Parenting tips datang lagi. Especially buat ibu²/bapa² baru
atau yang bakal jadi ibu²/bapa² tak lama lagi. Kali ni saya nak share
mengenai cara yang sesuai untuk bermain dengan anak² mengikut
peringkat usia mereka. Iyer lah…takkan anak tu baby lagi uolls dah ajak dia bermain
macam budak tu dah setahun kan. Kalau nak bermain tu kena lah bersesuaian
dengan umur mereka.
Kajian menunjukkan bahawa bayi belajar dengan baik melalui
bermain. Jika bayi yang sedang bermain, mereka benar² mengembangkan Play
IQ mereka. Mereka belajar tentang dunia di sekeliling mereka dan mengembangkan
pelbagai kemahiran penting, seperti kemahiran fizikal, kognitif, sosial dan
emosi mereka.
Isilah masa anak² dengan memberi mereka peluang bermain berdasarkan
permainan yang memerlukan mereka untuk berinteraksi dengan orang dewasa dan
rakan sebaya secara positif. Jejaki perkembangan bayi anda pada tahap pembangunan
yang berbeza untuk membantunya membangunkan potensi sepenuhnya melalui bermain.
Berikut adalah 8 cara untuk bermain dengan anak anda
mengikut perkembangan usia meraka bermula dari 1-24 bulan:
Cara terbaik untuk merangsang pembelajaran bayi anda
adalah dengan memberinya permainan yang betul mengikut peringkat perkembangan
usia yang betul. Bantulah mereka untuk mencapai tahap perkembangan dalam tiga
tunjang perkembangan kanak-kanak:
1. PHYSICAL PLAY IQ adalah ketika seorang anak mengembangkan
kekuatan, koordinasi dan keyakinan. Berikan dia mainan yang mendorong dia untuk
mencapai, merebut, bangun dan bergerak.
2. COGNITIVE PLAY IQ adalah mendorong kanak-kanak untuk
menyentuh, merasa, mendengar dan belajar sambil bermain. Mainan yang memberi
inspirasi kepada rasa ingin tahu dan rasa seronok untuk belajar akan membantu
mengembangkan kedua-dua kecerdasan dan kreativiti kanak-kanak.
3. SOCIAL AND EMOTIONAL PLAY IQ adalah kebolehan kanak-kanak
untuk berkongsi dan mengekspresikan diri dengan yakin ketika dia bermain.
Menggunakan mainan yang betul dan bermain dengan kanak-kanak lain akan membantu
kanak-kanak mempelajari kemahiran untuk berkongsi, mendengar dan memimpin.
Untuk maklumat lanjut mengenai Permainan IQ anak anda, tahap
perkembangan dan mainan yang disarankan, sila layari www.fisher-price.com/PlayIQ.
Note: Rambang mata kekadang tengok mainan budak yang cangging manggih nih.