Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Product Review. Show all posts
Showing posts with label Product Review. Show all posts

Mamee sememangnya sinonim dengan masyarakat Malaysia dan telah menjadi nama yang dekat di hati mana-mana keluarga terutama sekali kanak...

Biskut pertama Mamee Monster yang mengandungi DHA dilancarkan di Malaysia


Mamee sememangnya sinonim dengan masyarakat Malaysia dan telah menjadi nama yang dekat di hati mana-mana keluarga terutama sekali kanak-kanak hampir separuh abad lamanya. Sebagai syarikat yang kian berkembang mengikut arus kemajuan rakyat Malaysia, Mamee terus peka tentang kepentingan untuk produk-produknya berevolusi mengikut kehendak dan keperluan konsumer. Berpegang kepada dua matlamat utama kehidupan kanak-kanak - pemakanan dan kegiatan aktiviti, Mamee kini melancarkan Mamee Monster Biskidz, produk biskut pertama yang mengandungi DHA.

Yang Berhormat Dato 'Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pelajaran, Malaysia dengan Yang
Berbahagia Tan Sri Pang Tee Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mamee-Double Decker Sdn Bhd pada majlis pelancaran Biskut pertama Mamee Monster yang mengandungi DHA, Mamee Monster Biskidz

"Kanak-kanak zaman ini amat aktif dengan pelbagai kegiatan seharian. Dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain, mereka seharusnya diberikan khasiat dari sumber pemakanan yang baik supaya mereka tidak lapar dan terus bergiat aktif. Ini akan membantu mereka fokus kepada aktiviti yang dilakukan. "Penyelidikan dan sains telah membuktikan bahawa DHA ialah satu komponen utama yang membantu perkembangan otak, DHA penting untuk pertumbuhan otak kanak-kanak. Kami amat berbangga dengan pelancaran produk baru ini kerana kami yakin khasiat dan kelazatan produk ini menjadi satu pelengkap kepada keperluan pertumbuhan serta pembesaran kanak," kata Yang Berbahagia Tan Sri Pang Tee Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mamee -Double Decker Sdn. Bhd.

Biskut ini mengandungi sembilan vitamin tambahan yang amat memanfaatkan badan; vitamin A untuk fungsi mata, kumpulan vitamin-vitamin B, B1, B2, B3, B5, B6, B12 untuk meningkatkan tahap metabolisma yang membantu dalam pengeluaran tenaga, Vitamin D yang membantu badan menggunakan kalsium dan fosforus, Vitamin E yang menlindungi lemak dalam tisu badan dari pengoksidaan dan akhir sekali, kalsium untuk membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat.

Yang Berhormat Dato 'Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pelajaran, Malaysia menikmati 
Mamee Monster Biskidz yang baru dilancarkan bersama pelajar dari Sekolah Kebangsaan Dato 'Onn Jaafar.

Sistem pembelajaran hari ini telah mengalami perubahan yang pesat. Oleh itu, kanak-kanak sewajarnya diberikan peluang untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka supaya mereka terus beroleh kejayaan serta mampu bersaing tidak kira di Malaysia atau di mana sahaja. Ini telah menjurus kepada pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 oleh Kementerian Pendidikan yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti pembangunan kemahiran pemikiran diperingkat tinggi, perkembangan kanak-kanak secara holistik dan peningkatan kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, daya penaakulan dan pemikiran kreatif mereka. Inovasi seperti ini yang akan menjadi pelengkap kepada cara hidup kanak-kanak di Malaysia menjalani rutin seharian mereka," ujar Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.

"Tujuan kami adalah untuk menyuntikkan elemen keseronokkan dalam sesi pembelajaran kanak-kanak supaya mereka membentuk kemahiran yang akan melahirkan individu-individu yang lebih sempurna dan serba lengkap, selaras dengan usaha Kementerian Pendidikan. Di Mamee, kami sentiasa mendorong pembelajaran melalui aktiviti yang menyeronokkan dengan pelbagai inisiatif kami dan sesi lawatan ke sekolah. Kami ingin menggalakkan kanak-kanak menggunakan daya imaginasi mereka sebaik mungkin. Di Mamee, ini dikenali sebagai "Kuasai Imameeginasi" dengan impian untuk melahirkan anak-anak muda berjiwa tegar untuk hari esok," kata Yang Berbahagia Tan Sri Pang Tee Chew.

Pelajar dari Sekolah Kebangsaan Dato 'Onn Jaafar mendapat Mamee Monster Biskidz baru yang lazat dan berkhasiat

Biskut ini mempunyai tiga perisa yang dicipta berdasarkan apa yang digemari oleh kanak-kanak – susu, yang merupakan bahan utama kehidupan mereka, coklat yang amat digemari oleh kanak-kanak serta rumpai laut yang memberikan satu unsur keenakan berbentuk savuri.  Teksturnya amat ringan dan rangup memudahkan kanak-kanak untuk menikmatinya. Terdapat empat saiz pek yang mudah untuk memilih mengikut keperluan dan keadaan penggunaan yang berbeza. Setiap permukaan biskut juga dihasilkan dengan cetakan bentuk maskot Mamee Monster Biskidz yang ikonik, menambahkan lagi elemen keseronokkan kepada produk ini.

Mamee Monster Biskidz kini boleh didapati di seluruh negara dalam empat saiz pek yang berbeza pada harga-harga berikut: 

• Pek mini - RM0.50 
• Pek Tetap - RM 1.00 
• Pek Sederhana - RM 3.90 
• Pek Besar - RM 7.9

Untuk maklumat lanjut mengenai product Mamee, boleh layari:

Website: www.mamee.com


Woot... woot.. McDonald Malaysia mengumumkan kemunculan Happy Meal Book Program bersempena dengan pertandingan bercerita di seluruh negara ...

McDonald's Happy Meal Book Program 2016

Woot... woot.. McDonald Malaysia mengumumkan kemunculan Happy Meal Book Program bersempena dengan pertandingan bercerita di seluruh negara yang masih lagi berterusan bermula pada 3 November lepas. Pelanggan-pelanggan McDonald boleh mendapatkan buku cerita jenama kanak-kanak ini dari penulis dan ilustrator buku kanak-kanak terkenal iaitu Yusof Gajah dengan setiap pembelian Happy Meal.


“McDonald’s is proud to launch its 4th annual Happy Meal Book Program, an initiative aimed at bringing families closer together over a shared love for reading and telling stories. Just like our on-going story telling contest, this year’s program shine a light on local talents; particularly through our partnership with artist and author Yusof Gajah,” said Azmir Jaafar, Managing Director McDonald’s Malaysia. 

“As a family restaurant, we have always been committed to serving our customers simple, easy and enjoyable moments, not just through our food, but also the overall McDonald’s experience. With the exciting line-up of activities targeting Malaysian families to be held at our restaurants under our annual Happy Meal Book Program, we hope to be able to do our part in building stronger families within our communities,” added Azmir.

McDonald’s customers will get to choose between either a book from Yusof Gajah (including childrens’ favourites ‘Dill Anak Gajah’ and ‘Mari Kita Membina Sebuah Rumah’ or one from DK Publishing each week with every purchase of a Happy Meal. 

Menarik kan. Kalau nak tambah koleksi buku anak-anak, boleh terjah McDonals sekarang. Utuk maklumat lanjut mengenai Happy Meal Book Program, boleh layari website McDonald's:






Scott's, jenama kegemaran isi rumah No. 1 Malaysia dari GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd, menganjurkan satu  pengalaman ...

Scott’s DHA Gummies Presents ‘Sleep with Sharks’ with its Bright Little Explorers



Scott's, jenama kegemaran isi rumah No. 1 Malaysia dari GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd, menganjurkan satu  pengalaman unik yang dikenali sebagai ‘Sleep with Sharks' untuk kanak-kanak, sebagai sebahagian daripada kempen inisiatif ‘Peneroka Kecil Bijak' DHA Gummies bagi membantu memupuk rasa ingin tahu dan minda sukakan cabaran.

   Scott's memberikan satu pengalaman unik ‘Sleep with Sharks’ kepada 20 kanak-kanak bertuah, sebagai sebahagian daripada inisiatif kempen DHA Gummies ‘Peneroka Kecil Bijak' untuk membantu memupuk rasa ingin tahu dan minda sukakan cabaran di kalangan kanak-kanak               

Hari yang tidak dapat dilupakan kanak-kanak: Memberi makan ikan jerung bersama dengan semua rakan-rakan baru mereka.     

Seramai 20 kanak-kanak yang berumur di antara 6 hingga 13 tahun baru-baru ini berpeluang menghabiskan sesi 24 jam yang cukup menyeronokkan di Aquaria KLCC, ditaja dan dianjurkan oleh Scott's. Acara itu termasuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bermalam di Aquaria KLCC, di samping menikmati pelbagai aktiviti pada waktu malam membabitkan jerung, memerang dan  haiwan laut lain; lawatan pendidikan malam; bertemu penyelam Aquaria; sesi memberi makan jerung dan piranha; tidak ketinggalan mencuba cabaran ‘Discovery Hunt’.

‘Discovery Hunt’ mencetuskan sifat ingin tahu kanak-kanak ketika mereka cuba mencari petunjuk di sekitar pameran Aquarium dan fakta yang dipaparkan di sekeliling akuarium.

Gambar menunjukkan para peserta menjawab soalan dalam salah satu aktiviti ‘Sleep with Sharks’ Scotts.

Acara ini adalah inisiatif susulan daripada pelancaran rasmi Scott's DHA Gummies yang berlangsung pada akhir Julai lalu. Satu pertandingan Scott's® Facebook bertajuk ‘Sleep with Sharks’ telah diadakan dari 19 September 2016 hingga 7 Oktober 2016 lalu, di mana anak-anak ini menghantar keterangan gambar dan lukisan paling kreatif mereka. Seramai 10 pemenang dipilih dan dianugerahkan sepasang tiket untuk mengambil bahagian dalam program 24 jam ‘Sleep with Sharks’ manakala ibu mereka pula menikmati baucar membeli belah Aeon.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Scott’s® DHA Gummies dan produk-produk lain keluaran GlaxoSmithKline, boleh layari:



Senyum seindah suria, yang membawa cahya Senyumlah dari hati, duniamu berseri Senyum umpama titian, dalam kehidupan Kau tersenyum...

November 11th is Pocky Day! | Pocky Day SMILE COUNTER Campaign!!


Senyum seindah suria, yang membawa cahya
Senyumlah dari hati, duniamu berseri
Senyum umpama titian, dalam kehidupan
Kau tersenyum, ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Ewahhhh... Bila cakap pasal senyum, tetiba teringat lagi ni. Bukan apa. Ni nak share dengan korang semua mengenai Kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky atau in English Pocky Day SMILE COUNTER Campaign yang akan berlangsung pada 11 November nih. Kiranya hari Pocky ni 11 Novembar yang akan datang ni lah. Ianya telah pon dilancarkan pada 2 November yang lepas. Apa sebenarnya hari Pocky ni? Haaaa... Meh baca nih.

Sempena “hari Pocky” pada 11 November,  syarikat pengilang makanan Jepun Ezaki Glico Co., Ltd. (Osaka, Jepun) akan memulakan “Kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky” pada 2 November mengajak para peserta mengumpulkan senyuman. Kempen akan dilancarkan di Jepun, China, Taiwan, Indonesia, dan Malaysia di mana POCKY, salah satu biskut coklat Jepun paling popular yang sedang meraikan ulang tahunnya yang ke-50, begitu digemari ramai.

11 November adalah satu hari keraian yang besar bagi Pocky di Jepun. Bukan sahaja hari untuk menikmati Pocky, tetapi hari untuk menunjukkan kreatif dan riang gembira dengan Pocky. Itulah hari saat-saat penuh keriangan dikongsi bersama.  Hari ini semakin popular di Jepun, dan sekarang akan menjadi global sebagai “hari Pocky”. 

Garis kasar kempen PEMBILANG SENYUMAN Hari Pocky

o  Nama: Kempen PEMBILANG SENYUMAN Hari Pocky
o  Tempoh: 2 November, 2016 hingga 31 Januari, 2017
o  Butiran Kempen: Kumpul dan kongsi seberapa banyak senyuman dan keriangan, menerusi aktiviti berikut:

1.         Peserta mengakses laman kempen, mengambil gambar senyuman mereka, dan berkongsinya (post) 
2.         Peserta membilang foto senyuman mereka dalam akaun Facebook mereka (dalam Weibo China)
3.         Peserta menyertai BATTLE SENYUMAN pada acara nanti 

Berkongsi Keriangan! Kumpulkan “senyuman,” lambang keriangan

Mesej jenama berbunyi “Kongsi keriangan!” –  Pocky percaya senyuman seseorang adalah lambang keriangan, dan dengan berkongsi senyuman, akan membawa perkongsian keriangan seluruh insan. Jadi “kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky” terbit daripada kepercayaan ini.

Tuan  Tsuyoshi Matsuki, Pengurus Jenama Global Pocky, Ezaki Glico Co. Ltd, mengulas, “Dengan nilai teras berkongsi keriangan!, Pocky telah menyebarkan konsep “Berkongsi riang, ceria dan rasa bersama  keluarga dan kawan-kawan yang dikasihi.’ Kami ingin mengembangkan konsep berkongsi keriangan ini dengan manusia seluruh dunia menerusi Kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky dengan meminta semua orang melakukan tindakan mudah iaitu senyum dan berkongsi senyuman.”

Laman web rasmi bagi “kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky” memaparkan ‘PEMBILANG SENYUMAN’ yang membilang jumlah foto senyuman dalam waktu sebenar di Facebook peserta (di China Weibo) yang terkumpul sepanjang tempoh kempen. Peserta boleh menyertai kempen dengan mengambil foto senyuman mereka dan membuat posting/berkongsinya dalam laman web rasmi.


Berapa banyak foto senyuman ada dalam Facebook anda (di China Weibo)?

Dengan “kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky”, peserta juga boleh mencari dan mengetahui berapa banyak foto senyuman yang ada dalam akaun Facebook mereka (di China Weibo). keputusannya akan ditunjukkan secara automatik dalam “PEMBILANG SENYUMAN”. 

Acara “kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky”

Para peserta akan dapat menghadiri “kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky”untuk mencari berapa banyak foto senyuman ada di Facebook mereka dan untuk memaparkan keputusannya dalam “PEMBILANG SENYUMAN”. 

Butir-butir acara seperti berikut:

Nama: Acara Kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky

Tarikh: Jumaat 11 November ─  Ahad 13 November 2016

Tempat: Berjaya Times Square, Berjaya Times Square, 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur  

Peraduan Senyuman Terbaik Pocky!

Bagi melayakkan diri untuk peraduan Senyuman Terbaik Pocky, semua senyuman perlu dikemukakan sebelum 30 November. Apabila semua senyuman telah dikemukakan, anda akan berpeluang melawat ke Kilang Pocky di Jepun, tempat senyuman dihasilkan! Kemukakan senyuman anda hanya dengan klik butang mohon di halaman kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky, masukkan maklumat yang dikehendaki, dan kemukakan permohonan bersama foto senyuman anda yang terbaik dan paling berseri!





Psstttt… Tengah nak mengkuruskan badan ker? Atau sedang mencari ubat yang boleh menurunkan berat badan? Atau masih mencari-cari lagi ubat a...

Dilema Obesiti? Jom Ikuti Program Diet HSG Bersama Dr. Malinda Mohd Ali

Psstttt… Tengah nak mengkuruskan badan ker? Atau sedang mencari ubat yang boleh menurunkan berat badan? Atau masih mencari-cari lagi ubat atau program yang sesuai supaya dapat berat badan yang ideal? Siapa yang tak cemburu bila tengok badan orang lain kurus ramping dan cantik kan. Nak jugak dapatkan bentuk badan yang macam tu.

Sedih rasanya bila berat naik mendadak. Lebih-lebih lagi bila bentuk tubuh badan dah mula nampak ketara berisinya. Baju seluar dah tak muat. Nak jalan pon rasa mengah sebab badan dah berat. Nak berdiri lama-lama pon rasa sakit. Apa tah lagi bila nak solat kan. Pergerakan agak terbatas disebabkan berat badan yang melampau. Mula lah rasa rendah diri dengan bentuk badan sendiri. Maka bermulalah pencarian ubat kurus dan yang sewaktu dengannya. Haaaaa… Pada yang masih tercari-cari tu, elok lah baca info yang saya nak kogsikan nih.


Pernah dengar Program Diet HCG tak? Ianya merupakan revolusi baru dalam rawatan obesiti yang akan dipantau sendiri oleh Dr Malinda Mohd Ali. Siapa Dr Malinda ni? Ok… Dr Malinda Mohd Ali ni merupakan Pakar Penuaan Sihat dan Obesiti dari Future Wellness Sdn Bhd, Health & Training Consultancy. Berpengalaman selama 15 tahun sebagai Doctor Perubatan dan telah memberi coaching HCG selama lebih 4 tahun dan telah membantu lebih dari 300 client mencapai berat badan idaman mereka. Wowww….

Sebelum tu, meh kita amik tahu dulu apa itu OBESITI. OBESITI adalah sejenis ‘penyakit’. Obesiti adalah masalah dunia moden. Ia hampir tidak wujud 50 tahun dahulu. Antara penyebab yang menyebabkan fenomena ‘Obesogenic’ adalah – Pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses, makanan tinggi gula, nutrisi yang rendah dan kurang aktiviti fizikal.

Metabolisme kacau. Hormon tak seimbang. All haywire. Pengurangkan kalori sahaja pun kadang-kadang tidak dapat membantu menurunkan berat badan yang terus meningkat naik. Peperangan Alaf Baru!

BAHAYA OBESITI

Obesiti berkait rapat dengan pelbagai jenis penyakit :

- Diabetes (Kencing manis)
- Hipertensi (Darah Tinggi)
- Kolestrol Tinggi
- Penyakit jantung koronari
- Stroke (Angin Ahmar)
- Batu hempedu
- Kanser Payudara
- Kanser Prostat
- Kanser kolon (usus besar)
- Masalah pernafasan (respiratori)
- Masalah muskuloskeletal
- Vena varikos
- Masalah kulit
- Osteoarthritis
- Penyakit Alzheimer’s
- Gout
- Sleep Apnea
- Infertility (Ketidaksuburan)
- Masalah psikologi (kurang keyakinan diri)
- Depressi

Sekarang saya terangkan apa HCG. HCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga.

HCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga. Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita. Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan lemak yang tersimpan dalam badan.

BAGAIMANA HCG BERFUNGSI UNTUK RAWATAN OBESITI?

Rawatan HCG untuk Obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting  dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.

Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia bolah mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan.

Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal  berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan.

Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yg mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet. HCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan – lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. 

Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival stratergy’. Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.

APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?

HCG akan kombinasikan bersama-sama dengan diet rendah kalori dan prinsip pemakanan diet sihat. Ini akan memberikan ‘trick’ kepada hypothalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan ‘lemak jenis 3’ atau lemak abnormal  digerakkan. Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 – 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.

BAGAIMANA RAWATAN HCG INI?

Setiap Kitaran Program HCG adalah 23 hari. Ia mempunyai 3 Fasa iaitu : Loading Phase, Burning Phase dan Maintainence Phase.

ADAKAH RAWATAN HCG INI SELAMAT?

Rawatan ini selamat. Wanita boleh mempunyai tahap HCG yang jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif. HCG juga biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar O&G. Dengan mengambil program HCG untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya juga meningkatkan tahap kesuburan anda dimana ramai client mengalami masalah kesuburan dan telah mengambil program ini juga  berjaya hamil.

Pada tahun 2004, Kajian klinikal (double blind studies) oleh Dr. Belluscio yang melibatkan 6,540 patient telah membuktikan bahawa HCG effektif dan selamat dalam rawatan obesiti.

Haiiii… Tekun membaca nampak. Menarik sangat program ni kan. Lagi pon program ni Doctor sendiri yang pantau. Memang boleh dipercayai. Tak der lah rasa takut sangat kan. Nak tambah korang tertarik lagi dengan Program Diet HSG ni, sila baca testimoni dari pelanggan yang dah mencuba ni ha:

1) Puan Farah
Pengalaman beliau yang [Pernah Di Hina Kerana Obes]

2) Puan Salwa


3)  Puan Hani


Ini antara sebahagian testimoni. Banyak kalau nak letak semua testimoni kat sini. Kalau nak baca testimoni lain, boleh baca kat [SINI] dan [SINI]. Memang korang akan teruja tengok perubahan pelanggan yang dah berjaya. Kalau nak tau lebih lanjut mengenai Program Diet HSG Bersama Dr. Malinda Mohd Ali, boleh hubungi atau boleh layari :


WhatApps: 017 508 4430 (Dr Malinda)
Email: drmalinda@gmail.com



Hi! This is my card. Kindly contact me for Advertising, Advertorial or Product Review... Haaa... Gittew kan. Nak fe feeling ada name ca...

Hi! This Is My Card. Free jer Dari Pixajoy


Hi! This is my card. Kindly contact me for Advertising, Advertorial or Product Review... Haaa... Gittew kan. Nak fe feeling ada name card macam ni? Boleh design ikut kreativiti sendiri lagi. Percuma jer tau. Siapa yang tak suka barang percuma kan. Penipu lah kalau kau cakap tak main lah barangan percuma ni. Cuma bayar kos posting yang murah tu jer. Penjimatan disitu. Kalau beli sekotak dah berapa harganya kan.

Penting ker name card bagi seorang blogger nih? Macam lah kau blogger fofular nak ber name card bagai. Orang buat kad, kau pon nak buat jugak kan. Haippppp... Penting tau name card ni. Tak kira lah kau tu cuma blogger ikan bilis jer. Kena lah ada jugak name card. Boleh lah exchanged name card dengan blogger lain kalau pergi event. Macam mana nak dapatkan name card percuma ni? Senang jer. Follow steps nih:

1) Buka website Pixajaoy @ www.pixajoy.com and buat registration dulu.


2) Klik dekat [SINI-Free Personalised Name Cards]. Kalau nak design sendiri, boleh klik kat blank template tu. Kalau malas, ada banyak template kat situ. Pilih jer pastu boleh edit ikut kreativiti sendiri. 


3) Dah siap design boleh lah buat tempahan dengan klik button "Add to Cart" di sudut kanan atas.
4) Proceed to "My Cart" and click "Check Out"
5) Buat pengesahan alamat dan bayar untuk kos penghantaran

Tunggu lah name card kau sampai kat office/rumah tu. Sekejapan jer pon siapnya. Hari Rabu last week aku order. Hari Jumaat dah dapat. Dalam 1 box ni ada 100 keping name card. Kualiti pon memang terbaik dan puas hati lah sebab pakai art card 260gsm with gloss lamination. Memang cantik.

Tapi tu lah. Kau nak buat apa dengan name card bebanyak ni haaaa? Macam kau rajin sangat join event... Hahaha... Ada jugak join event, cuma sekarang ni memang agak limited nak join event pon. Sebab banyak dapat invitation on weekdays. Blogger separuh masa. Cenggini lah. Jom exchanged card ☺☺

Note: Thanks Pixajoy untuk Name Card percuma yang super duper berkualiti nih,



Dalam zaman serba canggih ni, printer merupakan antara keperluan yang sangat penting. Lebih-lebih lagi untuk ibu bapa yang mempunyai ...

HP | Introducing the World's Smallest Inkjet All-in-One Printer


Dalam zaman serba canggih ni, printer merupakan antara keperluan yang sangat penting. Lebih-lebih lagi untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang bersekolah. Sebab apa? Sebab kebanyakan kerja sekolah anak-anak zaman sekarang memerlukan kita untuk mencetak gambar untuk tugasan mereka. Dan bagi saya printer sangat diperlukan.

Produk HP merupakan antara produk yang sangat dikenali. Baru-baru ini HP telah memperkenalkan  HP DeskJet Ink Advantage All-in-One (AiO) printers, iaitu  pencetak inkjet terkecil dunia. DIdatangkan dengan tiga warna terang... Electric Blue, Sea Grass Green and Cardinal Red.


HP Reinvents Home Printing for Digital Natives with World’s Smallest Inkjet All-in-One

HP PPS Sales Sdn. Bhd. today unveiled its next generation of HP DeskJet Ink Advantage All-in-One (AiO) printers, the ideal device for the style savvy, always connected consumer. 

Designed for digital natives who want to print from Facebook, Instagram and more, the HP DeskJet Ink Advantage 3775/3776/3777 is half the size of other inkjet all-in-one printers in its class(1), yet combines robust print, scan and copy capabilities all for RM 379(2). 

From left, Yuen Lai, Business Director for Print Category, HP PPS Sales Sdn Bhd, Diane Fong, Market Development Manager, Inkjet Printing Systems, HP PPS Sales Sdn Bhd, Kym Lim, Managing Director, HP PPS Sales Sdn Bhd

Recently named one of TIME Magazine’s 50 Most Influential Gadgets of All Time, the redesigned DeskJet offers easy printing from a smartphone or tablet. The HP DeskJet Ink Advantage 3775/3776/3777 does not just optimize space, it energizes space with a variety of vivid hues that include Electric Blue, Sea Grass Green and Cardinal Red. 

Bringing in a fresh design to fit today’s modern homes, the printers feature a white base that easily blends with any home décor, with a celebration of colours ranging from the cool neutrals that exude a calming, soothing effect to a bright red that is fun and playful. The scroll feed scanner is designed like a fin and lights up when a document is fed through for scanning or copying. 

  Kym Lim, Managing Director, HP PPS Sales Sdn Bhd with the newly launched printer

“Consumers crave tiny, wireless devices that fit into their lifestyle and enable them to stay connected, social and productive wherever they may be,” said Kym Lim, Managing Director, HP PPS Sales Sdn. Bhd. “HP’s new DeskJet turns the traditional consumer printing experience on its head with its innovative, fun design and intuitive mobile connectivity from virtually any device or social network.” 

Phone to Print Seamlessly 

Setting up and printing directly from a mobile device has never been easier with the HP All-in-One Remote mobile application(3). The free app provides users with key features including printing, copying and scanning wirelessly from most smartphones and tablets including Apple™, Android™ and Windows® devices. Using Wi-Fi Direct(4), consumers can immediately begin printing from their mobile devices and access their printer without a network. 

Using HP Printbot, Facebook Messenger users can print content effortlessly from a Facebook Messenger conversation. In addition to easily printing photos and documents, the bot allows users to add printers, print from the printer's history, and order replacement supplies. The new, colorful HP DeskJet Ink Advantage 3775/3776/3777 All-in-One printers are available now. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari [http://www.hp.com.my] dan juga Facebook [HP Malaysia]


Ada yang teringin nak bawak anak-anak pergi Legoland ker? Siapa yang tak teringin kan. Saya pon ada impian nak bawak anak-anak pergi Legola...

LEGOLAND® Malaysia Resort | Nikmati Diskaun 35% Untuk Pemegang Kad Maybank

Ada yang teringin nak bawak anak-anak pergi Legoland ker? Siapa yang tak teringin kan. Saya pon ada impian nak bawak anak-anak pergi Legoland ni. Ada rezeki nanti sampai lah tu kan. Ni nak share dengan korang semua yang merupakan pemegang kad Maybank. Diskaun untuk masuk Legoland Resort Malaysia tau. Bukan sikit punya diskaun. Boleh tahan banyak jugak lah.


Nak tahu tak, LEGOLAND® Malaysia Resort dan Maybank telah bekerjasama sekali lagi dengan memberikan tawaran yang ekslusif kepada pemegang kad Maybank bersempena dengan perasmian LEGO® Ninjago ™ The Ride. Pemegang kad Maybank boleh menikmati diskaun yang menakjubkan ini sebanyak 35% bermula dari 5 Oktober 2016 sehingga 30 Oktober 2016. 

Wahhhh... Banyak juga tu 35%. Memang berbaloi-baloi kalau beli nih. Meh bandingkan harga sebelum dan selepas:

Annual Pass
Original Price vs. promotion
Adult Standard Annual Pass
RM 320 RM208
Child/Senior Citizen Standard Annual Pass
RM 245 RM159
Adult Premium Annual Pass
RM 450 RM292
Child/Senior Citizen Premium Annual Pass
RM 450 RM292


Nampak tak perbezaannya yang banyak nih. Kat mana nak beli?
  • Online: www.LEGOLAND.com.my/promo/MBBOnline2016 from 5th Oct - 30th Oct
  • LEGOLAND’s ticketing window from 5th Oct  - 30th Oct, Time: 10:00am – 5:00pm
  • Roadshow at Aeon Bukit Indah Johor 4th – 9th Oct 2016, Time: 10:30am – 10:00pm
Upcoming Grand Launch of LEGO® NINJAGO™ The Ride – Nov 2016

The upcoming LEGO® NINJAGO™ The Ride is the largest new addition to the premiere family theme park with breakthrough attractions that promise to be a real game-changer to the theme parks around the world. The ultimate 4D indoor ride will feature never-seen-before technology manufactured by Triotech, a world leader in media-based interactive attractions, and features Maestro™ hand gesture technology that enables guests to control the outcome of their adventure through the power of their hands without the use of a handheld device. The attraction is set to be a 4D indoor ride inspired by the popular LEGO® line of NINJAGO™ toys and a related TV series. Riders play as Ninja warriors in training under the guidance of NINJAGO™ character Master Wu to vanquish a legion of enemies from snake tribes, ghosts and skeletons to the Great Devourer.

Untuk maklumat lanjut, promosi atau aktiviti, boleh hubungi nombor nih 07-597 8888. Boleh juga layari:




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...