Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Qhalif. Show all posts
Showing posts with label Qhalif. Show all posts

12 April 2012 - 12 April 2017 = 5 Tahun  Gigi mana... gigi ☺☺ Alhamdulillah... Harini genap usia anak nombor tiga ni 5 tahun. Umur...

Iman Qhalif Turns 5 Today!!!

12 April 2012 - 12 April 2017 = 5 Tahun


 Gigi mana... gigi ☺☺

Alhamdulillah... Harini genap usia anak nombor tiga ni 5 tahun. Umur dah bertambah, tapi badan kecik tak sepadan dengan umur, Makan boleh tahan banyak. Tapi badan tak naik-naik. Risau jugak. Haishhhh,... Perangai pon boleh tahan jugak ni. Buat ibu urut dada hari-hari. Cepat sentap betul tau budak ni. Memang tak boleh di bawak bergurau. Gurau sikit dah sentap. Dia buat orang tak apa. Kalau orang buat dia... hurrmmm... 

Menyemart memang nombor 1. Nak smart jer, Duduk rumah pon nak pakai seluar jeans. Ada masa tidur malam pon ber seluar jeans jugak. Kalau ada benda yang dia tak suka, kau jangan lah paksa. Macam weekend haritu. Ada sukan sekolah PASTI. Boleh dia tak nak pergi. Kau rasa? Hangin jer lah aku. Dah bayar yuran untuk sukan. Boleh dia tak nak pergi. Buat keras dia. tak nak bangun and tak nak mandi. Sehari aku tak layan dia.... hahaha.. Hemak kau bila dah sentap kan. 

Fresh form oven

Macam mana pon perangai awak, Ibu tetap sayang. Selamat Hari Lahir yang ke 5 Iman Qhalif Bin Husaini. Doa ibu semoga Iman Qhalif membesar sebagai anak yang soleh didunia akhirat, bijak pandai, sihat tubuh badan dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Ibu, Abah, Abang Kimi. Kakak Qahirah dan Adik Harraz sayang Iman Qhalif. Nanti kita potong kek yer.

Note: Aku masih hutang cerita pengalamam lahirkan Iman Qhalif ni... ppffttt...


Musim Sakit | Bila anak tak sihat, kau sebagai ibu lah rasa tak senang hati. Last week cikgu PASTI wassup kata badan Qhalif panas. Aku kat...

Musim Sakit!!!

Musim Sakit | Bila anak tak sihat, kau sebagai ibu lah rasa tak senang hati. Last week cikgu PASTI wassup kata badan Qhalif panas. Aku kat office dah risau. Ingat nak balik awal dalam pukul 4.00 - 4.30 pm macam tu. Tapi bila tadika dah call kata qhalif nangis, pukul 3.15 pm dah gerak balik. Sampai jer tadika, terus bawak gi klinik. Tapi.... Doctor cakap tak demam pon. Mungkin panas dah kurang sikit agaknya. Tapi standby jugak lah ubat demam.

Sekali malam tu demam panas. Ditambah dengan selsema dan batuk pulak si anak soleh Qhalif ni. Kerisauan kau bertambah bila demam tak kebah dah masuk 4 hari start dari hari khamis. On and off datangnya. Lepas tu muntah beberapa kali. Di tambah dengan ceri beri. Double triple risau kau. Maka ke klinik lah jawabnya hari isnin tu. Doctor suruh buat blood test takut Denggi. Lagi pon demam nak masuk seminggu kan. Kau faham-fahamlah area Bangi tu. Memang wanted area bagi nyamuk Aedes. 

Jadi riuh bilik doctor sebab budak tak sihat tu takut kena cucuk. Melalak-lalak dibuatnya. 2 kali kena cucuk sebab tak jumpa jalan. Dapat result beberapa minit lepas tu. Alhamdulillah... Normal. Cuma ada jangkitan bakteria. So... Doctor bagi ubat antibiotic. Memandangkan balance cuti tinggal 2 hari setengah sebab hari jumaat dah Emergency Leave, dengan muka tak malu aku minta MC sebab jaga anak yang tak sihat. Nasib doctor sangat memahami.

Minta juga advice doctor sama ada boleh hantar qhalif sekolah atau tak hari selasa tu. Tapi doctor cakap jangan sekolah kan dulu. Malam tu pulak virus Iman Qhalif dah merebak dekat Iman Hakimi pulak.... huhuhu... Demam pulak si anak sulung malam isnin tu. Ibu kau dah 2 hari tak kerja ni. Nak suruh abah take over, si abah pon busy. Acaner ni???


Penyelesaiannya... Aku hangkut anak-anak pergi office. Letak dalam bilik kosong. Nasib bos tak ada. Bawak bekalan ubat sekali. Macam anak-anak aku ni, diorang jenis demam malam. Siang ok jer. Alhamdulillah... pagi ni dah kebah demam Iman Hakimi. Kita tengok malam ni. Si Iman Qhalif pulak dah ok. Cuma batuk dengan selsema jer tak hilang lagi. Hari ni dah start skolah. Semoga terus sihat lah hendaknya yer anak-anak. Harap-harap tang berjangkit pulak dekat Qahirah dengan Harraz. 

Macam ni lah dugaan ibu berkerjaya. Emergency Leave, Medical Leave, Annual Leave... memang Cuti kau habis untuk anak-anak jer. Tambahan anak kau dah bertambah. Lagi kena banyak standby cuti. Sebab tu kalau ada invitation on weekday aku terpaksa tolak. Sebab sayang cuti. 

Note: Kalau full moon memang ramai orang sakit ker? 


Last week citer pasal kakak masuk Darjah 1. Harini citer pasal anak ketiga... Iman Qhalif  yang baru masuk tadika. Keterujaan anak masuk ta...

Kisah Budak Masuk Tadika | Nangis Pulak Dia

Last week citer pasal kakak masuk Darjah 1. Harini citer pasal anak ketiga... Iman Qhalif  yang baru masuk tadika. Keterujaan anak masuk tadika tu tetap sama macam anak pertama masuk tadika dulu. Tak aci lah kau excited bila anak kau yang 1st masuk tadika. Dapat kat anak-anak lain yang dah start tadika, kau buat biasa jer. Peel setiap anak-anak tu kan berbeza bila pertama kali masuk tadika. Banyak betul perkataan tadika kau ni... ngeee...


Masa 1st day start sekolah tu Qhalif tak sekolah pon. Hanya day care sahaja. Esok tu (Rabu) baru start tadika. Day care pon tetap hantar. Masa hantar tu muka dah monyok. Tak nak duduk situ. Aku tunggu kejap lah. Lepas tu balik sebab 1st day sekolah tu banyak urusan. Meleleh jer air mata. Alahaiiii... Ada jugak beberapa budak yang nangis. Tu baru hantar daycare dah nangis. 


Masa hantar tu bukan main lagi. Tak nak nangis. Bila dah sampai sap cakap... 'Dah, ibu boleh pergi kerja'.. Amboiii... berlagak kau dengan ibu yerp. Tapi aku hantar jugak lah. 1st day anak masuk tadika kan. Harus teruja. Bila dah tengok orang ramai-ramai lepas tu ada budak yang nangis-nangis sampai tahap meraung-raung nak balik, si imam muda Qhalif ni dah cuak. Muka dah start nak nangis. Perhimpunan dah start. Tapi dia tak nak join. 

Bagi meredakan keadaan, aku bawak dia masuk dalam. Duduk jer dia kat kerusi. Ada pulak kucing, Tu yang memain dulu dengan kucing. Tengok emosi dia dah ok sikit, bawak dia gi perhimpunan balik. Tak nak jugak beratur. Maka beemula lah drama airmata bila semua murid kena beratur nak masuk kelas. Tapi si qhalif ni tak der lah nangis beriya sangat, Terpaksalah si ibu ni hantar sampai kelas. 


Tengok lah nih. Takut sangat ibu kau cabut lari. Aku tinjau kat pintu kelas tu jer. Kejap-kejap dia toleh belakang. Bila kau bagi signal nak balik, dia tak bagi. Berkerut-kerut dahi suruh stay. Ibu peduli hapa kan. Kau nak ibu duduk sekali dalam kelas tu ker? Memang tak lah. Tengok Qhalif dah ok dan dah start main tanah liat. Aku pon cabut. Tak kuasa lah nak tunggu lama-lama.

Macam biasa, pagi sekolah petang daycare. Ada kelas tahfiz sekali tengah hari tu. Sama macam abang denga kakak dia dulu. Kurang sikit monthly fees lepas masuk tadika ni. Fees PASTI antara yang murah dan ini yang aku mampu. Yuran pon masik sama. Apatah lagi cikgu-cikgunya. Memang setia dengan PASTI dari zaman Iman Hakimi dulu.

Macam mana Qhalif lepas masuk tadika? Hurmmmm... Ini yang aku agak risau. Masuk jer keta cakap... 'Ibu, kita nangis kat skolah'... ppffttt... Sebelum tidur... 'Ibu, esok sekolah tak?' Asal kejut pagi soh mandi... 'Ibu, kita tak nak sekolah'... ppffttt... Kau dah kenapa nak. Bermulalah sesi interview dengan anak.... 

Ibu: Ada budak buat Qhalif ker?
Anak: Tak ada.
Ibu: Qhalif tak main-main dengan kawan ker?
Anak: *Diam
Ibu: Kenapa tak nak sekolah?
Anak: Nak ikut ibu pergi kerja
Ibu: *facepalm

Aku wassup cikgu dia tanya betul ker Qhalif nangis? Sekali betul lah. Cikgu cakap masuk kelas nangis. Dah habis kelas sambung nangis balik. Tapi kejap lah nangisnya. Dulu kemahen lagi asyik tanya bila nak sekolah PASTI. Dok berzikir bila nak sekolah. Sekali bila dah sekolah PASTI tak nak pergi sekolah pulak. Pagi-pagi kekadang bad mood tak nak pergi sekolah. Boleh mengundang amarah dibuatnya.


Terlalu awal lagi kot nak high expectation dengan anak. Baru lagi kan. Hope lelama nanti ok. Smoga minat Iman Qhalif nak ke sekolah terbuka. Cikgu rajin jugak hantar gambar dalam group WhatsApp. Dah kenapa lah pakai kopiah cenggitu nak oiii. Terkeluar rambut bagai. Tengok ok jer dia dalam kelas ni... hurmmmm... 

Note: Baru sekolah seluar dah tertukar. Tapi dah dapat balik. Selipar pon tertukar jugak. Sebelah besar sebelah kecik. Yang tertukar selipar pon tak der tanda-tanda nak pulangkan balik... haishhh... 


Alhamdulillah... Genap 4 tahun dah usia budak ni harini. SELAMAT HARI LAHIR IMAN QHALIF BIN HUSAINI. Doa seorang ibu tak lain dan tak bukan...

Selamat Hari Lahir Iman Qhalif


Alhamdulillah... Genap 4 tahun dah usia budak ni harini. SELAMAT HARI LAHIR IMAN QHALIF BIN HUSAINI. Doa seorang ibu tak lain dan tak bukan nak yang terbaik buat anak yang dikasihinya.

Semoga membesar sebagai anak yg soleh. Bijak pandai dan sihat tubuh badan. Ditetapkan hati dan dikuatkan iman. Dan smoga saling berkasih sayang sesama adik beradik selamanya.

IBU, ABAH, ABG KIMI, KAKAK QAHIRAH & ADIK HARRAZ sayang IMAN QHALIF hingga hujung nyawa.

Tahun ni sedih sket sebab ibu tak der disisi birthday boy untuk sambut birthday. Just wish dalam phone jer pagi tadi. Ibu jaga adik baby kat hospital. Dah masuk 6 hari. Tunggu adik baby kluar spital dulu. Nnt kita celebrate yerp.

Bertambah sedih lagi bila birthday boy muntah2 & ceri beri start pagi ni. Mungkin food poisoning. Hope ok lah petang ni. Speedy recovery birthday boy qhalif. Ibu ngan adik baby pon dah tak sabar nak kluar spital nih.

Note: Harini last day pantang. How time flies. Yeayyyy!!

posted from Bloggeroid

Sambungan dari entry [Potty Training Qhalif | Mission Accomplished!!!] . Lain orang, lain caranya kan. Ada budak memang senang nak di p...

Potty Training TIPS!!!

Sambungan dari entry [Potty Training Qhalif | Mission Accomplished!!!]. Lain orang, lain caranya kan. Ada budak memang senang nak di potty training. Dan ada budak memang amik masa untuk di potty training. Ni berdasarkan pengalaman #ibu3anak ni…cewahhhh…Ada yang kata anak perempuan lebih senang di ajar. Anak lelaki plak agak payah. Haaipppp…. Tak semestinya hokay. Antara Iman Hakimi, Qahirah dan Iman Qhalif, Iman Hakimi agak cepat. Boleh baca [Potty Training Iman Hakimi]

Mungkin sebab Iman Hakimi pakai [Cloth Diapers]. Iyer...zaman kerajinan terlebih. Anak sorang masa tu. Rajin kemahin. Masuk anak kedua dan seterusnya...malas tahap gaban. Salute dengan orang yang pakaikan anak CD. Ok...tak nak melalut. Sambung citer balik.

Qahirah plak advance. Advance sebab dia bagi package…free diapers dengan pandai basuh yak sendiri. Jemput baca [Potty Training Qahirah]. Seronok tak terkata sebab ibu tak yah basuh yak anak lagi dah...hahaha... Tapi with supervision lah. Make sure dia basuh bersih kan. 

Ok…tak nak bebel panjang². Seperti yang aku tulis sebelum ni, kunci untuk potty training anak sampai Berjaya ialah KESABARAN. Kalau rasa tak sabar, biar jer lah anak tu pakai pampers yerp….hehehehe… Ni aku nak sharing tips potty training yang aku dah praktikkan kat #ImanQahirahQhalif.


1. Dah bersedia dan pandai cakap

Make sure anak dah betul² bersedia untuk di potty training. Kalau tak bersedia lagi, jangan di paksa. Ko jugak yang sakit hati nanti. Kita yang dewasa ni pon tak suka dipaksa² ini kan budak yang belum baligh. Aku pernah gak ajar qhalif secara paksa. Nangis² dia sebab nak jugak pakai pampers. Tak nak pakai seluar. End up…. Dia protes…tak nak pakai seluar. Boleng (bogel) jer dalam umah. Seluar dia gi letak dalam freezer. Tanjat ibu nengok benda asing apa lah kat dalam tu. Sekali seluar…ppffttt… Kencing pon beberapa kali terbabas. Tido tengah hari pon terkencing dalam sluar. Tu lah…sapa soh paksa² kan. Dah budak tu tak nak. 

Seluar didalam freezer...ppffttt...

Kalau anak dah pandai cakap senang sket nak train. Sebab dah faham apa dia cakap kan. Tapi kalau nak train masa anak masih tak pandai cakap lagi pon boleh. Janji dia faham apa kita cakap dan ko faham body language anak. Tak der masalah.

2. Kerap bertanya

Tanya lah banyak² kali. Tapi jangan lah tanya setiap 5 minit. Bosan plak budak tu nanti. Pesan juga kat anak kalau nak kencing/berak cakap ngan ibu atau soh gi toilet terus. Jangan dah kencing/berak baru nak cakap. Tapi tu normal lah. Tak sempat kekadang kan. Tabah jer lah.

3. Simpan carpet/tikar

Haaaaa…kalau kat umah tu banyak carpet/tikar, gulung lah dulu yerp. Kang kalau anak tu tak sempat gi toilet mau terkencing atas carpet/tikar. Double penat plak nanti. Biar lah togel dulu umah tu. Bila anak dah berjaya kencing/berak sendiri, baru lah letak balik carpet/tikar tu yerp.

4. Step by step

Tak boleh lah nak ajar sekali harung. Ko expect siang dah lulus, so malam pon kira lulus jugak lah gittew. Kena lah step by step. Memula potty training waktu siang dulu. Tunggu beberapa hari sampai anak dah berjaya. Teruskan plak ke step seterusnya. Potty training waktu malam pulak. Alas tempat tidur dengan  protector sheet kalau tak confident. Macam aku tak alas apa² pon. Tawakal jer. Sebelum tidur aku soh qhalif gi toilet dulu. Alhamdulillah….kering tilam. Kalau terjaga pagi tu aku kejut gak. Tanya sama ada dia nak kencing ker tak. Tapi kekadang kejut tak bangun pon. Tak nak kencing lettew. 

Bila dah lulus potty training malam. Kita masuk fasa seterusnya. Potty training time kluar jalan² plak. Sebelum kluar tu soh kencing dulu. Time tengah berjalan² tu jangan lupa tanya si anak  nak kencing/berak atau tak. Kekadang dorang bagi sign jer. Kalau pegang bebird tu maknanya nak kencing lah tu…hehehe…

5. Pujian & pelukan

Haaaaaa…Yang ni jangan dilupa. Sapa yang tak suka pujian dan pelukan kan. Kembang kuncup lompat bintang kalau kena puji. Apatah lagi kalau kena peluk. Macam tu jugak lah dengan anak syurga ni. Seronok wei tengok reaksi muka dorang bila kita sebagai ibu ni puji dia…. ‘yeayyyy….qhalif dah pandai kencing/berak sendiri’‘yeayyyyy… qhalif dah besar’… Bersorak bertepuk tangan ibu ko nak bila misi potty training berjaya. Si anak pon bukan main lebar senyum tu. 

6. Comparison

Ingat yer… development budak berlainan. Jangan rasa down bila tengok anak orang lain belum umur 2-3 tahun dah free diaper. Anak kita?? Dah masuk 4 tahun masih berpampers lagi. No..no..no… Ada budak yang cepat dan ada budak yang lambat. Tak yah lah nak banding² kan sangat.

Malu sebab orang mengata?... ‘Anak dah besar pon pakai pampers lagi’‘ishhhh…mak dia tak ajar ker. Dok umah jer kot’. Abaikan jer lah mulut orang. Dah nama pon manusia, ada jer benda yang nak mengata. Anak kita…bukan anak dia. Duit kita yang beli pampers. Bukan pakai duit dia pon. Jangan rasa down hokay. Bukan selamanya anak kita nak pakai pampers kan. Tiba masa nanti pandai lah dia.

Jangan compare antara adik beradik jugak… ‘tengok abang tu, belum 3 tahun dah tak pakai pampers tau. Awak ni? Dah 3 tahun ber pampers lagi’… Ni ayat yang pernah aku tuju kat Qhalif. Terkebil² budak tu…sobsss… Maafkan ibu nak. Jangan buat macam ni. Ingat….development budak berlainan.

7. Sabar

Kunci untuk berjaya potty training anak adalah S.A.B.A.R…. yup… kesabaran kena tahap paling tinggi. Kalau tak sabar memang susahlah. Tipu lah kalau aku cakap aku ni penyabar masa potty training anak. Ada masa hilang sabar gak. Istighfar…. Tarik nafas…hembusssss… Ko nak anak pandai kencing/berak sendiri kan. Sabar yerp. 

Ok… dah cukup kot tips² ni. Kalau ada yang nak menambah, dipersilakan. Yang tengah dalam proses potty training anak tu, semoga berjaya. Usaha tangga kejayaan. Berbaloi sebenarnya sebab dah boleh jimat duit pampers. 

Note: Bukan jimat duit pampers jer. Duit susu pon sama sebab Qhalif dah tak minum susu since last year. Next entry yerp.


gambar ulang tayang jer Alhamdulillah...misi nak potty training Iman Qhalif berjaya. Bukan mudah nak potty training ni sebenarnya. Seb...

Potty Training Qhalif | Mission Accomplished!!!

gambar ulang tayang jer

Alhamdulillah...misi nak potty training Iman Qhalif berjaya. Bukan mudah nak potty training ni sebenarnya. Sebelum ni dah try buat. Tapi Qhalif nampaknya masih belum bersedia. Jadinya...cuti panjang yang ada baru ni, aku manfaatkan sepenuhnya masa yang ada. 

Kalau sebelum ni siang Qhalif tak pakai pampers. Pastu asal nak yak jer mesti minta pampers. Tapi skang ni no more pampers untuk tido malam dan nak kluar gi jalan². Seronok bukan main IbuAbah sebab anak soleh Iman Qhalif dah berjaya jimatkan perbelanjaan bulanan untuk beli pampers. Good job son. 

Agak mencabar sebenarnya nak potty training anak ni. Lebih² lagi kalau si anak belum betul² bersedia. Tipu lah kalau aku cakap dalam tempoh nak potty training tu aku tak marah kat anak. Dah banyak kali cakap, tapi kencing tetap merata. Tak sempat nak masuk toilet gittew. Kencing time tido. Memang menguji kesabaran. Tu belum berak tercicir lagi. Nasib keras. Kalau cair?? Sambil lap lantai sambil kesat air mata dibuatnya.

Kunci untuk semua ni adalah SABAR. Ko nak ajar anak free diapers. Tapi bila anak ko tak sempat gi toilet, ko marah. Acaner tu? Hilang semangat budak tu nak belajar. Practice make perfect kan. Kena lah step by step. Tak kan harini ajar esok ko dah expect anak tu dah pandai. No..no..no... Kena lah bagi anak tu masa untuk adapt bila tak pakai pampers.

Bila siang anak dah pandai kencing sendiri. Cuba plak waktu malam. Aku start tak pakaikan pampers waktu malam last week. Itu pon sebab terlupa. Sekali bangun pagi memang kering. Pastu weekend haritu try lagi. Erkkkk...kering lah toto. Dengan tak der alas² nya lah. Start dari haritu sampai lah harini memang tak pakai pampers waktu malam dah. Tapi make sure soh anak kencing dulu sebelum tidur yerp.

Bila dah malam pon tak pakai pampers. Kita pergi ke next step. Jangan pakaikan pampers waktu nak keluar jalan² plak. Sebelum ni tak confident. Siap bersoal jawab laki bini...'Nak pakaikan pampers ker tak ni bang?'...Tanya si isteri. 'Ntah...pakai jer lah'...jawab laki. 'Kita cuba dulu tak pakaikan pampers. Try ajar'...jawab si isteri. Kebetulan sabtu tu kluar. Qhalif pon rela bila kluar tak pakai pampers. Kalau sebelum ni memang  minta pampers. Maknanya?? Dia dah bersedia lah tu. 

Amazingly...dia tak terkencing dalam seluar pon. Tapi kita kena kerap tanya kat anak sama ada dia nak kencing/berak atau tak. Hari pertama keluar jalan² berjaya. Hari kedua gi majlis kawin pon tak pakaikan pampers dan berjaya jugak. Perasaan teruja nya bila anak dah free dapers tu hanya DIA jer yang tahu. 

Lepas ni nak ajar basuh yak sendiri plak. Kalau yak aku kena tunggu kat toilet sebab dia tak confident lagi nak dok kat toilet bowl tu. Tak per...dah pandai yak kat toilet pon ibu dah bersyukur nak. Try gak soh dia basuh yak sendiri. Bley plak anak soleh ni cakap 'kita geli lah ibu'...ppffttttt....

Gittew lah kisah aku dan potty training nya, Terpanjang plak. Next entry aku share tips untuk potty training plak yerp. Lain orang lain caranya kan. 

Note: Tak yah risau pasal harga pampers lagi dah ☺☺


Bukak...tutup...taip...padam...Taip balik...ppffttt...Salam isnin semua. Selamat Hari Wilayah. Sonok lah orang KL cuti kan. Aku pon ser...

Minggu yang Mencabar!!!!


Bukak...tutup...taip...padam...Taip balik...ppffttt...Salam isnin semua. Selamat Hari Wilayah. Sonok lah orang KL cuti kan. Aku pon seronok gak sebab jalan tak sesak. Selamat datang February. How time flies. Pastu dah March....haishhhh...makin berdebar² dibuatnya. January yang tak productive sebab hanya ada 12 entry saja. Hurmmmm...entahlah. Mood swing. Kejap naik kejap turun. 

Blogwalking pon dah jarang. Komen pon mana yang sempat jer. Sorry yerp. Last week memang minggu yang mencabar emosi. Minggu yang penuh dugaan bila anak² tak sihat. Start dari [Iman Hakimi demam]. Dah kebah demam, selasa malam tu berjangkit plak kat Qahirah. Rabu terpaksa EL pagi. Petang plak turn husband jaga. Berdoalah si ibu supaya anak cepat sihat dan tak jangkit kat anak bongsu Qhalif.

Tapi dah nama pon demam kan. Kalau tak jangkit memang tak sah. Khamis Qahirah still demam. Aku nak EL tak boleh sebab KPI submission dateline Jumaat. Tu aku mencik buat benda last minute. Awal² tak nak mintak. Husband bermurah hati jaga anak tak sihat. Mekasih husband sebab memahami. Sekali tengah hari tadika WhatsApp kata badan Qhalif panas. Ya! allah...tak tenang aku nak buat keja. Nak tak nak terpaksa husband tinggal kan kejap anak dara kat umah gi merempit amik Qhalif kat tadika plak. 

Melepek

Jumaat anak² still demam. Dilema jap sebab husband tak boleh cuti. Aku plak masih tak settled lagi KPI...ppffttt...Nak tak nak, terpaksa gak aku EL pagi tu. Tapi tengah hari aku masuk office. Bagitau bos aku datang tapi bawak anak². Dia kata OK. Hangkut lah aku anak² yang tak sihat gi office. 

Alhamdulillah...hari ni dah ok sket. Cuma batuk dan selsema jer lah. Awal² tahun dah ada MC dan EL. Nak buat macam mana. Dilema ibu bekerja macam ni lah. 


Hahahaha...Budak ni frust wei. Frust sebab tak dapat nak pau ibu dia beli eskem. Ibu plak kalau tak menyakat anak tak sah. Muka nangis p...

Budak Frust!!!


Hahahaha...Budak ni frust wei. Frust sebab tak dapat nak pau ibu dia beli eskem. Ibu plak kalau tak menyakat anak tak sah. Muka nangis pon nak amik gambo. Nasib nangis pon masih comel muka tu. Kenangan gittew. Bley tunjuk bila dah besar nanti. Ginilah peel awak masa kecik² tau.

Kekadang ibu ko ni rasa seriau plak nak amik anak² balik skolah. Seriau sebab kena pau. Tak beli rasa serba salah. Kesian plak nengok. Bila dah beli...erkkkk...bagi betis nak paha plak sampai hari² nak minta beli makanan. Macam kat umah tu tak der makanan gamaknya. 

Macam ni lah rupanya bila tak dapat. Buat keras plak dia tak nak jalan. Ibu pon buat keras hati tak nak beli. Haishhh...buat makin rendah lak darah kita ni wak. Nak tak nak tarik jugak lah soh jalan. Sepanjang jalan nak ker keta tu menangis. Tak nak masuk keta...pppfftttt...

Dah masuk keta nangis² lagi. Sampai berair hidung bagai dengan air mata leleh². Tak kosa lah ibu nak pujuk. Last² benti sendiri. Janji nanti ibu buat eskem. Sampai harini tak buat lagi...ngeeeee...Janji manismu betul. Minggu ni ibu buat yerp abam sado. 

Note: Kisah anak jer lah jadi modal cerita #jangankecamsaya


Kluar dah topik breastfeeding. Tajuk bukan main panjang lagi. Maknanya panjang jugak lah kisahnya yerp...hehehe...Kali ni nak citer pasal W...

Weaning Off Breastfeeding | Jangan Dipaksa dan Biar Anak Bersedia

Kluar dah topik breastfeeding. Tajuk bukan main panjang lagi. Maknanya panjang jugak lah kisahnya yerp...hehehe...Kali ni nak citer pasal Weaning Off Breastfeeding si anak soleh Iman Qhalif.


Biasalah bagi ibu² yang menyusukan anaknya kan. Saat paling sedih bagi seorang ibu yang menyusukan anak adalah saat nak menceraikan/memisahkan susu badan dari anak tu sendiri. Mulut bukan main lagi dok saiko anak bila nak berhenti menyusu. Tapi jauh disudut hati tu...perasaan berat nak weaning off tetap ada. Hanya yang pernah mengalaminya saja yang tau perasaan tu.

Abang sado Iman Qhalif...dalam proses nak weaning off breastfeeding di usia 3 Tahun 5 Bulan. Satu tempoh penyusuan yang agak panjang kalau nak dibandingkan dengan abang Iman Hakimi dengan kakak Qahirah dia dulu. Kiranya anak solah Qhalif ni win lah dalam menyusu...hehehe....

Masuk harini dah hari ke 5 Qhalif tak minta 'nenen' @ menyusu. Agak mengejutkan jugak sebab budak ni kalau nak tido mesti nak mengempeng dulu. Tido malam skang pon dah boleh tido sendiri. Tak yah mengempeng pon dah boleh tido. Tepuk²...garu² belakang...erkkkk...dah lelap. Tido pon dengan abang dan kakak. Tak tido ngan ibu lagi dah.

Macam mana boleh weaning off breastfeeding sendiri? Kisahnya...lately bila qhalif  breastfeed, aku nyer nipp rasa sakit and pedih. Selalu cakap kat dia 'ibu nyer tek sakit lah dik, tak yah nenen lagi yer. Qhalif pon dah besar. Dah 3 tahun. Dah boleh benti minum susu ibu ni'. agak kerap jugak lah sebut perkataan ni. Dalam sakit² tu, bagi jugak lah. Dah anak nak susu. Takkan nak biar dia menangis kan.

Dari kerap menyusu, lama² kekerapan menyusu tu jadi kurang. Start jumaat last week sampailah pagi ni qhalif dah tak minta 'nenen' lagi. Aku plak yang tetiba boleh jadi rindu nak menyusu kan si qhalif ni. Boleh gittew. Rindu bonding time. Kalau menyusu kan tangan dia suka merayap²...pegang mata kita, pegang hidung kita, usap pipi kita...Alahaiiii...sedih plak rasa. Ibu ko yang emo terlebih ni Qhalif. 

Moral of the story buat ibu² yang menyusukan anak diluar sana. Kita sebagai ibu tak perlu lah nak paksa² anak untuk weaning off breastfeeding melainkan atas sebab² tertentu. Ko letak lah benda² pahit ker, masam ker atau cili sos nak kasi nampak nenen tu macam berdarah sekali pon. Kalau si anak tu tak bersedia, memang tak jalan teknik² ni semua. Memaksa untuk anak berhenti menyusu bukan jalan penyelesaian. Sebab memang anak ni akan berhenti menyusu dengan sendirinya bila dia dah bersedia untuk berhenti. Macam Iman Qhalif lah.

Malu sebab orang mengata? Dah immune telinga ni bila orang cakap 'Haaaaa...dah 3 tahun/dah besar masih menyusu lagi. Ada lagi ker susu badan tu?' 'Eeee...malulah dah besar minum susu ibu lagi' 'Tak nak berhentikan dia hisap susu badan ker? Dah boleh benti dah tu'....ppffttttt...#AkuYangMenyusukanKoYangPanas...hahaha...Abaikan jer lah. 


Tapi kan...masalah aku bila Qhalif dah weaning off ni, breast masih lagi rasa berat dan penuh. Sakitnya dah nak sampai ke bawah ketiak ni. Takkan bengkak susu kot? Malam tadi try pam. Tapi tak kluar setitik pon susu...huhuhu...Pastu sesaja try sua kat Qhalif. Dia reject hokay. Memang dah betul² weaning off nih. Sapa nak tolong kosongkan breast yang masih berat dan penuh nih,,,,uuwwaaaaaa....Rindu breastfeeding moment.

Kalau nau tau lebih lanjut tentang teknik Weaning Off Breastfeeding. Boleh klik [SINI]

Note: Tunggu next baby lah kalau nak sambung breastfeeding balik. Bila tu? Hurmmmmm... ☺


'As difficult as it is for some women to begin breastfeeding, it's even harder for others to say goodbye to nursing. While life...

Breastfeeding Journey | Susahnya nak Wean Off!!!


'As difficult as it is for some women to begin breastfeeding, it's even harder for others to say goodbye to nursing. While lifestyle and career demands can make it difficult to breastfeed as long as you would like, don't be surprised if weaning your baby presents even more challenges'

Betul sangat² dengan apa yang diperkatakan nih. Macam mana susahnya nak memulakan proses menyusukan anak. Macam tu jugaklah susahnya nak berhentikan anak dari menyusu badan. Lagi mencabar kot.

Ko nengok lah anak soleh si Qhalif nih. Macam ni lah keadaannya bila aku tak bagi nenen. Macam ni lah dia bila aku buat tak tau bila dia nak nenen dan macam ni lah keadaannya bila aku stop kan nenen tapi dia nak nenen lagi...ppftttt...

Terbaring merengek² atas lantai ni sambil berzikir...'nak nenen...nak nenen...ibu, nak nenen'. Apa yang aku tak letak? Cili sos sudah. Kopi pon sudah. Tapi tak jalan jugak. Rasa macam nak letak perasa cili padi jer. Tapi kang menggelupur sebab pijar cili plak nanti....hahaha...Rasa jer macam nak buat tapi tak perfikir plak nak seksa diri sendiri dengan seksa mulut anak sampai macam tu skali...ngeeee...

Bukan tak saiko. Sambil nenen tu pon aku dah cakap. Tapi ibarat mencurah air didaun keladi gittew. Makin kita nak wean off main galak dia menyusu. Lama dia mengempeng lagi adalah. Especially time nak tido malam. Bangun malam untuk menyusu pon kekadang 2-3 kali jugak lah. Dah macam baby plak ko dik. Offer jugak botol susu. Tak nak. Tapi kalau dah kehausan sangat, baru dia minta botol.

Hurrrmmmm...tak tau lah sampai bila si anak soleh ni nak menyusu. Nak wean off kimi dulu pon lebih kurang macam ni jugak. Tapi kimi dulu [wean off masa umur dia 2 tahun 11 bulan]. Qahirah paling senang. Tetiba tak nak nyusu dah. Qhalif plak skang dah 3 tahun 1 bulan. Masih tiada tanda² nak berhenti menyusu. 


Me and my baby tua. Dah makin moncong mulut tu. Nak ibu bagi adik ker baru nak stop nenen...erkkkk...hahaha...

Note: Kalau ikut cerita mak aku, dalam adik beradik, aku yang paling lama menyusu. Patutlah ☺


♫♪♫ HAPPY 3RD BIRTHDAY IMAN QHALIF ♫♪♫ Fresh from oven Tangisan pertama My name is ...... 12 Apri...

Turns 3 | Selamat Hari Lahir IMAN QHALIF


♫♪♫ HAPPY 3RD BIRTHDAY IMAN QHALIF ♫♪♫

Fresh from oven

Tangisan pertama


My name is ......





12 April 2012 @ 9.00 am - 12 April 2015 = 3 Tahun

SELAMAT HARI LAHIR IMAN QHALIF BIN HUSAINI. Doa ibu dan abah...semoga Iman Qhalif membesar sebagai seorang khalifah yang beriman lagi soleh. Bijak pandai. Diterangkan hati, ditetapkan iman, taat pada perintah allah...kepada kedua ibu bapa, hormat orang yang lebih tua, di kurniakan kesihatan yang baik, di panjangkan usia, di murahkan rezeki dan di berkati kehidupan dunia akhirat...AMIN...


Just simple celebration. Beli kek pastu nyanyi lagu happy birrthday. Ini pon dah buat qhalif happy. Ibu tak sempat nak buat kek semalam. Nanti ibu buat pastu kita potong kek hasil air tangan ibu plak yerp. Sedih plak rasanya sebab tak dapat buat kek sendiri untuk birthday anak :-(

Sejak nak tambah umur dan umur dah bertambah ni, perangai pon sedikit berubah. Over sensitive plak anak soleh nih. Asyik nak sentap jer. Kenapa ni dik. Buat ibu geram jer tau. Masih lagi menyusu badan. Ni pon buat ibu geram. Menjadi² plak kuat menyusunya. Bagi adik kang baru tau...erkkk...ekekeke...


Ibu, Abah, Abang kimi dan kakak qahirah sayang qhalif hingga hujung nyawa :-)

Note: Gambar ni akan di ulang tayang untuk birthday yang seterusnya juga...hehehe...


Counting day? Baru habis pantang ker? Bilanya pregnant?...hahahaha...Ni gambar lama. Counting day untuk baby ni. Nak masuk 3 tahun da...

Counting Day!!!!


Counting day? Baru habis pantang ker? Bilanya pregnant?...hahahaha...Ni gambar lama. Counting day untuk baby ni. Nak masuk 3 tahun dah dia. Kenapalah cepat sangat membesar dik. 


Rindunya bau baby. Rindunya nak gomol baby. Baby yang ada ni dah besar. Sejak nak tambah umur ni perangai pon agak manja sket. Ahad ni kita celebrate yerp.  

Note: Have a great weekend uolls ☺


True indeed. Jaga²...kalau anak² senyap tak bersuara tu, memang ada lah kerjanya. Kena alert tau. Tapi kalau suami/isteri silence pon, ...

Silence Is Very Suspicious!!!


True indeed. Jaga²...kalau anak² senyap tak bersuara tu, memang ada lah kerjanya. Kena alert tau. Tapi kalau suami/isteri silence pon, memang suspicious jugak kan...hahaha...Ada lah yang tak kena tu kan. Merajuk lettew..sentap ker...ekekeke....Tapi ni nak citer pasal silence di kalangan anak². Kisahnya.

Masa tengah memasak semalam ternampak lah anak soleh Iman Qhalif tengah main. Tak perasan plak dia main apa. Pastu nampak dia gi tutup suis plug. Ok...si abah tengah charge electric shaver. Soh qhalif jangan main kat situ. Ok...dia gi main tempat lain. Tapi senyap² kat situ jugak ditujunya. Di amiknya shaver yang tengah charged tu. Di belek² nya. Lepas kena tegur lagi, gi main tempat lain plak.  

Si kimi ngan qahirah sibuk tengok TV ngan abahnya. Aku kat dapur masih tak habis lagi masak. Memasing kyusuk buat kerja gamaknya. Tak perasan si anak soleh qhalif ni menjalankan misi nya yang dia dah aim dari tadi. Tetiba dengar bunyi mesin shaver. Ko tau dia buat apa?  


Dia gi shave rambut dia sendiri. Tak sembat nak sambar sebab dia dah sambar kat rambut dia dulu...ppfftttt...Bebudak kan, memang sekejapan jer kerjanya. Laju sangat tangan tu. Tobek dah rambut kat belah kiri. Ok lah kan. Tak nampak sangat. Sekali check kat kepala sebelah kanan. aku dah gelak besar...habis ditarahnya. Memang nak kena potong rambut tu. 

Dan semalam jugak gi alter balik rambut budak ni. Ingatkan nak botak kan jer. Tak nak plak dia. Potong rambut kat umah jer. Ada tukang gunting rambut kat umah tu. Sedia berkhidmat bila² masa jer. Rambut iolls pon dia yang guntingkan. Free jer. Jimat sket. 

Note: Cepatlah gaji. 


Dah beberapa bulan Mr. Black ni tak berbasuh. Berhabuk, kusam dan kotor jangan cakaplah. Tahan orang yang memandu ni dengan kereta yang...

Car Wash Service Pon Dah Naik Harga


Dah beberapa bulan Mr. Black ni tak berbasuh. Berhabuk, kusam dan kotor jangan cakaplah. Tahan orang yang memandu ni dengan kereta yang comot khenn...hahaha...Kekangan masa sangat membataskan *alasan. Kalau lah Mr. Black ni boeh bercakap. Mesti dia minta dimandikan, Dah lah kerja kat kawasan site. Parking plak kat tempat panas. Sian Mr. Black ni. Sampai kan tinted tu pon dah menggelembung dan dah mula tercabut. Nampak sangat kepanasan yang melampau. Tu baru kepanasan kat dunia, kat SANA nanti? Sama² muhasabah dir. Erkkkkk...panjang plak melalut #ibutigaanak ni.

Ok...cuti CNY haritu. Iman Hakimi kita export balik kampung. Alaaaaa...kat gombak tu jewr. Sibuk nak duduk ngan maksu kesayangan dia tu. Pagi Khamis hantar, pagi Jumaat dah balik ke rumahku syurgaku. Maka tinggal lah si anak dara qahirah dengan si bongsu Iman Qhalif. Sian kat anak² sebab memerap jer kat umah. Jadinya petang jumaat tu meronda-ronda kat Bangi Gateaway. Sabtu plak bos besar kerja. Erkkkk...apa kau merepek lagi ni...hahaha...

Sabtu tu bawak lah anak soleh ngan solehah tu kluar rumah. Gi basuh keta jer pon. Janji keluar jugak dari umah kan. Sebab mata dah sakit tengok keta tu. Dan sebab ada masa. Tu yang gi basuh. Pergi kat tempat biasa aku cuci kereta. Nasib tak banyak kereta yang nak dibasuh. 

Dah nama pon dah lama tak pergi basuh keta kan. Nampak tempat ni dah upgrade. Tapi benda pertama yang aku nampak. HARGA DAH NAIK. Dari RM10 naik RM3 bersamaan dengan RM13. Banyak jugak tu. Aku kan rakyat marhaen. Suma benda kalau boleh nak cari lagi murah. 

Tapi kenaikan dorang bersesuaian dengan tempat yang dorang dah upgrade. Ada ruang menunggu yang ber air-cond. Siap ada wifi percuma lagi tu. Tak payah minta password sebab dah siap tampal. Jimat sket quota HP aku...hahaha...Keselesaan pengguna diutamakan gittew. Macam ni baru pelanggan tak lari. Tapi tu lah...rasa macam kejap plak dia basuh Mr. Black nih. Tak berapa nak bersih sangat dia vacuum dalam tu. Ker aku yang cerewet???

Macam biasa, lepas keta dah bersih, pesanan penaja itu harus di lontarkan pada anak soleh dan solehah. Sila baca dialog #ibutigaanak denagn anak daranya yang mulut bley tahan macam murai:


IBU: Bukak kasut. Tak nak pijak kusyen tu qhalif. Qahirah...jangan  makan dalam kereta. Kereta dah bersih...dah cantik. Ibu dah basuh kereta ni. Tak nak sepah² lagi.
QAHIRAH: Alaaaa...bukan ibu yang basuh. Orang lain yang basuh
IBU: krikkk...krikkk...krikkkk...*bijak...bijakk.

Terkena aku. betul jugak apa yang dia cakap kan. Ibu cuma hantar kereta untuk dibasuh. Tapi orang lain yang basuh. Dengan budak macam ni, kalau nak bercakap kena betul² susun ayat. Kalau tak macam ni lah. Kita balik yang kena...ppffttt...

Note: Kalau nak jimat, better basuh sendiri kan. Macam aku ni setakat basuh kiri, kanan, depan dan belakang tu bolehlah. Tapi yang belah atas tu? Tak cukup ketinggian nak membasuh. Jadinya...suruh orang basuh jer lah. 

  

Dimana ada saya, disitu ada ESCALATOR. Dimana ada ESCALAOR, Disitu adalah saya...muahaha...Kepantangan saya adalah PANTANG NAMPAK ESCAL...

WW #45: Saya dan ESCALATOR!!!


Dimana ada saya, disitu ada ESCALATOR. Dimana ada ESCALAOR, Disitu adalah saya...muahaha...Kepantangan saya adalah PANTANG NAMPAK ESCALATOR. Kalau nampak jer ESCALATOR, maka ibu/abah kena bersiap sedia. 

Note: Jangan risau kawan² ibu sebab ibu kita dah standby kat belakang kita. Ibu kita kan SUPERMOM. Memang pantas bab sambar menyambar anak nih. SUPERMAN nengok pon boleh nangis. Kawan² ibu pon mesti ada skill yang hebat ni macam ibu saya kan.



Asal nampak jer berlari² nak naik. Asal nak naik jer mesti escalator...hahaha...Extra attention kalau gi shopping mall ngan anak soleh ni: ...

Pantang nampak ESCALATOR!!!!

Asal nampak jer berlari² nak naik. Asal nak naik jer mesti escalator...hahaha...Extra attention kalau gi shopping mall ngan anak soleh ni:


Pantang nampak escalator ko. Macam dapat menan happynya. Anak uolls macam ni tak? Suka naik escalator? Nak naik sendiri hokay. Tak nak dipegang. Lagak macam dah beso sangat. Kita ni risau jer. 

Haritu masa gi IOI City Mall, Putrajaya, boleh plak ada aksi adegan kejar mengejar. Si adik biasalah, nampak si kakak berlari, dia pon berlari jugak. Si kakak plak berlari tuju kat escalator. Aku apa lagi, dah terjerit² panggil bebudak tu. Pedulik lah dengan orang khenn. Panggil pon tak jalan. Sonok sangat berlari dalam tu. Kawasan luas. Nih dah macam nak ajak aku berlari sekali nih!!!!

Sebelum anak soleh qhalif tu naik escalator dan sebelum apa² jadi, baik aku sambar dia dulu. Pecut 100 meter dengan wedges dalam IOI City Mall tu. Geram jangan cakap lah. Kecik besar...kecik besar jer aku nengok. Geram dengan si kakak jugak. 

Rasa macam nak pakaikan safety harness kids tu jer. Dah lah jalan tak nak orang pegang. Pastu berlari². Kalau nampak escalator tu memang kena bersiap sedialah ko. Budak ni memang sekejapan jer. Baru naik escalator nak naik lagi escalator. Kemaruk escalator gamaknya.

Note: Ragam anak² yang 'unsangkarable'. Bley pitam dibuatnya.


Malam tadi punya citer. Bikin gigil badan dibuatnya. Ko bayangkan lah. Tengah syiok² gosok baju tengah malam. Tetiba ko nampak lintasan bay...

Kejutan Di tengah Malam!!!

Malam tadi punya citer. Bikin gigil badan dibuatnya. Ko bayangkan lah. Tengah syiok² gosok baju tengah malam. Tetiba ko nampak lintasan bayang seseorang kat bilik sebelah? Kecik jer. Dah lah sebelum tu dengar jiran atas mengemas. Bukan main kuat lagi ko tarik kerusi tu yerp. Sretttttt...sretttttt...Bersangka baik jer lah. Mungkin dia tengah nak alihkan perabot kot. Tapi kenapa tengah² malam tu jiran??? Ok...sambung citer.

Terus darah aku berderau wei. Badan dah shaking² sebab terkejut nak mamps dengan lintasan bayangan tu. Elok berjalan masuk bilik. Master bedroom aku tu gelap. Lampu problem. Bagi sistem pencahayaan, aku bukak lampu bilik kedua tu. Senang aku nak menggosok khenn. Lintasan bayangan tu masuk bilik kedua. Terus aku stop menggosok. Lintasan bayangan siapa tu?????
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ni ha orangnya. Pphheewwwww....Ko buat ibu terkejut tak hingat dunia dik. Terus gigil² satu badan ibu tau. Bangun cari ibu gamaknya. Nak minta susu. Tak perasan ibu ada kat bilik utama. Uruskan ustaz qhalif ni dulu. Pastu sambung gosok baju balik. Ibu ko ni memang lemah semangat. Mudah sangat terkejut nya.

Note: S.T.R.E.S.S...Pepagi hadap jalan sesak. Pastu dari pagi buat KPI tak habis². Sakit dah mata hadap PC nih.


Bila dapat bag sekolah baru. Siapa yang tak suka kan. Macam kita masam nak sekolah dulu...teruja bila dapat baju baru, kasut baru serba ser...

Keterujaan Seorang ANAK

Bila dapat bag sekolah baru. Siapa yang tak suka kan. Macam kita masam nak sekolah dulu...teruja bila dapat baju baru, kasut baru serba serbinya baru. Rasa dah tak sabar² nak gi sekolah. Qahirah dah masuk tadika. Qhalif plak dah start Playschool. Meh tengok budak² yang over teruja nih:


Qahirah lah yang over nya. Botol tak lepas dari mulut. Bila nak benti hisap botol ni kakak. Dah 5 tahun nih. Antara masalah #makbanyakanak...macam mana nak berhentikan qahirah ni dari hisap botol...ppffttt...Ko dah kenapa dik posing tangan kepal macam tu.


Ni posing dari sisi belakang. Baru lah nampak bagnya kan...hehehe...Bag 3D katanya. Pilihan anak dara sudah semestinya FROZEN. Deman FROZEN tak habis² lagi. Anak bujang tecik tu pulak ibu yang pilih. Susah sangat bila suruh memilih. Kecik² dah rambang mata. Banyak sangat pilihan...hehehehe...Harap² tahan lama lah bag sekolah nih. 

Note: Anak² teruja, ibu gembira.

Tittew gewam jer tau ngan budak 2 pusar ni. Ada jer kerjaan yang di buatnya. Yang kekadang buat titew rasa nak menyinga jer. Tapi dalam...

Professor Cilik


Tittew gewam jer tau ngan budak 2 pusar ni. Ada jer kerjaan yang di buatnya. Yang kekadang buat titew rasa nak menyinga jer. Tapi dalam masa yang sama buat titew nak gelak gak tengok gelagat dia tau. Dalam pada nak sorok tu, jumpa jugak dia...haissshhhh...

Sorok sikit punya tinggi nun atas freezer. Dapat budak bijak 2 pusar ni dipanjat nya baby chair dan selongkar apa yang ada atas tu. Cermin mata ibu jadi mainannya. Si ibu pon satu hal jugak. Dah tau rabun tapi perasan macam mata tu sihat. Simpan jer cermin mata tu...tak pakai pon. Sudahnya anak yang main.


Rindunya ngan baby montel rambut pacak ni. Baby ni skang dah hilang komentelannya. Tahun depan nak masuk playschool dah. Mulut pon boleh tahan jugak ni. Masih menyusu ibu lagi. Makin nak benti makin galak pulak dia menyusu. weekend memang melekap jer dah macam kaola...ppffttt...

Haritu letak nescafe. Kebetulan dia tengah makan roti. Dalam masa yang sama nak menyusu. Sekali dah masuk mulut, terus terkedu dan bangun. Termenung jap. Aku tahan jer nak gelak. Sekali dia hisap roti yang dia tengah makan tu. Pastu di lapnya tempat sapu nescafe dan terus sambung nyusu balik sambil sengih². Ko rasa apa??? Gelak besar aku wei. Bertuah punya anak ☺

Macam dah lari tajuk plak entry aku ni. Kecelaruan fikiran gamaknya....hahaha...

Note: Agak ke busy an skang ni. Update entry pon lambat...haisshhhh....



Phewwwww...busy tak hingat pepagi nih. Penat rasanya. Ok lah...meh sambung citer. Dah lama tak buat enrty ni. Last buat masa September hari...

Bila SEL² SEDANG BERHUBUNG | Part 6

Phewwwww...busy tak hingat pepagi nih. Penat rasanya. Ok lah...meh sambung citer. Dah lama tak buat enrty ni. Last buat masa September haritu kot. Jadinya...mari kita sambung.


Alahaiiii anak. Di suruh minum, habis di curah nya susu tu ke lantai. Anggaplah bila sel² sedang berhubung. Dengan stokin sebelah lain. Mulut comot sebab baru lepas makan kek. Nak marah pon tak jadi sebab muka tu nampak naughty tapi comel. Kalau marah pon bukan air tu boleh masuk dalam cawan balik kan. Jadinya kita mop jer lah susu yang tumpah tu.


Buka freezer, sekali....Erkkk...mana datang lori sesat dalam ni? Tak lain tak bukan ni kerja si ustaz Iman Qhalif lah ni. Sebab dia jer yang suka main bukak tutup freezer tu. Semalam di letaknya bola dalam freezer ni...ppfftttt...Makin membesar nih dah makin banyak akal. 


Note: Kejap jer dah bulan december. Nak masuk hujung tahun dah kita. Pantas betul masa berlalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...