kg). Boleh terjah Website LAZADA sekarang dan nikmati promosi BELI SATU PERCUMA SATU... Wowwww... 






You need a holiday lah! Yeahhhh… I really need a holiday. Korang pon macam aku jugak kan. Need a ho...

#MyTravelokaEscapade | SABAH Destinasi Pilihan

You need a holiday lah! Yeahhhh… I really need a holiday. Korang pon macam aku jugak kan. Need a holiday. Seharian bekerja dipejabat. Balik kerja terpaksa mengharungi jalan yang sesak. Sampai rumah buat kerja rumah pulak… Masak, basuh baju, sidai baju dan macam-macam kerja rumah lah. Sambil buat kerja sambil jaga anak-anak yang seramai 4 orang tu pulak. Hadap lah kau dengan karenah anak-anak. Kejap bergaduh.. kejap menangis.. Lepas tu boleh pulak berbaik-baik. Kau pon rasa macam nak nangis jugak. Tersangatlah havoc kehidupan ku seharian.


Mulalah dalam hati ni dok terfikir… ‘Bestnya kalau dapat pergi bercuti’. Tapi tu lah, nak kena ada budget sebab bukannya murah. Setakat untuk seorang boleh lah cover lagi. Macam aku yang anak empat ni? Banyak yang perlu dibelanja kan untuk bercuti satu family. Macam sedih nya bunyi nya kan (memang sedih pon)…. Hahaha… Ok lah… Kita lupakan pasal budget. Apa kata kita berangan dulu. Mana tahu angan-angan tu jadi kenyataan kan TRAVELOKA ☺


Kalaulah diberi pilihan untuk bercuti kan, aku teringin sangat nak bercuti di Negeri Di Bawah Bayu iaitu Sabah… Negeri kedua terbesar di Malaysia. Kenapa aku pilih Sabah? Sebab Sabah merupakan negeri yang terkenal dengan alam semulajadinya yang cantik serta terpelihara dan juga kebudayaan etnik yang tinggal di Sabah. Ada 30 kaum etnik pribumi semuanya. Sebab itu lah Sabah menjadi lokasi percutian dan tarikan pelancong untuk bercuti ke sana. Kalau dah bercuti di Sabah, sudah semestinya kena pergi ke tempat-tempat menarik di Sabah kan. Disini aku senaraikan tempat-tempat menarik yang aku teringin sangat nak pergi:

1. Hounon Ridge Farmstay & Camping

Sumber [SINI]

Tak dapat daki Gunung Kinabalu, tapi dapat menginap dekat dengan Gunung Kinabalu pon dah ok. Masya’allah… cantik sangat view nya. Aman damai rasa. Hanya 12km dari taman Kinabalu, Ranau, Hounon Ridge Farmstay & Camping adalah homestay yang dibuka pada tahun 2012 dan dikelilingi oleh ekosistem hutan hujan tropika dan penuh dengan budaya Borneo. 

2. Manukan Island


Negeri Sabah juga terkenal dengan keindahan pulaunya yang sangat indah indah. Antaranya pulau mabul, sapi, sipadan, manukan dan banyak lagi lah. Jenuh kalau nak pergi semua pulau ni kan. Kalau biberi pilihan, aku nak pergi Manukan Island. Pulau Manukan adalah pulau yang paling popular di kawasan Kota Kinabalu. Pulau ini juga mempunyai beberapa kawasan yang terbentang baik di pantai selatan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat sesuai untuk diselam. Memang Pulau Manukan ni sangat sesuai untuk aktiviti menyelam dan snorkling sebab kejernihan airnya yang menghijua dan kecantikan dasar laut disekitar perairan pulau nih.

Pulau ini mempunyai kemudahan pelancongan yang paling maju dengan terdapat 20 unit chalet, rumah kelab, dan beberapa restoran dan pusat menyelam. Kemudahan rekreasi termasuk kolam renang, padang bola sepak, bola tampar dan sepak takraw. Kemudahan infrastruktur termasuk sokongan air bersih, elektrik, penyahgaraman tumbuhan, sistem pembetungan yang tersusun, dan juga telefon awam yang menggunakan tenaga solar.

3. Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre

Sumber [SINI]

Haaaa… Macam kat KL tak boleh tengok urang utan. Kenapa mesti Sabah? Ok… kalau korang nak tahu, Pusat ini dikhususkan untuk memelihara dan mengkaji spesies orang utan yang semakin pupus di dunia ini. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok terletak di Hutan Simpan Sepilok - Kabili, 24 km dari Sandakan, Sabah.Malaysia. Terdapat 300 ekor orang utan yang hidup secara semula jadi, diberi makan, diternak dan ditempatkan (dibuang) ke sini dari tempat-tempat lain. Ia juga berfungsi untuk menyelamat dan mengembalikan semula anak orang utan yang terpisah daripada ibunya. 
Menurut kajian Jabatan Hidupan Liar Sabah, terdapat 13,000 orang utan di seluruh negeri Sabah. Oleh itu, pemilihan Sepilok sebagai pusat pemuliharaan orang utan amat bertepatan sekali.

4. North Borneo Railway

Sumber [SINI]

Best kalau dapat naik keretapi ni. Anak-anak mesti teruja sebab dapat naik keretapi zaman British North Borneo tahun 1900an yang sudah dipelihara dan diubahsuai bagaikan gerabak keretapi penumpang colonial. Pengunjung juga akan disajikan dengan sarapan pagi ala-Tiffin serta makan tengahari dengan hidangan Asia dan Continental. Wahhhh… menarik sangat.

5. Rumah Terbalik Sabah / The Upside Down House


Wajib pergi Rumah Terbalik Sabah / The Upside Down House ni sebab ianya merupakan rumah terbalik pertama di Malaysia dan tercatat didalam Malaysia Book Of Record. Keunikan rumah ni memang semua barangan nya diletakkan secara terbalik. Dah nama pok rumah terbalik kan. Jangan kau pening kepala sudah.

6. Desa Cattle Dairy Farm


Antara tarikan di Sabah yang aku teringin sangat nak pergi. Desa Cattle Dairy Farm... Dah macam New Zealand pemandangannya. Cantik sangat. Desa Cattle Dairy Farm merupakan sebuah ladang ternakan lembu dan kambing dan juga kilang pemprosesan susu lembu. Lembu tenusu yang diternak termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia. Lembu jenis Fresian mampu menghasilkan susu segar berkualiti dengan purata 14 liter setiap lembu, menjadikan baka jenis ini terkenal di seluruh dunia sebagai lembu yang mampu menghasilkan susu segar setiap hari. Sumber [SINI]. Memang best lah dapat minum susu fresh kan.


Terima kasih TRAVELOKA kerana merealisasikan impian aku nak ke Sabah... Erkkkk... Hahaha... Kalau nak ikutkan banyak lagi tempat yang aku nak senaraikan dalam ni. Tapi cukup-cukup lah. Kalau korang rasa nak pergi bercuti secara percuma, apa kata korang join contect  #MyTravelokaEscapade anjuran TRAVELOKA ni. Mana tahu rezeki kan. Masih sempat lagi nih. Korang cuma perlu pilih salah satu daripada 10 destinasi percutian idaman yang diberi ni.


Oh! Ya... Kalau korang masih belum pernah dengan mengenai TRAVELOKA ni, meh aku terangkan sikit. TRAVELOKA adalah salah satu platform tempahan penerbangan dan hotel terkemuka di Asia Tenggara yang telah berkhidmat lebih daripada 18,000 laluan dan ribuan hotel di Asia Pasifik. TRAVELOKA bekerja keras untuk menyediakan perkhidmatan dengan harga yang terbaik untuk hotel-hotel dan penerbangan setiap hari. Dan yang lebih penting, tiada kos tersembunyi. Kalau korang nak pergi bercuti, boleh lah cuba buat tempahan dengan TRAVELOKA.



Masih tercari-cari product penghalau serangga/perosak seperti nyamuk, semut, lipas, cicak dan pepij...

Dapatkan Produk Semulajadi dan Selamat Dengan LERY GROUP

Masih tercari-cari product penghalau serangga/perosak seperti nyamuk, semut, lipas, cicak dan pepijat? Atau sedang mencari product yang boleh menghidarkan nyamuk yang tak diundang datang bertandang dan menghisap darah kita dan anak-anak? Agak susah juga nak mencari product yang bebas dari bahan kimia kan. Sebagai seorang ibu kepada empat orang anak, mencari product yang berasaskan dari bahan semulajadi adalah satu kemestian. Agak merbahaya jika dedahkan anak dengan product yang banyak dengan bahan kimia kan. Keselamatan dan kesihatan anak perlu dititikberatkan sebelum membeli sesuatu product.


Nak bagitau ni. Saya dah jumpa dengan product yang dihasilkan dengan bahan semulajadi. Korang pernah dengar LERY GROUP tak? Kalau nak tahu, produk-produk keluaran LERY GROUP adalah berasaskan minyak pati Serai Wangi dan FORMULA yang kami hasilkan adalah istimewa berbanding produk-produk Serai Wangi yang lain yang berada dalam pasaran; di mana BEBAS DARI kandungan DEET, BEBAS DARI kandungan alkohol dan selamat untuk kanak-kanak. Apa istimewanya Serai Wangi nih? Banyak keistimewaan Serai Wangi ni. Antaranya:

  • Kerana serai wangi mempunyai agen pembersih yang semulajadi untuk membunuh bakteria
  • Kerana serai wangi mampu mengatasi masalah bau yang kurang menyenangkan 
  • Kerana serai wangi merupakan agen anti fungus
  • Kerana serai wangi merupakan agen penghalau serangga seperti lalat, cicak, semut, lipas, tikus, pepijat, agas-agas dan sebagainya
  • Kerana serai wangi merupakan agen anti tekanan
  • Kerana serai wangi merupakan agen penghalau nyamuk terutama aedes dan zika
  • Kerana serai wangi mampu menjadikan kulit menjadi lembut dan lembab

DEET tu apa yer? Saya pon 1st time dengar ni. Jom kita amik tahu. DEET (N, N-dietil-m-toluamide) adalah bahan aktif dalam banyak produk pembasmi serangga dan zat pembunuh serangga serbaguna dan efektif penolak. Hal ini digunakan untuk mengusir hama menggigit seperti nyamuk dan kutu, termasuk kutu yang mungkin membawa penyakit Lyme. Lotion serangga yang mengandung DEET telah digunakan selama lebih dari 40 tahun oleh jutaan orang di seluruh dunia untuk mengusir nyamuk, kutu-kutu, lalat dan chiggers menggigit. Boleh baca dekat [SINI] kalua nak tahu lebih lanjut.


Scary kan. Ok… Berbalik kepada prosuk keluaran LERY GROUP ni, produk-produk keluaran LERY GROUP telah melalui fasa kajian dan penyelidikkan yang lama kerana mereka di LERY GROUP ingin memastikan setiap PENGGUNA produk LERY GROUP berpuas hati dengan kualiti yang diberikan. Produk yang berkualiti dan mampu milik merupakan tagline mereka. Disebabkan itu kualiti produk amat dititikberatkan. Jom kita tengok apa produk-produk yang dikeluarkan oleh LERY GROUP nih:

2 in 1 Multipurpose Cleaner 

1 Liter : RM 16.90
10 Liter: RM169.00
500ml (Semburan) : RM9.00

Fungsi:
  • Merupakan 100% agen pembersih yang semulajadi daripada formula yang kami hasilkan. 
  • Merupakan 80% agen penghalau serangga seperti lipas, semut, cicak, lalat , lipan, tikus dan sebagainya 
  • Dapat mengurangkan bau hapak pada sofa, karpet,tilam dan bantal 
  • Dapat membunuh pepijat pada tilam, bantal, sofa dan karpet
  • Dapat membersihkan sebarang permukaan seperti lantai, kabinet, meja dan sebagainya 
  • Dapat menghilangkan kotoran degil pada pakaian 

Cara Penggunaan: 
  • Hanya perlu dicampurkan 2 penutup sukatan 2 in 1 Multipurpose Cleaner dengan setengah air baldi (bagi botol 1 liter atau 10 liter) dan mop. Untuk masalah serangga yang serius, para pelanggan perlu mengemop sebanyak 2 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.
  • Untuk tujuan mencuci lantai, tandas etc, hanya semburkan sedikit (ikut anggaran masing-masing), kemudian sental dan bilas
  • Bagi masalah pepijat pada tilam atau sofa, hanya semburkan 2 in 1 Multipurpose Cleaner dan biarkan. Semburan perlu dilakukan 2 kali setiap hari untuk 3 hari berturut-turut.

Citronella Shower Gel Anti Aedes & Zika
500 ml : RM 16.90

Fungsi:
  • Bertindak sebagai gel mandian yang mencegah dari terkena gigitan nyamuk Ades & zika 
  • Melembutkan kulit
  • Air bilasan mandian yang mengalir ke saluran paip dapat menghalau serangga-serangga yang berada di dalamnya seperti lipan, cacing halus dan semut
  • Menyegarkan badan 
  • Mengharumkan bilik mandi
  • Dapat memb unuh bakteria pada kulit 
  • Dapat dijadikan losyen bagi mencegah gigitan nyamuk terutama apabila menyertai aktiviti perkhemahan dan jungle trekking
Cara penggunaan:
  • Letakkan sedikit Citronella Shower Gel Anti Aedes & Zika pada tapak tangan dan campurkan dengan sedikit air dan lumurkan pada badan serta bilas
  • bagi penggunaan sebagai losyen, hanya lumurkan sedikit pada lengan dan kaki atau leher sebelum memulakan aktiviti perkhemahan dan jungle trekking

Moisturizing Hand Wash 
500 ml : RM 15.90
Fungsi:
  • Dapat membunuh bakteria pada tangan 
  • Dapat melembutkan tangan
  • Air bilasan basuhan tangan yang mengalir ke dalam saluran paip dapat membunuh serangga yang berada di dalamnya
Cara Penggunaan
  • letakkan sedikit Hand Wash pada tapak tangan, gosok dan bilas

Kombo Kembara (Citronella Shower Gel Anti Aedes & Zika 100ml, Moisturizing Hand Wash 100 ml dan Insect Repellent 55ml)
RM 29.00

Amacam??? Tertarik tak dengan produk keluaran LERY GROUP nih. Harga pon berpatutan kan. Memang mampu milik lah. Yang penting dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi, bebas kimia dan mesra kana-kanak. Kat mana nak dapatkan produk-produk LERY GROUP ni? Haaaaa... Kat Lazada Malaysia pon ada tau.


Selain dari Lazada Malaysia, korang boleh juga dapatkan di pasaraya seperti GJ Mart di AU2 Keramat, Pasaraya As Syakirin Melawati dan Suri Halal Mart, Ukay Perdana. Manakala, pada awal tahun 2017 nanti, produk-produk LERY GROUP bakal dipasarkan di pasaran runcit melalui rangkain hypermarket di Malaysia. Walaupon produk-produk LERY GROUP baru 3 bulan berada di pasaran, tapi telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dari pihak korporat dan juga orang perseorangan.

Antara pelanggan-pelanggan korporat kami adalah Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, Hotel Cyberview Resort & Spa Cyberjaya, Kelab Golf Saujana, Subang, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, Hotel Pam Inn Ampang, Restoran Nasi Kandar Kajang Bangi, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dan banyak lagi.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai produk-produk LERY GROUP ni, boleh terjah mereka di:

Website: www.lery.com.my
Facebook: LERY GROUP
Instagram: @lery_group

Alamat

LERY GROUP SDN. BHD.
SC-SG-24, JALAN UP1/1D
SPRING VILLA , UKAY PERDANA
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA.

Hotline

+6016 644 9105

Customer Care Hotline

+6019 296 9756


Risau nak lepaskan anak bermain diluar? Main gelongsor, main basikal, main kejar-kejar dan macam-m...

Hiruscar and Hiruscar Kids | Protect You and Your Family From Scars!!!


Risau nak lepaskan anak bermain diluar? Main gelongsor, main basikal, main kejar-kejar dan macam-macam mainan yang ada lah kat taman permainan tu. Perasan tak? Kadang-kadang kita sebagai parents ni are over protected. Anak nak main panjat-panjat tak boleh. Nak main kejar-kejar tak bagi. Nak main basikal fikir banyak kali. Tak kisahlah ketika bermain dirumah atau pon di taman permainan sekali pon. Sebab apa? Sebab risaukan keselamatan anak kan. Takut anak tu jatuh ke apa. 

Nak tau tak, kurangnya pendedahan luar boleh memberi kesan pembangunan fizikal dan fisiologi seorang kanak-kanak. Biarkan lah anak-anak ini meneroka alam sekitar. Biarkan mereka bermain even nak bergaduh sekali pon. Kita sebagai parents ni kalau being worried is normal ok. Bagi kanak-kanak, ia adalah satu pengalaman semula jadi untuk pembelajaran membangunkan asas deria sistem. Bila anak rasa permainan itu merbahaya atau berisiko, secara tak langsung dapat membantu anak belajar daripada kesilapan. 



Baru-baru ini Hiruscar dan Hiruscar Kids telah melancarkan Kempen 'My Hero-Scar' untuk menggalakkan ibu bapa untuk membiarkan anak-anak mereka menikmati lebih banyak aktiviti luar tanpa perlu bimbang tentang anak-anak mereka mendapat parut melalui luka dan lebam. 

Hiruscar and Hiruscar Kids, a scar care brand, launched the ‘My Hero-Scar’ campaign to raise awareness among parents on the importance of outdoor play time for children’s physical and psychological development. The campaign also aims at encouraging parents to allow their children to explore and enjoy outdoor activities without worrying their little ones getting permanent scars from bruises and scrapes as long as it is treated properly with the right scar care product. 

“Technology and the urbanized environment these days keep our children from enjoying the mother-nature as we used to do when our generation was growing up. Children are very active and may fall and sustain from injuries while they are playing outdoors. More often than not, parents would prevent such incident from occurring again. Instead of protecting their children at all times and preventing them to participate in any outdoor activities, parents should let children be children – allow them to be adventurous because it is part of growing up. 


Hiruscar and Hiruscar Kids offer an efficient and convenient solution to make sure adults and children don’t keep scars but only good memories from their outdoor activities. Ultimately, the 'My Hero-Scar' campaign aims to provide parents the assurance that while children can be active and adventurous, they do not have to worry about children’s scars as they are well taken care with Hiruscar and Hiruscar Kids,” said Koon Yin Pang, Senior Manager, Consumer Health Lead, Marketing Management, Consumer Health of DKSH Malaysia Sdn Bhd.

Often, parents believe that their children are safer indoors. Technology and an increasing range of home entertainment make it easy to keep children from playing outdoors. According to a study done by the regional parenting portal theAsianparent.com, 98% of parents in Southeast Asia allow their children to use IT devices regularly.  41% of these children aged between three and eight years old spend more than an hour per sitting on their devices.  

While it is inevitable in today’s technology-driven world to ban the use of devices, parents should nevertheless be aware of the negative effects of an extensive use of electronic devices such as addiction or the correlation of device usage with childhood obesity.  In order to counter those risks, parents should consider more outdoor activities for their children. 


Dr M.S. Priyadarshini, an industrial and organizational psychologist who is also a life skills development trainer explained that “Outdoor activities have important physical and psychological advantages on a child’s development. They stimulate for example a faster brain development. Children that play more outdoors are prone to be more active and hence less likely to be overweight while growing up. Besides, they become better learners, socialize more through group play and will therefore later on be more capable of connecting to others”.

Parents are therefore advised to let their children play more outdoors and not to be over-protective. It is part of growing up for children to occasionally get cuts or minor injuries that might lead to scars if left untreated. Apart from these incidences, adults and children can also acquire scars from chickenpox, measles or mosquito bites.

According to Health Department director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia counted about 167 cases of chickenpox last year. The prevalence of measles was even higher. Compared to the same period in 2015, the prevalence of measles has increased of about 340%.  About 18% of the children who have had chickenpox for example are likely to get scars mainly on their faces, thorax, abdomen and back. This might affect the child’s self-confidence and self-esteem. Therefore, the launch of ‘My-Hero Scar’ campaign is timely and useful to reach out to Malaysians to help them learn and treat wounds and scars effectively.


It does not take much to have minor wounds and scrapes. A trip over the stairs, mishandle a kitchen knife, small burns or any other life events can leave small or large scars. Most of us have one or even more scars to remind us of such situation. It is something common and Malaysians should be informed that they can overcome scarring with treatment and by using the right scar care product.


“With Hiruscar and Hiruscar Kids, young kids and adults are able to enjoy the essential moments in life and help break free from their scarring conditions”, added Koon Yin.Hiruscar and Hiruscar Kids can help both children and their parents at every stage of life to break free from their scarring conditions as it provides a simple, safe, convenient and efficient way to relieve scarring. Regularly applied on closed wounds, it helps your skin to recover to its previous smoothness. 

About Hiruscar & Hiruscar Kids® 


Hiruscar is a quick-absorbing non-greasy and film-free clear gel that helps reduce scar visibility. The product contains MPS combined with Allium Cepa together with four more elements that reduce excessive tissues from forming. It also improves and dissipates wounds naturally while softening thick marks. 

In order to see the best results, treatment should be continual for 4-6 months, use 2-3 times daily on closed wounds.  Treatment times can vary depending on the condition, size, type, severity and age of the scars. 93% of consumers indicate that their scars heal at the end of 12 weeks.  

For children, Hiruscar Kids combines five molecules as heroes and helps parents to look after childhood scars.  Both products including Hiruscar Post Acne are available at leading personal care stores and pharmacies.

Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai product Hiruscar ni, boleh terjah: 


 

Sekarang ni ada banyak laman web atau website yang sangat berguna untuk kita lawati. Ada bermacam-m...

Kenali 6 Website Yang Sangat Berguna dan Wajib Anda Lawati

Sekarang ni ada banyak laman web atau website yang sangat berguna untuk kita lawati. Ada bermacam-macam jenis laman web yang boleh kita jadikan rujukan. Antaranya laman web yang berunsurkan Parenting atau keibubapaan. Laman web yang bercerita mengenai teknologi seperti Handphone dan Camera dan bermacam-macam lagi lah. Tapi harini saya nak share bukan 1 tapi 6 laman web yang sangat berguna dan memang patut korang lawati.

Laman web yang saya nak kongsikan ini sangat berguna untuk mereke-mereka yang masih mencari peluang pekerjaan disektor awam mahu pon  kerajaan. Khas juga buat Guru-guru dan juga ibu bapa. Excited tak? Ok… check it out 6 website penting ni:


Nak tau tak? Government.my ni menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong untuk sector awam yang khusus di Malaysia. Website ni juga ada menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan selain dari menyediakan banyak peluang pekerjaan.


Nak bekerja disektor Kerajaan? Jangan risau, Jawatan Kosong Kerajaan ada. Laman web JawatanKosong.co ni lebih memfokuskan kepada korang yang nak mencari kerja kosong dengan kerajaan dimana jawatan dan gajinya adalah lumayan, terjamain dan senang nak buat loan. Ni yang korang suka kan. Tapi tu lah. Bukan senang dah dapat kerja dengan kerajaan ni kan. Orang kata kena ada kabel baru boleh tembus… hehehe.. Betul ker? Apa kata korang cuba dulu



Sedang mencari pekerja atau ingin mencari pekerjaan? Boleh lawati Kerjakosong.co dimana portal ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Pada majikan yang mencari pekerja, boleh submit dan publish jawatan kosong kepada mereka yang berminat. Yang mencari pekerjaan dengan gaji yang tinggi, rajin-rajinlah  terjah portal Kerja Kosong nih.



Haaaaa… Laman web ni sangat sesuai untuk ibu bapa. Kalau ada anak yang dah sekolah, boleh bookmark laman web Saps atau nama singkatannya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang dibangunkan oleh KPM. Dah jelas kan. Tak jelas lagi? Laman web ni untuk ibu dan bapa menyemak keputusan peperiksaan anak masing-masing. Cuma masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan. Akan terpaparlah keputusan peperiksaan anak korang. Tak tau markah periksa anak-anak? Saps ada ☺

5) APDM


Apalah APDM nih? Ianya aplikasi pangkalan data murid. Khas untuk cikgu-cikgu dan memudahkan cikgu-cikgu sekalian mengisi data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan lain-lain. Sistem yang dibangunkan oleh KPM demi memajukan system pendidikan sekolah Malaysia gittew. Cikgu-cikgu, sila bookmark websiter ni yerp

6) Hrmis2


Siapa yang tak familiar dengan system Hrmis2 ni kan. Aplikasi dalam talian yang lebih dikenali sebagai Sistem Maklumat Penguruan Sumber Manusia atau dalam Bahasa Inggeris nya Human Resources Management Information System. Untuk penjawat awam yang ingin memohon cuti atau ingin mengemaskini maklumat peribadi dari masa ke semasa, Hrmis2 ni lah aplikasinya.

Ok… Ini lah dia perkongsian 6 Website yang sangat berguna dan wajib korang lawati. Saya tahu ramai yang tak tahu pasal kewujudan website-website  ni kan. Yang saya tahu website nombor 4. Dan yang saya pernah dengar website nombor 6. Yang lain-lain memang saya tak tahu pon. 

Di harap dengan perkongsian 6 website ni dapat membantu mereka-mereka yang sedang mencari dan masih lagi mencari pekerjaan. Sila bookmark ke enam-enam website ni untuk rujukan korang semua. Lagi bagus kalau korang share dengan kawan-kawan yang masih mengganggur tu. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks