Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Produk Review. Show all posts
Showing posts with label Produk Review. Show all posts

Bayi dan kembung perut tak kan terpisah. Asal nangis jer, mesti perut bayi kembung lah nih kan. Asal Kembung perut jer mesti bayi akan nang...

Minyak BeBe Anugerah | Penyelesaian Kepada Masalah Kembung Perut Bayi

Bayi dan kembung perut tak kan terpisah. Asal nangis jer, mesti perut bayi kembung lah nih kan. Asal Kembung perut jer mesti bayi akan nangis kan…erkkkk….hehehehe… Apa yang menyebabkan bayi mengalami masalah kembung perut ni?


Biasanya masalah kembung perut atau dalam Bahasa matsaleh dipanggil ‘Colic’ ni berpunca dari penyusuan yang tidak betul, penghadaman susu yang kurang sesuai dan mengakibatkan banyak gas terkumpul di dalam perut atau kerana kerap menangis. Ibu menyusu macam saya ni, pemakanan mungkin juga factor yang boleh menjadikan masalah kembung perut pada bayi. Sebab tu ibu menyusu kena jaga pemakanan. Kena alert dengan apa yang dimakan. Kalau salah makan memang tak tidur malam lah dibuatnya sebab bayi kena kembung perut.

Bila bayi kena kembung perut ni, penyelesaiannya ialah sapu minyak lah kan. Tapi kan, tak semua minyak angin sesuai untuk kulit bayi. Ketidaksuaian tu boleh menyebabkan kulit bayi jadi merah². Tu maknanya tak sesuai lah dengan kulit bayi kita disebabkan kandungan bahan kimia didalam minyak tersebut. Kulit bayi kan sensitive.


Haaaaaa…. Ni saya nak share dengan uolls minyak yang boleh melegakan masalah kembung perut bayi. Minyak BeBe Anugerah namanya. Apa istimewanya minyak BeBe Anugerah ni?


Sudah semestinya bahan² yang terkandung pada minyak BeBe Anugerah yang terdiri dari bahan² semulajadi. Minyak Bebe Anugerah kaya dengan khasiat minyak kayu putih, lengkuas, serai, pudina dan limau purut yang sering digunakan secara tradisional untuk mengelakkan kembung perut pada bayi. Menarik kan.

Bukan itu saja tau, minyak BeBe Anugerah ini juga dapat membantu menghangatkan tubuh bayi, melembab dan melembutkan kulit bayi dan juga menghindari bayi daripada kesejukan, kembung perut, angin pasang dan sawan angin

Berdasarkan pengalaman sendiri menggunakannya, minyak BeBe Anugerah ni tersangatlah wangi. Bau nya pon tersangat lah soft. Memang sesuai untuk kulit bayi sebab ianya tidak terlalu panas. Tak macam sesetengh minyak angin lain yang baunya agak kuat dan panas.  


Lepas mandikan harraz, saya sapukan minyak pada bahagian tubuh dia. Sambil letak minyak BeBe Anugerah ni, buat lah urutan sket kat badan harraz terutama bahagian dada, perut, pinggang, punggung dan juga tapak kaki. Kekadang terkentut kentut dibuatnya. Banyak angin dalam badan kau yer nak…hehehe… Lepas tu memang nyenyak lah tidonya.


Apa lagi. Jom lah bertukar kepada minyak BeBe Anugarah ni. Minyak Bebe Anugerah kini menjadi pilihan para ibu untuk bayi yang baru lahir hinggalah kepada anak-anak kecil yang berumur 3-4 tahun. Tak mahal pon. Hanya RM15.00 untuk isian 50ML.

Untuk bakal² ibu yang sedang mencari minyak angin untuk bayi anda. Tak payah pening² kepala nak memikir.  Beli jer minyak BeBe Anugarah nih. Kalau masih ragu², boleh baca banyak testimoni pengguna minyak Babe Anugerah [DISINI]. Untuk maklumat lanjut mengenai lain² produk Anugerah, boleh terjah:


Alamat:

ANUGERAH INTERNATIONAL SDN. BHD. (971560-V)
P.O Box 7319, Persiaran Dato Menteri

40000 Shah Alam, Selangor

Tel: +603 4143 0441
Hari Operasi: Isnin - Jumaat

Waktu Operasi: 9.00AM - 6.00PM


Wahhhh… Kemahen panjang tajuk tu yerp. Nak bagi tajuk tu gempak sket untuk orang teruja nak baca gittew. Ni nak citer pasal yogurt. Pernah ...

Frozen Yogurt llaollao | 7 Sebab Kenapa Perlu Berbuka Puasa dengan Yogurt Sejuk Beku

Wahhhh… Kemahen panjang tajuk tu yerp. Nak bagi tajuk tu gempak sket untuk orang teruja nak baca gittew. Ni nak citer pasal yogurt. Pernah tak korang buka puasa makan yogurt? Aku mengaku yang aku tak pernah buka puasa makan yogurt. Rasa macam pelik plak nak bukak puasa makan yogurt kan. Tapi jangan nak pelik sangat lah. Sebenarnya banyak kebaikan bila kita berbuka puasa dengan yogurt ni.


Pernah dengar frozen yogurt llaoao tak? Berasal dari Sepanyol, llaollao (disebut yao-yao) adalah jenama yogurt sejuk beku nombor satu di Eropah dan Asia. Sejak kedai pertamanya dibuka di Sepanyol pada tahun 2009. Yogurt merupakan makanan pilihan orang ramai untuk berbuka puasa, kerana ia begitu berkhasiat dan senang dihadam.


Jom kita redeem voucher ini. Berbuka puasa dengan yogurt anak beranak semalam.  Selepas sehari suntuk berpuasa, ia adalah penting untuk mengambil makanan yang sesuai, bukan sahaja untuk menambah tenaga tetapi juga untuk mengelakkan senak atau ketakcernaan. Langgar pantang lah aku semalam melantak yogurt ni. Sebab sedap tak hingat.

Ini ada 7 sebab kenapa perlu berbuka puasa dengan yogurt sejuk beku dari llaollao:

1. Yogurt penuh dengan probiotik

Lactobacillus dan streptococcus adalah bakteria yang membantu sistem pencernaan kita. Setelah berpuasa lebih 12 jam, badan kita perlu menyesuaikan dirinya untuk pengambilan makanan yang pertama, dan kehadiran probiotik membantu pencernaan. Ini telah dibuktikan oleh [penyelidik-penyelidik di Women's and Children Hospital di Adelaide, Australia]

2. Bermula secara ringan

Yogurt adalah amat sesuai untuk berbuka puasa kerana ia ringan dan senang dihadam. Berbukalah dengan secawan yogurt, dan menunaikan Solat Mahgrib dahulu sebelum menjamu selera penuh. Jangan bimbang, kurma kambing dan rending daging tidak akan kemana-mana.

3. Untuk nafas yang segar

Selepas sehari suntuk berpuasa, tidak hairanlah nafas kita akan berbau. Jangan khuatir, kerana yogurt dapat membantu anda. Penyelidikan yang telah dibentangkan di [International Association for Dental Research, Baltimore] telah membuktikan bahawa yogurt dapat membantu mengatasi masalah nafas berbau.

4. Penuh dengan khasiat

Yogurt sejuk beku llaollao mengandungi kandungan protein dan kalsium yang tinggi, manakala kandungan gula dan kalori adalah rendah. Diperbuat daripada susu skim hanya sebelum ia dihidangkan, satu tab yogurt llaollao mengandungi 46% daripada jumlah kalsium harian yang disyorkan. Walaupun llaollao adalah rendah lemak, rendah kalori dan tanpa gluten, kemewahan rasa yogurt yang berkrim tidak terjejas.

5. Tambah buah-buahan segar untuk gizi yang seimbang

Di llaollao, buah-buahan segar dijadikan topping untuk meningkatkan nikmat rasa yogurt sejuk beku serta menjadikannya hidangan yang seimbang.

6. Topping dan sos dari Eropah akan merangsang anda

Selain buah-buahan segar, llaollao menawarkan beraneka jenis topping seperti sos dan topping Crunches rangup seperti bijirin, bijian berkaramel, muesli dan kacang. Selain itu, llaollao juga boleh dihidangkan dengan kegemaran klasik seperti KitKat® dan OREO®.

7. Dan akhir sekali, rasa llaollao yang lazat! 

Tidak hairanlah kerana llaollao merupakan jenama yogurt sejuk beku nombor satu di Eropah dan Asia. 


Yogurt tersedap. Nampak tak kebaikan nya bila kita berbuka puasa dengan yogurt. Memang tersedap sangat frozen yogurt llaollao nih. Puas makan sebab cup besar. Dipadankan dengan pelbagai topping, setiap sajian llaollao pastinya akan membangkitkan selera anda. Anda boleh memilih untuk menambah:


Topping Crunches: Topping Crunches kami kaya dengan zat-zat penting seperti vitamin, mineral dan serat. Pilihlah daripada bijirin, brittle, bijian berkaramel, muesli, biskut, kacang dan juga pilihan klasik seperti KitKat®, dan OREO®.

Buah-buahan: Di llaollao, kami hanya menggunakan buah-buahan segar bermusim untuk memastikan kesegaran maksimum. Malah buah-buahan itu juga baru dipotong untuk memastikan semua kebaikannya tidak hilang. Kaya dengan serat dan vitamin, buah-buahan juga merupakan ejen pemulihan dan anti-oksidan untuk membantu anda melalui gaya hidup yang padat.

Sos: Kami mempunyai pelbagai jenis sos – mangga, coklat, strawberi, dulce de leche – untuk menyuntik rasa eksotik kepada yogurt llaollao

Nak tau tak? llaollao telah melancarkan kempen Wellnessday dengan menawarkan diskaun sehingga 33% pada hari Rabu untuk cawan yang kedua. Untuk melayakkan diri, anda perlu meneka tiga emoji buah-buahan dengan betul.


Langkah pertama: Paparkan 3 emoji buah-buahan di Facebook anda sebelum ke kedai llaollao. 

Langkah kedua: Tunjukkan pilihan 3 emoji buah-buahan anda kepada krew llaollao. Jika anda meneka ketiga-tiga emoji dengan betul, anda layak mendapat diskaun 33% untuk belian cawan yang kedua. Jika anda meneka dua emoji dengan betul, anda layak mendapat diskaun 22%, manakala jika hanya mendapat satu emoji, anda masih mendapat diskaun 11%.

Tips: Untuk meningkatkan peluang anda, layarilah Facebook llaollao Malaysia pada hari Selasa kerana emoji pertama akan ditunjukkan di sana. Ini bermakna anda hanya perlu meneka dua lagi emoji!

Cepat dapatkan frozen yogurt llaollao dicawangan berhampiran anda sekarang. Memang tak rugi beli. llaollao boleh didapati di sekitar Lembah Kelang, termasuk Pavilion, Mid Valley, One Utama, Sunway Pyramid, AEON Shah Alam dan Shell Taman Connaught. Di Pulau Pinang, llaollao terletak di Gurney Plaza. Khabarnya satu lagi kedai akan dibuka di Johor Bahru dalam masa terdekat. Unutk maklumat lanjut, boleh terjah:

Website: llaolao

Note: Sambil taip sambil telan ailio. Terbayang kesedapan llaollao ni. Korang mesti cuba ☺



Nak menyusukan anak hingga 2 tahun bukan suatu yang mudah yer. Ni berdasarkan pada pengalaman diri sendiri. Hasil merudum, stok susu yang i...

Produk Review | Umil Mother's Care Milk Booster

Nak menyusukan anak hingga 2 tahun bukan suatu yang mudah yer. Ni berdasarkan pada pengalaman diri sendiri. Hasil merudum, stok susu yang ibarat harini perah pakai untuk esok dan dengan letihnya nak mengepam sebab nak kena bangun malam.

Tapi demi nak bagi susu terbaik untuk anak, semua masalah yang datang bukan halangan sebab susu ibu banyak khasiat dan manfaat. Antaranya... Meningkatkan kecerdasan, Menambahkan kekebalan tubuh bayi, Lebih terjamin mutunya, Mencegah infeksi usus dan Membuat ibu lebih sihat.

Ada ibu2 yang rasa give up bila susu mula merudum. Tak terkecuali juga bila ada yang kata susu meriah ni sebab rezeki si ibu. Tapi kalau tak usaha macam mana nak banyakkan susu pon tak guna juga kan. Skang ni plak ada macam2 produk yang boleh menambahkan susu ibu. Haaaaa...ni saya nak share satu produk baik punya untuk ibu2 menyusu diluar sana.



HARGA: RM80.00 (1 KOTAK)
BERAT: 600 GRAM/POWDER, PERASA COKLAT

Produk UMIL MOTHER'S CARE MILK BOOSTER. Khas untuk ibu hamil dan menyusu. Bukan tu jer tau. Untuk kesihatan ibu dan bayi juga. Teruja tak. Ni nak tambah keterujaan anda dengan khasiat UMIL MILK BOOSTER plak.

Khasiat untuk Ibu Hamil dan Menyusu

- Membantu pengeluaran susu ibu yang banyak
- Memberi rasa kenyang berpanjangan dan bertenaga sepanjang hari
- Membantu mengekalkan zat besi dan mineral yang secukupnya untuk ibu dan bayi
- Membantu kesihatan perut dan kolon
- Membantu mengurangkan kadar kolestrol
- Membantu mengekalkan kalsium dan menguatkan tulang selepas bersalin
- Membantu mencantikkan kulit ibu selepas bersalin dan menjadikan payudara lebih anjal dan gebu
- Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan bayi

Khasiat untuk Bayi 0 - 24 Bulan

Otak

- Tinggi IQ dan cergas
- Membantu pertumbuhan tisu saraf

Telinga

- Kurang mendapat jangkitan penyakit telinga

Kulit

- Kulit menjadi mulus dan bersih
- Kurang penyakit enzyme
- Kurang mendapat alahan pada kulit

Saluran Kencing

- Kencing menjadi lawas
- Kurang mendapat jangkitan saluran kencing

Mata

- Penglihatan menjadi lebih tajam

Hati

- Mengurangkan risiko penyakit kuning (jaundice)

Perut/Usus

- Sistem pencernaan yang bagus
- Mengelakkan dari kembung perut
- Mengurangkan risiko cirit birit, sembelit dan alergik pada makanan

Sendi dan Otot

- Tulang otot menjadi kuat
- Kurang mendapat penyakit

Sistem Imunisasi

- Membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi



Untuk penyediaan UMIL MOTHER'S CARE MILK BOOSTER pula, disarankan mengambil tiga (3) kali sehari dengan 2 sudu/30 gram dengan 170ml air suam pada sebelah pagi sebelum sarapan, tengahari dan malam. Kurangkan minuman berkefin dan di galakkan minum air kosong sekurang kurangnya 3 liter sehari untuk kesan yang optimum. Lepas mengepam susu tu jangan lupa minum air yerp.



Apa yang best dengan UMIL MOTHER'S CARE MILK BOOSTER ni? Haaaa... Sebab ianya perasa coklat yang sangat sedap. Ibarat rasa hot chocolate yang sebenar. Nasib sehari bancuh 3 kali jer. Kalau tak der had memang asyik nak membancuh jer lah. Serious sedap. Walaupon masih dalam pantsng, badan rasa cergas dan proses production susu pon cepat even baru lepas mengepam dan menyusukan baby.

Yang penting, ianya halal dan mendapat kelulusan dari KKM. Kesuciannya juga terjamin sebab 100% keluaran Bumiputera. Tak perlu ragu2 lagi dah. Buat ibu2 yang sedang hamil dan juga sedang mengalami masalah production susu, dalam masa yang sama nak badan bertenaga sepanjang hari, boleh cuba UMIL MOTHER'S CARE MILK BOOSTER ni. Mana tau serasi dan susu tambah meriah kan.

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai produk keluaran JSR TERBILANG SDN BHD ni, boleh terjah:

Instagram: UMIL MILK BOOSTER
Email: umilmilkbooster@gmail.com
Contact No. : 019-3000 793/019-6473 938
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...