Showing posts with label Product Review. Show all posts
Showing posts with label Product Review. Show all posts

Siapa yang tak kenal dengan Didi & Friends kan. Memang karakter popular dikalangan kanak-kanak dengan lagu-lagu yang tersangat menarik....

Playtime With Didi & Friends Tarikan Terbaru di The Mines

Siapa yang tak kenal dengan Didi & Friends kan. Memang karakter popular dikalangan kanak-kanak dengan lagu-lagu yang tersangat menarik. Jangan kata kanak-kanak, mak pak pon minat dengan Didi & Friends jugak kan. Sampai kan ibu-ibu dan bapa-bapa pon dah naik hafal lah dengan lagiu-lagu Didi & Friends ni. Kalau dah bukak rancangan Didi & Friends, janganlah kau tukar chanel. Boleh nangis anak dibuatnya. Nak tak nak memang kena layan jugak. 


Ok… Tak nak bebel panjang. Ni nak sharing dengan korang semua yang anaknya peminat tegar rancangan Didi & Friends. Kalau nak tahu, kedai konsep pertama di Malaysia yang menawarkan tunggangan elektronik dan akticiti-aktiviti kraf bertemakan Didi & Friends telah dibuka di pusat membeli belah The Mines. Dan kami sekeluarga telah dijemput untuk menghadiri majlis perasmiannya baru-baru ini.


Kalau korang nak tahu, kedai konsep Playtime With Didi & Friends ni adalah hasil kerjasama di antara ZOOMOV (Malaysia) Sdn Bhd dengan pemilik Didi & Friends IP – DD Animation Studio Sdn Bhd (Digital Durian) dan Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro). Ada tiga perkara utama yang ingin dicapai untuk kedai konsep Playtime With Didi & Friends. Iaitu untuk mengembirakan kanak-kanak, untuk memberikan pengalaman Didi & Friends di luar kaca TV dan untuk menggalakkan aktiviti kekeluargaan di antara anak-anak dan ibu bapa.

Aktiviti kraf

Anak bujang ni  buat separuh jalan. Selebihnya ibu yang buat... pffttt...

Masing-masing dengan tunggangan elektronik ☺

Boleh lah bawak anak-anak menaiki tunggangan Didi, Nana dan Jojo. Untuk 5 minit, bayaran RM10.00 dan untuk 3 tunggangan 5 minit pula RM20.00. Selain daripada tu, anak-anak juga boleh menyertai aktiviti kraf, melawat kedai mini dan menikmati sesi nyayian santai yang terdapai di kedai konsep Playtime With Didi & Friends. Memang best lah.


Turut sama dimajlis pelancaran pada hari tu ialah 30 kanak-kanak dari dua rumah anak-anak yatim iaitu Rumah Bakti Al-Kausar dan Rumah Amal Limpahan Kasih. Mereka diraikan dengan penuh meriah serta dihiburkan dengan tunggangan muzikal Didi, Nana dan Jojo. Bergambar Bersama mascot-maskot dan mencuba pelbagai aktiviti krat. Terpancar kegembiraan diwajah mereka


Selesai acara tersebut, kami dijemput untuk majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Rumah Bakti Al-Kausar dan Rumah Amal Limpahan Kasih di restoran Timur Tengah di The Mines iaitu Almendi’s. Sementara menunggu waktu berbuka puasa, Iman Muda Nazrul muncul untuk memberi tazkirah mengenai ganjaran di bulan Ramadan. Menarik sangat bila mendengar tazkirah dari Iman Muda Nazrul tu. Terisi masa dengan ilmu sebelum nak berbuka puasa.


Memang terpancar kegembiraan di wajah anak-anak bila dapat jumpa Didi & Friends. Selalu tengok dalam TV jer kan. Terima kasih juga pada PR yang sudi jemput kami sekeluarga di majlis pelancaran Playtime With Didi & Friends dan majlis berbuka puasa sekali bersama anak-anak yatim. Sedap sangat Nasi Arab dekat restoran Almendi’s tu tau.

Kalau korang taka da aktiviti nak buat on weekend, boleh bawak anak-anak dekat Playtime With Didi & Friends ni. Ada aktiviti lain selain dari tunggangan elektronik. Untuk maklumat lanjut tentang Playtime With Didi & Friends, boleh layari:

Instagram: @playtimewithdidi



Woot… woot… Siapa suka tengok cerita cartoon? Kanak-kanak sudah semestinya penggemar cerita cartoon. Yang dewasa ni pon suka jugak tengok c...

Cartoon DC Super Hero Girls Bakal Dilancarkan Di Malaysia

Woot… woot… Siapa suka tengok cerita cartoon? Kanak-kanak sudah semestinya penggemar cerita cartoon. Yang dewasa ni pon suka jugak tengok cerita cartoon kan. Mengaku jer lah sebab saya pon layan jugak cerita cartoon ni.  Sebenarnya nak share dengan korang semua. Siri cartoon DC Super Hero Girls nih dah pon dilancarkan di global digital platform pada tahun 2015. Kalau korang nak tahu, DCG Mattel Toys dan mainan LEGO kini sudah dijual di Toys "R" Us dan di kedai-kedai terpilih. Manakala DCG beg, alat tulis, pakaian dan kasut pula akan dijual pada akhir Mei ini.


Ok… Berbalik kepada cerita. Yang mana ada anak-anak perempuan tu mesti teruja nak tengok siri cartoon baru nih. Cartoon ni sesuai untuk kanak-kanak perempuan berumur 6-12 tahun tau. Cartoon DC Super Hero Girls ni bukan sebarang cartoon sebab ianya ada mesej yang cuba nak disampaikan. Mesej apa tu?

Haaaaa…. DC Super Hero Girls ingin memberi inspirasi kepada kanak-kanak perempuan untuk merealisasikan potensi penuh mereka dan mencari wira yang ada dalam diri. Kiranya DC Super Hero Girls ni nak bagitau yang setiap orang mempunyai kuasa untuk membuat perubahan dan menjadi seorang wira. Ok… Jom baca pengenalan mengenai cartoon DC Super Hero Girls ni dulu.

Introduction


Developed for girls aged 6-12, DC Super Hero Girls centers on the female Super Heroes and Super-Villains of the DC Comics universe during their formative years – prior to discovering their full super power potential. Featuring a completely new artistic style and aesthetic, DC Comics’ icons such as Wonder Woman, Supergirl, Batgirl, Harley Quinn, Bumble Bee, Poison Ivy, Katana and many more make their unprecedented teenaged introduction. Each character has her own storyline that explores what teen life is like as a Super Hero, including discovering her unique abilities, nurturing her remarkable powers and mastering the fundamentals of being a hero. These characters and stories are designed to engage and inspire girls everywhere and help girls explore heroic acts through play and into real life. Super Heroic storytelling that helps build character, confidence, and empowers girls to discover their true potential.

Jom kita berkenalan dengan watak DC Super Hero Girls dan ketahui kuasa apa yang mereka ada.

Wonder Woman (The Leader)

 Supergirl and Batgirl

 Bumblebee and Harley Quinn

Poison Ivy and Katana

Menarik sangat watak-watak cartoon DC Super Hero Girls ni kan. Rasa tak sabar nak tengok. Dan yang paling menarik, DC Super Hero Girls telah dipilih untuk bekerja dengan pelakon Malaysia dan juga merupakan seorang model, Dynas Mokhtar yang cantik dan anak perempuannya, Khyra yang comel tu. 


video

Nah... tengok video Dynas Mokhtar dan anaknya Khyra beraksia ala-ala cartoon DC Super Hero girls? Mesti korang akan teruja bila tengok keletah ibu dan anak yang cute dalam video ni.


Inilah dia antara watak-watak cartoon DC Super Hero Girls. Kalau ibu dia ni teruja dengan figura DC Super Hero Girls ni, anak saya Qahirah lagi lah over excited. Boleh lah tambah koleksi nanti. Memang cute sangat.


Tengoklah nih. Saya dengan Wonder Woman dan Supergirl. Macam kena pulak dengan karekter saya yang berani dan sukakan persaingan macam Wonder Woman. Sweet pulak macam Supergirl… hehehe…


Tak bestlah kalau main sorang-sorang. Adik pon nak tumpng main jugak. Tak baik kedekut tau… hehehe.. Boleh pulak baju adik Harraz sama dengan baju Supergirl. Memang berkualiti mainan DC Super Hero Girls nih tau sebab ianya boleh berdiri sendiri. Dengan maksud yang lebih jelas the action figures can stand on their own lah.


Nak bagitahu berita baik jugak ni. Kalau korang nak memenangi salah satu daripada watak DC Super Hero Girls ni, korang kena join Instagram contest dimana hadiah berupa 3x DC Super Hero Girls Action Playset dari Mattel yang bernilai RM229.90 untuk dimenangi. Caranya:

➜ Berpakaian sebagai watak DC Super Hero Girls kegemaran anda
➜ Langkah 1: Berdandan sebagai watak DC Super Hero Girls kegemaran anda
➜ Langkah 2: Snap gambar anda dalam pose paling berani anda
➜ Langkah 3: Catat foto anda pada Instagram dengan hashtag #DCSuperHeroGirlsMY
* Sila pastikan akaun Instagram anda ditetapkan kepada "awam"
➜ Tarikh penyertaan bermula dari 21 Mei – 20 Jun 2017.
➜ Terma dan syarat.

Mudah jer kan. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai siri cartoon DC Super Hero Girl ni, Boleh terjah:

Official website:


Official YouTube channel:


Official Facebook page:


Official Instagram Page:


Other source:






Moeder | Susu Untuk Ibu Hamil Dan Menyusu . Susu merupakan antara keperluan terpenting bagi ibu yang hamil atau pon yang sedang menyusukan ...

Moeder | Susu Untuk Ibu Hamil Dan Menyusu

Moeder | Susu Untuk Ibu Hamil Dan Menyusu. Susu merupakan antara keperluan terpenting bagi ibu yang hamil atau pon yang sedang menyusukan anak kerana terdapat kalsium dalam segelas susu. Bagi ibu yang sedang hamil, kalsiun sangat diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat serta membentuk otot dan saraf agar berfungsi sempurna. Manakala untuk ibu yang sedang menysusu, anak juga memerlukan kalsium yang cukup dari Air Susu Ibu untuk perkembangan tulang. Sebab tu ibu menyusu memerlukan kalsium dengan jumlah yang cukup kerana ibu menyusu kehilangan kalsium setiap hari kerana menyusukan anak. 


Kalau korang yang tengah hamil atau sedang menyusukan anak masih tercari susu yang sesuai, apa kata korang cuba susu MOEDER Genius Pregnancy Fomula. Moeder adalah makanan tambahan untuk meningkatkan pengeluaran susu badan untuk ibu yang menyusukan anak serta meningkatkan system imun badan untuk ibu yang sedang hamil.

Kandungan Dalam MOEDER



Moeder dirumus kahs dari pelbagai bahan-bahan sunnah dan bahan-bahan herba semulajadi yang tiadak mengandungi bahan kimia. Antaranya SUSU KAMBING, EKSTRAK TOMATO, HABBATUSSAUDA, MADU, EKSTRAK ANGGUR, LUTEIN, BIRD NEST, SEAWEED, BUAH TIN, KURMA, GAM ARAB/MANNA, BILBERRY, ALOE VERA, LOBAK MERAH, BROKOLI, OMEGA 3, BETIK, STEVIA, VANILLA dan NON DAIRY CREAMER. Banyak hokay bahan-bahannya, 


Khasiat MOEDER Untuk Ibu Hamil


➔ Menguatkan kandungan bagi ibu hamil
➔ Memberi lebih tenaga ketika proses bersalin
➔ Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil
➔ Meningkatkan daya tubuh, stamina serta tenaga sepanjang hamil
➔ Mencantikkan Kulit


Khasiat MOEDER Untuk Ibu Menyusu


➔ Memberi tenaga untuk ibu terutama ketika berpuasa
➔ Membanyak dan memekatkan produksi susu
➔ Membantu menghilangkan selulit kesan kehamillan
➔ Membantu merawat luka dalamam ketika bersalin
➔ Mencegah kegemukan, mencerah dan melembabkan kulit


Testimoni pengguna MOEDER



Rasa MOEDER dan PACKAGING


Kalau korang rasa susu Moeder ni, korang tak percaya yang ia nya ada campuran susu kambing sebab rasanya yang tak ada rasa hamis kambing. Kalau korang pernah minum susu kambing, mesti tau macam mana rasanya kan. Tapi susu Moeder ni sedap dengan ada perasa vanilla. Packaging macam ni aku suka sebab kau hanya perlu koyak sachet lepas tu trus tuang dalam cawan. Tak payah nak cedok-cedok susu lagi dah. Bekas tu boleh terus pakai buat isi duit... hehehe... 

Cara Pengambilan


Tak susah pon. 1 sachet tu bancuh dengan air suam 150ml untuk pagi sebelum/semasa sarapan pagi dan malam sebelum tidur. 1 Jar Moeder ni bersamaan dengan 600g (20g x 30 sachet) dan boleh bertahan sebulan lebih. Kira berbaloi dan jimat jugak nih.


Macam biasa, kalau kita minum apa-apa supplement sekali pon, result adalah berbeza untuk setiap individu. Ada yang serasi dan ada yang tak. Ada yang nampak kesan serta merta dan ada yang amik masa. Yang penting, banyakkan minum air masak juga yerp. 

Kalau nak tahu maklumat lanjut mengenai produk atau nak buat pembelian, boleh layari:


Website


FB Page


Instagram 


Alamat

Millennial Gen Sdn Bhd (1167089-D)
11G, Jalan Keluli AL7/AL,
Pusat Perniagaan Bukit Raja,
Section 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 3358 5344 | HP: +6010-4042769






Penjagaan dalaman wanita merupakan antara perkara penting yang perlu diambil kira. Kebanyakan masalah yang sering dihadapi oleh para wanita...

Harum Malam | Makanan Tambahan Untuk Wanita Moden

Penjagaan dalaman wanita merupakan antara perkara penting yang perlu diambil kira. Kebanyakan masalah yang sering dihadapi oleh para wanita antaranya adalah Keputihan, Gatal-gatal Vagina dan masalah bau badan. Untuk wanita yang sudah berkahwin khasnya, masalah-masalah ni harus ditangani dengan segera kerana ia boleh menggugat keharmonian rumahtangga tau. Kesian kat suami nanti.


Bukan susah nak cari supplement tambahan untuk wanita moden macam kita ni. Banyak pilihan yang ada dipasaran sekarang ni. Antaranya product Harum Malam keluaran Millennial Gen Sdn Bhd. Harum Malam merupakan supplement dalaman yang mewangikan tubuh sepanjang masa disamping berkesan semulajadi sebagai perapat. Membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Ia juga dapat mencehag masalah dalaman wanita, memberi tenaga dan menambahkan stamina untuk aktiviti seharian. Menarik kan.

Kelebihan dan Khasiat Harum Malam


  • Mengatasi masalah keputihan
  • Mengetatkan, menegangkan dan merapatkan otot Rahim
  • Membuang toksin dalam badan
  • Melawaskan system penghadaman
  • Melancarkan perjalanan dan kitaran haid
  • Mencantikkan dan menaikkan seri wajah
  • Mengempiskan perut buncit
  • Membuang angin dalam badan
  • Mengurangkan masalah bau badan
  • Menegangkan payudara

Tu dia. Banyak sangat khasiatnya tau. Kalau korang ada masalah bau badan, apa kata cuba Harum Malam ni. Mana tahu serasi kan. Memang tak suka kalau badan berbau kan. Apa kandunggan yang terdapat dalam Harum Malam ni?


Kandungan Di Dalam Harum Malam



  • Sirih
  • Buah Tin
  • Kismis
  • Madu
  • Goji
  • Limau Purut
  • Ekstrak Ros
  • Strawberry
  • Pueraria Mirifica (Pueraria Mirifica atau Pueraria Lobata adalah satu herba yang berasal daripada Thailand, di mana ianya dikenali sebagai “White Kwaaw Krau”. Ianya termasuk dalam keluarga Leguminosa, sub-keluarga Papilionoda (keluarga kacang soya, kacang dan kacang pea)
  • Kayu Serapat
  • Buah Delima
  • Manjakani
  • Pueraria Lobata
  • Senna (Merupakan jenis tanaman berbunga yang banyak manfaatnya)

Woww... Banyak kan kandungan dalam minuman kesihatan Harum Malam ni. Siapa yang sesuai minum Harum Malam ni? Ok... Sesuai utnuk Wanita Berkahwin, Anak Dara, Wanita Berpantang, Ibu yang Menyusukan Anak dan juga untuk golongan usia 50 tahun ke atas. Boleh baca testimoni ni.

Testimoni Dari Pengguna Harum Malam



Cara Pengambilan


Lupa nak pakai sudu plastik... ppffttt...

1 sudu sebelum sarapan pagi dan 1 sudu sebelum tidur. Pastikan korang pakai sudu plastik sebab kandungan dalam Harum Malam mengandungi madu. Kalau pakai sudu besi dikhuatiri akan hilang khasiatnya. Lepas tu simpan dalam peti sejuk. 

Rasa Harum Malam?


Aku suka rasanya sebab sedap dan tak berapa manis. Just nice rasanya. Memang boleh di terima dek tekak lah. Aku memang sejenis yang tak suka makan ubat jenis cecair selain daripada madu. Tapi Harum Malam ni tekak aku boleh terima. Kalau korang nak cuba, 

Harga Harum Malam


Tak mahal pon harganya. Cuma RM33.00/SM dan RM39.00/SS untuk 250ml. Tapi korang kena pastikan yang original. Macam mana nak tahu original atau tiruan? Yang original ada hologram seperti dalam gambarajah.

Kalau nak tahu info lanjut pasal Harum Malam atau nak buat pembelian, boleh rujuk:

Website:


FB Page:


Instagram: 


Address:

Millennial Gen Sdn Bhd   
11G, Jalan Keluli AL7/AL 
Pusat Perniagaan Bukit Raja 
Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor  
Handphone: 010 404 2769  
Pejabat: 03 3358 5344  

Newborn Pure Skincare Series  Seperti yang kita sedia maklum, bayi memiliki kulit yang sangat sensitive. Terutama sekali kulit bayi yang...

Pigeon | Newborn Pure Skincare Series

Newborn Pure Skincare Series 


Seperti yang kita sedia maklum, bayi memiliki kulit yang sangat sensitive. Terutama sekali kulit bayi yang baru dilahirkan. Sebab itulah pentingnya pemilihan mandian bayi sebab kalau silap beli boleh menyebabkan kulit bayi jadi kemerahan dan timbul ruam kerana ketidakserasian pada product. Di sinilah kita sebagai parents kena alert dengan kandungan yang terdapat dalam mandian bayi kerana kebanyakan product mandian bayi mengandungi Paraben, Alkohol dan bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 


Jadinya... Kalau nak membeli mandian bayi, pastikan kandungan nya bebas dari bahan kimia. Memahami keperluan ibu bapa yang inginkan product yang bebas dari bahan kimia, Pigeon telah mengeluarkan product barunya iaitu Newborn Pure Skincare Series yang terdiri dari Calming Oil, Purifying Body Wash, Moisturizing Lotion, Nourishing Shampoo dan Protective Cream. Dan aku berpeluang untuk mencuba 2 daripada 4 product Newborn Pure Skincare Series iaitu:

Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash



Product yang dirumus khas untuk membersihkan dan menyucikan kulit halus bayi secara perlahan-lahan tanpa menyebabkan sebarang iritasi. Yang pasti ianya product yang bebas daripada Paraben, Formaldehid, Alkohol dan mana-mana bahan lain yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi. Selain daripada itu, dapat mengekalkan lapisan perlindungan lemak kulir dengan memastikan tahap pH yang seimbang. Memang best sangat lah sebab baunya yang wangi.

Harga untuk Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash, 200ml RM59.00

Pigeon Newborn Pure Moisturizing Lotion



Yang best dengan Pigeon Newborn Pure Moisturizing Lotion ni, ianya merebak dengan mudah untuk penyerapan yang lebih pantas. Mengandungi bahan-bahan pelembap semulajadi untuk perlindungan pada kulit bayi. Lepas sapu lotion ni kay badan Harraz, memang tak rasa melekit pon. Tak macam sesetengah lotion yang masih rasa melekit lepas disapu pada kulit.

Harga untuk Pigeon Newborn Pure Moisturizing Lotion, 200ml RM59.00

Siapa yang tak kenal dengan jenama Pigeon kan. Mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalaman dalam penjagaan kulit bayi dan Product Pure Skincare Series yang dihasilkan di Jepun ni mengikut standard kualiti tertinggi untuk product penjagaan kulit bayi dan diuji untuk memastikan penggunaan yang selamat pada semua jenis kulit

Kalau  nak tahu lebih lanjut mengenai product Newborn Pure Skincare Series Pegion atau berminat nak membeli produk ni boleh dapatkan di:

website 


Facebook 



Siapa yang tak teruja dengan kehadiran cahaya mata yang bakal lahir tak lama lagi. Lebih-lebih lagi kalau  anak sulung. Excited nya lain ma...

Product Nursery Berkualiti Dari Babyhood Malaysia

Siapa yang tak teruja dengan kehadiran cahaya mata yang bakal lahir tak lama lagi. Lebih-lebih lagi kalau  anak sulung. Excited nya lain macam kan. Segala persiapan kalau boleh nak perfect. Dari baju baby sampai lah kelengkapan baby yang lain. Pantang tengok barang baby, especially baju-baju yang comel. Semua nak beli. Selain kelengkapan sepersalinan dan barangan bayi, antara keperluan yang perlu parents sediakan ialah tempat tidur bayi atau pon Baby Cot.


Ada bermacam-macam jenis Baby Cot yang terdapat dipasaran sekarang nih. Tak terkecuali juga bermacam-macam jenama. Daripada jenama biasa kepada jenama yang berkualiti. Antaranya dari jenama Babyhood Malaysia. Jenama Babyhood Malaysia ni asalnya dari Australia dan mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam industry produk nursery dan produk yang dihasilkan di bawah piawaian Australia. 

Antara Product Babyhood Malaysia

5-in-1 Sova Cot (Classic and Clear)



Kalau tengok baby cot ni kau akan tertarik kerana ianya menggunakan kayu yang paling berkualiti tinggi iaitu European beach wood timber.and certified organic textiles. Dan paling best dengan The Sova Cot ni kerana ianya mempunyai 5 function. Meh tengok nih:


Aku pon tertarik dengan fungsinya yang 5 in 1 ni. Memang tak rugi kalau labur duit beli ni. Pelaburan yang sangat berbaloi sebab boleh pakai sampai anak dah besar dan boleh pakai sampai bila-bila kot. Boleh klik [SINI] kalau nak tau lebih info.


Amani 4-in-1 Cot


Yang ni pon menarik jugak. Koleksi yang megah dan indah gittew. Direka secara ergonomik dan dibuat dengan sustainable clear A grade NZ plantation timber. Baby Cot ni ada 4 function. Bassinet (buaian) Toddler level, Toddler bed dan Day Bed. Untuk toddler bed ni, korang boleh masukkan toddler rails yang separuh tu untuk mengelakkan anak dari terjatuh. Day Bed pulak boleh dijadikan sofa untuk anak duduk. Boleh menampung berant sehingga 100kg bermula dari bayi sampailah usia 5 tahun. Info boleh baca kat [SINI]

Classic Sleigh 4-in-1 Cot


Detail produk boleh baca kat [SINI]

Classic Curve 4-in-1 Cot


Detail product boleh baca kat [SINI]

Kualiti produk Babyhood tak perlu dipertikaikan kerana dihasilkan di bawah piawaian Australia dan katanya lebih ketat daripada kedua-dua piawaian Eropah dan Amerika Syarikat. Ia ditadbir oleh INPAA (Infant & Persatuan Nursery Products of Australia), sebuah pertubuhan yang dimiliki dan dikendalikan secara persendirian, badan wakil utama dalam industri nurseri Australia. 

Selain dari produk Nursery, terdapat juga kerusi untuk keselesaan ibu yang menyusu iaitu Feeding Chair. Ada 4 jenis Feeding Chair... DIVA GLIDER, MANHATTAN GLIDER, SOVEREIGN GLIDER dan SAVANNAH GLIDER. Menarik sangat tau. 


Tengok ni. Nampak empuk dan selesa sangat kan. Ianya memang direka khas untuk keselesaan ibu ketika menyusukan anak . Iyerlah... Baby bangun kan setiap 2-3 jam setiap hari. Kerusi ni boleh dilaraskan untuk memastikan anda berada dalam kedudukan yang selesa untuk keperluan badan. Terdapat sokongan dan keselesaan semasa menyusu khususnya pada bahagian leher, bahu dan bahagian belakang badan. Best nya kalau dapat sebiji. Feeding Chair ni dapat menampung berat sehingga 90kg


Banyak lagi barang-barang yang terdapat di Babyhood Malaysia. kalau korang nak tahu, pengedar untuk produk-produk ni dikeluarkan oleh Supreme Global Marketing Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 2010. Merupakan pengedar ekslusif untuk barangan Babyhood dan Nuna di Malaysia yang memahami betapa pentingnya produk yang selesa, selamat dan berkualiti. 

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk. Atau nak buat pembelian, boleh terjah:

Website

Facebook

Instagram

Alamat 

SUPREME GLOBAL MARKETING SDN BHD
21-2 Jalan USJ 21/1
47630 Subang Jaya, Selangor
Telefon : 03-8023 3277
Email : admin@babyhood.com.my






Personalized Mother’s Day Gift Sempena Hari Ibu | Bulan mei memang dah sinonim dengan sambutan hari ibu kan. Memandangkan hari ibu bakal ...

Personalized Mother’s Day Gift Sempena Hari Ibu

Personalized Mother’s Day Gift Sempena Hari Ibu | Bulan mei memang dah sinonim dengan sambutan hari ibu kan. Memandangkan hari ibu bakal tiba tak lama lagi, mesti korang tengah fikir nak bagi hadiah apa untuk ibu/mak/mama tersayang kan. Buat suami juga tak terkecuali. Bagi lah sesuatu buat isteri dan ibu kepada anak korang. Kalau tak tau nak bagi apa, meh aku bagi idea.


Personalized Mother’s Day Gift Sempena Hari Ibu


Apa kata korang bagi Personalized Mother’s Day Gift Sempena Hari Ibu dengan personalized mug macam ni. Cute kan... hehehe... Boleh pilih nak letak gambar apa. Boleh letak gambar family atau nak letak gambar ibu sahaja pon boleh. Yang bestnya kan, kat bahagian dalam mug ni tak kosong tau sebab ada corak dalam tu. Memang bestlah Personalized Mother’s Day Gift Sempena Hari Ibu ni.


Menarik sangat kan. Kalau korang nak tahu. motto mug ni dihasilkan oleh BestSub Malaysia yang merupakan pembekal sehenti untuk produk pemejalwapan yang menawarkan pelbagai jenis produk, seperti produk bersalut seramik (eg: Mug, jubin, plat, dan lain-lain), kes-kes pemejalwapan, alat pemejalwapan, haba mesin akhbar, aksesori, produk kain dan lain-lain produk pemejalwapan berkaitan. Sesuai sangat dengan slogan 'Best Sublimation Expert'


#makanakempat dengan personalized mug nya sempena Hari Ibu ☺☺


Antara Design Motto Mug


Antara design untuk Happy Mother's Day. Tempahan untuk motto mug bukan hanya untuk Mother's Day saja tau. Tempahan untuk Birthday dan juga Valentine's Day turut disediakan. Tak payah pening kepala nak beli hadiah apa. 


Cantik kan. Tak teringin ker nak tempah? Masih sempat lagi kalau nak tempah sempena Hari Ibu yang bakal tiba ni. Harga pon tak mahal. Hanya RM30.00 untuk personalized mug macam ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut atau ada sebarang pertanyaan atau nak buat tempahan. Info ada kat bawah ni:

Tel 

 019-9858151 (Ms. Elaine) 
 019-3231515 (Mr. Steven)

Email

enquiry@libertyprinting.com.my





Waktu Operasi

Isnin - Sabtu : 9 pagi - 6 petang

Alamat

BestSub Malaysia, Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T),  Sublimation Blank Supplier:
Address: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang.


Ramadan adalah bulan yang mulia di mana umat Islam berpuasa dan bersyukur dengan nikmat kurniaan, serta menjalankan persiapan bagi menyambu...

Kekal Bersih dan Harum di Lebaran Ini Dengan Dettol dan Air Wick

Ramadan adalah bulan yang mulia di mana umat Islam berpuasa dan bersyukur dengan nikmat kurniaan, serta menjalankan persiapan bagi menyambut Aidilfitri. Bermula dengan mengemas rumah, membeli baju baru, merancang menu berbuka puasa, sehingga membuat kuih raya, ini sememangnya musim yang sangat sibuk buat semua.


Sempena bulan yang mulia ini, Dettol dan Air Wick mengambil kesempatan untuk memastikan anda kekal bebas dan terlindung daripada kuman sebelum anda sibuk menjalankan persiapan sepanjang musim perayaan ini, dan pada masa yang sama, memastikan rumah anda kekal harum bagi pengunjung dan orang tersayang, terutamanya setelah memasak juadah Ramadan mahupun Aidilfitri! 

Bayangkan adanya warna-warna menarik untuk menghidupkan suasana di ruang tamu apabila ada yang berkunjung. Sepanjang bulan Mei dan Jun 2017, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM25 atau lebih bagi produk-produk Dettol dan/atau Air Wick dalam satu resit, dan anda layak mendapat sebuah bekas kuih Raya untuk menyimpan kuih-muih kegemaran anda. Kumpul keempat-empat warna untuk menceriakan rumah anda! Semuanya boleh anda dapati di farmasi utama dan pasar raya di Malaysia. 


Bukan itu sahaja! Layari laman Facebook Dettol Malaysia untuk mendapatkan Resepi Koleksi Khas daripada Chef Anis Nabilah, sertai pertandingan dalam talian kami dan anda mungkin berpeluang untuk membuat kuih bersama chef selebriti, Anis Nabilah! Anis dikenali ramai sebagai seorang chef yang versatil dalam masakan Malaysia dan antarabangsa, dan merupakan hos bagi beberapa rancangan masakan yang popular, seperti Eat Clean with Anis di Astro Bella dan 1, 2… Bakar! di TV3. 


Dengan pembelian produk-produk Dettol dan/atau Air Wick yang bernilai RM25 itu, hantarkan penyertaan anda di laman Facebook Dettol Malaysia (www.facebook.com/DettolMalaysia) dan siapa tahu – anda mungkin menjadi salah seorang antara 8 pemenang yang dapat membuat kuih bersama Chef Anis Nabilah! Tempoh pertandingan adalah dari 1 hingga 14 hari bulan Mei 2017, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pertandingan dalam talian Dettol ini terbuka  kepada rakan runcit terpilih Dettol iaitu Mydin, Econsave, Giant dan Tesco.  

Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran RB Malaysia & Singapura, berkongsi keterujaannya akan kerjasama bersama Chef Anis Nabilah untuk menceriakan persediaan Hari Raya tahun ini. “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Chef Anis bagi kempen Raya tahun ini, dan Chef Anis juga telah menghasilkan beberapa resipi kuih Raya yang unik khas hanya untuk kami! Anis merupakan salah seorang chef kegemaran Malaysia, dan kami ingin membawakan sedikit kegembiraan di rumah setiap rakyat Malaysia dengan perwatakannya yang ceria dan juga mengeratkan silaturahim dengan menggalakkan semua orang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama menerusi aktiviti seperti membuat kuih dan biskut raya,” kata Tang lagi.     

“Reckitt Benckiser sentiasa berusaha untuk menggembirakan para penggunanya dengan produk inovatif dan berkesan yang dapat menyihatkan para pengguna dan menceriakan seisi keluarga. Dengan Dettol dan Air Wick serta Resepi Koleksi Khas Chef Anis Nabilah untuk menyambut Ramadan tahun ini, kami benar-benar berharap agar kami dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga dalam kalangan masyarakat Malaysia,”  kata Tang. 


Chef Anis Nabilah turut meluahkan kegembiraannya untuk menyambut Raya hari ini bersama Dettol dan Air Wick. “Ramadan sentiasa merupakan bulan yang sibuk bagi saya kerana saya perlu membuat persiapan Raya, daripada menyediakan makanan sehinggalah membuat kuih Raya bagi keluarga dan rakan-rakan. Satu tip yang ingin saya kongsikan kepada semua adalah betapa pentingnya bagi anda untuk memastikan kebersihan ruangan dan alatan memasak, dan jangan lupa untuk membasuh tangan sebelum dan selepas memasak atau membuat kuih. Setelah penat memasak, saya pastikan rumah saya kekal harum dengan semburan wangian Air Wick – saya lebih menggemari semburan wangian automatik kerana ia memudahkan saya!”

Kami berharap agar Ramadan kalian berjalan dengan tenang dan penuh keberkatan dengan perlindungan bebas kuman dari Dettol serta wangian Air Wick di rumah. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Dettol Malaysia bermula dari bulan Mei. 

Kebersihan dan kecantikan pada seorang yang bergelar wanita bukan terletak pada kulit wajah yang cantik dan bersih sahaja yer. Ia juga meli...

Review | Veet Sensitive Touch Electric Trimmer

Kebersihan dan kecantikan pada seorang yang bergelar wanita bukan terletak pada kulit wajah yang cantik dan bersih sahaja yer. Ia juga melibatkan kawasan tertutup seperti bawah lengan, kawasan keintiman dan kawasan-kawasan lain juga tau. Bercukur merupakan salah satu perkara yang penting dan perlu dititikberatkan bagi menjaga kebersihan. Kadang-kadang nak bercukur pon rasa ngeri jugak. Ngeri sebab takut terluka. Memang kena berhati-hati juga ketika menggunakan pisau cukur. Salah cukur memang boleh mendatangkan kecederaan. Nak buat Brazilian wax… Lagi lah tak berani woihhh!!! Macam ngeri jer.


Tapi sekarang ni para wanita diluar sana tak perlu risau dan gusar bila nak bercukur kerana VEET akan membantu anda semua dengan alat elektronik penaggal bulu pertama yang baru bagi memudahkan proses penjagaan dan perapian semasa bercukur iaitu VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER. Ianya direka khas untuk penampilan yang sempurna, menarik dan pada masa yang sama ianya sangat mudah, cepat dan lembut pada kulit.


Dah boleh ucap selamat tinggal pada pisau pencukur, pencabut bulu dan seangkatan dengannya lah. Selamat datang untuk VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER. Yang bestnya dengan VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER ni sebab ianya pelbagai guna. Bukan setakat untuk keguaan bawah lengan dan kawasan intim. Tapi juga boleh untuk membentuk dan merapikan kening, merapikan sideburns serta boleh membuang bulu-bulu halus dikawasan muka.

Antara barang-barang yang terdapat didalam set VEET SENSITIVE TOUCH BEAUTY TRIMMER 



Face:

1 x 2 Sided Trimming head – 16mm and 6mm
1 x comb attachment (2mm & 4mm) to uniform hair lenth
1 x Styler cap

Other Body Areas:

1 x 1 sided Trimming Head (20mm)
1 x comb attachment to uniform hair length

Other Accessories:

1 x Cleaning brush
1 x Beauty pouch to take it with you anywhere
1 x AA Battery


Aku berpeluang untuk mencuba sendiri VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER dan hasilnya amat memuaskan. Masa mula-mula pakai tu, agak terkial-kial jugak sebab 1st time pakai peranti elektronik untuk bercukur kan. Tapi lama-lama kau akan biasa menggunakannya. Dah tak payah risau pasal terluka lagi. Menjimatkan masa kau jugak... hahaha... Yang paling best, saiz nya yang kecil dan comel serta boleh dibawa ke mana-mana sahaja, packaging nya yang berwarna pink, senang nak pakai, aksesori yang berbeza untuk setiap bahagian dan mencukur dengan tepat dan lembut.

Kalau korang nak beli atau dapatkan VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER ni, harganya RM119.00 dan dijual di farmasi utama di seluruh negara serta ada dijual didalam talian. 

Kalau nak lebih lanjut, korang boleh layari:

Website


Facebook 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...