Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Qaira. Show all posts
Showing posts with label Qaira. Show all posts

Aku ingatkan, anak perempuan ni lebih kemas lah bajunya bila dah naik darjah 1 ni kan. Sebab orang kata tahap kekemasan antara anak lelaki ...

Oh! My Anak Dara | Kenapa Comot Sangat Ni!!!

Aku ingatkan, anak perempuan ni lebih kemas lah bajunya bila dah naik darjah 1 ni kan. Sebab orang kata tahap kekemasan antara anak lelaki dan perempuan berbeza. Kalau tengok baju budak perempuan... Cantik jer. Kemas dan bersih. Tak macam budak lelaki. Comot sana sini. Macam Iman Hakimi darjah 1 dulu. Tapi bila anak perempuan kau dah sekolah. Barulah kau nampak perbezaannya. 

Minggu pertama persekolahan ok lagi. Baju, tudung dan kasut masih nampak bersih dan cantik. Tak ada comot-comot lah. Tak ada kesan minyak kat baju dan tudung. Tak ada kesan hitam-hitam. Aku pon rasa... Wahhh... Pandai anak aku jaga diri. Kagum kejap lah kau kan sebab baru darjah 1 penampilan tak comot. Tapi kan, rasa kekaguman kau tu tak lama bila tiba-tiba kau rasa nak nangis.

Mohon bertabah wahai ibu :-(

Nak nangis sebab masuk minggu kedua dan minggu seterusnya atau mungkin sampai sekolah hujung tahun baju anak kau dah tak serupa baju sekolah. Tanjat aku nengok baju sekolah Qahirah dah macam corak abstract kat lengan baju tu. Kau buat lap meja ker kak lengan baju tu? Dengan tompok-tompok kaler kat baju. Tompokan minyak pon ada jugak. Kat tudung jangan cakap lah. Dari tudung putih bersih jadi bercorak-corak dengan kaler, tompokan hitam dan tompokan minyak.

Sila menangis 😢

Belum habis lagi... Kasut sekolah pon hitam. Kau main pijak-pijak kasut erk kakak? Abang Iman Hakimi dulu tak ada lah macam ni. Kotor memang lah kotor baju nya. Tapi tak ada lah seteruk baju Qahirah nih. Dan kita tahu yang budak lelaki memang lasak. Tapi ni budak perempuan. Adoiiii lah anak dara nan sorang nih. Jenuhlah nak menyental baju sekolah awak. Cuba jaga penampilan sikit kakak. Jangan comot sangat. 

Haritu lagi best. Bag sekolah dia kena TAHI KUCING. Dalam kereta aku dah bau. Check punya check, tak ada pon kesan tahi kucing. Masa nak keluar kereta amik bag sekolah agama, bau tahi kucing kuat sangat. Memang sah bag sekolah agama dia yang berbau nih. Senyap jer dia tak cakap. Bila tanya kenapa bag bau tahi kucing? Jawapan dia... 'TAK TAHU'. Simple jer. Kau rasa? Last-last dia cakap kawan tolak bag pastu jatuh kena tahi kucing.... ppffttt...


Kelakar gak kekadang bila tengok anak dara ni balik sekolah. Pagi bukan main comel lagi. Tudung terletak. Baju cantik bersih. Balik jer sekolah... Comot sana sini. Tudung senget benget. Anak tudung jangan cakap lah. Ke depan dah macam nak tutup mata.... ekekekeke... Nak gelak ibu kau nengok kak. Comot tapi comel ☺

Note: Sejak sekolah ni hari-hari tidur awal. Pukul 8.30 pm - 9.00 pm dah tidur.


Orang lain dah lama update. Kau baru nak citer. Ke busy an melanda. Cenggini lah. Kisah anak kedua. Pejam celik pejam celik... Kejap je...

Back To School | Darjah 1 Dah


Orang lain dah lama update. Kau baru nak citer. Ke busy an melanda. Cenggini lah. Kisah anak kedua. Pejam celik pejam celik... Kejap jer dah naik Darjah 1 anak dara nan sorang ni. Badan comel lote jer... petite macam ibu jugak. Hari pertama persekolahan haritu memang betul-betul sibuk dan agak memenatkan jugak. Ke sana sini uruskan van, transit dan jugak ajar/kenal van sekolah.


Pagi sekolah Agama. Hantar KAFA integrasi kat area Bangi jer. Nasib ada kekosongan lagi sebab tempat limited. Yang best nya sebelah surau. 1st day sekolah tu kan hujan. Kami hantar Qahirah pagi tu. Dapat pulak satu kelas dengan kawan tadika PASTI. Suka lah dia. Tunggu sekejap jer pon. Tengok anak dara tu ok... Tak nangis. Terus kitorang gerak. 

Kau bayangkanlah hari pertama persekolahan tu aku ngan husband baru nak cari van dengan transit. Van dah ada cuma nak confirmkan saja. Once dah confirm suruh kakak van amik terus kat sekolah agama. Misi mencari transit pulak. Kat rumah ni ada. Tapi tak amik ikut jam lah pulak. Kalau aku amik. Rugi sebab transit tak sampai 2 jam. Nasib van ni ada amik transit. Malas nak fikir panjang, amik dengan van yang ada transit sekali.

Iman Hakimi aku tak kisah sangat sebab dia dah independent. Tak payah nak transit bagai. Anak dara ni tunggu dah besar sikit baru aku berani tak nak transitkan dia. Sekolah Agama masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 10.30 pagi. Balik sekolah agama tu kami ajar dia naik van dulu. Just tunggu kat rumah jer lah. Selesai sekolah pagi.


Maka bersambung pulak sekolah petang. Kami ajar terus naik van pergi sekolah. Follow van dari belakang jer. Biasalah bila 1st day kan. Agak sesak sikit sekolah. Maklumlah... anak masuk darjah 1 kan. Nasib awal-awal dah tahu nama kelas anak. Ada ditampal senarai kelas untuk anak-anak darjah 1. Terus beratur ikut signboard kelas. Tahun ni ada 12 kelas untuk Darjah 1... phewwww... Alhamdulillah... Qahirah dapat kelas bawah. Tak payah naik turun tangga. Lega hati aku. Dah lah bag sekolah besar dari orang ☺

Aku tunggu sampai rehat. Tapi dok perhati dari jauh jer lah. Yang bagus sekolah ni, ada nama kelas dekat meja kantin. So bebudak ni tahu lah mana dorang kena duduk. Bila 1st day tu kau faham-fahamlah. Kantin pon penuh dengan parents jugak, Memula tengok qahirah duduk jer. Pastu hilang. Bila tinjau tengok dia dah beli makanan. Terkedek-kedek berjalan bawak mangkuk. Pandai dia bawak diri walaupon baru hari pertama masuk sekolah.

Mommy monster dan anak daranya ☺

Alhamdulillah... Semua urusan untuk hari pertama persekolahan berjalan dengan lancar. Qahirah dah pandai dan kenal van yang dia kena naik. Dah tau transit dekat mana. Dan tahu apa kena buat kat transit tu nanti. Hari kedua dia dah fully naik van dan jugak transit. Memang aku manfaatkan cuti dua hari untuk ajar semua ni. Antara benda yang paling merisaukan ibu bapa bila uruskan transit anak-anak. 1st time anak naik van sekolah. Siapa tak risau. 

Note: Perasaan bila anak masuk tadika berbeza dengan perasaan bila anak dah masuk darjah 1 ☺



Last week punya cerita. Hari sabtu bersamaan dengan 26 November 2016 ada Orientasi untuk kemasukan Darjah 1. Keesokannya pulak Majlis K...

Majlis Konvokesyen PASTI Siti Sarah 2016


Last week punya cerita. Hari sabtu bersamaan dengan 26 November 2016 ada Orientasi untuk kemasukan Darjah 1. Keesokannya pulak Majlis Konvokesyen. Memang hari Qahirah lah last week. Orientasi Darjah 1 tu nanti aku share yerp. Harini nak share pasal Majlis Konvokesyen PASTI Siti Sarah ni dulu sebelum aku lupa. 


Majlis Konvokesyen PASTI Siti Sarah yang berlangsung pada 27 November haritu buat dekat Kompleks Pendidikan Islam, Bangi. Kalau Iman Hakimi dulu buat kat dewan Auditoriun Akademi Percukaian. Siap ada kompang bagai. Memang meriah. Turn Qahirah pon meriah jugak. Cuma dewan agak kecik sikit lah. Tapi tak per. Kami parents ni tak kisah pon. Janji majlis berjalan dengan lancar. Pagi tu kan hujan. Majlis yang dijangka start pukul 7.30 am. Tapi masa kitorang sampai dalam pukul 8.30 am majlis baru nak mula.

Atas: Bacaan Surah Al-Mulk. Bawah: Kalam Jamaei

Risau jugak sebab dah lambat kan. Rupanya ada lagi parents yang terlambat. Bila dah ada handbag baru ni, memang kau susah sikit lah nak amik gambar. Harap kan husband jer yang amik kan. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran. Lepas tu ucapan dari orang kuat PASTI dan juga ADUN. Diikuti dengan bacaan Al-Quran oleh semua murid PASTI. Kalau tak silap diorang baca Surah Al-Mulk. Insof hemak kau sebab anak hafal kau yang tua bangka ni tak hafal... ppffttt... Pastu Kalam Jamaie. Kalau yang tak tau lagi apa itu Kalam Jamaie ni, ianya macam coral speaking lah. Tapi versi Bahasa Arab.

Last sekali baru lah acara penyampaian sijil untuk murid-murid PASTI 6 tahun dan juga penyampaian sijil untuk murid-murid yang cemerlang. Dan bersambuang pula acara cabutan bertuah. Tapi kau punya nombor tak naik-naik. Ntah bila lah nak jadi yang bertuah. Yang sedihnya bila diorang mainkan playback anak-anak PASTI nih. Aktiviti diorang sepanjang tahun. Alahaiiii... Ibu kau pulak yang touching. Anak relax jer.

Pinjam gambar yer Cikgu Mas

Dengan Cikgu Wardah. Tudung dah cabut... ppffttt...

Tahniah Qahirah. Tahun depan dah naik Darjah 1. Perjalanan masih jauh lagi ni kakak. Terima kasih juga pada cikgu-cikgu pasti diatas didikan dan tunjuk ajar yang diberi. Jasamu cikgu akan kami kenang selalu. Kalau korang nak tahu, cikgu-cikgu PASTI Siti Sarah ni memang setia. Dari Iman Hakimi 5 tahun start sekolah dekat PASTI Siti Sarah ni, cikgu-cikgu tak pernah berubah. Masih cikgu yang sama. Yang berubah bila tambah cikgu baru. I is sangat salute dengan cikgu-cikgu nih.



Last but not least, sesi bergambar dengan anak lah. Kenangan di hari Convocation anak gittew kan. Ibu kau punyalah ayu tersenyum. Dapat kat anak-anak? Boleh pulak sama posing korang erk. Perosak gambar betul lah.

Note: Nest year giliran Iman Qhalif pulak sekolah dekat sini ☺


Bak kata pepatah. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak marah kat anak, kau jadi sugul sebab dok teringat kat perbuatan kau marahkan ...

SORRY Kakak!!


Bak kata pepatah. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak marah kat anak, kau jadi sugul sebab dok teringat kat perbuatan kau marahkan anak malam tadi. Bersambung pulak pagi ni bila anak kau sambung buat perangai. Allah... Betul-betul menguji kesabaran. 

Anak nombor dua ni betul-betul buat aku urut dada. Kesabaran kau kena tinggi tahap dewa. Nak kata degil... Tak. Cuma dia nak kan perhatian. Bila kau tak fokus kat dia, dia akan memberontak. Cara nak pujuk. Kau kena cakap elok-elok, lembut-lembut, peluk cium baru mood dia ok. Sifat lain... anak kedua ni berani. Hati kental. Selamba dia jer pegang lipas pastu memain bagi dekat abang Kimi ngan adik Qhalif. Apa lagi... bertempiaran lah lari. Tak padan dengan lelaki tapi takut lipas... ppffttt...

Ibu minta maaf lah kakak. Sebab marahkan kakak. Ibu dah geram sangat. Tiap-tiap malam kakak buat perangai. Ibu dah cakap kan nanti ibu tidur sebelah kakak. Ibu nak susukan adik dulu. Kakak tetap dengan keras kepala tu kan. By hook or by crook nak ibu tido jugak sebelah kakak kan. Cuba lah sabar sikit. 

Haishhhh... Dah lah sorang tu jer anak pompuan. Tu pon tak boleh nak handle kan. Masih tipis lagi sifat sabar dalam diri aku ni. Ya! Allah... Sabarkan aku dalam menghadapi karenah anak-anak. 

Tak sabar nak balik. Nak tebus salah aku kat anak pagi tadi. Terbayang-bayang muka sedih dia. Sambil meleleh aimata sebab kena marah dengan mak singa dia nih. Balik ni kita gi pasar malam yer kakak. Cari colour book yg kakak nak tu. 

Note: blogging pakai HP jer ni. Memang blog dah kena blocked. 



25 September 2016... How time flies. The one and only Princess ibu ni dah 6 tahun usianya. Teman bermesra, teman meluah perasaan dan tem...

3 + 3 = 6 TAHUN!!!


25 September 2016... How time flies. The one and only Princess ibu ni dah 6 tahun usianya. Teman bermesra, teman meluah perasaan dan teman bergaduh tiap² hari nih. Seorang kakak yang penyayang. Tapi adakalanya jadi kakak yang garang macam singa sebab kuat mencakar. Adik Qhalif yang selalu jadi mangsa sebab dorang berdua ni panas. Ibu pon dah tak tau nak buat apa dengan korang berdua nih sebab kuat sangat bergaduh. Rasa macam nak bawak jumpa ustaz minta air penawar. 



Hari² ibu berdoa supaya kalian adik beradik saling berkasih sayang antara satu sama lain. Janganlah saling bercakaran. Pening kepala ibu nak. Dalam garang² Qahirah pon, ada terselit kelembutan. Dah bergaduh pandai pujuk adik dia balik. Dan paling boleh harap boleh jaga adik dan  tidurkan adik Harraz. Rajin jugak tolong ibu kat dapur. Alhamdulillah... Membesar dengan sihat anak dara ibu nih.



To my dear Princess. Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke 6. Walaupon kita selalu bergaduh... Errkkk... Hehehe.. Tapi ibu tetap sayang kakak hingga hujung nyawa. Siapa tak sayang anak kan. Dah lah sorang jer anak perempuan. Smoga kakak membesar sebagai anak yang solehah dan dapat menjadi peneman dan kawan setia ibu setiap masa. Maafkan ibu kalau ibu garang sangat dengan kakak. Marah seorang ibu tu tandanya ibu sayang. 



Kek special for you. Tapi lagi special kalau ibu buat sendiri kek kan. Ibu tak sempat lah sayang nak buat. Ada masa nanti ibu buat kek special untuk kakak yerp. We 👨 Abah, 👩 Ibu, 👦 Abang Kimi, 👶 Adik Harraz dan 👦 Adik Qhalif LOVE 💖 you so much kakak #Qahirah 👧


Note: Macam mana lah bila dah naik darjah 1 tahun depan nih. 




Bukan sebarang permintaan. Memang banyak permintaan dari anak². Setakat nak buku kaler... Nak kaler warna atau nak makanan si ibu boleh bag...

Bila Anak Buat Permintaan

Bukan sebarang permintaan. Memang banyak permintaan dari anak². Setakat nak buku kaler... Nak kaler warna atau nak makanan si ibu boleh bagi lagi. Tapi permintaan nan satu ni buat ibu garu kepala yang tak gatal, pening kepala secara tiba² dan hati rasa sendu tak semena². Permintaan dari the one and only Princess in my heart. Apa permintaannya???


Haritu #qahirah request:

Q: Ibu... Nak baby lagi
I: Tu, kan ada baby #ImanHarraz 
Q: Tapi kita nak baby girl. Sian kita sorang² pompuan. Tak der kawan 😔😔

Kau ghase??? Touching sentap syahdu dan macam² emosi bercampur baur ibu kau ni dengar nak. Tak der permintaan lain ker kakak? Masih terbayang sakit bersalinkan Iman Harraz bulan february haritu. Ni dia nak soh kau beranak lagi. Nak soh bagi dia adik pompuan. Kalau ibu beranak lagi dapat plak baby boy. Acaner tu kakak?


Alahaiiii kakak. Kawan jer lah ngan ibu yerp kakak. Walau pon ibu garang. Walaupon ibu hari² jadi makkauhijau dan tarzan. Skang ni kita ayik jadi kawan bergaduh jer. Sebab kakak suka cari pasal dengan ibu kan. Kekadang ibu sengak suka cari pasal ngan kakak.... Hahahaha.... Tapi satu hari nanti kita pasti akan jadi kawan baik jugak kakak. Sebab dalam umah tu kita berdua jer pompuan kakak. 

Korang jangan usul kat aku soh beranak lagi sorang yerp. Umur dah makin lanjut ni memang tak sesuai dah nak mengandung lagi, Cukuplah pengalaman [Penangan Darah Rendah] yang buat aku pitam kat skolah Qahirah awal tahun haritu. Korang yang masih muda ni silalah menambah umat Muhammad. Kalau mengandung dah melebihi usia 35 tahun memang terasa kelainannya. 

Lagi pon expenses untuk anak² kecik ni makin meningkat. Baby jer skang ni RM450 kat tempat aku. Paling tinggi kat area Bangi ni RM500 untuk seorang baby. Tu belum masuk expenses lain lagi. Kalau boleh memang tnak tutup kilang dah. Tapi kita hanya merancang. Siapa kita yang nak menidakkan apa yang telah dirancangkan olehNYA. Kalau diberi rezeki lagi, aku terima. Setiap anak tu dah tertulis rezekinya kan. 

Note: Bila nak citer pasal raya ni haaaa... ☺☺☺ 


Bukak...tutup...taip...padam...Taip balik...ppffttt...Salam isnin semua. Selamat Hari Wilayah. Sonok lah orang KL cuti kan. Aku pon ser...

Minggu yang Mencabar!!!!


Bukak...tutup...taip...padam...Taip balik...ppffttt...Salam isnin semua. Selamat Hari Wilayah. Sonok lah orang KL cuti kan. Aku pon seronok gak sebab jalan tak sesak. Selamat datang February. How time flies. Pastu dah March....haishhhh...makin berdebar² dibuatnya. January yang tak productive sebab hanya ada 12 entry saja. Hurmmmm...entahlah. Mood swing. Kejap naik kejap turun. 

Blogwalking pon dah jarang. Komen pon mana yang sempat jer. Sorry yerp. Last week memang minggu yang mencabar emosi. Minggu yang penuh dugaan bila anak² tak sihat. Start dari [Iman Hakimi demam]. Dah kebah demam, selasa malam tu berjangkit plak kat Qahirah. Rabu terpaksa EL pagi. Petang plak turn husband jaga. Berdoalah si ibu supaya anak cepat sihat dan tak jangkit kat anak bongsu Qhalif.

Tapi dah nama pon demam kan. Kalau tak jangkit memang tak sah. Khamis Qahirah still demam. Aku nak EL tak boleh sebab KPI submission dateline Jumaat. Tu aku mencik buat benda last minute. Awal² tak nak mintak. Husband bermurah hati jaga anak tak sihat. Mekasih husband sebab memahami. Sekali tengah hari tadika WhatsApp kata badan Qhalif panas. Ya! allah...tak tenang aku nak buat keja. Nak tak nak terpaksa husband tinggal kan kejap anak dara kat umah gi merempit amik Qhalif kat tadika plak. 

Melepek

Jumaat anak² still demam. Dilema jap sebab husband tak boleh cuti. Aku plak masih tak settled lagi KPI...ppffttt...Nak tak nak, terpaksa gak aku EL pagi tu. Tapi tengah hari aku masuk office. Bagitau bos aku datang tapi bawak anak². Dia kata OK. Hangkut lah aku anak² yang tak sihat gi office. 

Alhamdulillah...hari ni dah ok sket. Cuma batuk dan selsema jer lah. Awal² tahun dah ada MC dan EL. Nak buat macam mana. Dilema ibu bekerja macam ni lah. 


Asal anak pompuan jer, mesti anak Abah kan. Dia lah anak manja abah. Dia lah anak dara abah. Mentang² dia sorang pompuan. Orang lain tak bo...

Anak ABAH!!!

Asal anak pompuan jer, mesti anak Abah kan. Dia lah anak manja abah. Dia lah anak dara abah. Mentang² dia sorang pompuan. Orang lain tak boleh jadi anak manja abah...ppffttt...


Ni lah dia anak abah @ anak manja abah. The one and only princess. Mulut becok macam mak nenek. Suka sangat perhatikan orang. Boleh tahan laser gak mulut. Kelmarin selamba jer tegur orang hisap rokok. Jiran atas. Aku kat kete. Jiran ni atas motor. Tengah hisap rokok. Boleh plak dia cakap...'Eeeiiii...hisap rokok. Abang, tengok tu dia hisap rokok. Tak boleh hisap rokok lah nanti polis tangkap'...ppfftttt...Nak tergelak aku dengar. Sorry lah bro. Tak pasal² kena tegur dengan budak 5 tahun. 

Biasalah anak kedua kan. Jiwa kental tapi hati tisu. Berani semacam.  Garang pon iyer gak ni Tapi penyayang. Dah boleh harap jaga adik. Basuk yak adik pon dah boleh. Tapi ikut mood. Rajin tolong ibu basuh pinggan. Tapi habis berkecah. Tak per lah. Kalau bab belajar, dengan ibu memang dia memain. 


Dia anak manja abah. Tapi dia ni kawan gaduh ibu. Ntah lah....rasa panas jer dengan anak dara ni. Nak kata muka sama, tang hidung jer lah yang photostat. Suka sangat cari pasal tau dengan ibu dia ni. Kuat merajuk plak tu. Sikit² nak sentap. Geram jer kekadang. 

Nak kata ibu garang, abah lagi garang kot. Kurang kasih sayang ker sebab dia suka cakap 'ibu ni sayang Qhalif jer, tak sayang kakak'. Sentap ibu nak sebab ibu rasa kasih sayang yang ibu bagi sama rata. Tak der yang kurang dan tak der yang lebih...sama jer suma. Mungkin aku kena spend time lebih masa dengan anak dara ni lah. Hang out berdua jer. Nak kena selami jugak hati dia kan. Budak kan tak pandai menipu. Apa yang dia rasa, dia akan cakap terus. Kita jer rasa apa yang kita bagi selama ni cukup. Tapi sebenarnya tak :-(

Note: Kakak...kita spend time together yer. Kita berdua jer. 


Gambar ulang tayang jewr ☺ Minggu ni minggu exam anak². Rasanya kebanyakan sskolah start exam harini. Good luck untuk Iman Hakimi, Qa...

Minggu EXAM!!!

Gambar ulang tayang jewr ☺

Minggu ni minggu exam anak². Rasanya kebanyakan sskolah start exam harini. Good luck untuk Iman Hakimi, Qahirah dan juga buat anak² uolls yang tengah exam jugak nih. Kesian kat Kimi. Sepatutnya isnin last week dah start. Tapi sebab jerebu kan. Terpaksa tunda ke minggu nih. Jumaat haritu dah start exam rupanya. Aku pon tak tau. Bila bukak blog skolah, baru tau start terus hari jumaat. 

Hari ni pon sekolah agama start exam jugak. Bertembung exam skolah agama ngan skolah kebangsaan. Pagi petang exam. Bertabah lah nak. Yang si budak tadika pon bukan main lagi ada exam nya. Apa pon keputusannya, terima lah dengan hati yang terbuka. Anak² dah berusaha dan buat yang terbaik sebenarnya. 

Tak tau nak citer apa sebenarnya nih. Dah datang mood femalas haku ni ha. Sebelum berlarutan, citer jer lah pasal anak² sebab citer pasal anak² ni tak pernah habis. Korang jangan bosan plak yerp...ngeeeee...

Note: Anak yang exam, hemak yang over berdebar. 


Bila dah nak hujung tahun nih, exam pon dah nak start. Exam Iman Hakimi start 19 October ni. Tu pon aku call skolah tanya bila exam. Tanya ...

PRATAHFIZ | Ujian Lisan Hafazan!!!

Bila dah nak hujung tahun nih, exam pon dah nak start. Exam Iman Hakimi start 19 October ni. Tu pon aku call skolah tanya bila exam. Tanya kat kimi, katanya bulan 10. Tapi tak tau bila tarikhnya. Tanya surat...nan hado lagi suratnya...ppffttt...Baik call sekolah untuk dapatkan kepastian. 


Tadi dapat whatsapp dari group PASTI. Next week ada hafazan lisan untuk exam akhir tahun. Cikgu siap bagi senarai surah² yang nak di hafal. Pergghhhh...hebat budak² 5 tahun PASTI kalau dah hafal surah² nih. Aku dulu 5 tahun pon setakat tahu Al-Fatihah jer kot. Harap² Qahirah dah hafal lah surah² tu. 


Malam ni kita ulangkaji sama² yer kakak. Ada jugak surah² yang ibu belum hafal/lancar lagi. Harap² kakak dah hafal surah² yang ustazah bagi ni. Ustazah pon dah suruh tasmi dengan anak kat umah. Kalau anak lagi hafal/lancar dari ibu. boleh tercabar ibu nih kakak...hehehe...Exam bertulis plak start dari 26 October sampai 30 Oktober nih. 

Bulan October memang bulan exam. Anak yang exam, ibu yang nervous semacam. Good luck untuk hafazan next week yer kakak. 

Note: Alhamdulillah....sejak masuk PASTI ni dah banyak surah² yang qahirah dah hafal. Sampai dalam toilet pon dok membaca doa...ppfftttt...

Saat terindah seorang ibu... Bila disahkan hamil walau untuk kandungan kali kedua, ketiga dan seterusnya Saat keterujaan seorang ib...

Qahirah Turns 5 | Alhamdulillah....


Saat terindah seorang ibu...
Bila disahkan hamil walau untuk kandungan kali kedua, ketiga dan seterusnya
Saat keterujaan seorang ibu...
Bila melihat anak didalam kandungannya bergerak aktif dan membesar dengan sihat dan sempurna Saat yang tak boleh dilupakan oleh seorang ibu...
Bila bertarung nyawa melahirkan anak yang dikandungnya selama 9 bulan kini berada didepan mata

Alhamdulillah...anak solehah ni genap usianya 5 tahun @ 25 September 2015 haritu. Selamat Hari Lahir kakak Qahirah Binti Husaini. Doa ibu tak lain tak bukan, nak anaknya berjaya didunia dan diakhirat.


Besar dah anak dara ibu nih. Kawan gaduh pon iyer gak. Suka cari pasal ngan ibu tau. Mulut pon macam mak nenek. Sambut kecil² lan jer. Kebetulan masa balik gombak sabtu tu ada buat makan² untuk kawan² makwong (mak long ☺) dan maksu. Jadinya kita tumpang sekali lah majlis tu dengan beli sebijik kek. Kek tu pon sebab ibu yang mengidam nak makan Choc indulgence by SR...hehehe...Puas makan sebab kalau beli satu slice tu memang tak cukup ☺

Ibu, Abah, Abang Iman Hakimi dan Adik Iman Qhalif sayang kakak hingga hujung nyawa.

Note: Jerebu oh! jerebu. Bila nak pulih ni. Tekak dah perit ni hoiii. Mata pon dah pedih.




Salam pagi selasa. Ya! allah....menjadi² kemalasan aku nak update blog lately...apakah??? Last week line tenet ada problem kat office ni. F...

Jaga Dia Untukku!!!

Salam pagi selasa. Ya! allah....menjadi² kemalasan aku nak update blog lately...apakah??? Last week line tenet ada problem kat office ni. Fiber Optic cable broken. Apa pon tak boleh. Dengan machine photostat tak boleh pakai. Nak print lagi lah tak boleh kan. Wifi plak kejap on and off. Memang sangap wei last week. Errkkk...panjang plak mukadimahnya. Luahan perasaan gittew.


Tuhanku Kamu tolonglah 
Hantarkan kepadanya 
Malaikat tuk jaganya 
Bila ku tiada 

NI sebenarnya tengah dalam kerisauan. Jasad jer kat office, tapi hati, minda dan perasaan tertinggal kat umah tu. Terkenangkan si anak. The one and only princess...Qahirah yang tengah demam. Harini dah masuk hari kedua. Malam smalam badan dah start dedar². Pukul 4 pagi smalam bawak gi klinik bila badan masih panas. Temperature dah 49. Dr risau takut kena tarik. Terus masuk ubat vontot.

Panas still on and off. Yang hairannya...pagi sampai tengah hari dah ok...aktif macam biasa. Masuk petang dah start mengerekot kesejukan dan dedar². Malam plak panas badan pon datang. Semalam si ibu dah amik Emergency Leave. Harini turn si abah plak. Kalau esok tak kebah juga, bergilir² lah cuti jawabnya. 

Risau betul lah kalau anak demam nih. Kalau demam biasa tak per. Takut demam lain jer...nauzubillahiminzalik....Doa ibu semoga kakak cepat sembuh.

Note: Nasib lah cuti ada berbaki lagi.

Ambil tahu dengan baju bajan anak² yang dok day care kat sekolah/nursery. Check kat baju/seluar/tudung sekolah anak² sama ada set persa...

Tudung Hilang, Seluar Tertukar | Parents...Sila Ambil tahu


Ambil tahu dengan baju bajan anak² yang dok day care kat sekolah/nursery. Check kat baju/seluar/tudung sekolah anak² sama ada set persalinan tu anak anda yang punya atau anak orang lain yang punya. Biasalah bebudak 5 tahun, kalau tak bawak balik salah baju/seluar/tudung memang tak sah. Pada hal dah pesan awal² baju sekolah tu lepas bukak terus letak dalam bag sekolah. Tapi ada gak salah masuk bag. 


Oh! My Anak Dara. Tudung dah hilang ntah kemana. For sure tertukar kan. Tapi tak der tanda² dipulangkan balik. Dah tanya cikgu banyak kali, 'ada tak jumpa tudung qahirah'...Tak der lah kak. Nanti kami cari lagi. Rasanya dari bulan lepas kot hilang. Baju plak ada sepasang jer. Nak beli baru size dah habis. Baru jer kirim kat member sebab anak dia pon skolah PASTI, tapi tudung dah out of stock . Pergi skolah pakai tudung biasa jer anak dara ni.

Tak tulis nama ker? Sepersalinan tu aku tulis nama. Memula seluar tertukar. Boleh plak dapat seluar dah lama. Nak terkoyak kat kelangkang tu. Pada hal seluar baru. Takkan dah lusuh dan nak koyak kot. Nama pon ada kat seluar qahirah tu. Tapi tak der pon parents nak pulangkan balik. Pakai jer lah seluar tu. Tanya cikgu macam biasalah jawapannya. Baik tak payah tanya lagi. Redho jer lah.  

Tolong lah wahai parents². Pulangkan baju sekolah kalau dah tertukar tu. Jangan diam buat harta jer. Macam tu jugak dengan baju bajan kat nursery. Pon selalu tertukar. Tak dapat balik pon ada jugak. Ni pon aku tengah menunggu legging ngan baju qahirah yang tak dapat² dari nursery. Lama dah nih. Parents pon...takkan tak perasan terbawa balik baju anak orang lain kot...ppffftttt...

Takkan pasal baju bajan pon nak berkira. Iyer...aku berkira. Untuk golongan marhaen macam aku ni sangat menghargai setiap duit yang keluar even harga baju tu setakat RM5 jer. Sekian...Harap maklum. Sekadar luahan perasaan. Lebih peringatan buat diri sendiri jugak. Kalau bawak balik baju anak orang lain. sila pulangkan. Peace...no war.

Note: News feed harini penuh dengan GST dan juga resit² selepas GST....hurrmmmm...


Dah beberapa bulan Mr. Black ni tak berbasuh. Berhabuk, kusam dan kotor jangan cakaplah. Tahan orang yang memandu ni dengan kereta yang...

Car Wash Service Pon Dah Naik Harga


Dah beberapa bulan Mr. Black ni tak berbasuh. Berhabuk, kusam dan kotor jangan cakaplah. Tahan orang yang memandu ni dengan kereta yang comot khenn...hahaha...Kekangan masa sangat membataskan *alasan. Kalau lah Mr. Black ni boeh bercakap. Mesti dia minta dimandikan, Dah lah kerja kat kawasan site. Parking plak kat tempat panas. Sian Mr. Black ni. Sampai kan tinted tu pon dah menggelembung dan dah mula tercabut. Nampak sangat kepanasan yang melampau. Tu baru kepanasan kat dunia, kat SANA nanti? Sama² muhasabah dir. Erkkkkk...panjang plak melalut #ibutigaanak ni.

Ok...cuti CNY haritu. Iman Hakimi kita export balik kampung. Alaaaaa...kat gombak tu jewr. Sibuk nak duduk ngan maksu kesayangan dia tu. Pagi Khamis hantar, pagi Jumaat dah balik ke rumahku syurgaku. Maka tinggal lah si anak dara qahirah dengan si bongsu Iman Qhalif. Sian kat anak² sebab memerap jer kat umah. Jadinya petang jumaat tu meronda-ronda kat Bangi Gateaway. Sabtu plak bos besar kerja. Erkkkk...apa kau merepek lagi ni...hahaha...

Sabtu tu bawak lah anak soleh ngan solehah tu kluar rumah. Gi basuh keta jer pon. Janji keluar jugak dari umah kan. Sebab mata dah sakit tengok keta tu. Dan sebab ada masa. Tu yang gi basuh. Pergi kat tempat biasa aku cuci kereta. Nasib tak banyak kereta yang nak dibasuh. 

Dah nama pon dah lama tak pergi basuh keta kan. Nampak tempat ni dah upgrade. Tapi benda pertama yang aku nampak. HARGA DAH NAIK. Dari RM10 naik RM3 bersamaan dengan RM13. Banyak jugak tu. Aku kan rakyat marhaen. Suma benda kalau boleh nak cari lagi murah. 

Tapi kenaikan dorang bersesuaian dengan tempat yang dorang dah upgrade. Ada ruang menunggu yang ber air-cond. Siap ada wifi percuma lagi tu. Tak payah minta password sebab dah siap tampal. Jimat sket quota HP aku...hahaha...Keselesaan pengguna diutamakan gittew. Macam ni baru pelanggan tak lari. Tapi tu lah...rasa macam kejap plak dia basuh Mr. Black nih. Tak berapa nak bersih sangat dia vacuum dalam tu. Ker aku yang cerewet???

Macam biasa, lepas keta dah bersih, pesanan penaja itu harus di lontarkan pada anak soleh dan solehah. Sila baca dialog #ibutigaanak denagn anak daranya yang mulut bley tahan macam murai:


IBU: Bukak kasut. Tak nak pijak kusyen tu qhalif. Qahirah...jangan  makan dalam kereta. Kereta dah bersih...dah cantik. Ibu dah basuh kereta ni. Tak nak sepah² lagi.
QAHIRAH: Alaaaa...bukan ibu yang basuh. Orang lain yang basuh
IBU: krikkk...krikkk...krikkkk...*bijak...bijakk.

Terkena aku. betul jugak apa yang dia cakap kan. Ibu cuma hantar kereta untuk dibasuh. Tapi orang lain yang basuh. Dengan budak macam ni, kalau nak bercakap kena betul² susun ayat. Kalau tak macam ni lah. Kita balik yang kena...ppffttt...

Note: Kalau nak jimat, better basuh sendiri kan. Macam aku ni setakat basuh kiri, kanan, depan dan belakang tu bolehlah. Tapi yang belah atas tu? Tak cukup ketinggian nak membasuh. Jadinya...suruh orang basuh jer lah. 

  

Pakai bedak jer pon dah putih. Tak yah susah² pakai Qu Puteh...ekekeke... Wordless Wednesday # 20: Saya suka main Bedak Ratu Beda...

WW #45: Qu Puteh..Qu Puteh..Barulah Putih!!!


Pakai bedak jer pon dah putih. Tak yah susah² pakai Qu Puteh...ekekeke...


Note: Budak dan bedak takkan terpisah. Tapi anak dara ni memang suka main bedak.


Antara dilema IbuBapa juga nak memilih tadika untuk anak² kan. Antara kemahuan, kehendak, pengorbanan dan juga wang ringgit. Semua tu ...

Tadika PASTI Pilihan Saya


Antara dilema IbuBapa juga nak memilih tadika untuk anak² kan. Antara kemahuan, kehendak, pengorbanan dan juga wang ringgit. Semua tu kena amik kira juga, Kemahuan dan kehendak kalau boleh nak hantar kat tadika yang bagus. Tapi kena berkorban jugak sebab tadika yang bagus sudah semestinya memerlukan perbelanjaan yang besar. Tapi perlu di ingat, yang mahal tak semestinya bagus dan yang murah tu tak semestinya tak bagus kan. Tepuk dada, tengok poket. Lebih baik ukur baju dibadan sendiri.

Testing masa baru dapat baju

Bila anak dah masuk fasa 5 tahun, parents pon dah mula dok survey tadika. Ada macam² jenis branding tadika. Nak yang mahal...murah...Pilihan di tangan kita sendiri. Kalau masa anak 1st dulu, bukan main lagi dok survey tadika sampai amik cuti lagi ko. kindergarten hunting gittew. Tapi untuk anak kedua ni, kesian plak. Tak der survey² bagai. Kita terus register kat PASTI SITI SARAH, SEKSYEN 7, BANGI jer lah. Sebab aku dah boleh agak price rate nya.


Seperti yang dijangka, memang registration fees and mothly fees akan meningkat tiap² tahun. Dan untuk tahun 2015 ni, registration fees PASTI adalah RM780. Rasa nak pitam jap. Monthly fees plak RM110. Masa jaman Iman Hakimi 2 tahun dulu RM80 jer. Daycare plak RM130. Total yang harus dibayar bulan² adalah RM280 ditambah dengan kelas mengaji dan hafazan yang dah diwajibkan skang ni even anak baru 5 tahun. Masa kimi dulu optional sama ada nak amik atau tak. Tapi bagus jugak lah kan.

Ada jugak try tanya tadika kat tempat nursery skang ni. Registration jer dah RM13++. Fengsan terus. Monthly fees plak RM380. Memang diluar kemampuan poket kami lah. Kekadang rasa macam...wow...hebatnya mereka sebab mampu bayar ribu riban untuk tadika anak saja. Tak per lah kan, rezeki masing². Bersyukur lah sebab masih mampu hantar anak ke tadika berbanding mereka yang tak mampu langsung :-(

Gambar ulang tayang ☺

1st day kat tadika [PASTI SITI SARAH]. Tapi seminggu sebelum tu dah start daycate. Semoga anak² kita membesar sebagai anak yang soleh/solehah...amin...inshaa'allah.

Note: Busy lately. Nanti mak hencik terjah blog uolls yerp.


Setelah sebulan lebih bercuti. Di tambah pulak cuti tambahan lagi seminggu, dah tiba masanya untuk kembali ke pangkal jalan yer anak². Sela...

Back to SCHOOL!!!

Setelah sebulan lebih bercuti. Di tambah pulak cuti tambahan lagi seminggu, dah tiba masanya untuk kembali ke pangkal jalan yer anak². Selamat Kembali Ke Sekolah.


Imam muda dan juga Ustajah pilihan. Posing dipagi hari sebelum kesekolah gittew. Aku percaya. semalam ramai parents yang amik cuti sebab nak hantar anak² gi sekolah kan. Especially anak² yang baru masuk darjah satu dan juga anak² yang baru masuk tadika. Termasuk lah #makbanyakanak ni ha,

Kimi sekolah Agama pagi. Petang sekolah Kebangsaan. Qahirah plak 1st day kat Tadika semalam. Even dah seminggu daycare kat PASTI. Tapi cuti tetap kena amik jugak, 1st day anak nak skolah kan. Sian plak. 


Elok jer dok diam. Sengih². Tapi tak bergaul pon. Dah macam anti sosial plak. Ibu pon yakin jer ‪qahirah‬ mesti tak nangis. Tapi ramalanku tersasar. Tak lama lepas tu boleh plak dia menangis. Adoiiii...nasib jenis nangis yg tak menjerit². Pada hal sebelum tu dah hantar daycare seminggu. Hurrmmm...cikgu cakap mungkin masa daycare haritu tak ramai budak. Sekali bila datang pagi tu ramai plak khenn. Kejutan persekitaran gamaknya. Alhamdulillah pagi ni tak nangis dah. Senang hati ibu nak gi keja. 

Minggu ni blh lah masuk lewat sket. Start next week kakak kena gi awal dari biasa. Pkul 7.20 am dah kena ada kat skolah. Sebab pagi² dah start perhimpunan, baca doa dan mengaji. Kalau lewat takut tertinggal nanti. Bak kata pengetua lah. Tu yang kalau boleh kena datang awal. Smoga kamu menjadi anak yang solehah.


Ni plak masa amik kimi kat skokah. Perhimpunan sebelum balik. Kena keluar ikut giliran. Rambang mata aku cari budak ni smalam. Sepesen jer memasing...hehehe...Last² jumpa gak. 1st day jer lah layanan 1st class sebab ibu hantar and amik dari Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan. harini belajar² lah transit. Semoga dipermudahkan urusan kamu yer nak. Dah bermacam² pesanan ibu ko ni bagi. Harap serap dalam kepala. 

Note: Agar risau sikit sebab kimi 1st time transit. Sebelum ni hari² abah dia amik. Bersiap suma kat umah. Kali ni kena bersiap² kat sekolah. Jangan hilang baju and kasut sudah lah even dah tulis nama. 



Bila dapat bag sekolah baru. Siapa yang tak suka kan. Macam kita masam nak sekolah dulu...teruja bila dapat baju baru, kasut baru serba ser...

Keterujaan Seorang ANAK

Bila dapat bag sekolah baru. Siapa yang tak suka kan. Macam kita masam nak sekolah dulu...teruja bila dapat baju baru, kasut baru serba serbinya baru. Rasa dah tak sabar² nak gi sekolah. Qahirah dah masuk tadika. Qhalif plak dah start Playschool. Meh tengok budak² yang over teruja nih:


Qahirah lah yang over nya. Botol tak lepas dari mulut. Bila nak benti hisap botol ni kakak. Dah 5 tahun nih. Antara masalah #makbanyakanak...macam mana nak berhentikan qahirah ni dari hisap botol...ppffttt...Ko dah kenapa dik posing tangan kepal macam tu.


Ni posing dari sisi belakang. Baru lah nampak bagnya kan...hehehe...Bag 3D katanya. Pilihan anak dara sudah semestinya FROZEN. Deman FROZEN tak habis² lagi. Anak bujang tecik tu pulak ibu yang pilih. Susah sangat bila suruh memilih. Kecik² dah rambang mata. Banyak sangat pilihan...hehehehe...Harap² tahan lama lah bag sekolah nih. 

Note: Anak² teruja, ibu gembira.

Ha'ah...Pakai baju kaler pink. Pastu helmet dia kaler kuning. Siap bawak bag lagi. Kecil molek jer orang nya. Tak percaya? Meh tengok n...

Budak dari Bulan turun ke Bumi???

Ha'ah...Pakai baju kaler pink. Pastu helmet dia kaler kuning. Siap bawak bag lagi. Kecil molek jer orang nya. Tak percaya? Meh tengok nih:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ini lah dia...ekekekeke...Tagline nya KECELAKAAN ADA DI MANA². Naik tangga pon kena pakai helmet tau. Jangan main². Safety first...haha...Ada² jer anak dara ibu ni tau. Ada jer aksi² yang unsangkarable yang di buatnya. Tak perasan plak bila masa dia pakai helmet tu. Masa naik tangga baru perasan.

Alhamdulillah....Dah 3 malam tidur kat bilik sendiri. So far so good. Tak der masalah. Cuma nak kena peluk² and tepuk² dia dulu baru dia nak tidur. Skang ni bilik tu dah jadi bilik playroom dan juga bedroom. Lepas ni nak ajar dorang komas katil sendiri. TImetable and reward chart pon dah ada. Siapa dapat banyak bintang dapatlah reward. Excited anak² tau ☺

Note: Qhalif...lepas ni turn awak tido sendiri. 



Kek tak cukup hiasan Amacam...lulus tak?...ekekeke...Bulan lepas nyer citer. Masa birthday Qahirah haritu. #makbanyakanak ni terasa ...

Kek untuk Anak | Choc Moist Cake Homemade

Kek tak cukup hiasan

Amacam...lulus tak?...ekekeke...Bulan lepas nyer citer. Masa birthday Qahirah haritu. #makbanyakanak ni terasa teringin nak buat kek untuk harijadi anaknya sendiri. Gigih tak gigih lah kan. Kebetulan bahan² dah ada. Cuma nak kena beli butter jer. Balik kerja terus gi cari barang yang tak cukup nak buat kek. Pastu gi beli kek siap² untuk celebrate kat playschool dengan kawan² keesokannya. 

Cube teka mana saya ☺☺

Memalam…tunggu bakal birthday girl tido dulu, barulah si ibu menjalankan projek bakar membakar. Nak surprise katakana. Si anak dara ni plak jenis tido lambat. Sebab kat sekolah dah puas tido. Si cikgu lah citer ni. Nak tergelak aku dengar…”Kak…qahirah kalau tido lama betul. Dari pukul 12.00 pm sampai pukul 4.00 pm. Itu pon kena kejut baru bangun”. Patutlah kat umah ko hari2 tido lewat erk kakak. Pulun tido habis-habisan kat nursery rupanya. Erkkkk…dah nak tersasar plak citer aku nih. Sambungggg…

Pukul 11.00 pm aku start buat kek. Memang aku cari resipi yang simple, mudah dan cepat. Memang terbaik lah sebab tak payah pakai mixer. Jimat tenaga dan masa aku dari nak keluarkan mixer dan nak basuh. Dekat pukul 1.00 am siap suma. Tiba masa nak hias...coklat M&M tak cukup sebab dah kena bedal dek anak². Mana yang sempat di selamatkan jer lah. Janji tak nampak kosong kek tu.

Abam yang over

Birthday girl ni tak tau ibu dia dah buatkan kek khas untuk dia. Untung kamu kakak. Birthday Abam Kimi ngan adik Qhalif haritu ibu tak sempat pon buat. Beli jer. Tapi awak...siap beli kek celebrate kat skolah ngan ibu buat lagi. Tak per...next year ibu buat kek setiap kali birthday anak². Tak payah beli² dah,

Bila suma dah ada, Apalagi...kita keluarkan kek lah. SURPRISE!!! Tanjat birthday girl tengok ada kek. Suka lettew kan. Nanti birthday ibu buat macam ni jugak tau...hehehe...Ibu happy bila tengok anak happy. Rasa seronok dan puas hati dapat buat birthday kek untuk anak. 

Erkkkk...aku ingatkan nak kongsikan resipi Choc Moist kek yang simple ni. Tapi macam dah panjang plak entry ni. Kang panjang² sangat uolls bosan plak. Esok lah aku buat entry resepi yerp. Tapi memang senang ☺☺

Note: Rasa macam nak buat kek harini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...