Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Pledge for Tomorrow. Show all posts
Showing posts with label Pledge for Tomorrow. Show all posts

Bila kali terakhir anda menghabiskan masa yang berkualiti bersama ibu dan bapa anda? Boleh ingat tak bila kali terakhir anda bawa ibu d...

AIG | Pledge For Tomorrow


Bila kali terakhir anda menghabiskan masa yang berkualiti bersama ibu dan bapa anda? Boleh ingat tak bila kali terakhir anda bawa ibu dan bapa anda bersiar² atau membawa mereka keluar untuk makan malam bersama dengan anda? Apa...tak ingat? 

Nak tau tak, yang paling mengembirakan hati seorang ibu dan ayah adalah bila anak² mereka dapat meluangkan masa dengan mereka walau pon sekejap. Kalau tak dapat jenguk ibu dan ayah dikampung, telefon kan ada. Telefon lah mereka sekerap yang mungkin. Itu pon dah cukup bermakna walau tidak dapat bersua muka dengan anak². 


Jom kita berikrar. AIG Malaysia sedang mengadakan kempen 'PLEDGE FOR TOMORROW' untuk anda semua sertai. Tujuannya adalah supaya kita semua dapat berikrar untuk meluangkan masa yang berkualiti  bersama ibu dan ayah anda yang tercinta. 

Matlamat AIG Malaysia untuk kempen ini adalah untuk mengumpul seberapa ramai yang boleh untuk membuat ikrar dan melaksanakan ikrar ini. Kempen ni bermula dari 7 October - 30 November 2015 dengan menawarkan hadiah² menarik untuk anda dan keluarga yang menyertai 'PLEDGE FOR TOMORROW' ni. 



Steps yang perlu anda buat. 


Mulakan ikrar anda untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan ibu dan ayah anda. Bawak gi taman ker. Bawak gi window shopping atau bawak pergi makan². Penuhi ikrar dan janji anda dengan mengambil gambar² terindah dan detik² istimewa anda menghabiskan masa dengan ibu dan bapa anda. Jangan lupa muat naik gambar² istimewa tersebut di INSTAGRAM dengan hashtag #pledgefortomorrow

Jommmmm....Mulakan ikrar hari ini dengan membawa kenagan hebat ibu dan ayah kita untuk hari esok.

Note: Ada mak jer. Ayah dah 10 tahun tak der. Untung lah pada yang masih punya ibu dan ayah. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...