Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Pendaftaran Permohonan Hartanah. Show all posts
Showing posts with label Pendaftaran Permohonan Hartanah. Show all posts

Bagi yang sedang mencari² rumah mampu milik untuk di beli, ni ada info untuk anda semua. Info ni pon aku dapat dari group WhatsApp. Bagi...

Permohonan Rumah Selangorku


Bagi yang sedang mencari² rumah mampu milik untuk di beli, ni ada info untuk anda semua. Info ni pon aku dapat dari group WhatsApp. Bagi pemohon yang berminat, boleh terus mendaftar di Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS). Urusan pendaftaran dan pemilihan oleh Kerajaan Selangor. Jenis² rumah plak"

Jenis A - RM42k (700 kps)
Jenis B - RM100k (750 kps)
Jenis C - RM150k (800 kps)
Jenis C - RM180k (900 kps)
Jenis C - RM200k (18' x 60')
Jenis D - RM220k (1000 kps)
Jenis D - RM250k (20' x 60')

Kelayakan:

1) Perlu daftar online di [http://lphs.selangor.gov.my]


Klik kat sini. Tapi aku rasa website LPHS ni ada problem lah. Memula tadi boleh bukak. Skang dah tak boleh bukak. Jadinya uolls kena alert slalu. Try and error.

2) Warganegara berusia 18 tahun keatas
3) Pendapatan:-

  • Jenis A - Bawah RM3000 sebulan
  • Jenis B, C dan D - Bawah RM8000 sebulan
4) Pemohon tidak mempunyai rumah di negeri selangor
5) Rumah untuk DI DIAMI dan bukan untuk DISEWA
6) Pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun

Apalagi....sila lah apply. Aku rasa macam nak apply jugak. Tapi dah ada rumah kat selangor ni...huhuhu...Menarik² gak design nya. Macam ni:


MasReca n19eteen kat Cyberjaya nih. Aku ada email dorang pasal project nih. Apartment yang berkeluasan 850 sqf (3 bedrooms 2 bathrooms). Berharga RM200k (1 open car park and bare unit) dan juga RM280k (2 covered car parks with furnishing package). Land tenure plak adalah Freehold. Kalau nak tau detail, aku boleh forward kan balik email yang developer bagi nih. Ada product brief. 

Kat Cyberjaya ni pon dah banyak pembangunan. Bukan kawasan jin bertendang lagi dah. Tak macam masa aku memula kerja sini tahun 2010 dulu. Nak cari kedai makan pon susah ko. Tak banyak pilihan. Balik² makan kat kedai yang sama. Skang ni hamik ko, banyak kedai² makan sampai dah tak tau nak makan kat mana. 


Yang ni plak kat UKAY INDAH, SG. SERING. Kat area gombak ni rasanya. Keluasan 750 sqf. Seriau plak aku tengok umah tinggi² macam ni. Kalau nak tau lanjut pasal rumah² ni, boleh terjah [SISTEM PENDAFTARAN PERMOHONAN HARTANAH NEGERI SELANGOR]. Banyak detail dalam tu. Jenis rumah, lokasi rumah, senarai projek dan juga status permohonan. Ok...sila daftar cepat.

Note: Kami ni rumah mampu milik setakat apartment/flat jer lah. Rumah landed house hanya boleh berangan jer lah untuk dimiliki.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...