Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tu dia. Tajuk kuih bukan main panjang lagi. Tiba-tiba terajin pulak nak buat kuih. Aku kalau buat kuih memang cari resepi paling mudah dan ...

Resepi Kuih Raya Honey Nestum Almond Cookies Crunch

Tu dia. Tajuk kuih bukan main panjang lagi. Tiba-tiba terajin pulak nak buat kuih. Aku kalau buat kuih memang cari resepi paling mudah dan simple jer. Dan  Resepi Kuih Raya Honey Nestum Almond Cookies Crunch antara yang paling mudah dan senang nak buat. Lagi pon harga kuih makin mahal lah. Baik buat sendiri. Dapat banyak sikit kuih kan. 


Tu dia... fresh from oven. Ni last minute punya plan. Dah nak raya baru nak buat kuih. Bukan apa, kalau buat awal-awal memang kuih raya kau tak sempat nak tunggu sampai raya. Yang baru buat ni pon dah jadi bahan kudapan. Kalau tak kontrol boleh habis. Apatah lagi kuih raya yang aku ada beli sikit. Dah tinggal balang kosong. Tu namanya kuih puasa. Ok... ni Resepi Kuih Raya Honey Nestum Almond Cookies Crunch

Resepi Kuih Raya Honey Nestum Almond Cookies Crunch

Bahan-bahan


➔ Nestum
➔ Choc chips
➔ Badam nips
➔ Madu
➔ Gula perang
➔ Butter
➔ Tepung gandum
➔ Soda bikarbonat
➔ Baking powder
➔ Susu tepung

Cara-cara


  • 150gm butter
  • 1/2 (setengah) cawan gula perang halus
  • Sedikit esen vanilla
  • 2 sb madu

* Whisk semua bahan. Dah sebati, tambah 👇

  • 1sk baking powder
  • 1/2 soda bikarbonat
  • 1sb tepung beras
  • 1sb tepung jagung
  • 1 cawan setengah tepung gandum, uli dan tambah 2sb susu tepung

* Dah gaul rata, masukkan 👇

  • 1/2 cawan nestum
  • 1/2 cawan choc chips
  • 1/2 cawan almond nips (Tak perlu sangai)

* Simpan dalam freezer 30 minit. Setkan oven 160'c (Api atas bawah) dan bakar selama 30-35 minit (Bergantung pada jenis oven masing-masing)



Sebalang ni dapat dalam 76 biji kuih selepas ditolak dengan kuih yang dah masuk perut ☺

Bersengkang mata aku malam isnin tu sampai pukul 2 pagi dok bakar kuih sebab buat lambat. Nak tunggu anak-anak tidur especially si domok Harraz tu. Memang mencabar lah buat kuih dengan ada anak kecik nih. Banyak iklan sebab dia asyuk bangun nak menyusu... ppffttt... Sampai terlajak sahur aku semalam. 

1st day tu dapat sebalang kuih. Adunan aku buat tak banyak sebab 1st time buat kuih ni. Takut tak jadi. Alhamdulillah... Kuih aku menjadi dan cantik kejadiannya. Sedap pulak tu. Makan pulak panak-panas baru kluar oven... pergghhh... Puas hati tengok hasil kuih sendiri menjadi. Malam semalam sambung lagi buat kuih yang sama. Sekali kurang butter sebab berderai. Solution nya.. Kau tambah jer bata. Nasib kuih tak jadi apa-apa. Malam ni sambung lagi membakar ☺☺

Note: Kedai bakery pon masih ramai orang. Banyak geng rupanya buat kuih last minute ☺



Siapa yang tak pernah buat kuih, tapi teringin nak buat kuih. Boleh try Resepi Kuih Raya Paling Mudah Dan Senang ni. Memang orang yang tak ...

Resepi Kuih Raya Paling Mudah Dan Senang!!!

Siapa yang tak pernah buat kuih, tapi teringin nak buat kuih. Boleh try Resepi Kuih Raya Paling Mudah Dan Senang ni. Memang orang yang tak tau buat kuih akan mula cari Resepi Kuih Raya Paling Mudah Dan Senang dulu kan. Aku kalau buat kuih raya pon memang suka cari resepi kuih yang simple dan bahan-bahannya senang nak cari dan tak leceh nak membuatnya. Nak tau apa Resepi Kuih Raya Paling Mudah Dan Senang ni?


Ini lah kuihnya. Kuih yang tersangat senang nak buat. Crunchy Caramel Almond atau Florentine Cookies namanya nih. Tak perlu pakai mixer, tak perlu telur dan tak perlu mentega. Janji kau ada oven. Bahan-bahannya pon hanya tepung dan kekacang sahaja. Rasanya memang sedap tak hingat. Macam kuih bepang. Tapi yang ni versi moden gittew.


Resepi Kuih Raya Paling Mudah Dan Senang

Bahan-bahannya

200gm Tepung FLorenta
200gm Badam Keping
100gm Kuaci 
20gm Bijan Hitam 

Cara-Caranya 


1. Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit. Satukan semua bahan dalam bekas. Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.

2. Sediakan loyang 14x14 inc. Atau apa saiz loyang yang korang ada. Alas loyang dengan parchment paper atau kertas minyak.

3. Panaskan oven pada suhu 160C.

4. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis.

5. Bakar dalam oven selama 10 minit atau bila dah nampak kekuningan. Keluar jer oven terus potong kepada kepingan yang diinginkan dan Simpan dalam bekas kedap udara.

Senang sangat kan. Orang yang keras tangan  tak pernah buat kuih pon boleh buat nih. Tapi kalau ini pon kau kata leceh dan susah, kau beli jer lah. Habis cerita.  Kalau beli sebekas RM28.00 - RM30.00 kot. Silap-silap lagi mahal harganya sebab harga barang dah naik kan. Tapi kalau buat sendiri dapat berbekas². 

Dok cerita pasal Crunchy Caramel Almond atau Florentine Cookies nu kan... Aku tak buat lagi kuih raya. Ni pon gambar ulang tayang tahun 2014 kot. Aku up resepi ni sebab dah hujung-hujung ni mesti orang cari resepi kuih raya kan.. hehehe...Insya'allah, minggu ni nak start buat. Tapi buat yang simple-simple jer lah.

Crunchy Caramel Almond atau Florentine Cookies memang kau tak boleh buat awal-awal. Kena buat dekat-dekat nak raya. Kalau kau buat awal, memang jadi bahan buat kudapan sebab sedap betul mengunyah... dengan kerangupan nya lagi. Tak sempat nak jadi kuih raya sebab dah jadi kuih puasa. Memang kuih ni yang paling cepat habis ☺

Note: Kuih raya yang baru dapat dah habis pon. Tak sempat nak tunggu raya... ppffttt... 


Ada yang tak pernah masak kari sardin ker? Atau tak pernah makan kari sardin? Sedap uolls kari sardin. Makan dengan roti pon best tau. Nak ...

Resepi Kari Sardin Mudah Dan Senang

Ada yang tak pernah masak kari sardin ker? Atau tak pernah makan kari sardin? Sedap uolls kari sardin. Makan dengan roti pon best tau. Nak Resepi Kari Sardin Mudah Dan Senang tak? Kalau dah tak tau nak masak apa untuk berbuka atau bersahur, apa kata korang try Resepi Kari Sardin Mudah Dan Senang ni. Bahan bahan pon senang nak cari. Masak pon sekejapan jer Tak payah nak goreng-goreng.


Sekarang ni balik office hari-hari jalan sesak nak mamps. Masa tersangkut dalam jalan sesak tu lah aku dok terfikir nak masak apa lah ni. Menu apa yang ringkas, mudah dan cepat untuk disediakan. Sekali terfikir sardin ada kat rumah tu. Ok... Buat kari sardin sebab dah lama tak buat. Lagi pon Resepi Kari Sardin Mudah Dan Senang jer nak buat. Ok... Salin resepi ni:

Resepi Kari Sardin Mudah Dan Senang

Bahan-Bahan


  • 1 Tin sardin *Tak kisah jenama apa. Janji sardin, Nak buat lebih, beli lah 2 tin
  • 3-4 ulas bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 2 sudu serbuk kari *Aku pakai sepeket sebab buat 2 tin ☺
  • 1 Tangkai dau kari
  • 3 sudu cili boh/cili kisar *Kalau tak nak letak cili boh/kisar, boleh letak cili padi 4 biji
  • Sedikit halia *Agak-agaklah
  • 2 Biji ubi kentang *ikut suka hati nak potong macam mana
  • 1 Biji tomato *Nak letak lebih pon tak apa
  • Bendi
  • Air Asam Jawa
  • Garam

Cara-Cara

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis sampai kekuningan dan naik bau.

2. Masukkan serbuk kari yang dah dibancuh dengan cili kisar/cili boh dan goreng sampai rempah garing dan wangi.

3. Masukkan santan dan air secukupnya. Dah sebati, curahkan ikan sardin dalam tin bersama sosnya sekali. Kalau tak suka sosnya, kau letak ikan ssardin jer lah. Tapi sos dia tu lah lagi sedap bila dah bergabung dengan kari dan santan.

4. Perasakan dengan air asam jawa dan garam. Ikut suka hati korang lah nak kuah tu pekat atau cair. Letak ubi kentang. Bila ubi kentang dah empuk, masukkan tomato dengan bendi. Biarkan sekejap dan tutup api.

5. Letak dalam pinggan kau yang paling cantik dan hidangkan atas meja ☺☺

Ringkas dan cepat dimasak. Sayur mayur macam kentang, bendi dengan tomato tu memang saja aku letak bagi kari sardin tu nampak meriah. Tak payah aku nak goreng sayur lagi sebab dalam kari sardin tu dah ada sayur. Ada jer orang buat tak letak sayur mayur ni. Kari sardin semata. Ikut kesedapan tekak korang. Kari sardin ni makan dengan roti paratha atau mission wrap atau roti canai atau roti biasa tu pon dah sedap kan. 

Haishhhhh... Terbayang-bayang pulak kari sardin ni. Balik kang nak beli roti sebab kari sardin ada lagi. Ok... Sekian resepi dari #makanakempat. Selamat mencuba.

Note: Hari ni nak masak peria dengan taucu lepas tu campur udang... perghhh... 


Ok.. Masih berkisar pasal Breastfeeding di bulan Puasa. Kalau last week aku share pasal [ Tips Untuk Maintain Susu Di Bulan Puasa ]. Tapi h...

Menu Sahur Berkhasiat Untuk Ibu yang Menyusu!!

Ok.. Masih berkisar pasal Breastfeeding di bulan Puasa. Kalau last week aku share pasal [Tips Untuk Maintain Susu Di Bulan Puasa]. Tapi hari ni aku nak share pasal Menu Sahur Berkhasiat Untuk Ibu Yang Menyusu pulak. Penting sangat tau menu berkhasiat untuk ibu yang menyusu ni sebab penghasilan susu bergantung kepada pemakanan si ibu. Especially dibulan bulan puasa nih. 


Memang tersangat mencabar bila menyusukan anak di bulan puasa. Kalau weekend lagi lah mencabar. Sebab apa? Sebab anak akan melebihkan menyusu apabila ibunya bercuti. Mohon bertabah lah ibu-ibu menyusu yang berpuasa yerp, Sebab itu lah sahur sangat penting bagi ibu menyusu. Pastikan menu-menu bersahur tu dari sumber yang berkhasiat dan boleh maintain kan pengeluaran susu. Jom semak Menu Sahur Berkhasiat Untuk Ibu yang Menyusu!!

KURMA



Siapa yang tak tahu khasiat Kurma kan. Kurma banyak khasiatnya sebab kurma mengandungi kandungan glukosa atau gula ringkas yang sangat tinggi dan baik untuk badan. Kandungan glukosa yang tinggi berfungsi untuk membekalkan kembali tenaga dengan cepat dalam badan ibu yang menyusukan anak setelah seharian berpuasa. Seperti dalam Hadith 'Sebaik² makanan untuk sahur adalah tamar/kurma'. Jadinya... Sila beli kurma banyak-banyak.


BUAH-BUAHAN



Buah-buahan memang terkenal dengan khasiatnya kan. Ibu menyusu digalakkan makan buah-buahan segar setiap hari. Macam buah Oren. Sebab buah Oren mengandungi vitamin C dan mineral yang secukupnya. Manakala Anggur, betik dan blueberries mengandungi antioksidan yang paling tinggi. Tak kisah lah buah apa, Janji buah. Sediakan pada sebelah malam untuk menjimatkan masa.

SAYUR-SAYURAN



Ada ibu menyusu yang tak makan sayur ker? Tak boleh lah macam tu sebab sayur segar kena ada dalam menu makanan setiap hari untuk suplemen vitamin A, C, B1, B2, B12 dan asid folik yang sangat diperlukan pada masa menyusukan. Macam sayur Bayam dan juga Brocoli, Mengandungi Kalsium, tinggi kandungan antioksida dan serat makanan serta tiinggi dengan Vitamin A (Penting untuk fungsi mata dan kesihatan kulit. Rugi tau tak makan sayur.

GREEN SMOOTHIE/JUS



Makanan yang berwarna hijau akan menambah kandungan lemak di dalam susu badan dan akan memberi kita lebih TENAGA. Blend bayam, strawberry, flax seed, vanila yogurt, fresh milk pada sebelah malam dan hidangkan di waktu sahur.


FRESH MILK/SUSU KURMA



Fresh milk sangat bagus untuk ibu yang menyusukan  sebab ia mengandungi sumber kalsium, protein, vitamin B dan D. Sekurang-kurangnya amalkan 3 cawan fresh milk setiap hari untuk bekalan kalsium yang secukupnya untuk tubyh badan sendiri dan untuk si kecil. Kalau tak lalu minum fresh milk, boleh try susu kurma. Buat sendiri pon boleh. Kalau malas nak buat, boleh beli susu kurma yang ready made jenama Farm Fresh. Memang terbaik sebab tersangat sedap rasanya.

OAT



Oat memang terkenal kerana khasiatnya kepada kesihatan terutama sekali kepada kesihatan jantung. Selain daripada itu, oat juga membantu ibu menyusu kerana ianya mengenyangkan, dapat memberi lebih tenaga dan melawaskan sistem pembuangan. Bagi yang biasa amalkan oats untuk sarapan, amalkan organic rolled oats dengan susu, susu kambing atau dengan air milo. Ikut kesedapan tekak.

TELUR REBUS/TELUR SEPARUH MASAK



Kaya dengan protein dan Omega 3. Telur jenis Omega atau yang diperkaya dengan DHA amat bagus bagi penambahan asid lemak yang baik untuk susu anda. Kuning telur mengandungi sumber vitamin D, antara nutrien terpenting untuk mengekalkan tulang yang sihat untuk ibu dan juga penumbuhan tulang yang kuat untuk anak. Boleh ambil telur rebus atau separuh masak semasa sahur, jangan digoreng sebab goreng akan rosakkan telur kuning dan menyebabkan telur kuning jadi transfat yang bahaya. Ok... Aku dah terliur nengok telur separuh masah ni woih!!!

ROTI WHOLEMEAL



Roti gandum yang dihasilkan daripada bijian penuh (whole grain) yang belum diproses juga kaya dengan serat, vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan anti oksidan. Kandungan karbohidrat kompleks di dalam roti mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Manakala Asid Folik adalah sumber nutrien penting untuk susu ibu selain memberi lebih tenaga untuk ibu, dan sumber ini boleh didapati dari roti bijirin, beras, biji-bijian seperti gandum, jagung dan lain-lain. 

Jangan lupa amalkan menu berkhasiat ni tau. Kita ibu menyusu yang berpuasa ni perlu lebih banyak tenaga. Anak nak menysu lagi. Nak buat kerja rumah. Nak masak menu untuk berbuka puasa lagi. Pastikan korang bersahur. 

Note: Ibu menyusu tu kalau tak larat puasa, tak payah lah teruskan. 


Lagi beberapa jam dari sekarang kita dah nak masuk bulan Ramadan. Bulan kemuliaan, bulan kerahmatan dan bulan keampunan. Malam ni pon dah s...

Ramadan Kareem!!

Lagi beberapa jam dari sekarang kita dah nak masuk bulan Ramadan. Bulan kemuliaan, bulan kerahmatan dan bulan keampunan. Malam ni pon dah start solat terawih kan. Bestnya.


Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa buat umat muslimin dan muslimat semua. Especially buat kawan² di alam maya ini. Alhamdulillah... kerana dengan keizinanNya, kita diberi kesempatan bertemu semula dengan bulan Ramadan Al-Mubarak pada tahun ni. 

Semoga kita dapat menghayati dan manfaatkan kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan sebaik mungkin. Smoga ibadah kita dapat digandakan bukan hanya pada bulan ramadan sahaja. Tapi pada bulan² yg seterusnya dan berterusan. Mungkin bulan puasa ni jugak entry pon kurang. 

Dikesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan kalau ada kesalahan bahasa dan keterlanjuran kata. Atas segala kelemahan, kekurangan dan kekhilafan sepanjang saya menulis dan sepanjang perkenalan kita dialam nyata mahu pon maya ini.

'MARHABAN YAA RAMADHAN'

Note: Bulan puasa balik pukul 4.30 pm ☺
.



Siapa yang tak teruja bila nak sambut bulan ramadhan kan. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Dari segi istilah syarak puasa bermaksud '...

Lafaz Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa

Siapa yang tak teruja bila nak sambut bulan ramadhan kan. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Dari segi istilah syarak puasa bermaksud 'menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari berserta niat'. Masih ingat lagi tak Lafaz Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa?

Mana lah tahu kot-kot ada yang lupa. Maklumlah... Puasa kan setahun sekali. Bila nak puasa baru nak cari Lafaz Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa untuk dihafal. Tapi kan... Melampau lah kalau Lafaz Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa pon kau tak ingat langsung. Ok lah... Pada yang lupa tu, meah nak ajar.


Pendek jer ni ha. Senang jer nak hafal. Budak kecik pon boleh hafal ni. Niatkan puasa sebulan terus. Kalau ini pon susah sangat, kau dengar jer lagu dari kumpulan Raihan yang tajuknya Doa Niat Puasa. Download lagu tu. Sambil dengar sambil hafal. 


Ni pulak doa berbuka puasa. Tak susah pon nak hafal. Senang jer. Lagi sehari setengah jer lagi nak puasa nih. Anak-anak pon dah teruja sangat. Anak dara aku tu asyik tanya jer bila nak puasa. Pada hal dah banyak kali bagitahu bila... ppffttt... Korang jangan lupa ajar anak Lafaz Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa ni tau. 

Note: Ajar anak-anak solat dahulu. Lengkap solatnya, insyallah lengkaplah puasanya nanti.


Salam Ramadan ke 9. Kejap jer dah 9 hari kita berpuasa kan. *ayat cliche sangat kau kan...hahaha... Masih setia bangun sahur ker? Ker perna...

Alarm Clock!!!

Salam Ramadan ke 9. Kejap jer dah 9 hari kita berpuasa kan. *ayat cliche sangat kau kan...hahaha... Masih setia bangun sahur ker? Ker pernah terlajak sahur. Aku buat masa ni masih setia bangun sahur. Tak pernah terlajak lagi. Maklumlah... ada alarm clock baru yang tolong kerjutkan. Bersaing² ngan alarm clock kat HP. Tengok sapa dulu yang bernyanyi²...ekekeke...


Ni lah alarm clock nya. Bley kata hari² bangun. Nak sahur jugak gamaknya. Kalau bangun aku dah siap prepare untuk sahur tak per gak. Ni kekadang aku terbangun dia pon bangun jugak ko. Kelam kabut dibuatnya sebab nak kena susukan dia....Haishhhhh...

Jangan tak tau. Berderet² alarm clock aku set kat HP. Start dari pukul 4.00 pagi. Tak nak terlepas sahur punya pasal. Korang pon berderet gak kan. Ni dah bertambah lagi alarm clock aku. Alarm clock tak bunyi lagi dia dah bunyi dah.

Pagi tadi boleh plak si harraz ni bangun pukul 3 pagi. Awal sangat nak hoiii awak kejut ibu bangun sahur. Berjaga sampai lah pukul 5.20 pagi ni. Menyusu kejap pastu dah tak nak. Soh tido pon tak nak. Main lah kau sorang². Multi tasking aku sahur pagi tadi. Sambil makan sambil kaki henjut rocker. Baru lah anak soleh ni tido. Merengek sket dia pagi ni. 

Di sebabkan kemengantukan yang amat sangat bangun pukul 3 pagi, curi lah masa sket tido dalam 15 minit. Selalunya lepas sahur aku tak suka tido balik. Sebab kalau bangun dari tido lepas sahur tu ngantuk dia lagi lain macam. Rasa malas nak bangun gi kerja pon ada. Ni dah berpuluh kali menguap dah. 

Korang bangun sahur pukul berapa? Tido balik tak lepas sahur tu ☺☺

Note: Balik awal pukul 4.30 pm pon jalan sesak jugak. Stress jer rasa.


Masih mencari² menu terbaik untuk ibu menyusu?? Baca entry ni sampai habis ☺☺ Agak mencabar juga berpuasa dan dalam masa yang sama...

Menu Sahur Terbaik Untuk Ibu yang Menyusu!!

Masih mencari² menu terbaik untuk ibu menyusu?? Baca entry ni sampai habis ☺☺


Agak mencabar juga berpuasa dan dalam masa yang sama kita menyusukan anak. Bley gigil badan dibuatnya. Sebab tu lah pentingnya sahur yerp ibu² menyusu di luar sana. Jangan skip sahur. Pastikan menu² untuk sahur tu dari sumber makanan yang boleh maintain kan production susu.  

Untuk rujukan diri sendiri dan juga rujukan ibu² baru yang menyusukan anak, kita up balik [entry 3 tahun lepas]. Ini antara menu sahur terbaik untuk amalan ibu menyusu di bulan puasa.

KURMA



Seperti dalam Hadith "Sebaik² makanan untuk sahur adalah tamar/kurma "

BUAH-BUAHAN




Sediakan pada sebelah malam untuk menjimatkan masa

GREEN SMOOTHIE/JUS



Makanan yang berwarna hijau akan menambah kandungan lemak di dalam susu badan dan akan memberi kita lebih TENAGA. Blend bayam, straawberry, flax seed, vanila yogurt, fresh milk pada sebelah malam dan hidangkan di waktu sahur.

Boleh juga buat jus kurma. Cuma perlu buah kurma dan fresh milk...sedap.

TELUR REBUS



Kaya dengan protein dan Omega 3. Boleh ambil telur rebus atau separuh masak semasa sahur, jangan digoreng sebab goreng akan rosakkan telur kuning dan menyebabkan telur kuning jadi transfat yang bahaya. 

OAT



Dapat memberi tenaga yang lebih lama. Bagi yang biasa amalkan oats untuk sarapan, makanlah organic rolled oats dengan susu kambing.

LENTIL SOUP (SUP KACANG DHAL)


Menambah susu badan

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)



Memberi rasa kenyang lebih lama dan betenaga lebih lama

AIR



Elakkan dari minum air dengan banyak sewaktu sahur tetapi kerapkan pengambilan air selepas Maghrib sepanjang malam. Ni ada tips minum air untuk cukup kan 8 gelas sehari.

  1. 1 gelas selepas bangun sahur
  2. 1 gelas sebelum makan sahur
  3. 1 gelas selepas sahur
  4. 1 gelas sebelum berbuka
  5. 1 gelas selepas berbuka
  6. 1 gelas sebelum terawikh
  7. 1 gelas selepas terawikd
  8. 1 gelas sebelum tidur
Note: Tengok gambar kurma teringat kurma kat umah yang nak habis. Kena beli ni.


Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat umat muslimin dan muslimat semua. Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadra...

Ramadhan 1437H Datang Lagi | Selamat Berpuasa!!!


Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat umat muslimin dan muslimat semua. Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya, kita diberi kesempatan bertemu semula dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ni. 

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selamat menjalani ibadah puasa dan marilah kita bersama-sama menghayati dan memanfaatkan kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan sebaik mungkin. Semoga ibadah kita bukan hanya dibulan ramadhan sahaja, tapi dibulan² yang setersunya.

Note: Ulang ayat entry yang lepas² jer. Malas nak mengarang ayat...hahaha...



Memasing dah mood raya kan. Mood kerja pon dah ke laut. Hari ni pon mungkin ada yang dah start cuti. Yang dah mula balik kampung pon ada. B...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H

Memasing dah mood raya kan. Mood kerja pon dah ke laut. Hari ni pon mungkin ada yang dah start cuti. Yang dah mula balik kampung pon ada. Bestnya orang ada kampung. Kampung kita kat KeyEll jer. Umah mertua plak kat Rawang. Best kan...hehehe...


Harini aku last day kerja. Biasalah....nursery/sekolah/tadika tutup start esok. Jadinya, si ibu pon terpaksa amik cuti panjang sebab kena jaga anak². Nasib lah cuti masih berbaki lagi. Harini pon ramai yang last day kerja kan. 

 Ok lah, memandangkan Ramadhan dah makin hampir meninggalkan kita dan bakal melabuhkan tirainya *sedih. Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin' kepada semua Kawan² IG, FB, BLOG, Followers, Anon dan Silent Reader yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa nih. Ampun dan maaf di pinta jika ada salah dan silap, terkurang ajar atau terkasar bahasa sepanjang saya berblog ni. Ter upload gambar yang menjengkelkan di IG dan juga status yang menjemukan atau menyakitkan hati secara tak sengaja di FB. Hati manusia ni bermacam² jenis kan. 

Kepada mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman...pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat dan sempurna sebelum memulakan perjalanan. Berhati² di jalan raya. Semoga perjalanan anda dipermudahkan olehNYA dan Semoga anda selamat sampai ke destinasi. Akhir kata....semoga Lebaran ini di sambut dengan penuh Kegembiraan :-)

Note: Berjimat cermatlah yerp. Jenuh tu nak tunggu gaji bulan depan ☺


Makin nak raya makin sesak dibuatnya. Jalan raya sesak. Shopping mall sesak. Kedai bakery pon sesak jugak...ppffttt...Ingatkan bila gi kedai...

Sana Sini Sesak!!!

Makin nak raya makin sesak dibuatnya. Jalan raya sesak. Shopping mall sesak. Kedai bakery pon sesak jugak...ppffttt...Ingatkan bila gi kedai bakery dah hujung² nak raya ni tak der lah sesak sangat. Sekali ramalanku salah belaka. Sesak wei.


Tu lah...awal² tak nak buat kuih. Bila dah nak raya baru nak buat khenn. Biasalah...preparation last minute memang syiok...ppffttt...Nak buat kuih pon ikut mood gak. Mood rajin tak datang lagi. Baru ni ha mood dah naik. Nak masuk Bangi pon dah sesak. Inikan pulak kat area situ, memang sesak.

Sebelum kluar smalam ajak husband gi singgah Yummie Bakery jap. Tak lama pon. Tapi bila masuk jer kedai...perghhhhh...orang dah beratur panjang nak membayar. Yang nak membeli barang pon ramai jugak. Berlaga² punggung dibuatnya. Capai mana yang sempat. Tak sanggup lah haku dok dalam tu. Nak bayar pon amik masa. 

Tak puas hati, gi kedai Makcik Bakery plak. Ok sket lah. Tak sesak macam kat Yummie. Beratur pon tak panjang dan tak lama. Total beli barang² smalam pon boleh tahan jugak wei. Malam ni nak start baking. Si kimi dah sibuk tanya bila ibu nak buat kuih raya. Nak tolong  katanya.

Note: Esok last day kerja.

Assalamu'alaikum...Macam dah lama jer tak up entry khenn, Rasa rindu plak dengan blog ni. Maklumlah...bulan puasa ni, blog pon puasa ma...

Cerita Ramadhan

Assalamu'alaikum...Macam dah lama jer tak up entry khenn, Rasa rindu plak dengan blog ni. Maklumlah...bulan puasa ni, blog pon puasa macam owner dia gak. Rasa lemau dan lesu jer...hehehe...


Dah masuk 13 hari kita berpuasa kan. Baru lah terhegeh² nak citer pasal puasa. Bagi aku puasa kali ni agak mencabar sikit lah. Sebab cuaca teramat panas dan terik. Masuk jer keta suma panas...steering, pedal, seat dan sumanya panas lah. Nasib bukan leather seat. Tapi apalah sangat panas kat sini kalau nak dibandingkan dengan panas kar SANA kan *insaf. 

Bila puasa ni balik awal. Pukul 4.30 pm dah habis kerja. Tapi nama jer ballik awal. Sampai rumah tetap lewat. Jalan tetap sesak macam biasa. Iman Hakimi plak habis skolah pukul 5.30 pm. Sampai sekolah qahirah dalam pukul 5.20 pm. Dah keluar bebudak sekolah, sesak lagi jalan....ppffftttt...

Sampai umah pukul enam lebih. Ini lah yang mencabarnya. Mana ko nak masak, nak solat, nak buat semuanya sebelum buka posa. Merungut?? Tak...happy sebab dapat sedia kan juadah berbuka untuk family. Alhamdulillah...masih memasak juadah untuk berbuka even agak kelam kabut. Last week jer berbuka kat kedai. Sahur plak memang jarang masak. Sebab dah siap masak lebih masa berbuka. Cuma masak nasi jer. 

Gittew lah kisahnya. Dah tak tau nak citer apa kan. Citer pasal puasa pon boleh. 

Note: Bilalah nak start buat kuih raya nih.


Kita up lagi [entry 2 tahun lepas] . Ok...kalau sebelum ni kita bercerita tentang  Tips untuk IBU MENYUSU di bulan RAMADHAN . Hari ni pulak...

Menu Sahur Terbaik Untuk Ibu yang Menyusu

Kita up lagi [entry 2 tahun lepas]. Ok...kalau sebelum ni kita bercerita tentang Tips untuk IBU MENYUSU di bulan RAMADHAN. Hari ni pulak aku nak berkongsi Menu sahur terbaik untuk ibu yang menyusu pula.

KURMA


Seperti dalam Hadith "Sebaik² makanan untuk sahur adalah tamar/kurma "

BUAH-BUAHAN


Sediakan pada sebelah malam untuk menjimatkan masa

GREEN SMOOTHIE/JUS


Makanan yang berwarna hijau akan menambah kandungan lemak di dalam susu badan dan akan memberi kita lebih TENAGA. Blend bayam, straawberry, flax seed, vanila yogurt, fresh milk pada sebelah malam dan hidangkan di waktu sahur.

Boleh juga buat jus kurma. Cuma perlu buah kurma dan fresh milk...sedap.

TELUR REBUS


Kaya dengan protein dan Omega 3

OAT


Dapat memberi tenaga yang lebih lama

LENTIL SOUP (SUP KACANG DHAL)


Menambah susu badan

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)


Memberi rasa kenyang lebih lama dan betenaga lebih lama

AIR


Elakkan dari minum air dengan banyak sewaktu sahur tetapi kerapkan pengambilan air selepas Maghrib sepanjang malam. Ni ada tips minum air untuk cukup kan 8 gelas sehari.

  1. 1 gelas selepas bangun sahur
  2. 1 gelas sebelum makan sahur
  3. 1 gelas selepas sahur
  4. 1 gelas sebelum berbuka
  5. 1 gelas selepas berbuka
  6. 1 gelas sebelum terawikh
  7. 1 gelas selepas terawikd
  8. 1 gelas sebelum tidur


Note: Baru 6 hari puasa dah pening nak masak apa ☺☺


Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat umat muslimin dan muslimat semua. Especially buat kawan² ku di alam maya ini. Marilah kita mem...

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa


Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat umat muslimin dan muslimat semua. Especially buat kawan² ku di alam maya ini. Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya, kita diberi kesempatan bertemu semula dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ni.

Semoga kita dpt menghayati dan manfaatkan kehadiran bulan yg penuh barakah ini dengan sebaik mungkin. Smoga ibadah kita dapat digandakan bukan hanya pada bulan ramadhan sahaja. Tapi pada bulan² yg seterusnya dan berterusan.

Duhai Ilahi...
Andai ini ramadhan terakhir buatku...
Jadikanlah ia ramadhan paling bererti, paling berseri, menerangi kegelapan hatiku.. 
Menyeru kejalan menuju redha dan kasih sayangMu ya Ilahi..

Dikesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan kalau ada kesalahan bahasa dan keterlanjuran kata sepanjang saya menulis dan sepanjang perkenalan kita dialam nyata mahu pon maya ini.

'MARHABAN YAA RAMADHAN'

Note: Harini dah start solat terawih. Ya! allah...Rindunya nak solat terawih kat  masjid.


Sticky post until 4th August 2014. Scroll down untuk entry baru. Kretif jugak #makbanyakanak ni kan. Ada bakat tak...hehehe... Tingg...

SALAM AIDILFITRI 1435H, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sticky post until 4th August 2014. Scroll down untuk entry baru.
Kretif jugak #makbanyakanak ni kan. Ada bakat tak...hehehe...

Tinggal beberapa hari saja lagi Bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya. Hari ni mungkin dah ramai yang last day bekerja. Tapi iols esok masih ada lagi. Jadinya kita nak buat ucapan dulu lah. Di kesempatan ini...saya dan keluaga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin' kepada semua Kawan² IG, FB, BLOG, Followers, Anon dan Silent Reader yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa nih juga pengunjung IG dan FB . Kedatangan anda semua amat² saya hargai. Ampun dan maaf di pinta jika ada salah dan silap, terkurang ajar atau terkasar bahasa sepanjang saya berblog ni. Ter upload gambar yang menjengkelkan di IG dan juga status yang menjemukan atau menyakitkan hati secara tak sengaja di FB. Hati manusia ni bermacam² jenis kan. KOSONG-KOSONG yerp ☺

Kepada mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman...pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat dan sempurna sebelum memulakan perjalanan. Berhati² di jalan raya. Semoga perjalanan anda dipermudahkan olehNYA dan Semoga anda selamat sampai ke destinasi. Akhir kata....semoga Lebaran ini di sambut dengan penuh Kegembiraan :-)

Note: Bersederhana jer tahun ni. 


26 Ramadhan 1433H - 26 Ramadhan 1435H...2 tahun berlalu. Masih segar dan takkan pernah luput dalam ingatan. [ACCIDENT] kat tol Sg R...

Tragedi 26 Ramadhan dalam Ingatan

26 Ramadhan 1433H - 26 Ramadhan 1435H...2 tahun berlalu. Masih segar dan takkan pernah luput dalam ingatan.


[ACCIDENT] kat tol Sg Ramal. Lagi beberapa hari nak raya masa tu. Memang dugaan sangat. Alhamdulillah kereta masih boleh bergerak even dah kemek sebelah dan nampak buruk. Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata. Memang kecuaian aku sendiri. Syukur sebab tak der yang tercedera. Menggelabah jangan cakap lah. Menggigil² satu badan. Beraya dalam keadaan yang sedih tahun tu. Dengan nak pakai duit yang banyak untuk repair keta lagi. 

Peringatan untuk kawan². Berhati² di jalan raya. Lebih² lagi dimusim perayaan ni. Kalau rasa mengantuk tu berhentilah dulu. Rehatkan mata. Jangan dipaksa dan jangan fikir nak cepat sampai. Ingatlan orang yang tersayang. Ingat tu. Ni pengalaman dari orang yang pernah accident...hehehe...

Note: Mood ke laut jer ni.



Zaman dah barubah. Dunia dah maju. Tak main hantar² kad lagi dah. Kalau ada pon hanya segelintir jer. Skang ni orang bagi e-card, wish thro...

Nostalgia KAD RAYA!!

Zaman dah barubah. Dunia dah maju. Tak main hantar² kad lagi dah. Kalau ada pon hanya segelintir jer. Skang ni orang bagi e-card, wish through Whatsapp/FB/SMS. Rindu zaman Kad Raya. Kalau gi pasar malam mesti nak cari kad raya. Nak cari kad yang comel². Jangan tak percaya. Aku masih simpan kad² raya dari sekolah rendah lagi. Tapi tak ingat masa darjah berapa. Kiranya dah 20 tahun lebih kad raya ni masih elok lagi. Tak percaya? Meh tengok nih:


Masih elok lagi even dah berpuluh tahun. Macam tak percaya jer. Kad raya dari sekolah rendah dan menengah masih ada dalam simpanan. Buat aku tersengih² bila baca balik kad² raya dari kawan² sekolah rendah ni. Biasalah...ayat budak sekolah kan. Dengan pantun bagai. Antara pantun paling popular:

'PECAH KACA PECAH GELAS
SUDAH BACA HARAP BALAS'

'PECAH KACA PECAH TONG
SUDAH BACA HARAP GANTUNG'

PECAH KACA PECAH PAPAN
SUDAH BACA HARAP SIMPAM'
*Dan memang aku simpan sampai skang

'KAIN BURUK KAIN MERAH
TULISAN BURUK JANGAN MARAH'

Hurmmmm...rindu nya nak kembali ke zaman kanak². Rindunya nak bertukar kad raya dengan kawan². Rindunya nak gantung kad raya kat ranting² pokok dalam pasu. Pastu pasu tu letak dalam rumah. Skang memang tak dapat dah suasana macam ni.

Sungguh comel...aauuwwww...

Salah satu kad dari my secret admirer...hahaha...Secret admirer lah sangat kan. Suka tapi malu nak luahkan. Perbezaan agama kot..ekekeke...Ni masa keja kat tempat lama. Keja masa habis SPM dulu. Secret admirer ni berbangsa Cina. Nama dia Tan Joon Howe. Kerja ngan Mofaz. Orang Johor Bahru. Terputus hubungan lepas aku dapat kerja kat tempat lain. Business card dia pon dah hilang. 'Tan...FYI I masih simpan kad raya you ni'. Mana tau kot dia tersesat masuk kat blog ker kan...hehehe...Erk, terimbau kenangan silam plaks. Bak kata pepatah, Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan.... 

Itu jer lah kisah aku dan kad raya. Tapi sedih lah tahun ni. Tak dapat langsung kad raya. Tak orang yang sudi nak bagi...sob...sob...

Note: Jalan dah start lengang. Esok lagi lengang kot :-)




Google Alangkah bertuahnya kita andai dapat bertemu dan dapat merasai sendiri bagaimanakah malam Lailatul Qadar. Ya! allah...seronokn...

Lailatul Qadar


Alangkah bertuahnya kita andai dapat bertemu dan dapat merasai sendiri bagaimanakah malam Lailatul Qadar. Ya! allah...seronoknya. Semoga kita menjadi insan yang terpilih olehNYA untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar. 

Yang pasti, Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi.

BILAKAH LAILATUL QADAR?

1. Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadhan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. Seluruh ulama sepakat bahawa al-Quran diturunkan pada malam al-Qadar, sebahagian ulama berpendapat malam al-Quran diturunkan itu berlaku pada 17 Ramadhan, Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury dalam kitab Sirah Nabawiyyah mengatakan al-Quran diturunkan pada malam ke 21 Ramadhan.

2. Satu kaedah mengetahuinya, kata Imam Ghazali, kebiasaannya, jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad dan Rabu maka Lailatul Qadar malam ke 29, jika hari Isnin maka Lailatul Qadar malam ke 21, dan jika hari Jumaat dan Selasa, maka Lailatul Qadar malam ke 27, jika hari Khamis maka Lailatul Qadar malam ke 25, jika hari Sabtu maka Lailatul Qadar malam ke 23. Tetapi kaedah ini bukanlah sesuatu yang muktamad, mungkin ia bertepatan dengannya dan mungkin juga tidak, mungkin juga ia berlaku pada malam yang genap, kerana bagi negara kita ia malam yang genap tetapi bagi negara yang puasa lewat atau awal satu hari, ia adalah malam yang ganjil, jadi carilah dengan tekun pada 10 malam yang terakhir tesebut.

SIAPAKAH YANG MENDAPAT LAILATUL QADAR?

1. Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang sholat ‘Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)

2. Solat tarawih adalah termasuk solat malam kerana ia dilakukan selepas solat Isyak, orang yang solat tarawih dikira solat sunat pada malam Lailatul Qadar, oleh itu tambahkanlah lagi bilangan rakaatnya pada 10 malam terakhir Ramadhan.

APAKAH DOA DAN AMALAN LAILATUL QADAR?


1. Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan lain-lain doa dalam bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk. 

2. Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika berbetulan dengan malam Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya bacalah 10 kali Surah Al-Ikhlas, iaitu Qul Huwallahu Ahad) 

3. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan zikir-zikir di bawah:

 سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ

Sumber: [Wikipedia]

Note: Sama² kita perbanyakkan amal ibadah pada 10 malam² terakhir ramadhan ni.


Project Kuih Raya 2014 dah start kekdahnya. Hari jumaat last week kan aku EL sebab anak dara tu sakit mata. Amik anak dara terus gi kedai Y...

Florentine Cookies @ Krunchy Karamel Almond HOMEMADE!!!

Project Kuih Raya 2014 dah start kekdahnya. Hari jumaat last week kan aku EL sebab anak dara tu sakit mata. Amik anak dara terus gi kedai Yummies kat Bangi, beli barang² nak buat Florentine ni lah. Memula gi kedai bakery Makcik. Nak survey harga dulu. Pastu gi Yummies plak. Juat for your info, tepung Florentine kat yummies sangat murah. RM15.90 untuk 500 gm. Kalau kat kedai Makcik RM19.00. Kena pandai survey harga juga yerp.


Mempersembahkan...cewahhhh...my Florentine cookies @ Krunchy Karamel Almond homemade dengan penuh kasih sayang. Pepagi lepas sahur aku dah membakar. Kemain excited ko. Memang senang sangat nak buat. Tak perlu mixer, tak perlu telur dan tak perlu mentega. Hanya tepung dan kekacang sahaja. Rasanya memang sedap tak hingat. Meh amik resipi nih:

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Kak Patmah Aspar 

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

Senang kan. Resipi ni aku amik dari blog [azlitamasammanis.com]. Orang yang keras tangan  tak pernah buat kuih pon boleh buat nih. Kalau beli sebekas RM28.00 - RM30.00 kot. Tapi kalau buat sendiri dapat berbekas². Aku buat dapat 3 bekas. Tapi sebekas dah habis buat kudapan sebab sedap betul mengunyah...dengan kerangupan nya lagi.

Total kos untuk Florentine Cookies ni:

TEPUNG FLORENTINE RM15.90. BADAM KEPING (250 GM) RM12.50. KUACI (250 GM) RM7.50 DAN BIJAN HITAM (100 GM) RM4.50 = RM40.40 DAPAT 3 BEKAS FLORENTINE COOKIES

Jimat kan. Penjimatan berganda. Kalau nak lagi jimat, ko potong kecik². Lagi berganda² jimatnya. Boleh dapat lebih dari 3 bekas kot...muahahahaha...Dah macam kedekut plak nak potong kecik² kan....hehehe....

Note: Next project kuih raya...cornflakes madu.




Biasalah kan. iols ni kalau nak buat dessert *lahsangat kena tunggu hari cuti jer. Kalau weekday memang tak menyempat. Ni project hari ...

Agar² Santan dan Buah Melaka


Biasalah kan. iols ni kalau nak buat dessert *lahsangat kena tunggu hari cuti jer. Kalau weekday memang tak menyempat. Ni project hari cuti isnin dan selasa. Tekak tetiba nak makan agar² santan. Sedapnya dapat makan sejuk. Memang feveret. Puas lah makan 

Pastu semalam teringin plak nak makan buah melaka @ onde². Kalau beli kat PARAM comel² jer dia buat. Saiz 'XS' kot. Pastu tak terasa gula melaka nya. Kalau sendiri yang bikin, memang saiz 'M' lah dengan penuh isi gula melaka kat dalam tu. Pakai air daun pandan lagi. Wangi jer onde² aku. 

Nah resipinya. Buat sendiri. Tak payah beli kat PARAM lagi dah.

AGAR² SANTAN [Sumber]

BAHAN²

1 paket agar -agar bertali
5 cawan air
3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula
6 helai daun pandan
1 biji telur secubit garam
sedikit pewarna hijau

CARA²

1. panaskan air hingga mengelegak kemudian masukkan agar-agar
2. masukkan gula kemudian kacau sehingga agar-agar hancur
3.blenderkan daun pandan kemudian tapis 
4. masukkan air tapisan daun pandan
5. satukan telur + santan kemudian pukul dan masukkan dalam periuk
6. letak beberapa titik pewarna hijau dan secubit garam
7. kacau hingga gelegak dan siap.

BUAH MELAKA @ ONDE²

BAHAN²

1 cawan tepung pulut
5 helai daun pandan
Gula melaka di potong kecil
Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
Sedikit pewarna hijau

CARA²

- Air 3/4 penuh dalam periuk. 
- Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. Kemudian campur air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut.
- Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Gentel jadi bulat.
- Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan. 
- Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.

Note: Ting tong plak rasa kepala ni. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...