25 September 2010 - 25 September 2014 = 4 Tahun
How time flies. Kejap jer dah besar anak dara ibu nih. Penyejuk mata ibu abah even ada kalanya menjadi pemanas ibu abah jugak...hehehe...Masih terbayang saat mengandung dan melahirkan kamu nak *ayat cliche.
To my dear Princess...my Drama Queen...my strength and my everything. Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 4. Semoga kakak membesar sebagai anak yang solehah. Membesar sebagai anak yang bijak pandai dan sihat tubuh badan. Hormat ibu abah dan juga orang yang lebih tua. Di kuatkan agama dan ditetapkan Iman dan semoga diberkati kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Jadi kakak/adik yang penyayang yer sayang.
Alhamdulillah...banyak perkembangan positive sejak hantar playschool nih. Dan yang buat aku terkejut, qahirah dah hafal doa dhuha dengan maksudnya sekali even sebutannya tak berapa jelas dan pelat² sket. Ya! allah kakak, Ibu dah tua² ni baru lancar baca doa tu kak. Tahun depan tadika harap² dah boleh membaca dan menulis dengan lancar.
Ibu, Abah, Abam Kimi dan juga Adik Qhalif sayang kakak hingga hujung nyawa. Malam nanti kita potong kek yerp. Ibu dah buat kek untuk kakak. Bersengkang mata ibu membakar malam tadi. Sampai kesiangan pagi ni....erkkk...ekekeke...Kek yang di masak dengan penuh kasih sayang. Bila dah besar nanti, sila buat kek untuk ibu pulak yer.
Note: Kebetulan harini ada sambutan hari lahir kat tadika. Jadinya semalan dah beli siap2 kek hantar kat sana. Ada 2 kek lah kamu kakak.