Showing posts with label Resepi Noxxa. Show all posts
Showing posts with label Resepi Noxxa. Show all posts

Citer pasal Noxxa Pressure Cooker kembali lagi. Ni project weekend haritu. Tak pernah lagi buat kek dalam periuk ajaib nih. Tetiba teringin...

Resepi NOXXA | Choc Moist Cake Steam

Citer pasal Noxxa Pressure Cooker kembali lagi. Ni project weekend haritu. Tak pernah lagi buat kek dalam periuk ajaib nih. Tetiba teringin nak buat kek coklat. Skang ni asal teringin jer rasa nak terus buat. Jumpa plak resepi simple macam mana nak buat choc moist noxxa dalam group. Apalagi...bahan² memang dah ada. Tunggu nak proses jer.


Lepas steam 20 minit, maka ini lah hasilnya. Perrgghhhh...rasa terliur balik nengok kek sendiri. Sedap dan moist gittew. Risau gak takut tak jadi sebab 1st time buat kek steam dalam Noxxa nih. Selalu kita bako jer. Memandangkan tungku tak der. jadinya pakai direct inner. Masuk kan terus dalam tu. Steam 20 minit. Sekejapan jer siap. Tapi kalau steam 15 minit pon dah ok. Sebab bila steam 20 minit ni nampak kulit luar tu ter garing sket. Tapi tetap moist didalam. Tak per...try and error kan. 

Nak resepi ker...hahaha...Ni resepi paling simple dan sangat mudah. No mixer. Pakai whisk jer. Boleh sado lengan tu...ahaksss...

Gambar ulang tayang. Ni resepi [lain]

Bahan A

* 1 Cawan serbuk koko
* 1 Cawan gula pasir
* 1 Cawan susu pekat
* 1 Cawan minyak masak *kalau tak nak manis lepak 1/2 cawan jer
3 Biji telur

Bahan B (Di ayak)

2 Cawan tepung gandum
1 Sudu kecil Soda bikarbonat
1 Sudu kecil Serbuk penaik

Cara² membuatnya

1. Masak bahan² bertanda * dengan api yang sederhana dan sejuk kan
2. Pukul telur hingga gebu
3. Bila bahan² bertanda * dah sejuk, masukkan telur yang dah dipukul tadi
4. Masukkan bahan² B sedikit demi sedikit dan gaul sebati
5. Tuang adunan tadi ke dalam Noxxa Pressure Cooker dan setkan button steam selama 20 minit

Bahan² untuk Topping (ganache)

1/2 Cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
* Buat kaedah double boiled

Masa tengah steam tu ko kena menadah telinga jer lah dengar bunyi beep..beep sebab pakai direct inner kan. Kalau pakai acuan tak der bunyi tu. Tapi tak yah risau. Tak meletup pon...hehehe...Ni ada tips mengukus atau steam dalam Noxxa.


Masih boleh baca kan. Selamat mencuba. Anak² pon soh buat kek lagi nih. Haaishhhh...seronok korang kan boleh request. Nanti ibu buat lagi yerp. 

Note: Tahniah buat adik² UPSR. Tahniah juga buat ibu². Cemerlang atau tak...jangan lupa peluk anak² dan ucap tahniah. Mereka dah cuba yang terbaik ☺ 


Apa??? Bubur nasi boleh masak dalam masa 15 minit jer? Yurpppp...Semua masakan jadi cepat dan mudah dengan bantuan Noxxa Pressure Cooker. M...

Resepi Noxxa | Bubur Nasi 15 Minit!!!

Apa??? Bubur nasi boleh masak dalam masa 15 minit jer? Yurpppp...Semua masakan jadi cepat dan mudah dengan bantuan Noxxa Pressure Cooker. Masa [TAK SIHAT] haritu, tekak pon rasa teringin nak makan bubur berlauk. Kalau nak makan kat kedai, dah berapa lah harganya kan. Memandangkan tak pernah masak bubur nasi dalam NPC lagi, moh ler kita ber ekperimen dalam NPC dengan try masak bubur nasi.


Maka ini lah hasilnya...Bubur nasi berlauk 15 minit. Menu lunch merangkap ker dinner untuk orang yang tak sihat haritu. Gigih pepagi gi kedai cari bahan² lepas hantar anak² gi skolah. Dalam tak sihat tu pon kerja surirumah tetap berjalan khenn. Selera besar mengalahkan orang yang tak sihat. 

BUBUR NASI yang lawannya dengan TELUR MASIN, IKAN BILIS GORENG BAWANG DENGAN CILI API, KANGKUNG MASAK TAUCU dan  EGG TOFU. Gigih lah aku memasak suma lauk pauk nih. Berselera betul makan sebab dah lama tak makan bubur berlauk macam nih. 2 kali lah masak bubur sebab anak² pon suka. 

Senang jer nak masak bubur nasi dalam NPC nih. 1 CAWAN BERAS YANG DIBASUH. TAMBAH 6 CAWAN AIR. SET KAN MODE HIGH PRESSURE 15 MINIT DAN TEKAN MODE ON. Dah cukup masa, PUSING PENUTUP NPC KER TITIK STEAM UNTUK RELEASE KAN WAP. Senang dan cepat kan. 

Sekian resepi NPC untuk harini. Tunggu resepi yang seterusnya plak yerp. 

* Kalau nak masak bubur lebih dari 1 cawan beras, double kan lah sukatan air tu.

Note: Tengok bubur berlauk ni rasa maca nak buat bubur lah malam ni ☺☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...