AFB Feeds

Showing posts with label Reka Zone Playland. Show all posts
Showing posts with label Reka Zone Playland. Show all posts

Barulah boleh bercerita harini. Semalam HP kehabisam bateri dari pagi. Charger tinggal kat umah...

Reka Zone Playland IOI Mall, Puchong


Barulah boleh bercerita harini. Semalam HP kehabisam bateri dari pagi. Charger tinggal kat umah. Biasalah...dah lama cuti, lemau plak semalam sampai charger HP pon lupa nak bawak...ppffttt...Macam mana sehari tanpa HP?? Alaaaaa...boleh jer hidup. Tak der masalah pon...hehehe...Ok...sambung citer.

Cuti panjang haritu bawak anak² kat REKA ZONE PLAYLAND ni lah. Kalau dok memerap kat umah rasa kesian plak kat anak², Main...gaduh...menyepah. Tu lah kerjanya. Kalau kita laki bini jer yang memerap tak per jugak...erkkkk...kahkahkah...Jadinya, demi nak hiburkan hati anak², belanja lah ImanQahirahQhalif ke Reka Zone Playland nih. Pepagi dah soh dorang siap. Pergi awal, boleh balik awal kan. 


Ni entrance fees yang perlu di bayar. Jangan lupa bawak socks sekali yerp. Kalau tak bawak, boleh beli kat kaunter tu. Cantik² color socks yang ada sebab aku tak bawak socks. Jadinya kena lah beli. Harga RM5.50 *tak hingat dah. 


Lepas tu, kalau uolls rasa nak shopping tapi tak nak bawak anak² *boleh ker ☺. Atau pon nak dating tanpa gangguan ker, boleh jugak tinggalkan anak² kat sini. Harga seperti yang tertera di gambar yerp. 


Teruja memasing bila masuk sini. Main lah puas². Maklumlah...1st time masuk tempat macam ni. Selalu main kat playground jer. Kesian kan. Tu yang jakun sket bila dapat main dekat indoor playground yang besar macam ni. Siap nak ajak datang lagi tu. Ada rezeki nanti kita datang lagi yer ImanQahirahQhalif.


Antara play area yang ada kat Reka Zone Playland nih. Best jugak lepak sini. Wifi ada. Toilet disediakan kat dalam tu. Memang selesa lah. 


Tolongggggg...saya lemas dalam timbunan bola...hehehe...Cuba cari benda tersembunyi disitu. Alaaaa...dah nampak pon...haha...

Nak masuk sedekad dah kami. My tall, dark and handsome *from my eyes* husband ☺

Eheemmm...ehemmm...Sementara tunggu anak² main, kita wefie dulu lah. Nak ajak wefie dengan laki sendiri pon segan ko. Boleh gittew. Iyerlah...Orang tu tak suka bergambar. Tapi kan...


Erkkkk...Gambar siapa yang banyak nih??...hahaha...Gambar selfie si abah dengan anak sulung jer tak der. Sebab si abang busy main dengan kawan yang dia baru kenal dalam tu. 

I love you, you love me. We are happy family ☺

Last but not least. Bila dah duduk lama² dalam ni bergambar jer lah kerjanya. Jarang nak bergambar sefamily macam ni. Apatah lagi nak wefie somi isteri. Bagi chance lah sekali sekala tepek dalam blog kan. Dekat 3 jam jugak lah lepak kat Reka Zone Playland. Bila ajak balik memasing berat hati nak balik. 

Kalau nak buat birthday party, boleh jugak buat kat sini. Kalau nak tau lebih lanjut pasal Reka Zone Playland, boleh lawati:

Website: rekazone.com

Note: Kalau ada rezeki lebih, nak bawak dorang gi District 21 plak ☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks