AFB Feeds

Showing posts with label Pulut Mangga. Show all posts
Showing posts with label Pulut Mangga. Show all posts

Inilah heavennya klo gi pasar malam kan. Boleh gantung kuali kat umah. Alasan malas masak kennn......

Pulut Mangga Terbaik!!!



Inilah heavennya klo gi pasar malam kan. Boleh gantung kuali kat umah. Alasan malas masak kennn...ahaks...Macam2 jenis makanan ada. Duit pon laju jer mengalir sebab macam2 nak beli. Menternak lemak kekdahnya. Bila anak tak habis makan, si ibu ni lah yang tukang perabis. DBKL kennn.


Kalau gi pasar malam kat seksyen 7, Bangi ni, selalunya beli nasi kerabu/nasi dagang. Memang sedap dan murah. Si dia plak selalu kirim Lele Penyet. Harga RM 4.50 ko..murah kan. Anak bujang tu plak nak Char Kuey Teow, sedap pulok tu. Kekadang beli nasi lemak. Sedap juga. Pendek kata semua makanan kat pasar malam seksyen 7, bangi ni sedap2. Kebetulan ada plak org jual pulut mangga dan ada orang tu tak pernah lagi makan pulut mangga ko. Kesian kan orang tu :-)



Google pic


Kasi close up sket. Aku ni pandai makan jerlah, buatnya tak lulus lagi. Sebungkus pulut mangga RM5.00 dan penuh dengan mangga potong. Siap tanya tu macam mana nak makan. Sadis kan org tak pernah makan ni sampai cara mkn pon nak tanya...hehehe...


Owner ni siap cerita yg dia belajar buat pulut mangga kat thailand tau. Pulut tu pon import dari thailand. Rasanya....pergghhh...sedap wei. Pulut dia lembut jer. Bila campur plak dengan mangga dan santan...nikmatnya la haiii. Tak rugi beli. Memang sedap.


Note: Aarrgghhh...terbayang dah pulut mangga sedap ni. Tak per, esok ada pasar malam.

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks