Macam biasa. Project hujung minggu kembali setiap minggu...hahaha...Itu pon kalau ada project masak memasak lain dari yang lain lah. Klo tak der entry tu maknanya masak biasa² sajork. Meh kita tengok project masak² dihujung minggu untuk minggu lepas.
Tadaaaaa...erkkkk...ada kek lah. Tetiba teringin nak makan cheesecake. Tetiba terajin buat kek. Maka terhasillah sebijik Blueberry Cheesecake yang di bakar dengan penuh kasih sayam...ceewahhh. Tapi kali ni iols tak pakai biskut Oreo. Kita ganti base dengan digestive biskut lah pulak. Nak resipi klik [SINI]. Terliur tak...terliur takkk. Jemput tengoklah yerp. Jangan marah...Lepas ni rasa macam nak buat kek coklat lapis cheese lah...hurmmmmm...saja nak bakar line uols...hahaha....
Tapi Blueberry cheesecake iols ni rasa dia macam tak berapa nak ummpphhh sangatlah. Tak tau lah klo tekak tukang bakar ni lain sket. Tapi tak per, practice make perfect kan. Kita cuba sampai jadi sedap macam secret recipe.
Ok...yang ni plak baked macaroni cheese. Tetiba terigin plak. Dah macam pompuan ngandung mengidam. Nak cheesecake lah...macaroni lah...haishhhh...Tapi ini sebelum dibakar. Selepas dibakar tak sempat nak amik. Agak frust sket lah. Kurang menjadi sangat. Tapi rasa still sedap. Mungkin silap teknik kot. Rasa tak puas hati plak wei. Ni yang nak repeat lagi nih. Nak resipi kewr? Alaaaaa...google jer lah...hehehe...Next time kalau menjadi iols up resipi yerp. Boleh gittew.
Sekadar selingan:
Cara masakan dan resipi kita mungkin sama dan mungkin juga berbeza. Iols masak Ketam masak Lemak cili api pon nak dijadikan bahan kat laman sosial. Sebab iols masak letak daun kunyit instead of serai. Tak sesuai katanya. Siap nak gelak syaiton lagi ko. Macam lah kelakar sangat. Iols tak marah pon. Cuma kesian jer dengan orang macam ni. Menampakkan kebodohan diri sendiri.
Buat si polan dan sahabatnya tu, parenst iols pon orang N9. Secara tak langsung iols pon orang N9 juga even membesar di KL. Apa pon masakan dan resipi yang mak iols ajar, secara tak langsung turun ke anak dia juga kan. Terpulang lah iols nak masak letak serai, daun kunyit atau apa sekali pon. Janji menepati citarasa tekak kami. Tapi tak perlulah nak dijadikan bahan yerp. Peringatan buat diri sendiri juga.
Note: Panas berbahang. Sakit kepala pon mudah menyerang.