Showing posts with label Potty Train. Show all posts
Showing posts with label Potty Train. Show all posts

Sambungan dari entry [Potty Training Qhalif | Mission Accomplished!!!] . Lain orang, lain caranya kan. Ada budak memang senang nak di p...

Potty Training TIPS!!!

Sambungan dari entry [Potty Training Qhalif | Mission Accomplished!!!]. Lain orang, lain caranya kan. Ada budak memang senang nak di potty training. Dan ada budak memang amik masa untuk di potty training. Ni berdasarkan pengalaman #ibu3anak ni…cewahhhh…Ada yang kata anak perempuan lebih senang di ajar. Anak lelaki plak agak payah. Haaipppp…. Tak semestinya hokay. Antara Iman Hakimi, Qahirah dan Iman Qhalif, Iman Hakimi agak cepat. Boleh baca [Potty Training Iman Hakimi]

Mungkin sebab Iman Hakimi pakai [Cloth Diapers]. Iyer...zaman kerajinan terlebih. Anak sorang masa tu. Rajin kemahin. Masuk anak kedua dan seterusnya...malas tahap gaban. Salute dengan orang yang pakaikan anak CD. Ok...tak nak melalut. Sambung citer balik.

Qahirah plak advance. Advance sebab dia bagi package…free diapers dengan pandai basuh yak sendiri. Jemput baca [Potty Training Qahirah]. Seronok tak terkata sebab ibu tak yah basuh yak anak lagi dah...hahaha... Tapi with supervision lah. Make sure dia basuh bersih kan. 

Ok…tak nak bebel panjang². Seperti yang aku tulis sebelum ni, kunci untuk potty training anak sampai Berjaya ialah KESABARAN. Kalau rasa tak sabar, biar jer lah anak tu pakai pampers yerp….hehehehe… Ni aku nak sharing tips potty training yang aku dah praktikkan kat #ImanQahirahQhalif.


1. Dah bersedia dan pandai cakap

Make sure anak dah betul² bersedia untuk di potty training. Kalau tak bersedia lagi, jangan di paksa. Ko jugak yang sakit hati nanti. Kita yang dewasa ni pon tak suka dipaksa² ini kan budak yang belum baligh. Aku pernah gak ajar qhalif secara paksa. Nangis² dia sebab nak jugak pakai pampers. Tak nak pakai seluar. End up…. Dia protes…tak nak pakai seluar. Boleng (bogel) jer dalam umah. Seluar dia gi letak dalam freezer. Tanjat ibu nengok benda asing apa lah kat dalam tu. Sekali seluar…ppffttt… Kencing pon beberapa kali terbabas. Tido tengah hari pon terkencing dalam sluar. Tu lah…sapa soh paksa² kan. Dah budak tu tak nak. 

Seluar didalam freezer...ppffttt...

Kalau anak dah pandai cakap senang sket nak train. Sebab dah faham apa dia cakap kan. Tapi kalau nak train masa anak masih tak pandai cakap lagi pon boleh. Janji dia faham apa kita cakap dan ko faham body language anak. Tak der masalah.

2. Kerap bertanya

Tanya lah banyak² kali. Tapi jangan lah tanya setiap 5 minit. Bosan plak budak tu nanti. Pesan juga kat anak kalau nak kencing/berak cakap ngan ibu atau soh gi toilet terus. Jangan dah kencing/berak baru nak cakap. Tapi tu normal lah. Tak sempat kekadang kan. Tabah jer lah.

3. Simpan carpet/tikar

Haaaaa…kalau kat umah tu banyak carpet/tikar, gulung lah dulu yerp. Kang kalau anak tu tak sempat gi toilet mau terkencing atas carpet/tikar. Double penat plak nanti. Biar lah togel dulu umah tu. Bila anak dah berjaya kencing/berak sendiri, baru lah letak balik carpet/tikar tu yerp.

4. Step by step

Tak boleh lah nak ajar sekali harung. Ko expect siang dah lulus, so malam pon kira lulus jugak lah gittew. Kena lah step by step. Memula potty training waktu siang dulu. Tunggu beberapa hari sampai anak dah berjaya. Teruskan plak ke step seterusnya. Potty training waktu malam pulak. Alas tempat tidur dengan  protector sheet kalau tak confident. Macam aku tak alas apa² pon. Tawakal jer. Sebelum tidur aku soh qhalif gi toilet dulu. Alhamdulillah….kering tilam. Kalau terjaga pagi tu aku kejut gak. Tanya sama ada dia nak kencing ker tak. Tapi kekadang kejut tak bangun pon. Tak nak kencing lettew. 

Bila dah lulus potty training malam. Kita masuk fasa seterusnya. Potty training time kluar jalan² plak. Sebelum kluar tu soh kencing dulu. Time tengah berjalan² tu jangan lupa tanya si anak  nak kencing/berak atau tak. Kekadang dorang bagi sign jer. Kalau pegang bebird tu maknanya nak kencing lah tu…hehehe…

5. Pujian & pelukan

Haaaaaa…Yang ni jangan dilupa. Sapa yang tak suka pujian dan pelukan kan. Kembang kuncup lompat bintang kalau kena puji. Apatah lagi kalau kena peluk. Macam tu jugak lah dengan anak syurga ni. Seronok wei tengok reaksi muka dorang bila kita sebagai ibu ni puji dia…. ‘yeayyyy….qhalif dah pandai kencing/berak sendiri’‘yeayyyyy… qhalif dah besar’… Bersorak bertepuk tangan ibu ko nak bila misi potty training berjaya. Si anak pon bukan main lebar senyum tu. 

6. Comparison

Ingat yer… development budak berlainan. Jangan rasa down bila tengok anak orang lain belum umur 2-3 tahun dah free diaper. Anak kita?? Dah masuk 4 tahun masih berpampers lagi. No..no..no… Ada budak yang cepat dan ada budak yang lambat. Tak yah lah nak banding² kan sangat.

Malu sebab orang mengata?... ‘Anak dah besar pon pakai pampers lagi’‘ishhhh…mak dia tak ajar ker. Dok umah jer kot’. Abaikan jer lah mulut orang. Dah nama pon manusia, ada jer benda yang nak mengata. Anak kita…bukan anak dia. Duit kita yang beli pampers. Bukan pakai duit dia pon. Jangan rasa down hokay. Bukan selamanya anak kita nak pakai pampers kan. Tiba masa nanti pandai lah dia.

Jangan compare antara adik beradik jugak… ‘tengok abang tu, belum 3 tahun dah tak pakai pampers tau. Awak ni? Dah 3 tahun ber pampers lagi’… Ni ayat yang pernah aku tuju kat Qhalif. Terkebil² budak tu…sobsss… Maafkan ibu nak. Jangan buat macam ni. Ingat….development budak berlainan.

7. Sabar

Kunci untuk berjaya potty training anak adalah S.A.B.A.R…. yup… kesabaran kena tahap paling tinggi. Kalau tak sabar memang susahlah. Tipu lah kalau aku cakap aku ni penyabar masa potty training anak. Ada masa hilang sabar gak. Istighfar…. Tarik nafas…hembusssss… Ko nak anak pandai kencing/berak sendiri kan. Sabar yerp. 

Ok… dah cukup kot tips² ni. Kalau ada yang nak menambah, dipersilakan. Yang tengah dalam proses potty training anak tu, semoga berjaya. Usaha tangga kejayaan. Berbaloi sebenarnya sebab dah boleh jimat duit pampers. 

Note: Bukan jimat duit pampers jer. Duit susu pon sama sebab Qhalif dah tak minum susu since last year. Next entry yerp.


gambar ulang tayang jer Alhamdulillah...misi nak potty training Iman Qhalif berjaya. Bukan mudah nak potty training ni sebenarnya. Seb...

Potty Training Qhalif | Mission Accomplished!!!

gambar ulang tayang jer

Alhamdulillah...misi nak potty training Iman Qhalif berjaya. Bukan mudah nak potty training ni sebenarnya. Sebelum ni dah try buat. Tapi Qhalif nampaknya masih belum bersedia. Jadinya...cuti panjang yang ada baru ni, aku manfaatkan sepenuhnya masa yang ada. 

Kalau sebelum ni siang Qhalif tak pakai pampers. Pastu asal nak yak jer mesti minta pampers. Tapi skang ni no more pampers untuk tido malam dan nak kluar gi jalan². Seronok bukan main IbuAbah sebab anak soleh Iman Qhalif dah berjaya jimatkan perbelanjaan bulanan untuk beli pampers. Good job son. 

Agak mencabar sebenarnya nak potty training anak ni. Lebih² lagi kalau si anak belum betul² bersedia. Tipu lah kalau aku cakap dalam tempoh nak potty training tu aku tak marah kat anak. Dah banyak kali cakap, tapi kencing tetap merata. Tak sempat nak masuk toilet gittew. Kencing time tido. Memang menguji kesabaran. Tu belum berak tercicir lagi. Nasib keras. Kalau cair?? Sambil lap lantai sambil kesat air mata dibuatnya.

Kunci untuk semua ni adalah SABAR. Ko nak ajar anak free diapers. Tapi bila anak ko tak sempat gi toilet, ko marah. Acaner tu? Hilang semangat budak tu nak belajar. Practice make perfect kan. Kena lah step by step. Tak kan harini ajar esok ko dah expect anak tu dah pandai. No..no..no... Kena lah bagi anak tu masa untuk adapt bila tak pakai pampers.

Bila siang anak dah pandai kencing sendiri. Cuba plak waktu malam. Aku start tak pakaikan pampers waktu malam last week. Itu pon sebab terlupa. Sekali bangun pagi memang kering. Pastu weekend haritu try lagi. Erkkkk...kering lah toto. Dengan tak der alas² nya lah. Start dari haritu sampai lah harini memang tak pakai pampers waktu malam dah. Tapi make sure soh anak kencing dulu sebelum tidur yerp.

Bila dah malam pon tak pakai pampers. Kita pergi ke next step. Jangan pakaikan pampers waktu nak keluar jalan² plak. Sebelum ni tak confident. Siap bersoal jawab laki bini...'Nak pakaikan pampers ker tak ni bang?'...Tanya si isteri. 'Ntah...pakai jer lah'...jawab laki. 'Kita cuba dulu tak pakaikan pampers. Try ajar'...jawab si isteri. Kebetulan sabtu tu kluar. Qhalif pon rela bila kluar tak pakai pampers. Kalau sebelum ni memang  minta pampers. Maknanya?? Dia dah bersedia lah tu. 

Amazingly...dia tak terkencing dalam seluar pon. Tapi kita kena kerap tanya kat anak sama ada dia nak kencing/berak atau tak. Hari pertama keluar jalan² berjaya. Hari kedua gi majlis kawin pon tak pakaikan pampers dan berjaya jugak. Perasaan teruja nya bila anak dah free dapers tu hanya DIA jer yang tahu. 

Lepas ni nak ajar basuh yak sendiri plak. Kalau yak aku kena tunggu kat toilet sebab dia tak confident lagi nak dok kat toilet bowl tu. Tak per...dah pandai yak kat toilet pon ibu dah bersyukur nak. Try gak soh dia basuh yak sendiri. Bley plak anak soleh ni cakap 'kita geli lah ibu'...ppffttttt....

Gittew lah kisah aku dan potty training nya, Terpanjang plak. Next entry aku share tips untuk potty training plak yerp. Lain orang lain caranya kan. 

Note: Tak yah risau pasal harga pampers lagi dah ☺☺


Alhamdulillah...Di usia 3 tahun, anak dara solehah ni dah tak pakai pampers lagi dah. Day and night. Siap package lagi tu. Package apa?...

Potty Train | Tahniah QAHIRAH!!!



Alhamdulillah...Di usia 3 tahun, anak dara solehah ni dah tak pakai pampers lagi dah. Day and night. Siap package lagi tu. Package apa? Dalam masa yang sama, qahirah dah pandai basuh 'yak' sendiri. Senang dah kerja ibu. Hanya basuh 'yak' Qhalif jer...hehehe...

Kalau sebelum ni dia nak pakai pampers kalau nak buang air besar. Memula aku tak bagi. Suruh yak dalam toilet. Tapi dia tak nak. Ok...fine. Ibu tak nak paksa. Tapi dalam masa yang sama aku psycho gak lah anak dara ni. Dan alhamdulillah, misi berjaya.

Masa awal² potty train dulu biasalah, malam² still pakaikan pampers. Pastu step by step tak pakaikan pampers waktu malam. Ada masa memang basah lah tilam. Lama² alhamdulillah, kalau rasa nak terkencing tengah² malam/pagi memang qahirah akan kejut. Tak pon selalu sebelum tido memang aku akan suruh dia kencing dulu.

Apa yang penting, kesabaran yang tinggi perlu ada kalau nak potty train anak² ni. Jangan plak marah atau tengking kalau dorang tak sempat masuk toilet dan terkencing kat memana. Kang terbantut plak hasrat anak tu tak nak ber pampers. Make sure anak dah bersedia dan dah boleh bercakap. Kalau belum boleh cakap tu mungkin ada sign language yang ibu itu sendiri faham akan bahasa anak dia kan. Rajin² lah bertanya kat anak. Dan puji-pujian itu harus di beri kalau anak berjaya kencin/berak dalam toilet. Anak pon jadi bersemangat kan☺☺


Good luck lah buat ibu² yang sedang berusaha potty train anak masing² yer. Buat qahirah yang bijak dan solehah, tahniah dan terima kasih sebab awak dah berjaya menjimatkan duit pampers...hehehe...

Note: Nak ajar qhalif potty train plak. Anak bujang kenit tu pon tak nak pakai pampers. Asyik buka pampers jer kerjanya. Nak pakai sluar terus...haishhhh...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...