Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Ok...sila jangan salah faham dengan tajuk diatas. Saya tak pregnant lagi yer. Si Qhalif pon baru jer 3 bulan. Cukup lah dulu. Sakit nak bera...

Unexpected Pregnancy...Kandungan nak masuk 5 Bulan baru sedar diri hamil lagi, kisahnya...

Ok...sila jangan salah faham dengan tajuk diatas. Saya tak pregnant lagi yer. Si Qhalif pon baru jer 3 bulan. Cukup lah dulu. Sakit nak beranak masih terasa lagi hingga hari nih...bagi lah mak rehat dulu yer noks.

Ini cerita yang aku tak sempat nak publish sebab si qhalif tak sabar² nak kluar. Sebelum aku citer pengalaman bersalin anak ketiga, baik aku citer dulu pasal kehadiran qhalif...baby unexpected. Ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri...cewahhhh...ekekekeke...

Perutku yg cumil

Tu dia...tajuk yang agak panjang. Dalam entry INI, ramai yang tertanya² dan banyak persoalan yang berada di minda uols yer. Aku sendiri pon tak sangka. Tapi tu lah, kita hanya merancang kan...tapi DIA adalah perancang yang terbaik. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Seperti uols sedia maklum, aku fully breastfeed qahirah. Genap setahun usia, susu dah start drop. Macam² petua aku amalkan, tapi masih macam tu gak. Period plak masa qahirah 4 bulan aku dah start period. Ingatkan kalau fully BF, tak lah period. Tapi ikut badan memasinglah kan. Pastu period plak on and off. Tu yang unexpected tu. Apa yang aku perasan, dah beberapa bulan tak period. Tapi aku yakin yang aku tak pregnant...confident noks sebab tak rasa apa². Yang aku fikir hormon dah lari lah nih.

Bila masuk jer bulan December, masih tak period lagi. Sudah mula rasa cuak di situ...muahahahahaha...sebabnya, selalu heartburn, pastu perut pon ada sedikit buncit. Tak besar pon buncitnya dan memang tak nampak macam pregnant pon. Pastu kekadang ada gak rasa macam menguis², tapi aku fikir mungkin angin kot. Si dia dah sibuk dan bising² soh check, cuak pon ada gak sebenarnya tu. Tapi mak still confident noks, mungkin sebab tak period, tu yang perut buncit. Pastu siap berdoa lagi, doa ni pon member blog yang bagi. Doanya:

"Ya! allah, aku belum bersedia, kau berilah rezeki anak dulu pada orang yang memerlukan waktu ini. Tapi kalau benar aku mengandung sesungguhnya kau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Buatkan hatiku redha"

Tu dia, doa aku untuk kawan² yang masih belum ada rezeki anak ☺☺. Bila si dia dah mula risau, takut ada penyakit lain ker, gi lah klinik. Citer lah kat doctor pasal masalah aku. Doctor tanya bila last period. Tu lagi satu masalah...aku lupa bila last period nya. Ok lah...doctor soh baring. Bila doctor pegang jer perut, trus dia cakap 'ni nak masuk 5 bulan dah ni'....gulpppppppp....speechless, terkesima, terperanjat dan macam² perasaan lagi lah. Pastu doctor scan sebab nak tengok condition baby macam mana dan bila due datenya. Alhamdulillah...baby sihat. Due date pon doctor ikut ukur lilit kepala baby sebab aku tak confirmed bila last period.

Perasaan aku? Memula tu rasa macam susah nak terima gak sebab qahirah pon belum 2 tahun lagi dan adalah masalah² lain lagi. Tapi tu lah, DIA yang maha mengetahui. Rancang macam mana pun, kalau dah di tetapkan rezeki olehNYA...aku redha. DIA duga aku dengan dugaan yang aku rasakan cukup hebat, tapi dalam masa yang sama DIA bagi aku rezeki. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Aku bersyukur sebab baby nih sihat sempurna. Iyerlah...dah masuk 5 bulan baru nak makan vitamin. Sebab tu HB aku rendah.

Lepas dah tau jer pregnant, terus perut aku membuncit bagai johan dengan mendadaknya. Kesian baby nih, dah masuk 5 bulan baru ibu tau kewujudan awak...sob..sob...sob. Untuk pengetahuan semua, sepanjang pregnant dari anak 1st sampai lah 3rd nih, aku memang tak der alahan langsung. Syukur sangat². Kesian bila baca pengalaman kawan² yang teruk kena alahan masa pregnant. Bahagian masing² kan.

Cuma pregnant kali ni aku alami masalah emosi yang sangat teruk. Dugaan demi dugaan datang bertimpa. Anak² adalah kekuatan dan semangat. Ujian dari DIA untuk aku.

Bila di fikir² balik, baru aku perasan. Susu aku drop, heartburn, teringin nak makan buah CIKU, Kek batik dan Tantrum si Drama Queen...ni suma adalah tanda² pregnant. Alahaiiiiii...dah ada pengalaman 2 anak pon masih tak perasan lagi ker ☺☺☺☺.

Itu lah kisahnya. Aku pon macam tak percaya jer yang aku pernah kadungkan janin yang hampir 5 bulan tanpa aku sendiri sedar. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNYA, syukur ya! allah.

Masalah setiap kali nak bersalin, tak tau nak beli set bersalin yang mana satu. NI suma orang alami benda yang samakan? Mengaku jer lah...ek...

Nak pilih Set Bersalin pon susah...alahaiiiii....

Masalah setiap kali nak bersalin, tak tau nak beli set bersalin yang mana satu. NI suma orang alami benda yang samakan? Mengaku jer lah...ekekekeke...

Hurmmmmm...dah nak masuk anak 3 pon masih berfikir² lagi nak beli set yang mana satu. Masa anak 1st dulu pakai set bersalin AMWAY ni ha:


Dapat sekali ngan bengkung. Tu pon tak pakai semua barang. Rasa macam membazir jer. So far ok lah. Anak kedua plak tak sempat nak beli. Si dia gi beli produk orang kampung. Hhhhmmmm...ok juga kot. Alhamdulillah...anak 1st and 2nd nih tak pernah kena jaundice.

Tapi kan, yang aku perasan, setiap kali lepas bersalin mesti kena sembelit. Faham² lah kan kalau kena sembelit lepas bersalin...ya! allah...seksa noks. Nak meneran lebih², takut terbukak jahitan...meneran secara sopan tak kluar plak....muahahahahaha...memang berjam² dlm bilik air. Nak kata tak makan sayur, kurang minum air...tak juga. Memang spesis akan kena sembelit lepas bersalin gamaknya.

Besar harapan aku kali nih...tak kena sembelit lagi. Bley nangis di buatnya. Tapi tu lah, kali ni rasa macam nak try salah satu produk nih:

Nona Roguy (NR)

HPA

Shaklee

Tak tau nak pilih yang mana. Ada sapa² pernah pakai salah satu produk nih tak? Bagi review sket.

Tika dan saat ini, nafsu aku adalah... makan... makan... makan... dan makannnnnnn... Alahai...nak masuk 9 bulan ni asyik nak makan jer...

Spontaneous Thursday # 15 - Nafsu...

Tika dan saat ini, nafsu aku adalah...


makan...

makan...

makan...

dan makannnnnnn...

Alahai...nak masuk 9 bulan ni asyik nak makan jer kerjanya. Nak kena ada benda untuk di kunyah. Baru jer lepas makan...nak makan lagi. Pagi...tengah hari...petamg...malam...tengah malam...kelaparan jer rasa. Last timbang 55kg. Minggu depan tak tau berapa kg plak naik.

Masa check-up awal bulan aritu, keputusan blood test last month menunjukkan yang HB aku rendah. Patutlah aku selalu rasa macam susah nak naf...

Anemia @ Hemoglobin Rendah Ketika Hamil...Risaunya...

Masa check-up awal bulan aritu, keputusan blood test last month menunjukkan yang HB aku rendah. Patutlah aku selalu rasa macam susah nak nafas...jantung berdegup lebih laju daripada biasa. Cepat letih. Tak pernah lagi kena hb rendah masa hamil ni. Ni 1st time kena. Risau pon ada gak nih. Kalau pitam kat office tak per, tapi klo tetiba pitam kat umah atau pon tengah memandu...ya! allah...na'uzubillah.


Doctor cakap mungkin sebab masa awal pregnancy aku tak cukup vitamin. Iyerlah...tau pregnant pon masa kandungan nak masuk 5 bulan. Dr soh stop makan obimin...dpt ubat baru, IBERAT FOLIC. Harap² hb naik lah. Minggu depan nak gi check up lagi. Rasau gak klo hb masih di tahap yang sama. Tapi alhamdulillah...baby sihat dan active.

Sedikit info mengenai ANEMIA.

Apa itu Anemia?

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin

Punca kurang darah

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

- Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
- Ibu yang kerap bersalin
- Jangkitan cacing
- Pendarahan dari faraj atau buasir
- Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?

Tanda – tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:

- Kelihatan pucat
- Sentiasa rasa letih lesu
- Rasa mahu pitam bila bangun
- Sentiasa rasa pening
- Bengkak kaki dan muka
- Kebas kaki dan tangan
- Rasa mengah dan hati berdebar-debar

Bagaimana kurang darah boleh dikesan?

Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus, anda dianggap mengalami kurang darah. Kesan bila dipandang remeh:

- Anda mungkin mengalami keguguran
- Melahirkan anak tidak cukup bulan
- Anak mati dalam perut
- Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
- Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
- Keluaran susu badan akan berkurangan
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung
- Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
- Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT

Cara Atasi

- Menjaga kebersihan diri
- Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
- Rehat dengan cukup
- Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
- Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan

10 Hari jer lagi until my due date. Dup...dap...dup...dap...rasanya. Walaupon dah ada pengalaman delivery anak pertama. Tapi orang kata lain...

38 Weeks Pregnant...Menghitung Hari

10 Hari jer lagi until my due date. Dup...dap...dup...dap...rasanya. Walaupon dah ada pengalaman delivery anak pertama. Tapi orang kata lain anak...lain rasanya, hhmmmmm....ntahlah, tunggu dan lihat saja.


Alhamdulillah, sudah masuk minggu yang ker 38. Masih lagi active, masih lagi bekerja seperti biasa & masih lagi gi keja naik motor yang perjalanannya amik masa 25 minit (^_^)...berserah padaNYA saja. Bos pon expect yang aku masih boleh bekerja until next week. Owh...next week adalah minggu berjaga² tu bos. Hubby dah pon apply cuti next week.

Setakat hari ni, masih belom ada tanda² nak bersalin lagi. Contraction pon biasa² jer. Yang tak tahan bila baby asik mengeras non stop. Bawah ni pon dah rasa sakit, maybe baby tengah cari jalan macam mana nak engaged...ahaks...Tidur malam pon tak lena, klo tido mengiring bila nak tukar posisi...ya ampun...sakit wei. Pinggang pon dah start sakit nih.

Berat aku dah naik 62 kg, berat baby plak dah 2.6 kg. Yang best...aku dapat puasa penuh tahun nih...syukur. Esok ada check-up. Takut plak klo kena seluk...mana tau kan (^_^)

Hhhmmmm...bila dah hujung² pregnant nih ada jer dugaan yang datang. Ada citer sedih sbenarnya yang aku nak citer, tapi nanti² lah. Citer yang buat aku menangis bila dengar...yerlah...last² minute baru tau (bergenang sudah :-(). At least kalau bagitau awal², bley prepared. Dugaan untuk kami.


Anak masuk spital hari jumaat, ibu plak ada check-up hari sabtu. Nasib spital sebelah menyebelah jer. Dengan tangan berdrip aku hangkut iman...

Quick update on check-up

Anak masuk spital hari jumaat, ibu plak ada check-up hari sabtu. Nasib spital sebelah menyebelah jer. Dengan tangan berdrip aku hangkut iman skali. Seperti biasa, susah btul nak dapat nombor yang awal². Kali ni no. 28 plak.

Berat makin turun dari 61.3 kg ker 60.7 kg. Tapi tak risau sebab even berat ibu turun, berat baby tetap naik. Kali nih dah naik 2.2 kg. Makin hari makin tak selesa di buatnya. Dr. cakap kepala pon dah engage. Terasa sakit dah bawah nih.

Braxton Hicks Contraction pon dah makin kerap...huhuhuhu...Makin dekat makin berdebar² di buatnya nih.


Hari sabtu aritu gi check-up. Skang dah kena 2 minggu skali. Macam biasa...orang ramai. Kalau sebelom ni dapat no. 23, tapi kali ni up lagi....

Cerita check-up...Berat turunlah

Hari sabtu aritu gi check-up. Skang dah kena 2 minggu skali. Macam biasa...orang ramai. Kalau sebelom ni dapat no. 23, tapi kali ni up lagi...dapat no. 26 plak. Hajat di hati memang nak gi awal. Hhhhmmmmm....terlajak. Lepas sahur trus tido, sedar² dah 7.30 am.

Lepas daftar suma, giliran dalam pukul 11.00 am - 12.00 pm. Apa lagi, balik umahlah. Dalam pkul 11.30 am gi klinik balik. Ngam² time sampai, no giliran dah masuk 24. Pandai hubby budget masa (^_^).

Sampai giliran, check BP...alhamdulillah normal. Pastu timbang berat. Dari 61.8 kg drop ker 61.3 kg. Scan plak nak tengok berat baby. Alhamdulillah...berat baby naik dari 1.37 kg ker 1.9 kg. Dr cakap maybe sebab puasa, tu yang turun, nasib berat baby tak turun skali. Tapi make sure bila buka makan makanan yang berkhasiat. Risau gak bila tengok berat aku turun.

Dr. tambah lagi, berat aku mungkin akan naik mendadak bila raya nanti, jangan risau...ahaks...yerlah, dah raya kan, mesti makan tak hingat nyer. Alhamdulillah syukur...puasaku masih penuh lagi (^_^).


Sekejap jer dah masuk 33 weeks. Makin dekat makin berdebar² plak rasa. Barang² baby satu apa pon tak prepare lagi...huhuhu... Syukur alhamd...

33 Weeks Pregnant, Braxton Hicks & Puasa

Sekejap jer dah masuk 33 weeks. Makin dekat makin berdebar² plak rasa. Barang² baby satu apa pon tak prepare lagi...huhuhu...

Syukur alhamdulillah sebab puasa ku masih penuh lagi walaupon ada masanya rasa macam tak larat. Yang paling tak tahan, sejak posa ni perut asyik mengeras jer, pagi...tengah hari...petang, tak kira masa. Inikah yang di namakan Braxton Hicks (practice contractions)? Lupa plak macam mana rasanya...hehehehe...kekadang perut ni rasa sakit macam nak peyod. Risau gak. Mungkin sebab posa kot. Hopefully baby keluar ikut due lah.


Your baby is probably head-down in your uterus — although he may continue to change position — and his skull bones are still pliable to help him ease through the birth canal. A few babies remain breech and may need extra care during delivery. Mild, irregular contractions known as Braxton Hicks (practice contractions) may become more noticeable as the days go by.


Info untuk ibu² yang buat pertama kalinya berpuasa dlm keadaan diri yang mengandung. ******************************************************...

Panduan ibu hamil di bulan Ramadan

Info untuk ibu² yang buat pertama kalinya berpuasa dlm keadaan diri yang mengandung.

**********************************************************************************

Ada di kalangan ibu-ibu hamil yang pasti berasa khuatir untuk berpuasa dalam keadaan bayi di dalam kandungan yang amat memerlukan kadar nutrisi yang diperlukan bagi memastikan perkembangan janin.

Jika anda hamil dan ingin berpuasa, pastikan keadaan kesihatan anda amat stabil kerana ibu-ibu hamil juga sebenarnya dibolehkan untuk berpuasa, tetapi menerusi syarat-syarat tertentu.

Apa pun pastikan kandungan dan kesihatan nutrisi yang dibekalkan ibu menerusi plasenta kepada janin.

Salah satu daripadanya ialah memastikan makanan yang dimakan itu mengandungi nutrisi yang diperlukan termasuk protein, zat pemakanan yang diperlukan ibu dan bayi di dalam kandungan.

Komposisi yang harus dipenuhi ibu-ibu hamil bagi zat pemakanan tersebut ialah karbohidrat 50 peratus, protein (30 peratus) dan lemak sekitar 10 hingga 20 peratus.

Biarpun begitu, ada beberapa faktor yang harus diperhatikan oleh si ibu andainya dia hamil dan ingin meneruskan berpuasa.

Sekiranya si ibu hamil tersebut menghidap penyakit kencing manis atau diabetes, maka ibu tersebut tidak disaran untuk berpuasa.

Sekiranya ibu yang hamil itu menderita penyakit darah tinggi atau hipertensi kerana ibu-ibu ini memerlukan aturan memakan ubat yang berterusan secara teratur dia juga disaran untuk membuka puasanya.

Tekanan darah tinggi juga harus dihindari selama hamil kerana ia boleh menyebabkan kematian mengejut bagi si ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Selanjutnya adalah faktor perdarahan. Jika ini berlaku, ibu yang hamil dinasihat tidak berpuasa kerana khuatir kesihatan janin di dalam kandungan.

Dehidrasi atau kekurangan cairan akibat muntah selama hamil akibat mabuk atau morning sickness atau sebagainya juga diminta untuk tidak meneruskan puasa dan minum sebanyak mana air yang diperlukan.

Jika tidak, sebaliknya akan berlaku kerana dehidrasi ini berkemungkinan akan menyebabkan pitam, pening, rasa berpinar dan seram sejuk yang boleh menyebabkan keadaan ibu hamil ini menjadi lebih teruk dan pengsan.

Source: Utusan Online

Baru lah bley bercerita pasal check-up kat Hospital Anu-Nur last week. Pagi² dah bangun, tapi tetap lambat gak. Niat di hati memang tak nak ...

Cerita check-up...terjawab sudah teka teki ☺☺

Baru lah bley bercerita pasal check-up kat Hospital Anu-Nur last week. Pagi² dah bangun, tapi tetap lambat gak. Niat di hati memang tak nak bawak iman, tapi dak iman ni macam tau² yang abah & ibu dia tak kerja. Nak hantar gi nursery tak nak. Lepas mandi trus sambar baju jalan. Erkkkk...budak nih ada instinct gamaknya. Tak sampai hati plak aku nengok muka sedih iman, kesian nak tinggalkan kat nursery. Kata putus...bawaklah skali.

Sampai kat an-nur dalam pukul 9.00 am. Ya ampun, orang ramai giler. Tak expect plak orang ramai mcm tu. Pengajaran untuk aku, next appointment haruslah terpacak depan pintu klinik pukul 8.00 am sbb klinik bukak pukul 8.30 am. Dah daftar bagai dapatlah nombor 23 and giliran dalam pukul 11.00 am - 12.00 pm...gulppp...lama tu. Nak balik umah malas, apalagi pusing² pastu makan².

Dah kenyang, gi an-nur, masih blom sampai giliran. Last² pukul 2.15 pm baru dapat jumpa dr. phewwwww...Memang best lah dr. khamsiah nih. Sangatlah friendly. Lepas kena soal jawab, tibalah masa untuk perutku di scan (^_^). Dr. tanya dah tau gender ker blom? Aku cakap blom sbb last check-up baby tutup ngan kaki ☺☺☺. Kejap jer dah nampak. Nak tau tak...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

It's a baby girl. Alhamdulillah syukur. Dapat anak sepasang (^_^). Condition baby ok semuanya, sihat dan sempurna. Berat baby pon dah 1.37 kg. Baguslah dr. nih, memang detail, masa scan di terangkan semuanya. Memang puas hati. Cuma dr. cakap uri aku nampak macam kebawah sikit. Risau gak. Tunggu next check-up plak macam mana kedudukan uri. So far tak pernah lagi bleeding.

Weeeee...rambang lah mata nak pilih baju baby girl. Satu apa pon tak beli lagi nih.Due date aku dalam 2 oktober 2010. Klo ikut 1st pregnancy dulu awal seminggu. Hhhhhmmmm...klo kluar 1 oktober pon cantik gak kan. Just wait and see jerlah. Hopefully selamat semuanya (^_^)



Balik dari check-up last week gi lah jenjalan kat JJ Bandar Tun Hussin Onn. Dah puas tawaf, tergerak nak gi kat bahagian supermarket, try te...

Buah Delima...Mission accomplished ☺☺

Balik dari check-up last week gi lah jenjalan kat JJ Bandar Tun Hussin Onn. Dah puas tawaf, tergerak nak gi kat bahagian supermarket, try tengok kot² ada buah delima plak kan. Sebelum ni pergi, tak der.


Dari satu buah ke satu buah aku belek, tetiba....mata mak bersinar² noks bila nampak satu bakul tu ada buah delima. Rasa macam nak melompat² jer. Tapi tak der lah plak dorang letak harga. Aku pon amik lah 2 bijik, hajat di hati nak amik lebih sket. Hhhhmmmmm...skali bila di timbang² dan di kira², 2 biji buah delima bersamaan dengan RM10.00. Tak per lah, janji dapat gak makan kan.

Balik umah, relaks² jap, apalagi...buah delima lah aku bedal dulu kan. Perghhhh...memang sedap giler, isi merah menyala berkilat², manis plak tu. Makan berdua dengan iman, berebut². Memang buruk lantak btul mak buyung nih makan, dengan anak pon nak berebut²...wakakakaka...yerlah, nak cari bukan main payah lagi kan. Lepas dah makan tu, rasa menyesal plak beli 2 bijik. Tak cukup gamaknya. Nak lagi lah (*_^)

Abang sayang....jom gi JJ lagi beli buah delima...ahaks...*wink*


Ada check-up kat Hospital An-Nur, Bangi. 1st time check-up kat spital. Appointment dengan Dr. Khamsiah. Bukan main susah lagi nak call buat ...

Hari ni cuti...

Ada check-up kat Hospital An-Nur, Bangi. 1st time check-up kat spital. Appointment dengan Dr. Khamsiah. Bukan main susah lagi nak call buat appointment. Pagi² nak kena kluar dah. Kalau lewat...confirmed lama nak tunggu. Iman...hantar nursery lah. Ibu & Abah nak dating berdua hari nih...ahaks...

Kepala aku pon dah 2 hari ni macam weng sket. Masa 1st pregnancy dulu pernah kena Low Blood, tapi tak der High Blood. Hopefully tak der apa² lah.

Hopefully jugak iman junior tak malu² nak menunjukkan jantinanya bila dr. scan nanti ☺☺☺


Sekejap jer dah masuk 3rd Trimester. Lagi 2 bulan ++ baby dah nak pop-out. Makin dekat makin berdebar² plak rasanya, tak sabar pon yer gak....

My Pregnancy This Week -- 29 Weeks


Sekejap jer dah masuk 3rd Trimester. Lagi 2 bulan ++ baby dah nak pop-out. Makin dekat makin berdebar² plak rasanya, tak sabar pon yer gak. Barang² baby satu apa pon tak prepare lagi. Next week baru nak go check-up kat spital. Insya'allah...delivery kat An-Nur, Bangi. Dekat ngan umah.

Alhamdulillah...kesihatan mak buyung & baby ni baik² jer. Perut pon makin beso plak aku nengok. Jalan pon dah macam penguin gamaknya, tapi maintain laju. Ntahlah...tak biasa plak jalan slow², klo dah terasa mengah tu, barulah jalan macam pompuan melayu terakhir versi bawak perut...ahaks...

Pergerakan baby makin active. Wave sana sini, sampai senget² perut di buatnya, yang tak tahan bila baby start mengeras...perghhhh...uols pon tahu mcm mana rasanya kan.


Your baby's head is getting bigger and his brain is developing billions of neurons (important for later learning) at an amazing rate. His nutritional needs are growing too. To meet his body's demands, you'll need plenty of protein, vitamin C, folic acid and iron. His bones in particular are soaking up lots of calcium right now, so drink your milk (or if you don't like the taste, try calcium-enriched orange juice).


Pregnancy kali ni aku try pakai bio oil plak. Masa 1st pregnancy dulu just pakai baby oil jer, kesudahannya...byk gak stretch marks, sampai...

Bio Oil - Preventing pregnancy stretch marks


Pregnancy kali ni aku try pakai bio oil plak. Masa 1st pregnancy dulu just pakai baby oil jer, kesudahannya...byk gak stretch marks, sampai ke punggung. Sejak pakai bio oil nih, alhmadulillah...ada nampak perubahan. Kesan stretch marks lama pon dah nampak pudar, tak tahulah bley hilang trus ker tak. Perut pon tak nampak stretch marks even dah 6 bulan, kecuali kesan lama kat bahagian bawah perut. Kena rajin sapu hari². Tapi aku plak jenis liat, kekadang sapu kekadang tak.

Skang ni dah ada tukang urut baru yang rajin sapu minyak bio oil ni kat perut. Siapa lagi kalau bukan anak bujang nan sorang tu (^_^). Seronok btul dia. Adiknya pon suka bila abang urut² perut ibu nih, menendang² kat dalam tu (^_^).

Ni ada sedikit info mengenai cara² penggunaan minyak bio oil:

Application


Bio-Oil should be applied to the abdomen, breasts, hips, buttocks and thighs twice daily from the first trimester, to help prevent the appearance of pregnancy stretch marks by moisturizing and maintaining the elasticity of the skin.

Bio-Oil should be applied to dry skin directly after bathing or showering, and allowed to fully absorb before getting dressed.

Safe for use during pregnancy

Vitamin A

Vitamin A has come under the spotlight as being potentially hazardous to the health of the foetus if ingested orally in very large quantities by the mother. Because it is extremely difficult for high concentrations of vitamin A to penetrate the body via the skin, topically applied vitamin A (and its derivatives) is of less concern. The level of vitamin A (Retinyl Palmitate on the label) in Bio-Oil is far lower than that which could ever be harmful if applied topically.

Rosemary

In recent years there has been a great deal of publicity surrounding the safety of the excessive use of Rosemary oil during pregnancy. However, the Rosemary oil contained in Bio-Oil (Rosemarinus Officinalis on the label) is of little concern as it is extremely difficult for high concentrations of Rosemary to penetrate the body when topically applied. Therefore, the level of Rosemary in Bio-Oil is far lower than that which could ever be harmful.

Lavender, Calendula and Chamomile

Lavender, Calendula and Chamomile are also all considered safe for use throughout pregnancy.

Episiotomy scars

An Episiotomy is a minor procedure used to ease a normal vaginal delivery; it involves a surgical incision in the perineum to enlarge the vaginal opening. Although Bio-Oil is extremely safe for use on the surface of the skin, we do not recommend that it be applied to any mucosal membranes. Bio-Oil contains a low level of fragrance and is therefore not considered 100% sterile. For this reason, we do not recommend that Bio-Oil be applied to episiotomy scars.

Perineal Massage

Perineal massage is the gentle stretching and massaging of the perineum (the skin between the anus and vagina) with the aim of reducing the incidence of episiotomy and perineal tears during childbirth. For the same reasons listed above, we would not recommend the use of Bio-Oil for perineal massage.

Use during breast feeding

It is completely safe to use Bio-Oil on the body while breast feeding, but it is not recommended for use on the nipples - although Bio-Oil is non-toxic, young babies are very sensitive and should not ingest even the smallest amount of Bio-Oil.

Use on babies

Although Bio-Oil was not developed for use on babies, it will not be harmful when using the product on the unbroken skin of infants over 2 years of age. However, the product must be applied with care, and should not be used near the eyes or mouth.


Dah lama tak citer pasal pregnancy journey. Alhamdulillah...hari selasa aritu gi klinik trus buat check-up skali. Amik result blood test. D...

24 weeks pregnant - Iman Junior masih belum bersedia menunjukkan jantinanya


Dah lama tak citer pasal pregnancy journey. Alhamdulillah...hari selasa aritu gi klinik trus buat check-up skali. Amik result blood test. Dr cakap darah aku bagus. Condition baby pon ok...sihat. Cuma bila aku nak tahu jantinanya, dr. cakap tak nampaklah. Banyak kali gak godek sana sini, tapi di tutupnya dengan kaki. Aduhhh...ibu dah excited dah ni adik tgk baju² baby yang cute², especially baju baby girl (^_^).

Bak kata dr. kalau kes tak nampak nih, chance lebih kepada baby girl *wink*. Kita tunggu dan lihat sajalah. Tak kisah lah, boy or girl, janji sihat sempurna dan cukup sifat. Berat aku kali ni naik 2 kg. So...untuk pregnant 6 bulan nih, berat dah menjangkau 58 kg. Sekejap jer masa berlalu. Perut pon dah makin membesar bagai johan.

Pergerakan baby plak semakin rancak, ada jer aksi akrobatik yang di tunjukkan. Kekadang sampai terkejut di buatnya. Seronok sangat (^_^).

Alhamdulillah jugak, heartburn dah semakin berkurangan. Cuma skang nih tido malam tak lena sangat, kerap terjaga. Biasalah tu kot, dah nak masuk 3rd trimister nih.


Your baby is still on the skinny side with no body fat but his brain is growing rapidly and he's starting to fill the space in your uterus. By now, you probably have a definite "pregnant" shape and the linea nigra, a dark line of pigmentation, may appear down the centre of your abdomen. Your baby's taste buds are also forming and, believe it or not, his sweet tooth. Could that explain your sudden craving for doughnuts? No one knows for sure but it's a good excuse, next time you find yourself visiting the bakery.


Start dari minggu lepas. Batuk menyerang kembali. Paling teruk lepas acara makan besar punya . Penangan sambal belacan bachang barangkali, ...

Batuk...oh batuk....

Start dari minggu lepas. Batuk menyerang kembali. Paling teruk lepas acara makan besar punya. Penangan sambal belacan bachang barangkali, makan tak hingat dunia, malam tu aku batuk teruk yang amat sangat. Tekak bagai dicucuk²...gatal giler. Kesudahannya, aku batuk beserta muntah. Habis kluar segala isi perut dari lunch & dinner. Bila pompuan mengandung batuk², faham-fahamlahkan...basah seluar di buatnya. Ya allah...azab rasanya. Malam tu banyak kali gak batuk serentak ngan muntah skali. Tido malam pon tak lena.

Google Pic.

Pastu start sakit tekak and selsema. Sampailah hari ni. Penangan batuk + muntah + bersin yang kerap buat badan aku jadi sengal². Yerlah...bila batuk & bersin perut jadi tertekan. sakit dah rasanya perut nih, especially belah kanan.

Rasa berat jer dada nih, macam nak kena sedut gas gamaknya, kahak degil tak nak kluar. Nak makan ubat kerap sangat takut plak, even ubat tu bley di makan utk ibu mengandung. Nak makan madu lebah...madu pon tak beli² lagi, harus aku cari petang nih.

Get well soon to myself. 


Kalau dah jenis jalan laju tu laju jugak. Kalau tak pregnant jalan laju tak per lah jugak. Ini bila dah pregnant pon masih lagi macam tu. Ma...

Laju nya jalan....

Kalau dah jenis jalan laju tu laju jugak. Kalau tak pregnant jalan laju tak per lah jugak. Ini bila dah pregnant pon masih lagi macam tu. Macam tak sedar plak yang diri tu bawak perut...hehehehe...

Tak biasalah jalan slow². Kalau dah lambat lagi lah...macam lipas kudung mak buyung nih jalan. Risau gak kalau ada effect ker. Yerlah...dah 6 bulan kan. Mintak tolong pak cik Google cari info, jumpa lah ini:

Google Pic.

What are the benefits of walking?

Walking is one of the most popular types of exercise for mums-to-be (Clapp 2000). Walking keeps you fit without jarring your knees and ankles. It's a safe way to exercise throughout your whole pregnancy.

There are other benefits, too. If you go for regular walks, you may be less likely to develop certain complications, such as pre-eclampsia (Sorensen et al 2003) and gestational diabetes (Oken et al 2006).

Best of all - it's free, and easy to fit into your day!

Tips for a walking workout

First trimester

You won't need to stray too far from your normal walking habits. It's a good idea to buy proper walking shoes so that your feet get the support they need. When you're walking, place your heel on the ground first and then roll onto your toes, rather than placing your feet flat on the ground.

If it's hot and humid outside, give walking a miss. You won't want to get too hot.

Second trimester

You may feel more ungainly now your bump's starting to show. Try to pay attention to your posture when you walk so that you don't strain your back. Keep your back straight, your head and chin level and your eyes on what lies ahead. You can swing your arms to help your balance and to intensify your workout if you want.

You may notice that the way you walk is changing now, and you may waddle slightly. This is perfectly normal. The way you walk is just another way your body is adjusting to all the changes that are happening to you (Limberry and Gilleard 2000). Your hips and ankles are doing a lot of the work, so they may ache if you overdo things (Foti et al 2000). Listen to your body, don't walk to the point of exhaustion, and cut down if you feel you are doing too much.

Third trimester

Keep doing what you have been for as long as you can. Given that you can barely see your feet for your bump, you may want to avoid steep or uneven paths that could put you off-balance. If you have any pelvic or back pain while walking, talk to your midwife or doctor. You may need to be referred to a physiotherapist, who will be able to give you specialist advice.


Kat mana lagi nak cari buah delima ni yer. Mak buyung nan sorang ni mengidam buah delimalah plak. Dah suruh hubby cari, tapi tak jumpa² lagi...

Buah Delima...oh! buah delima....

Kat mana lagi nak cari buah delima ni yer. Mak buyung nan sorang ni mengidam buah delimalah plak. Dah suruh hubby cari, tapi tak jumpa² lagi. Ada gak soh cari kat pasar chow kit & pasar pudu, tapi belum berkesempatan lagi nak pergi.

Baru dapat makan sebiji jer buah delima, itupon kat umah mak, mamang ada tanam pokok delima ni. Memang rezeki ibu mengandung...kebetulan ada sebiji yg masak, tapi tak puas makan lah, cinonet sangat pastu isi pon tak merah. Kalau dapat yg beso dengan isi kemerah-merahan mcm yang dalam gambo nih...perghhhhhh...sedapnya....


Antara Khasiat & kelebihan buah delima:

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6)

Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.

Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.

Antara kebaikannya yang lain:
  • menghalang pembentukan sel kanser
  • mencantikkan kulit
  • mencegah dr nyanyuk
  • memberi tenaga
  • elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
  • elok utk sistem penghadaman
  • mngurangkan berat badan
  • prevent morning sickness( utk org mengandung)
  • memperelokkan rahim
Source kat sini


Pergilah kau jauh² dari ulu hatiku ini...ahaks...bilalah heartburn nih nak hilang. Tak sanggup rasanya, baru 5 bulan pegnant....ada lagi 4 b...

Heartburn @ Pedih Ulu Hati

Pergilah kau jauh² dari ulu hatiku ini...ahaks...bilalah heartburn nih nak hilang. Tak sanggup rasanya, baru 5 bulan pegnant....ada lagi 4 bulan lagi...huhuhu. Serba tak kena. Nak tido tak selesa, nak rukuk & sujud pon terasa gak...panas jer tekak nih. Antara sebab² heartburn:

Injap pada pintu masuk ke perut kendur semasa anda hamil disebabkan oleh perubahan hormon. Oleh itu, asid perut mengalir semula ke esofagus (saluran ke perut).

Simptom:
  • Rasa sakit yang kuat pada bahagian tengah dada.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
  • Elakkan makan dengan banyak, makanan yang terlalu pedas, atau makanan yang bergoreng.
  • Pada waktu malam, cuba minum susu panas dan tinggikan bahagian atas katil atau gunakan lebih daripada sebiji bantal.
  • Pedih ulu hati dan tidak dapat tidur, susunan bantal berlapis adalah lebih selesa jika anda mengalami masalah pedih ulu hati atau tidak dapat tidur.
Ada gak buat seperti apa yang di sarankan, ada lah kurang sikit tapi masih terasa heartburnnya lagi. Ini bahagian untuk aku sebagai ibu mengandung kot...tak mabuk langsung, tapi heartburn setiap bulan...ahaks...mak redha noks.



Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. Baby pon sihat. Aku dah mula rasa tendangan² lembut. Kali ni cepat betul. Yerlah...ruang da...

17 weeks pregnant

Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. Baby pon sihat. Aku dah mula rasa tendangan² lembut. Kali ni cepat betul. Yerlah...ruang dah besar untuk baby bergerak. Seronok sangat. Tak sabar nak tunggu baby buat aksi² akrobatik (^_^). Pregnant kali ni aku teringin nak makan buah Delima. Tak jumpa² lagi nih. Kat umah mak ada, tapi tak masak lagi...huhuhu...


You may be gaining weight rapidly at this point, even if you're not eating much. Experts say that the amount of weight you put on during pregnancy is dictated primarily by your genes, so don't necessarily blame yourself if the weight's accumulating faster than you'd like. Your baby's movements are felt as a gentle, fluttering sensation at first, but get stronger and more obvious as time passes. Some babies kick vigorously and often, others are quieter. And many seem most active at night!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...