Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tu dia. Tajuk kuih bukan main panjang lagi. Tiba-tiba terajin pulak nak buat kuih. Aku kalau buat kuih memang cari resepi paling mudah dan ...

Resepi Kuih Raya Honey Nestum Almond Cookies Crunch

Tu dia. Tajuk kuih bukan main panjang lagi. Tiba-tiba terajin pulak nak buat kuih. Aku kalau buat kuih memang cari resepi paling mudah dan simple jer. Dan  Resepi Kuih Raya Honey Nestum Almond Cookies Crunch antara yang paling mudah dan senang nak buat. Lagi pon harga kuih makin mahal lah. Baik buat sendiri. Dapat banyak sikit kuih kan. 


Tu dia... fresh from oven. Ni last minute punya plan. Dah nak raya baru nak buat kuih. Bukan apa, kalau buat awal-awal memang kuih raya kau tak sempat nak tunggu sampai raya. Yang baru buat ni pon dah jadi bahan kudapan. Kalau tak kontrol boleh habis. Apatah lagi kuih raya yang aku ada beli sikit. Dah tinggal balang kosong. Tu namanya kuih puasa. Ok... ni Resepi Kuih Raya Honey Nestum Almond Cookies Crunch

Resepi Kuih Raya Honey Nestum Almond Cookies Crunch

Bahan-bahan


➔ Nestum
➔ Choc chips
➔ Badam nips
➔ Madu
➔ Gula perang
➔ Butter
➔ Tepung gandum
➔ Soda bikarbonat
➔ Baking powder
➔ Susu tepung

Cara-cara


  • 150gm butter
  • 1/2 (setengah) cawan gula perang halus
  • Sedikit esen vanilla
  • 2 sb madu

* Whisk semua bahan. Dah sebati, tambah 👇

  • 1sk baking powder
  • 1/2 soda bikarbonat
  • 1sb tepung beras
  • 1sb tepung jagung
  • 1 cawan setengah tepung gandum, uli dan tambah 2sb susu tepung

* Dah gaul rata, masukkan 👇

  • 1/2 cawan nestum
  • 1/2 cawan choc chips
  • 1/2 cawan almond nips (Tak perlu sangai)

* Simpan dalam freezer 30 minit. Setkan oven 160'c (Api atas bawah) dan bakar selama 30-35 minit (Bergantung pada jenis oven masing-masing)



Sebalang ni dapat dalam 76 biji kuih selepas ditolak dengan kuih yang dah masuk perut ☺

Bersengkang mata aku malam isnin tu sampai pukul 2 pagi dok bakar kuih sebab buat lambat. Nak tunggu anak-anak tidur especially si domok Harraz tu. Memang mencabar lah buat kuih dengan ada anak kecik nih. Banyak iklan sebab dia asyuk bangun nak menyusu... ppffttt... Sampai terlajak sahur aku semalam. 

1st day tu dapat sebalang kuih. Adunan aku buat tak banyak sebab 1st time buat kuih ni. Takut tak jadi. Alhamdulillah... Kuih aku menjadi dan cantik kejadiannya. Sedap pulak tu. Makan pulak panak-panas baru kluar oven... pergghhh... Puas hati tengok hasil kuih sendiri menjadi. Malam semalam sambung lagi buat kuih yang sama. Sekali kurang butter sebab berderai. Solution nya.. Kau tambah jer bata. Nasib kuih tak jadi apa-apa. Malam ni sambung lagi membakar ☺☺

Note: Kedai bakery pon masih ramai orang. Banyak geng rupanya buat kuih last minute ☺



Siapa yang tak pernah buat kuih, tapi teringin nak buat kuih. Boleh try Resepi Kuih Raya Paling Mudah Dan Senang ni. Memang orang yang tak ...

Resepi Kuih Raya Paling Mudah Dan Senang!!!

Siapa yang tak pernah buat kuih, tapi teringin nak buat kuih. Boleh try Resepi Kuih Raya Paling Mudah Dan Senang ni. Memang orang yang tak tau buat kuih akan mula cari Resepi Kuih Raya Paling Mudah Dan Senang dulu kan. Aku kalau buat kuih raya pon memang suka cari resepi kuih yang simple dan bahan-bahannya senang nak cari dan tak leceh nak membuatnya. Nak tau apa Resepi Kuih Raya Paling Mudah Dan Senang ni?


Ini lah kuihnya. Kuih yang tersangat senang nak buat. Crunchy Caramel Almond atau Florentine Cookies namanya nih. Tak perlu pakai mixer, tak perlu telur dan tak perlu mentega. Janji kau ada oven. Bahan-bahannya pon hanya tepung dan kekacang sahaja. Rasanya memang sedap tak hingat. Macam kuih bepang. Tapi yang ni versi moden gittew.


Resepi Kuih Raya Paling Mudah Dan Senang

Bahan-bahannya

200gm Tepung FLorenta
200gm Badam Keping
100gm Kuaci 
20gm Bijan Hitam 

Cara-Caranya 


1. Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit. Satukan semua bahan dalam bekas. Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.

2. Sediakan loyang 14x14 inc. Atau apa saiz loyang yang korang ada. Alas loyang dengan parchment paper atau kertas minyak.

3. Panaskan oven pada suhu 160C.

4. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis.

5. Bakar dalam oven selama 10 minit atau bila dah nampak kekuningan. Keluar jer oven terus potong kepada kepingan yang diinginkan dan Simpan dalam bekas kedap udara.

Senang sangat kan. Orang yang keras tangan  tak pernah buat kuih pon boleh buat nih. Tapi kalau ini pon kau kata leceh dan susah, kau beli jer lah. Habis cerita.  Kalau beli sebekas RM28.00 - RM30.00 kot. Silap-silap lagi mahal harganya sebab harga barang dah naik kan. Tapi kalau buat sendiri dapat berbekas². 

Dok cerita pasal Crunchy Caramel Almond atau Florentine Cookies nu kan... Aku tak buat lagi kuih raya. Ni pon gambar ulang tayang tahun 2014 kot. Aku up resepi ni sebab dah hujung-hujung ni mesti orang cari resepi kuih raya kan.. hehehe...Insya'allah, minggu ni nak start buat. Tapi buat yang simple-simple jer lah.

Crunchy Caramel Almond atau Florentine Cookies memang kau tak boleh buat awal-awal. Kena buat dekat-dekat nak raya. Kalau kau buat awal, memang jadi bahan buat kudapan sebab sedap betul mengunyah... dengan kerangupan nya lagi. Tak sempat nak jadi kuih raya sebab dah jadi kuih puasa. Memang kuih ni yang paling cepat habis ☺

Note: Kuih raya yang baru dapat dah habis pon. Tak sempat nak tunggu raya... ppffttt... 


Tu dia. Tajuk bukan main panjang lagi. Last update 1st June. Ada jer ni haaaaa... Muncul-muncul jer terus bagi Resepi Peria Goreng Masak Ta...

Resepi Peria Goreng Masak Taucu Yang Mudah Dan Sedap

Tu dia. Tajuk bukan main panjang lagi. Last update 1st June. Ada jer ni haaaaa... Muncul-muncul jer terus bagi Resepi Peria Goreng Masak Taucu Yang Mudah Dan Sedap. Mentang-mentang bulan puasa kan. Bulan tak puasa tak der pulak nak share resepi. Biasalah... keyword untuk bulan puasa yang sangat terkenal adalah RESEPI. Jadi... Nak menaikkan PV blog, kita mainlah dengan resepi yerp... ekekeke... Tak ada lah. Aku bagi idea jer ni kalau korang dah tak tau nak masak apa.


Kali ni aku nak share menu yang simple tapi tersangat sedap. Seumur hidup aku kan, inilah pertama kali aku masak peria. Sebelum ni memang aku tak suka makan peria sebab rasanya yang pahit. Tapi lepas termakan peria goreng dari air tangan bapak mertua, terus jatuh cinta sebab sedap. Entah macam mana bulan puasa ni tetiba teringat peria goreng bapak mertua. Tapi malu nak minta resepi. Dari rasanya... Aku boleh tahu bahan-bahannya. Check it out Resepi Peria Goreng Masak Taucu Yang Mudah Dan Sedap:

Resepi Peria Goreng Masak Taucu Yang Mudah Dan Sedap

Bahan-Bahan

  • 1-2 biji Peria/Peria Katak 
  • Udang *Sederhana besar dan agak-agak lah banyak mana. 
  • 3-4 ulas bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 Biji Cili Merah
  • 3 Sudu Besar Taucu
  • Cube ayam

Cara-Cara


1. Tumis bawang merah, bawang puting sampai naik bau atau kekuningan.

2. Masukkan udang. Kacau sampai udang dah agak masak.

3. Bila bahan-bahan dah sebati, masukkan 3 sudu besar taucu, Kalau nak lebih taucu kau tambah jer. Lagi sedap. Letak sedikit cube ayam *agak-agaklah dan tambah air.

4. Masukkan peria dan kacau. Kalau kering korang tambah jer air. Tak payah letak garam sebab taucu tu dah masin. Kalau terlebih masin, pandai-pandai lah korang adjust apa yang patut.

Dah... Simple dan senang jer kan. Peria tu kalau nak bagi hilang rasa pahit, rendam dengan air garam dalam 45 minit. Lepas tu hiris nipis-nipis. Tipu lah kalau aku cakap hilang terus rasa pahit peria. Pahit peria tu tetap ada tapi tak ada lah terukk sangat pahitnya. Pahit-pahit sedap. Pahit tu kan ubat. Kalau nak tahu, peria juga boleh banyakkan susu badan.  

Tapi serious. Korang kena cuba. 1st time aku buat, terus rasa nak buat lagi. Dah 2 kali dalam bulan puasa ni aku masak Peria Goreng Masak Taucu. Berselera husband makan. Tak cukup katanya sebab peria tu aku beli sebiji jer. Lepas ni nak kena belli 2 biji. Kalau korang tak pernah makan peria, cuba try Peria Goreng Masak Taucu ni. 

Note: Tak jejak lagi bazar ramadan. 





Ada yang tak pernah masak kari sardin ker? Atau tak pernah makan kari sardin? Sedap uolls kari sardin. Makan dengan roti pon best tau. Nak ...

Resepi Kari Sardin Mudah Dan Senang

Ada yang tak pernah masak kari sardin ker? Atau tak pernah makan kari sardin? Sedap uolls kari sardin. Makan dengan roti pon best tau. Nak Resepi Kari Sardin Mudah Dan Senang tak? Kalau dah tak tau nak masak apa untuk berbuka atau bersahur, apa kata korang try Resepi Kari Sardin Mudah Dan Senang ni. Bahan bahan pon senang nak cari. Masak pon sekejapan jer Tak payah nak goreng-goreng.


Sekarang ni balik office hari-hari jalan sesak nak mamps. Masa tersangkut dalam jalan sesak tu lah aku dok terfikir nak masak apa lah ni. Menu apa yang ringkas, mudah dan cepat untuk disediakan. Sekali terfikir sardin ada kat rumah tu. Ok... Buat kari sardin sebab dah lama tak buat. Lagi pon Resepi Kari Sardin Mudah Dan Senang jer nak buat. Ok... Salin resepi ni:

Resepi Kari Sardin Mudah Dan Senang

Bahan-Bahan


  • 1 Tin sardin *Tak kisah jenama apa. Janji sardin, Nak buat lebih, beli lah 2 tin
  • 3-4 ulas bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 2 sudu serbuk kari *Aku pakai sepeket sebab buat 2 tin ☺
  • 1 Tangkai dau kari
  • 3 sudu cili boh/cili kisar *Kalau tak nak letak cili boh/kisar, boleh letak cili padi 4 biji
  • Sedikit halia *Agak-agaklah
  • 2 Biji ubi kentang *ikut suka hati nak potong macam mana
  • 1 Biji tomato *Nak letak lebih pon tak apa
  • Bendi
  • Air Asam Jawa
  • Garam

Cara-Cara

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis sampai kekuningan dan naik bau.

2. Masukkan serbuk kari yang dah dibancuh dengan cili kisar/cili boh dan goreng sampai rempah garing dan wangi.

3. Masukkan santan dan air secukupnya. Dah sebati, curahkan ikan sardin dalam tin bersama sosnya sekali. Kalau tak suka sosnya, kau letak ikan ssardin jer lah. Tapi sos dia tu lah lagi sedap bila dah bergabung dengan kari dan santan.

4. Perasakan dengan air asam jawa dan garam. Ikut suka hati korang lah nak kuah tu pekat atau cair. Letak ubi kentang. Bila ubi kentang dah empuk, masukkan tomato dengan bendi. Biarkan sekejap dan tutup api.

5. Letak dalam pinggan kau yang paling cantik dan hidangkan atas meja ☺☺

Ringkas dan cepat dimasak. Sayur mayur macam kentang, bendi dengan tomato tu memang saja aku letak bagi kari sardin tu nampak meriah. Tak payah aku nak goreng sayur lagi sebab dalam kari sardin tu dah ada sayur. Ada jer orang buat tak letak sayur mayur ni. Kari sardin semata. Ikut kesedapan tekak korang. Kari sardin ni makan dengan roti paratha atau mission wrap atau roti canai atau roti biasa tu pon dah sedap kan. 

Haishhhhh... Terbayang-bayang pulak kari sardin ni. Balik kang nak beli roti sebab kari sardin ada lagi. Ok... Sekian resepi dari #makanakempat. Selamat mencuba.

Note: Hari ni nak masak peria dengan taucu lepas tu campur udang... perghhh... 


Sudah menjadi rutin setiap pagi si ibu untuk menyediakan breakfast terbaik untuk anak-anak. Cakap jer nak makan apa, semua ibu boleh sediak...

The Frutzee Family | Resipi Makanan Ringan Yang Sihat untuk Kanak-Kanak

Sudah menjadi rutin setiap pagi si ibu untuk menyediakan breakfast terbaik untuk anak-anak. Cakap jer nak makan apa, semua ibu boleh sediakan. Macam saya, breakfast yang selalu saya sediakan biasanya Roti bakar, nasi goreng, mi hoon goreng, cekodok dan macam-macam lagi lah. Tapi kali ni saya bagi breakfast lain dari yang lain sikit. Apa yang lain tu?


Pernah dengar The Frutzee Family tak? Haaaaa… Sebenarnya ini produk baru. Produk keluaran Nutri Food ni baru jer dilancarkan bulan Ogos yang lepas. The Frutzee Family ni merupakan produk makanan ringan sihat yang pertama bagi kanak-kanak tau. Kalau selama ni kita selalu bagi anak-anak makanan ringan yang tak berapa nak sihat tu. Tapi apa kata korang cuba makanan ringan The Frutzee Family ni pulak.

Apa yang best dengan makanan ringan The Frutzee Family  ni? Bestnya sebab ianya snek yang sihat secara semulajadi, enak rasanya, tanpa bahan pengawet, pewarna dan penambah rasa. The Frutzee Family dikenali sebagai snek siri buah-buahan pertama bagi kanak-kanak dan sesuai untuk kanak-kanak berumur 12 bulan ke atas. Penghasilannya daripada buah-buahan segar sebenar yang dibeku-keringkan sebaik sahaja dipetik supaya ia dapat mengekalkan  segala zat-zat asli dan kebaikan nutrisi buah-buahan segar. Terdapat 4 jenis rasa buah-buahan bagi Frutzee iaitu

Crispy Banana

Pisang adalah sumber Vitamin B6 yang sangat baik yang membantu badan kita untuk pertumbuhan sel-sel baru. Kandungan potassium yang tinggi adalah penting untuk otot yang baik dan fungsi saraf. Manganese adalah penting untuk kesihatan tulang dan metabolisme.

Crunchy Grapes

Kalsium adalah sangat penting untuk diet kanak-kanak kerana ia menyumbang kepada pertumbuhan tulan dan gigi. Potassium dalam anggur adalah penting untuk kesihatan jantung. Anggur adalah sangat tinggi dengan vitamin C yang mengandungi antioksidan yang kuat.

Crispy Apple

Isi apple mengandungi Boron, mineral yang amat penting untuk kesihatan tulang dan pertumbuhan otot. Pectin mengawal system penghadaman anak-anak kita. Sebiji Apple mempunya jumlah serat yang sama dengan semangkuk bijirin. Tinggi dengan Vitamin C, Apple membantu meningkatkan system imun anak-anak kita.

Crunchy Berry

Kandungan serat yang tinggi dalam Strawberry juga merupakan sumber folat yang menakjubkan. Ia dipenuhi dengan antioksidan iaitu penggalak imuniti yang kuat untuk kanak-kanak. Manganese adalah penting untuk kesihatan tulang dan metabolisme. Phytonutrients dan flavonoids dalam Strawberry membantu system pencernaan, pemutihan dan kerengsaan kulit.

Menarik sangat kan. Nutrio Food menggunakan teknologi yang terbukti canggih dan dipatenkan. Buah-buahan dibersihkan dan diletakkan di dalam ruang vakum untuk disejukkan sehingga suhu 30 darjah Celsius supaya buah-buahan dibekukan dalam keadaan segar supaya rasa asli dapat dikekalkan. Macam mana nak nikmati hidangan snek makanan ringan ni? Meh cuba resipi nih. 


Bahan-Bahan

1) Fresh Milk
2) Natural Yogurt
3) The Frutzee Family 


Campurkan saja The Frutzee Family ke dalam susu atau pon yogurt dan makan ☺


Macam budak ni ha. Qhalif makan dengan yogurt. Makan macam tu saja pon dah ok sebab sedap tau. Dalam banyak-banyak flavor, saya suka flavor pisang. Tapi semua sedap sebenarnya. Boleh lah korang gantikan makanan ringan dengan The Frutzee Family snack ni. Terbaik.

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai produk The Frutzee Family. Boleh layari:

Website: www.frutzee.my



Sana sini orang sibuk pasal ice cream sumi. Sedap sangat ker? Kena buat dulu lah kalau nak tau sedap ker tak kan. Tapi harini tak nak citer...

Resepi Ice Cream Lemon Slime-Sicled

Sana sini orang sibuk pasal ice cream sumi. Sedap sangat ker? Kena buat dulu lah kalau nak tau sedap ker tak kan. Tapi harini tak nak citer pasal ice cream sumi. Nak citer pasal ice cream lain.

Sempena dengan Nickelodeon Kids’ Choice Awards 2016 ni kan. Saya nak share resipi ice cream perisa lemon yang sedap nih. Bahan2 nya pon mudah jer. Meh kita tengok:

Bahan-bahan

 1/2 cup sugar
 1/4 cup fresh lemon juice
 2 Tbsp. grated lemon peel
 Pinch of salt
 1 1/4 cups buttermilk
 Yellow and green food colouring

Cara-cara membuatnya


1. Masukkan gula, jus lemon dan parutan kulit lemon dalam sebuah mangkuk. Whisk semua bahan sampai gula larut. Kalau nak cepat, pakailah gula halus. Kalau tak der gula halus, ko blender jer gula kasar tu.


2. Campurkan buttermilk kedalam bahan campuran yang dah diwhisk tadi. Kalau tak der buttermilk, pakai fresh milk pon boleh.


3. Tambah pewarna kuning dan hijau sampai bahan bertukar warna. Pewarna tu pon saya pakai warna hijau jer. Pewarna kuning nan hado.


4. Masukkan bahan ke dalam acuan ice cream. Kalau tak der acuan ice cream tu, pakai plastik ice cream pon boleh. Jadi jugak ice cream kan. Dan sejukkan dalam freezer at least 4 hours atau sampai ice cream mengeras.

Apa rasanya? Maktang mana boleh makan ice cream lagi...huhuhu... Anak2 jer lah yang makan. Dorang kata 'sedap sangat ice cream yang ibu buat nih'... Haaaa... Bebudak kalau cakap sedap tu memang sedaplah ice cream nya. Selamat mencuba.

Don’t forget to tune into Astro Nickelodeon Channel 612 to catch the 2016 Kids’ Choice Awards on 14th March at 11.30am. Sambil makan ice cream Lemon Slime-Sicled ni 😊
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...