AFB Feeds

Showing posts with label Parenting Tips. Show all posts
Showing posts with label Parenting Tips. Show all posts

Dah lama tak sharing pasal parenting tips. Bukan mudah nak jadi parents ni sebenarnya, Banyak benda...

Parenting Tips Dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Dah lama tak sharing pasal parenting tips. Bukan mudah nak jadi parents ni sebenarnya, Banyak benda kau kena belajar... belajar... belajar dan belajar lagi even anak kau dah berderet sebab ilmu parenting ni luas. Lagi banyak kau membaca, lagi banyak benda yang kau baru tahu. Alangkah bagusnya kalau kita baca dan kita amalkan sekali. Tapi tu lah, bila berhadapan dengan anak, lupa apa yang dibaca... ppffttt... 


1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak-anak, bersabarlah. Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri untuk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Al Quran sekurang-kurangnya semuka sehari, puasa Isnin dan Khamis dan sebagainya. Tambah-tambah lagilah untuk mendidik orang lain. Maka bersabarlah dalam mendidik. Dalam banyak-banyak keadaan,  matlamat kita untuk anak-anak sudah benar tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.

2. Tuntutlah ilmu secara berterusan. Walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.

3. Jangan label anak. Boleh kata anak malas tapi jangan label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dengan nama yg baik sebab itu adalah labelnya.

4. Letakkan misi dan visi yang jelas kepada anak. Jadi hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yang baik. Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK daripada didik anak jadi CERDIK.

5. Anak bukan milik kita tapi amanah Allah kepada kita. Didiklah anak mengikut kehendak Pemberi amanah. Jangan bawa anak2 kepada kita, tapi bawalah anak-anak kepada Allah.

6. Ibu sama dengan bulan Ramadhan sebab ibu adalah madrasah anak-anak dan bulan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu adalah cuaca dalam rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kepada anak daripada ayah. Sebab itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

7. Pendidikan anak-anak bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. Yg sudah berkahwin dan ada anak2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan. Didiklah isteri secara berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.


8. Didiklah anak dengan Al Quran. Ibnu Sina, Hafiz Al Quran pada masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dalam kandungannya ia telah dididik oleh ibu yang hafizah Al Quran. Kita bukan hafiz Al Quran tetapi pastikanlah anak-anak sekurang2nya kenal huruf Al Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.

9. Ibu bapa pemimpin kepada anak-anak. Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak-anak. Skrg ni anak2 tadika lebih percaya Ustazah di sekolah daripada ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan daripada ibu bapanya. Akhirnya, ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya.

10. Tingkatkanlah pengaruh dari rasa cinta kepada kepercayaan. Dalam rumahtangga, dipercayai adalah lebih utama daripada dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tapi tidak mempercayainya.

11. Walk the talk. Didiklah diri kita dalam usaha mendidik anak-anak kita. Bantulah anak-anak menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak-anak mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

12. Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan seperti sedekah dsbnya sebagai tawasul anak-anak menjadi baik. Cth: moga dengan sedekah ini, tetaplah solat anak-anak ku.

13. Sayangilah anak-anak kerana kita sayang dia bukan kerana sayang diri kita. Cth: kita jadikan anak-anak kuda lumba untuk kebanggaan kita. Anak dapat result yang baik terus war-war kan. Anak yang tak dapat result elok diamkan dan dimarah kerana memalukan kita. Jangan membezakan anak-anak yang pandai dengan yang kurang pandai.

Perkongsian ni aku dapat dari WhatsApp group tadika PASTI. Perkongsian untuk kebaikan bersama walaupun diri ini serba kekurangan. Aku akui, aku bukanlah ibu yang sempurna. Tapi aku cuba jadi ibu yang terbaik. Nak didik anak jadi Soleh, kita as parents perlu jadi Soleh dulu


Siapa yang tak risau bila anak dah start batuk² kan. Bukan setakat batuk jer. Kalau sakit, dema...

Natural Remedy Untuk Hilangkan Batuk Bayi!!!


Siapa yang tak risau bila anak dah start batuk² kan. Bukan setakat batuk jer. Kalau sakit, demam dan terluka pon dah buat kau menggelabah kerisauan. Lebih² bagi ibu yang bekerja yang cutinya banyak dihabiskan untuk anak² bila anak² tak sihat dan baki cuti tinggal nyawa² ikan. Kalau cuti tinggal zero dan kebetulan kau kena cuti emergency, maka tolak gaji lah jawabnya. Kesian kan.

Ni kisah last week. Harraz batuk². Bagi ibu macam aku yang ada pengalaman anak admitted due to bronco pneumonia, bila anak dah start batuk sikit jer hati kau sebagai seorang ibu dah mula risau tahap langit ke tujuh. Risau yang amat sangat. Terbayang saat² dimana ahli physio masukkan tiub kat tekak anak kau untuk keluarkan kahak² jahat. Nangis wei. Aku tak nak benda tu berulang. 

Kenapa tak bagi makan ubat? Kau tau kan, pemberian ubat batuk dan demam kepada anak² kecil terutama berumur 3 tahun ke bawah tidak dibenarkan. Banyak kajian yang dilakukan membuktikan bahawa ubatan ini sebenarnya tidak membantu dalam melegakan batuk dan selsema mereka. Sumber [SINI]. Macam Harraz ni dah macam² ubat masuk dalam badan dia since kena UTI (Urinary Tract Infection) due to Prolonged Jaundice. Admitted sampai 7 hari. Lepas tu kena [Bronco Pneumonia] plak. Admitted 5 hari. Dah berapa banyak ubat yang masuk selama Harraz admitted tu? Kalau boleh aku nak elak bagi ubat dah. 

Tu yang bila Harraz start batuk aku dah cuak giler. Jadinya moh lah kita try buat Garlic Steam. Nasib last week aku cuti seminggu. Ada hikmah disebaliknya. 4 hari berturut² aku buat sehari 2 kali. [Minyak Herba Asma Mujarab] pon sapu jugak. Kita usaha, tawakal dan berdoa sebab yang menyembuhkan tu DIA. Macam mana nak buat garlic steam ni? Ramai yang dah sharing macam mana nak buat. Tapi aku nak share jugak...hehehe... Senang jer.    


Pakai rice cooker senang. Banyak sikit wap yang keluar. Kalau pakai air panas letak dalam bekas, air tu cepat sejuk. Letak air dalam periuk. Tak payahlah kau isi penuh². Suku sudah lah. Ketuk bawang putih dalam 5-7 ulas. Letak dalam periuk yang berisi air tadi. Titiskan dengan minyak Habatussauda dalam 2-3 titik.


Bila perik dah panas dan dah mula berasap, wap kan lah muka anak tu kat periuk tadi, Jangan tundukkan muka anak tu ke bawah sangat. Panas wei. tiarapkan dia dalam 90 degree. Towel tu aku tutup kejap jer sebab wap tu macam tak kena sangat kat muka. Bukan tutup penuh pon. Tapi tak yah tutup tower. Biar jer dia pusing² kan kepala. Janji wap kena kat muka. Buat lah dalam 5-10 minit.


Menangis jangan cakaplah. Sebab tu hati kau kena kental dan tabah kalau nak buat garlic steam nih. Memang menangis² dibuatnya. Kalau tak tabah sila buat teknik lain. Tapi lagi bagus dia nangis sebenarnya. Hasilnya... hati kau rasa puas sebab keluar lendir² pekat dari hidung. Bak kata [Doc Khairul]... Memang effective untuk keluarkan lendir/ kahak, especially kalau nasal blocked.


Masa Harraz admitted haritu pon physiotherapist tu siap pesan kalau anak batuk, rajin² lah buat teknik percussion . Alaaaa... yang tepuk² dada ngan belakang badan tu. Tangan dalam keadaan melengkung ke tengah. Macam dalam gambarajah diatas. Ini bagi melonggarkan kahak² jahat dan degil yang dok melepak kat paru². Buat dalam 15 minit. Make sure sejam atau setengan jam sebelum tu anak tak minum susu lagi, Ini bagi mengelakkan muntah.  


Boleh jugak buat macam nih. Member yang sharing. Katanya serasi dengan anak dia. Dia buat 3 hari berturut². Hilang batuk ngan selsema anak dia. Tips lain boleh jugak buat minyak bawang putih. Caranya... BAKAR BAWANG PUTIH. CAMPURKAN DENGAN OLIVE OIL SIKIT DAN PICIT² BAWANG PUTIH YANG DAH DIBAKAR TADI BERSAMA OLIVE OIL BAGI SEBATI BAWANG PUTIH DEGAN OLIVE OIL. AMARAN... SAPU SIKIT DULU TAKUT KULIT ANAK JENIS SENSITIVE. KALAU OK BOLEH PROCEED SAPU KAT DADA, BELAKANG BADAN DAN TAPAK KAKI.


Alhamdulillah... Sejak buat garlic steam ni, ada lah nampak perubahan. Dah tak batuk malam². Tak terganggu dah tidur Harraz. Kena rajin buat kalau anak dah start batuk.

Note: Kita ni alau boleh nak anak sihat jer sepanjang masa kan. Tapi tu lah... 


Sambungan dari entry [Potty Training Qhalif | Mission Accomplished!!!] . Lain orang, lain caran...

Potty Training TIPS!!!

Sambungan dari entry [Potty Training Qhalif | Mission Accomplished!!!]. Lain orang, lain caranya kan. Ada budak memang senang nak di potty training. Dan ada budak memang amik masa untuk di potty training. Ni berdasarkan pengalaman #ibu3anak ni…cewahhhh…Ada yang kata anak perempuan lebih senang di ajar. Anak lelaki plak agak payah. Haaipppp…. Tak semestinya hokay. Antara Iman Hakimi, Qahirah dan Iman Qhalif, Iman Hakimi agak cepat. Boleh baca [Potty Training Iman Hakimi]

Mungkin sebab Iman Hakimi pakai [Cloth Diapers]. Iyer...zaman kerajinan terlebih. Anak sorang masa tu. Rajin kemahin. Masuk anak kedua dan seterusnya...malas tahap gaban. Salute dengan orang yang pakaikan anak CD. Ok...tak nak melalut. Sambung citer balik.

Qahirah plak advance. Advance sebab dia bagi package…free diapers dengan pandai basuh yak sendiri. Jemput baca [Potty Training Qahirah]. Seronok tak terkata sebab ibu tak yah basuh yak anak lagi dah...hahaha... Tapi with supervision lah. Make sure dia basuh bersih kan. 

Ok…tak nak bebel panjang². Seperti yang aku tulis sebelum ni, kunci untuk potty training anak sampai Berjaya ialah KESABARAN. Kalau rasa tak sabar, biar jer lah anak tu pakai pampers yerp….hehehehe… Ni aku nak sharing tips potty training yang aku dah praktikkan kat #ImanQahirahQhalif.


1. Dah bersedia dan pandai cakap

Make sure anak dah betul² bersedia untuk di potty training. Kalau tak bersedia lagi, jangan di paksa. Ko jugak yang sakit hati nanti. Kita yang dewasa ni pon tak suka dipaksa² ini kan budak yang belum baligh. Aku pernah gak ajar qhalif secara paksa. Nangis² dia sebab nak jugak pakai pampers. Tak nak pakai seluar. End up…. Dia protes…tak nak pakai seluar. Boleng (bogel) jer dalam umah. Seluar dia gi letak dalam freezer. Tanjat ibu nengok benda asing apa lah kat dalam tu. Sekali seluar…ppffttt… Kencing pon beberapa kali terbabas. Tido tengah hari pon terkencing dalam sluar. Tu lah…sapa soh paksa² kan. Dah budak tu tak nak. 

Seluar didalam freezer...ppffttt...

Kalau anak dah pandai cakap senang sket nak train. Sebab dah faham apa dia cakap kan. Tapi kalau nak train masa anak masih tak pandai cakap lagi pon boleh. Janji dia faham apa kita cakap dan ko faham body language anak. Tak der masalah.

2. Kerap bertanya

Tanya lah banyak² kali. Tapi jangan lah tanya setiap 5 minit. Bosan plak budak tu nanti. Pesan juga kat anak kalau nak kencing/berak cakap ngan ibu atau soh gi toilet terus. Jangan dah kencing/berak baru nak cakap. Tapi tu normal lah. Tak sempat kekadang kan. Tabah jer lah.

3. Simpan carpet/tikar

Haaaaa…kalau kat umah tu banyak carpet/tikar, gulung lah dulu yerp. Kang kalau anak tu tak sempat gi toilet mau terkencing atas carpet/tikar. Double penat plak nanti. Biar lah togel dulu umah tu. Bila anak dah berjaya kencing/berak sendiri, baru lah letak balik carpet/tikar tu yerp.

4. Step by step

Tak boleh lah nak ajar sekali harung. Ko expect siang dah lulus, so malam pon kira lulus jugak lah gittew. Kena lah step by step. Memula potty training waktu siang dulu. Tunggu beberapa hari sampai anak dah berjaya. Teruskan plak ke step seterusnya. Potty training waktu malam pulak. Alas tempat tidur dengan  protector sheet kalau tak confident. Macam aku tak alas apa² pon. Tawakal jer. Sebelum tidur aku soh qhalif gi toilet dulu. Alhamdulillah….kering tilam. Kalau terjaga pagi tu aku kejut gak. Tanya sama ada dia nak kencing ker tak. Tapi kekadang kejut tak bangun pon. Tak nak kencing lettew. 

Bila dah lulus potty training malam. Kita masuk fasa seterusnya. Potty training time kluar jalan² plak. Sebelum kluar tu soh kencing dulu. Time tengah berjalan² tu jangan lupa tanya si anak  nak kencing/berak atau tak. Kekadang dorang bagi sign jer. Kalau pegang bebird tu maknanya nak kencing lah tu…hehehe…

5. Pujian & pelukan

Haaaaaa…Yang ni jangan dilupa. Sapa yang tak suka pujian dan pelukan kan. Kembang kuncup lompat bintang kalau kena puji. Apatah lagi kalau kena peluk. Macam tu jugak lah dengan anak syurga ni. Seronok wei tengok reaksi muka dorang bila kita sebagai ibu ni puji dia…. ‘yeayyyy….qhalif dah pandai kencing/berak sendiri’‘yeayyyyy… qhalif dah besar’… Bersorak bertepuk tangan ibu ko nak bila misi potty training berjaya. Si anak pon bukan main lebar senyum tu. 

6. Comparison

Ingat yer… development budak berlainan. Jangan rasa down bila tengok anak orang lain belum umur 2-3 tahun dah free diaper. Anak kita?? Dah masuk 4 tahun masih berpampers lagi. No..no..no… Ada budak yang cepat dan ada budak yang lambat. Tak yah lah nak banding² kan sangat.

Malu sebab orang mengata?... ‘Anak dah besar pon pakai pampers lagi’‘ishhhh…mak dia tak ajar ker. Dok umah jer kot’. Abaikan jer lah mulut orang. Dah nama pon manusia, ada jer benda yang nak mengata. Anak kita…bukan anak dia. Duit kita yang beli pampers. Bukan pakai duit dia pon. Jangan rasa down hokay. Bukan selamanya anak kita nak pakai pampers kan. Tiba masa nanti pandai lah dia.

Jangan compare antara adik beradik jugak… ‘tengok abang tu, belum 3 tahun dah tak pakai pampers tau. Awak ni? Dah 3 tahun ber pampers lagi’… Ni ayat yang pernah aku tuju kat Qhalif. Terkebil² budak tu…sobsss… Maafkan ibu nak. Jangan buat macam ni. Ingat….development budak berlainan.

7. Sabar

Kunci untuk berjaya potty training anak adalah S.A.B.A.R…. yup… kesabaran kena tahap paling tinggi. Kalau tak sabar memang susahlah. Tipu lah kalau aku cakap aku ni penyabar masa potty training anak. Ada masa hilang sabar gak. Istighfar…. Tarik nafas…hembusssss… Ko nak anak pandai kencing/berak sendiri kan. Sabar yerp. 

Ok… dah cukup kot tips² ni. Kalau ada yang nak menambah, dipersilakan. Yang tengah dalam proses potty training anak tu, semoga berjaya. Usaha tangga kejayaan. Berbaloi sebenarnya sebab dah boleh jimat duit pampers. 

Note: Bukan jimat duit pampers jer. Duit susu pon sama sebab Qhalif dah tak minum susu since last year. Next entry yerp.


Salam pagi Rabu yang dingin. Al maklumlah...baru lepas hujan. Memandangkan skang ramai parents espe...

KELENGKAPAN SEKOLAH MURID DARJAH SATU YANG PERLU IBUBAPA TAHU!!!

Salam pagi Rabu yang dingin. Al maklumlah...baru lepas hujan. Memandangkan skang ramai parents especially yang 1st time anak nak masuk darjah 1 tahun depan. Jadinya...saya up balik entry berkenaan kelengkapan persekolahan untuk rujukan ibu² dan bapa² diluar sana yerp ☺
_____________________________________________________________________

Hamek ko...Huruf besar aku letak tajuk tu. Menandakan topiknya yang agak penting juga buat IBUBAPA yang anak nak masuk darjah 1 (satu) tahun depan. Sila bersiap sedia untuk membaca karangan yang agak panjang ini yerp. Membuak² idea datang masa memandu tadi.

Semalam terbaca satu status dari sahabat FB. Anak nak masuk darjah satu katakana. Apakah kelengkapan yang perlu di beli untuk anak masuk darjah satu ni. Memandangkan ramai jugak kawan² aku yang anak² mereka akan memasuki tahun satu. Meh nak share pengalaman #makbanyakanak tahun lepas. Harap dapat membantu.

Perkara utama yang perlu ibubapa amik tahu adalah:

1) Yuran Sekolah

Tak perlu risau pasal yuran sekolah sebab tiada yuran yang di kenakan. Sekolah lain aku tak sure tapi sekolah Iman Hakimi ni tak der. Cuma kena bayar duit PIBG sebanyak RM50 sahaja. 

2) Buku sekolah 


Untuk buku sekolah ni, better beli awal². Jangan beli masa hari orientasi sebab faham² lah kan. Dah tentu ramai parents yang nak membeli buku jugak. Kat kedai buku ada disediakan list² buku untuk dari darjah satu sampailah darjah enam. Kalau tak sure buku apa yang nak dibeli, masa hari orientasi tu nanti tanya cikgu² darjah satu buku apa yang perlu dan tak perlu dibeli. Pastu terpulang lah nak beli haritu jugak atau selepas tu. Kalau tabah nak beratur panjang, dipersilakan…hehehe… 

Kalau nak tau, total untuk suma buku termasuk neck tie dan lencana sekolah adalah RM119.90. Buku teks tak payah risau sebab sekolah bagi free jer.

3) Baju Sekolah (Kebangsaan dan Agama)

Model tak berbayar Jony & Jeny

Untuk Iman Hakimi, aku peruntukkan 3 pasang (Baju dan Seluar) untuk sekolah Kebangsaan dan 3 pasang (Baju, Seluar dan Sampin) untuk sekolah agama. Jenama plak untuk rakyat marhaen macam aku ni memang beli yang mampu poket. Aku beli kat Pusat Pakaian Hari2 jenama Jony & Jeny. Alhamdulillah…tahan lasak dan tahan lama baju tu. Apa ada pada jenama kan. Kalau uolls mampu poket, boleh jer beli jenama canggih manggih, professor dan juga jenama² yang lain. Bergantung pada kemampuan masing². Kalau nak tempeh baju anak pon boleh. 

4) Bag Sekolah

Aku peruntukan 2 bag sekolah. Satu untuk sekolah kebangsaan dan satu untuk sekolah agama. Bag sekolah kimi tu dapat free masa graduation day. Penjimatan di situ. Tapi bagi aku, better beli bag sekolah yang mahal sket sebab tahan lasak daripada beli bag murah yang terpaksa tukar berkali2. Betul tak….hehehe…Faham² lah budak lelaki kan. Koyak sana sini bag sekolah tu di kerjakan. Dengan zip bag tercabut lah. Dua kali lah kimi tukar bag sekolah…ahaksss…Kalau budak perempuan mungkin pandai jaga sket kot.

5) Kasut Sekolah


Bagi pendapat aku. Better keli kasut sekolah jenis canvas, bukan jenis canvas + PVC yang macam span tu. Dan ingat…beli kasut lekat dan bukan kasut bertali melainkan anak² anda memang sangat mahir ikat tali kasut. Kenapa kasut canvas? Sebab kekadang kan cuaca tak menentu. Hari mendung dan hujan buatkan kasut lambat kering. Jaman kita dulu kalau kasut basah kita boleh sidai kat belakang besi freezer. Sampai kuning² kasut ko kan. Ingat tak? Freezer skang mana ada besi kat belakang tu. Jaman skang ni kalau kasut basah sidai bawah kipas dengan volume kipas pon bukan main laju lagi. Tapi kalau nak beli kasut canvas + PVC tu pon boleh. Make sure beli jugak kasut canvas sebab kalau basah ada back up. Aku beli 3 pasang kasut sekolah untuk kimi untuk sekolah kebangsaan dan agama. Tapi skolah agama si kimi ni pakai selipar jer. Sekolah KAFA. Tak der strict sangat.

Jangan lupa juga beli kapur kasut. Kalau agak² lupa nak basuh kasut, kapur jer kasut tu bagi putih…hahaha…macam ada pengalaman jer…ngeeee…Kimi memang aku suruh dia [basuh kasut sendiri]. Sebab ibu dia ni dulu pon basuh kasut sendiri jer. 

6) T-Shirt Putih dan Tracksuit

Yang ni pon perlu di ambil kira jugak. Budak² sekolah skang kalau ada subject pendidikan jasmani dorang kena pakai baju sukan PJ sehari . Tak macam kita dulu. Ada PJ jer baru kena tukar baju pastu tukar balik pakai baju sekolah. Actually baju PJ ngan tracksuit (bertampal nama sekolah) ni ada jual di kedai buku. Tapi memandangkan permintaan tinggi, stok cepat habis. Kalau ada pon size besar. Jadi ko kena menunggu. Ni pengalaman dari #makbanyakanak sendiri yer. Mana yang tak der baju PJ tu, cikgu akan suruh pakai t-shirt putih. 

7) Stationery

Haaaaaa…bab stationery ni kekadang mengundang amarah jugak kat parents. Asal bagi jer, hilang. Asal hilang jer mesti pencil. pembaris ngan pemadam. Colour pencil jangan cakap lah. Kontot² di kerjakannya...ppffttt…Cadangan aku, anda beli stationery macam pencil, pemadam, pembaris dan jugak colour pencil secara banyak. Tak der lah membazir kalau asyik nak membeli jerk kan. Gi jer dekat GM. Beli banyak dapat murah kan. 

8) Bag Tags

Maaf empunya blog. Pinjam gambar jap

Cute kan. Aku tau kalau barang cute mute ni ibu² yang over kan. Yang ni untuk gantung kat bag sekolah anak kalau anak tak cam atau lupa mana satu bag sekolah dia. Biasalah…bag sekolah kan kekadang sama design nya dengan kawan² yang lain. Jadi nya bag tag ni adalah penyelamat. Tapi Kalau tak letak pon tak per. 

Iyer lah tu tak nak kan. Order untuk diri sendiri pon boleh jugak ni. Nak lettwe...ekekeke...Boleh order kat [SINI] atau bley gi [FB] dia untuk tengok design² yang cute miut. Boleh juga cuci mata kat [AnnaRozy Homemade Kids Couture]. Ada bag tags jugak. Pilihan di tangan anda.

9) Sticker Nama


Bagus jugak kalau order ni. Boleh tampal kat stationery anak². Tampal kat botol air dan juga bekas makanan. Kalau rasa malas nak menulis nama kat buku anak, boleh juga tampal sticker nama ni. Order nama ngan nama kelas. Tapi untuk tampal kat buku sekolah anak² pilihlah gambar yang senunuh sikit. 

10) Lencana dan Name Tag Sekolah


Dulu pakai lencana besi jer. Name tag plak pakai pin  Skang ni suma nya kena berjahit. Kalau baju kurung mungkin senang nak jahit. Tapi kalau baju kemeja sekolah ni agak payah sket sebab nak kena jahit kat poket tu *Alasan malas jahit..hahaha..*. Baru nampak cantik. Yang ni aku hantar kat kedai jer. Untuk 3 pasang baju sekolah bawah RM10. Tak ingat dah berapa dorang charge. Cuma [name tag] tu aku jahit sendiri. Lama jugak tunggu name tag nih.

11) Duit Belanja

Aku bagi Iman Hakimi duit belanja sekolah sehari RM3 pagi dan RM1 petang sebab tengah hari abah dia datang amik pastu bawak gi makan. Tapi better bawak bekal sebab jimat plus kalau dorang beli ntah apa makanan yang di belinya. Pastu [makanan kat kantin skolah pon boleh tahanmahal] wei. Sian kat bebudak. Untuk 1st day tu cikgu akan guide murid² untuk kekantin. Tapi parents kena ajar anak² macam mana nak membeli tau.

12) Transit

Yang ni sangat penting. Macam aku pepagi En. Bos atau aku sendiri yang hantar. Sekolah agama kimi plak memang berhadapan dengan sekolah kebangsaan. Jadinya…kalau murid² habis sekolah, cikgu sekolah agama akan tunggu kat pondok pengawal dan bawak bebudak ni gi sekolah agama. Mana yang transit akan terus mandi dan tukar baju utk sekolah agama terus.  Tapi aku amik yg private yang di panggil kelas KAFA. Tapi berdaftar under JAKIM

Ada jugak sekolah agama gomen. Tapi jauh dari rumah. Banyak factor yang aku kena fikir sebab anak² aku yang amik waktu petang. Keselamatan kimi kalau aku terlewat balik yang paling merisaukan. Kalau KAFA ni ada day care skali. Transit kat area rumah aku tu RM70 even sekolah ngan umah sekangkang kera. Dan aku rasa tahun depan naik lagi kot yuran van/bas sekolah.

Zaman skang tak macam zaman kita dulu. Gi sekolah agama dulu jalan kaki jer. Agak jauh jugak lah dari rumah. Tapi skang ni kalau nak lepaskan anak² gi sekolah sendiri memang fikir banyak kali. Jenayah makin berleluasa tak kira umur. Parents pon kena ajar anak² macam mana nak transit. Ikut dari belakang van/bas sekolah dalam seminggu ker.  Biar anak² hafal dan tau van/bas sekolah mana yang dorang perlu naik. Jangan lupa letak nombor HP parents sendiri dekat bag sekolah anak² kalau ada emergency kes ker kan. 

Ok...dah panjang berjela. Harap dapat bagi panduan untuk ibu² yang anak nak masuk darjah satu tahun depan, Banyak benda nak kena amik tahu. Especially bab transit tu. Alhamdulillah...aku tak der masalah dalam bab transit ni sebab En. somi yang handle. Kalau dia tak dapat amik, aku sendiri yang amik. 

Note: Nanti jangan lupa bawak camera gi masa 1st day sekolah. Moment yang tak boleh di lepaskan. Macam² aksi nanti. Parents yang over amik gambar anak. Anak relax jer,,,hehehe...



Janin/Bayi Meninggal Dalam Kandungan | Punca dan Langkah Pencegahan  -  Rasa sebak bila membaca sta...

Janin/Bayi Meninggal Dalam Kandungan | Punca dan Langkah Pencegahan

Janin/Bayi Meninggal Dalam Kandungan | Punca dan Langkah Pencegahan - Rasa sebak bila membaca status seorang sahabat baru² ni. Sahabat masa bekerja dan sahabat tempat meluah perasaan dahulu. Luahan seorang ibu yang kehilangan anak didalam kandungan waktu kandungan sudah 26 minggu. Tambah sebak bila kandungan kali ni adalah anak lelaki di mana ketiga² anak yang sebelum ni adalah perempuan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Tak dapat aku gambarkan kalau aku ditempat dia. Buat Liza dan Keluarga, moga terus kuat. Bertabahlah wahai sahabat. Anak syurga ini menanti kamu disana. Anak syurga yang bakal memimpin ibu dah ayahnya di Jannah nanti. Beruntung nya kamu. 

Tertanya² juga apa yang menyebabkan bayi didalam kandungan boleh maninggal. Ini jawapannya:


Menurut pandangan Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan, bukan semua kes bayi lahir mati dapat dikenal pasti puncanya kecuali dilakukan autopsi ke atas bayi tersebut. Kadangkala ujian autopsi telah dilakukan tetapi punca kematioan masih tidak diketahui. malah ada juga langsung tidak diketahui puncanya atau dikatakan takdir. 

Bagaimanapun bagi kebanyakan kes, ia boleh dielakkan daripada berlaku sekiranya ibu menjaga kesihatan dan mengambil langkah-langkah yang tertentu semasa di dalam proses kehamilan dan prihatin terhadap kandungannya.

Apakah yang dikatakan istilah lahir mati atau stillbirth ini? 

Lahir mati adalah kematian bayi di dalam kandungan selepas 22 minggu dikandung sebelum bayi sempat dilahirkan. Maknanya bayi meninggal di dalam rahim beberapa minggu atau jam sebelum atau selepas ibu mengalami sakit bersalin. Keguguran atau `keguguran spontan’ pula adalah `kehilangan’ kandungan yang berlaku sebelum ia berusia 22 minggu ataupun berat bayi kurang daripada 500gm jika usia kandungan tidak diketahui. 

Tanda dan simptom keadaan lahir mati
  • Apabila ibu mendapati bayinya tidak lagi bergerak untuk satu jangka masa yang panjang
  • Rahim tidak membesar melewati masa 
  • Tiada sebarang pergerakan atau degupan jantung pada bayi semasa menjalani ultrasound.
Apakah punca-punca ‘still birth’?

Punca Daripada Ibu:

Umur

- Masalah kematian bayi sewaktu dilahirkan sering terjadi di kalangan ibu yang terlalu muda iaitu umurnya 20 tahun ataupun hamil ketika berusia 40 tahun ke atas.

Menghidap Penyakit Tertentu

- Bagi anda yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan penyakit kronik yang lainnya, ketahuilah anda merupakan golongan berisiko terutamanya apabila tubuh tidak mampu lagi meneruskan kehamilan.

Sindrom Anti Phospolipid (APS)

- APS merupakan sejenis penyakit di mana darah wanita hamil mudah beku. Apabila saluran darahnya mempunyai darah beku, ia boleh memasuki plasenta dan menyekat pengaliran darah, oksigen dan makanan kepada bayi.

Trauma

- Kemalangan yang pernah berlaku seperti terjatuh, terhantuk dan yang seumpama dengannya boleh mendedahkan anda kepada risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan.

Tekanan

- Apabila mengalami tekanan, tubuh akan mengeluarkan hormon stress di dalam darah dan memberi tumpuan pada bahagian organ-organ yang penting. Oleh sebab itu, kelenjar adrenalin yang menjaga otak, jantung dan buah pinggang akan berada dalam keadaan darurat dan kurang memberi perhatian kepada bahagian rahim. Secara tidak langsung ia mendatangkan mudarat kepada bayi.

Sosial Ekonomi

- ‘Still birth’ juga terjadi kepada golongan ibu hamil yang terlalu miskin atau tiada pengetahuan asas bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan. Antara lain, jika ada di kalangan anda yang suka minum alkohol dan mengambil dadah sepanjang hamil, ia bakal mendedahkan bayi kepada risiko ‘still birth’.

Punca Daripada Bayi:

Pembesaran Terbantut

- Risiko ‘still birth’ boleh berlaku sekiranya bayi tidak mampu untuk membesar dengan kadar yang sempurna.

Pembentukan Kongenital

- Lazimnya ia boleh terjadi kepada bayi yang mengalami masalah pembentukan organ dalaman tubuh seperti jantung. Sama juga halnya dengan yang mengalami kecacatan akal.

Air Ketuban

- Anda perlu tahu bahawa air ketuban yang kurang ataupun terlalu banyak pun boleh menyumbang kepada risiko ‘still birth’.

Plasenta

- Masalah yang berlaku kepada uri seperti abruption placenta juga boleh menjadi penyebabnya. Ia terjadi kerana uri lekang terlebih dahulu sebelum bayi berjaya dikeluarkan. Jadi, ia tidak dapat memberi bekalan oksigen pada bayi lalu menyebabkannya meninggal. Manakala placenta praevia pula berpunca daripada pendarahan. Setiap kali pendarahan berlaku, plasenta tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan boleh menyebabkan nyawa bayi dalam kandungan terancam.

Apa yang boleh mengganggu perkembangan janin?

Kesihatan Ibu

- Demam campak semasa hamil boleh menganggu pembentukan janin. Semasa demam, antibodi badan berperang dengan bakteria yang menyerang, secara tak langsung pembentukann janin juga terlibat sama dalam ‘peperangan’ itu. Walaupun janin berjaya hidup, tetapi tumbesarannya mungkin tidak lengkap terutama pada bahagian organ penting dan boleh membawa kepada kecacatan seumur hidup. Atau perlahan-lahan ia berdegup-degup dan akhirnya meninggal.

Jangkitan kuman

- Kuman terutamanya dari kucing, seperti bulu kucing, air liur, cakaran atau najis, boleh masuk ke dalam tubuh manusia melalui makanan dan mengganggu tumbesaran janin. Ini disebut sebagai toxoplasmosis. Jika terjadi jangkitan pada 12 minggu awal kehamilan boleh membawa kepada kecacatan anggota badan, organ dan mata.

Genetik

- Banyak penyakit yang boleh diwarisi menyebabkan kecacatan pada janin bayi, seperti Thalassemia. Sumbing juga dikaitkan dengan faktor genetik. Perkahwinan sedarah juga boleh menyebabkan kelainan pada gen bayi yang bakal dilahirkan.

Ubat-Ubatan

- Ubat-ubatan seperti steroid dan antibiotik, dikatakan boleh memberi kesan buruk terhadap janin terutama jika diambil melebihi dos. Namun, paracetamol selamat untuk dimakan.

Amalan pemakanan 

- Air sejuk memang sedap diminum apatah lagi sekiranya air itu sejuk dan manis. Tetapi semasa mengandung anda disarankan jangan minum air sejuk sebaliknya perbanyakan minum air suam, atau air masak biasa. Air sejuk selalunya akan beri kesan pada janin dalam kandungan. Kejadiannya boleh memberi kesan pada sistem pernafasan, otak atau jantung janin. 

Apakah langkah pencegahan bagi mengelak insiden lahir mati?
  • Mengawal itu kadangkala boleh dilakukan dengan mengelak daripada faktor-faktor berisiko semasa mengandung
  • Mengawal diabetes mahupun darah tinggi yang boleh mengurangkan risiko lahir mati
  • Mengelak daripada penyakit rubella dengan mendapatkan suntikan rubella lebih awal sebagai sebahagian daripada pelalian
  • Elakkan makan daging mentah dan membela kucing-kucing untuk menghalang daripada toxoplasmosis
  • Kerap mencuci tangan merupakan amalan baik yang boleh menghalang wanita hamil daripada dijangkiti penyakit
  • Tidak merokok mahupun menghisap dadah apalagi semasa hamil. Ini kerana ia boleh mengakibatkan pertumbuhan bayi terbantut dan boleh meninggikan risiko insiden lahir mati
Dr. Jamiyah berkata, Hampir 50 peratus kes keguguran spontan di peringkat tiga bulan pertama disebabkan oleh masalah kromosom yang tidak normal ataupun kecacatan struktur anggota bayi. Uri dan tali pusat adalah saluran nyawa bayi untuk mendapatkan bekalan oksigen dan zat-zat makanan. Andai terdapat masalah bagi salah satu daripadanya bermakna terputuslah `saluran nyawa’ bayi. 

Ia boleh juga mengakibatkan gangguan teruk bagi kelancaran peredaran darah, oksigen dan zat-zat makanan kepada bayi. Uri dan tali pusat `sering dipersalahkan’ sebagai punca kematian bayi dalam kandungan ini namun ia masih merupakan `penyumbang’ sederhana di atas sebilangan kes lahir mati ini. Biarpun bukan kebiasaan, keadaan ibu juga mungkin bertanggungjawab kepada kematian bayi dalam kandungan. Sesetengah penyakit yang dihidapi ibu seperti diabetes dan darah tinggi serta rawatan ke atasnya kadangkala boleh menyebabkan bayi lahir mati.

Sumber: [SINI] dan [SINI]

Note: Kita di uji dengan dugaan/ujian yang berbeza². Bersyukurlah kerana dugaan/ujian itu tanda kasihnya DIA pada kita. Yang buat kita makin dekat denganNYA.



Kita lupakan kisah raya yang masih belum dikongsi dulu. Raya kan sebulan. Meh nak share pasal keibu...

Breath-Holding Spells | Parents...Sila Ambil Tahu!!!

Kita lupakan kisah raya yang masih belum dikongsi dulu. Raya kan sebulan. Meh nak share pasal keibubapaan nih. Anak² uolls ada yang kalau nangis jenis nangis yang bersungguh²? Nangis macam sakit sangat pada hal tak der apa pon. Haaaa...kena berhati² tu. Takut jadi Breath-Holding Spells.

Apa Breath-Holding Spells ni? Tak pernah dengar pon. Iyer...sebab kita tak pernah mengalami benda ni. Sebab tu tak tau. Aku pon baru tahu pasal ni lepas my colleague berkongsi cerita pasal anak dia yang kena Breath-Holding Spells ni. Meh kita belajar ilmu baru.


Tak faham? Nanti aku translate dalam bahasa melayu yang lebih jelas penerangannya. Meh nak share kisah kawan aku ni dulu. Katanya dia hampir kehilangan anak ketiga dia bila anak dia tiba² kaku, badan dah biru dan kejang, mata dah ke atas. Aku yang dengar pon rasa berdebar² dan scary. Anak dia kalau nangis memang jenis yang nangis bersungguh². Tak sangka plak boleh jadi sampai macam tu sekali. Ni 1st time dia hadapi situasi macam nih.

Memang dah nangis husband and wife. Buat CPR. Panggil²/goyang² si anak. Terus bawak gi klinik. Masa kat parking keta anak dia macam baru tersedar. Tapi masih lemah. Doc check suma katanya tak der apa². Iyerlah..,.sebab dah benti bernafas kan. Oksigen tak sampai kat otak. Takut gak jadi apa². 

Rupanya bila di search, benda ni dipanggil Breath-Holding Spells. Keadaan di mana bila si anak menangis dalam keadaan yang beriya²/bersungguh² sampai terlupa untuk bernafas sendiri. Nangis² sampai tak kluar suara. Bukan jer menangis, dalam keadaan ketakutan, kesakitan, kemarahan/tantrum pon boleh terjadi Breath-Holding Spells nih.

Tanda² Breath-Holding Spells

Breath-holding spell tidak berbahaya dan bukan merupakan penyakit epilepsi. Serangan ini biasanya terjadi pada anak berusia 6 bulan hingga 2 tahun dan menyerang ketika anak baru terbangun dari tidur. Biasanya dalam sehari akan terjadi 1-2 kali. Namun setelah si kecil berusia 4 tahun, ianya  akan hilang dengan sendirinya. Breath-holding spell boleh di kenal pasti dengan tanda² seperti berikut:
  • Anak anda menangis bersungguh²/keras dan menahan nafasnya. 
  • Di sekitar mulutnya akan kelihatan warna biru dan mula tidak sadarkan diri. 
  • Tubuhnya menjadi kaku dan beberapa kali terlihat bergerak seperti kejang. 
  • Keadaan anak akan kembali normal dalam waktu kurang dari 1 minit
Keadaan ini disebabkan suatu refleks yang abnormal menyebabkan 5% anak menahan nafas cukup lama sampai ia menjadi tidak sedar.

Apa yang perlu dilakukan?


  • Ketika serangan. Anda tidak perlu panik karana serangan ini tidak berbahaya dan akan berhenti dengan sendirinya. Baringkan anak anda di atas tempat tidur. Dalam posisi terlentang rata, aliran darah ke otak akan membaik dan mungkin dapat mencegah berlakunya kejang. Letakkan benda sejuk di dahinya hingga ia sedar kembali. Catat berapa lama berlakunya serangan dan jangan memasukan sesuatu ke dalam mulutnya. 
  • Setelah serangan. Tenangkan dirinya sambil Anda memeluknya. Jangan menampakkan wajah panik dan ketakutan Anda pada anak.
  • Pencegahan trauma. Keadaan yang paling berbahaya adalah trauma pada bagian kepala. Bila saat serangan terjadi anak anda sedang berada dekat dengan benda² keras, segera baringkan dia jauh dari benda tersebut.
Adakah boleh dicegah?

Kerana sampai saat ini belum diketahui sebabnya serangan ini tdak dapat dicegah bila disebabkan si anak terjatuh atau dalam keadaan marah dan ketakutan. Namun Anda boleh mengelakkan anak anda agar tidak menjadi biru dengan mengalihkan perhatiannya. Peluklah anak anda dan perhatikan sesuatu yang menarik padanya. Anak yang mengalami anemia lebih mudah mengalami serangan ini.

Meskipun tidak berbahaya, namun sebaiknya keadaan ini harus diberitahu kepada doctor. Segera bawa anak anda berjumpa doctor bila serangan terjadi lebih dari satu kali dalam seminggu dan berlaku serangan lebih dari satu minit. Pola serangan yang berubah juga perlu Anda perhatikan.

Ilmu baru untuk aku. Pernah dengar tak? Orang kata, elok anak menangis ni. Baik untuk paru². Tapi ada jugak orang² tua kata tak elok biarkan anak menangis lama². Mungkin salah satunya sebab ni kot. 

Sumber: [SINI] dan [SINI]

Note: Bila dah tau info ni, rasa takut nak biar anak nangis lama². Nasib dah lepas fasa umur yang disebut tu. 


Entry agak panjang. Kalau nak ilmu, teruskan pembacaan anda. Kalau tak nak, sila klik button '...

Parenting Sharing | 'Silent Killer'

Entry agak panjang. Kalau nak ilmu, teruskan pembacaan anda. Kalau tak nak, sila klik button 'X' kat atas tu yerp.


Scary kan dengar tajuk nih. Silent killer atau lebih dikenali sebagai pembunuh senyap. Nampak macam sihat, happy tapi tau² jer dah stage 4 tahap penyakit tu. Jangan ambil mudah sebab dikalangan anak² kita ni juga ada 'Silent Killer'. Siapakah yang dimaksudkan dengan 'Silent Killer'? Kita tengok dorang nampak ceria, happy...macam tak der apa². Tapi keadaan sebenar adalah sebaliknya. Kenapa? Meh kita kupas isu ini...cewahhhh...hehehe...

Siapa tengok Semanis Kurma hari ahad haritu? Episod pasal 'Silent Killer' ni lah. Tetamu jemputan dia adalah Prof. Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad . Mana yang terlepas episod tu, meh aku share apa yang aku sempat salin. Cuma aku terlepas dalam 5 minit selepas siaran dah pon start.

Ok...Kenapa kita tengok ada anak² yang nakal? Bukan kat nursery jer, kat sekolah pon sama. Cuba tengok kes buli skang ni. Budak darjah 1 pon dah pandai membuli. Dah pandai pukul anak orang. Nak salahkan dorang pon tak boleh jugak. Kenakalan anak² kebanyakkan nya dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Nakal itu kadang² untuk melontarkan rasa tekanan jiwa semasa berada dirumah. Sebab tu dia memborontak. Jadinya...cara dia melepaskan tekanan tu adalah dengan kawan² dia lah. Dia pukul kawan tu dan dia buli kawan tu macam tak der perasaan.

Sebab tu pentingnya mendidik anak dengan Iman, Akhlak dan Amal Soleh.  Ibu Bapa yang membesarkan anak dengan cara kekerasan dan kekasaran, impaknya adalah anak² akan membesar dengan ketakutan. Apa yang dilakukan jadi tak ikhlas sebab setiap perkara yang dilakukan dibuat sebab takutkan ibu bapanya. Sebaliknya jika anak² dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan pelukan, anak² ini akan menjadi seorang yang hormatkan ibu bapanya. Sebab apa? Sebab didikan dan kasih sayang yang dicurahkan. Setiap perkara yang dibuat akan dilakukan dengan ikhlas kerana sayang dan hormatkan ibu bapanya. Jadinya...peluk lah anak² anda setiap masa.

Kejutan juga merupakan kasih sayang kita pada anak. Sekali sekala bagilah kejutan. Orang kata reward untuk anak². Ok...part ni kelakar. Kebetulan Iman Hakimi ada sekali. Boleh dia cakap...'Haaa...dengar tu ibu. Kena bagi hadiah kat anak'...ppffttt...hehehe...Tak lupa juga doa. Setipa kali berdoa, sebut nama anak².

Sebagai Ibu Bapa, mulut kita juga memainkan peranan penting. Kekadang kalau dah marah tu memang akan keluar perkataan yang tak elok...nauzubillah...Perkataan tak elok ni memang aku elakkan. Kalau aku marah pon aku suka pakai perkataan yang berlawanan. Kalau dorang dah main tak kemas balik, aku akan cakap 'Rajinnya...cepat kemas' instead of 'Pemalasnya...cepat kemas'. Nampak tak...hehehe...Elakkan perkataan yang negatif dan banyakkan perkataan yang positif. Sebab apa? Sebab apa yang keluar dari mulut kita sebagai ibu bapa ni adalah doa. Jadi, jaga mulut kita. Bak kata pepatah 'KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA'. Renung² kan lah. Ok...sambung lagi.

Kalau kita sedar kita dah banyak melakukan kesilapan dalam mendidik anak² ni, cepat² lah melakukan perubahan. Kalau sebelum ni asyik nak memetir jer, Cakap dengan anak pon kasar², cuba kita ubah cara tu. Cakap dengan intonasi yang lemah lembut. Tapi tegaslah. Dari situ anak² akan nampak perubahan pada ibu bapa nya. Kita kena lakukan perubahan dulu kalau nak tengok anak kita berubah.

Dikongsikan juga tips. Bercakaplah dengan anak ketika mereka sedang tidur. Gelombang yang paling baik untuk kita bercakap adalah waktu anak² sedang tidur² ayam. Katakan perkataan² yang positif. Buat selama 2-3 minggu berturut² dan anda akan mula nampak kesannya. Hendaklah bercakap dengan penuh yakin dan bercakap seperti berdoa. 

Ni best. Kenapa anak² bersikap kurang ajar dengan ibu bapa? Kita amik contoh. Kalau anak tu tengah main. Pastu terhantuk sebab terlanggar meja lah contohnya. Mesti kita marahkan meja sebab meja tu buat anak kita terhantuk dan nangis. Alaaaaa...mengaku jer lah yang uolls macam tu kan...hehehe...Sebenarnya teknik tu adalah salah. Teknik yang sebenarnya adalah kita amik anak tu, Lap airmata dia dan kita peluk dia dulu sambil cakap kat dia supaya lebih berhati² masa main instead of marahkan meja tu sebab nak surun anak kita berhenti menangis. Mostly parents buat macam ni kan? Aku mengaku yang aku pernah buat macam ni :-(

Sebab tu lah anak² bersikap kurang ajar. Sebab apa? Sebab kita dah besarkan dan didik dia dengan rasa tak bersalah. Contohnya kes terhantuk meja tu lah. Nak kan anak kita tak nak nangis berpanjangan, kita marahkan meja yang tak bersalah tu...hehehe...Sebab tu kena terangkan kat anak kenapa perlu berhati² ketika bermain. Kalau jatuh tak boleh salahkan orang lain sebab diri sendiri yang cuai. Faham ☺☺...sambung lagi.

Climax pada tajuk 'SILENT KILLER' ni. Siapakah yang di maksudkan dengan 'SILENT KILLER'? Kita lah...Kita sebagai IBU BAPA ni lah yang sebenarnya 'SILENT KILLER' pada anak² kita *speechless...rasa nak nangis*. Kita selalu pesan kat anak kalau berdoa tu, doalah supaya dimurahkan rezeki, doa supaya jadi anak yang soleh dan bijak pandai. Nak tau tak, SILENT KILLER YANG RAMAI ORANG TAK SEDAR, HAMPIR 99% IBU BAPA TAK PESAN KAT ANAK UNTUK DOAKAN KITA (IBUBAPA). Ini yang di kongsi oleh Prof. Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad. Lepas ni sila pesan kat anak² setiap kali lepas solat, doakan kesejahteraan ibu bapa. Pesan juga supaya menjaga solat. Solat 5 waktu.

Marilah kita menjadi si kerdil yang istimewa. Siapa si kerdil ni? Si kerdil ini ada lah semut. Jadilah seperti semut kerana:

  • Semut adalah bijak dan pantas merebut peluang | Cuba kalau ada sisa makanan kat atas meja. Siapa yang sampai dulu? Semut kan. Ibaratnya...Rebutlah peluang yang ada untuk bersembang dengan anak² dan spend time dengan anak². Jangan asyik leka dengan gadget. Jangan asyik sibuk dengan kerja dan jangan asyik lepak kedai mamak dengan kawan² sampai tak der masa nak bersembang dengan anak². Sampai tak der masa nak spend time dengan anak². 
  • Kuat | Semut kan berjiwa besar. Apa jua cabaran dalam mendidik anak², kita kena kuat menghadapinya.
  • Berjiwa Sosial | Hidup dalam bermasyarakat. Jangan hidup dalam kepompong sendiri. Ko anti sosial sampai seret anak skali suruh join. Ajak anak² buat aktiviti yang dapat munghubungkan dia dengan dunia luar. 
  • Bersangka baik | Jangan cepat buat assumption. Tanya dan selidik dulu.
  • Rajin yang luar biasa | Wujudkan suasana menolong tanpa diminta. Terapkan nilai ni dalam diri anak² kita. Buat kerja dengan sukarela dan tanpa paksaan. *Boleh jadikan kisah semut ni untuk anak² lebih jelas dengan konsepnya ☺

Dan akhir sekali, Ustazah Siti Nor Bahyah ada kongsikan tips:

  1. EMOSI | Sebelum marah anak², fikir dahulu. Tegurlah anak² dengan penuh kasih sayang. Anak² yang kerap di marahi, kelak akan jadi seorang yang panas baran.
  2. MEMORI |Tinggalkan kenangan yang manis dalam memori anak². Jangan tinggalkan kenagan yang negatif. Memori anak² adalah sangat kuat. Mereka boleh mengingati setiap perkara yang berlaku semasa mereka membesar. Jadi...binalah kenangan yang indah² dalam memori anak² anda. 
  3. FAHAMI | Anak² kita ada hati dan perasaan. Fahamilah dan sayangilah mereka. Ada ibu bapa yang menyembunyikan rasa sayang pada anak². Mungkin kerana ego, takut anak² akan terlalu manja bila kita menunjukkan kasih sayang kita. Buang lah perasaan tu. SAYANG JANGAN DISIMPAN. Tunjukkan dengan 3 perkara:
  • Suara | Bertuturlah lemah lembut dengan anak². 
  • Senyum | Jangan kedekut nak senyum dengan anak². Sentiasalah mengukir senyuman. Senyum kan sedekah ☺
  • Tindakan | Bagi hadiah kat anak². Boleh juga buat reward chart. Kalau anak² berkelakuan baik, dapat lah hadiah. Sebagai tanda penghargaan ☺
Sekian perkongsian dari saya. Seronok bila kita dapat berkongsi ilmu yang kita dapat ni dengan orang lain. Semoga kita dapat menjadi ibu bapa yang cemerlang dalam mendidk anak². Menjadi ibu bapa yang penyabar dalam menangani kerenah anak². 

Note: Peringatan yang lebih buat diri sendiri sebenarnya. Masih banyak lagi yang kurang. Dan harap belum terlambat untuk memperbaikinya. Setiap hari adalah pembelajaran. Belajar dari kesilapan.

Extra Note: Busy to the max. Nanti iolls buat komen marathon yerp.



Memang ada sebabnya kenapa anak² tak dibenarkan tidur meniarap. Bukan suka suki tak bagi. Ingat...

Jangan Biarkan Anak TIdur Meniarap???


Memang ada sebabnya kenapa anak² tak dibenarkan tidur meniarap. Bukan suka suki tak bagi. Ingat dulu masa jaman skolah, Mak selalu tegur katanya tak elok tidur meniarap ni. Nanti syaiton duduk kat belakang badan tu,,,hehehe,,,Tapi bila dah dengar penerangan dari Ustazah Norhafizah Musa dalam rancangan Usrati di IKIM.fm, baru aku tahu sebabnya. Meh baca ni.

Sebelum ni, aku ada kongsikan entry mengenai [UMUR YANG SESUAI UNTUK PISAHKAN TEMPAT TIDUR ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN]. Harini aku nak kongsikan info kenapa tak boleh biarkan anak tidur meniarap pula. Tapi tak disebutkan pula bermula dari usia anak berapa tahun yang tak dibenarkan tidur meniarap nih. Kalau nak ajar anak pendidikan seksual, ada content bergantung pada tahap usia kan.

Anak umur setahun pon dah ada Tarbiyah Jinsiah nya bila mana dia dah mula kenal dengan jantina sebab dah boleh bezakan dia sama dengan kakak atau abang dia. Cer try test kat anak² uolls...hehehe...Masa tu kita dah boleh terangkan Tarbiyah Jinsiah yang sesuai dengan umurnya. Ok...berbalik kepada topik.

Menurut Ustazah Norhafizah Musa, dalam kitab pendidikan anak cara Nabi SAW, tidur yang terbaik adalah tidur dengan berbaring di sisi kanan dan tidak meniarap. Dalam islam, tak elok dibiarkan anak² tidur meniarap, Tidur yang terbaiknya adalah di sisi kanan. Kenapa tak boleh tidur meniarap?

SEBAB IANYA ADA KESAN DENGAN GELOMBANG SEKSUAL ANAK KETIKA TIDUR. NABI SAW MENGANGGAP TIDUR YANG TERLANGKUP/MENIARAP INI SEBAGAI GESELAN KEPADA ALAT KELAMIN ANAK YANG YANG AKAN MEMBANGKITKAN NAFSU SYAHWAT. Sampai tahap tu islam menjaganya kan.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda: 

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi) 

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata: 

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Sumber: [SINI]

Jadi, tengok² lah kalau anak kita meniarap. Takut nanti naluri seksual dia lebih hebat sebelum masanya. Biasalah...faktor persekitaran juga banyak mempengaruhi. Tengok lah citer² skang. Citer melayu pon dah macam citer omputih. Bebudak skang pon dah advance. Smoga anak² kita dijauhkan dari anasir² yang tak baik ni.

Pencegahannya...ajarkan dan lazimkan anak² kita tidak tidur menangkup/meniarap. Tidur yang sebaiknya seperti yang Nabi SAW ajar iaitu TIDUR DISEBELAH LAMBUNG KANAN.

Diriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya:

“Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Note: Hari ni dah 1 Rejab. Tak lama lagi datang bulan ramadhan. Dah ganti posa??



Dah lama tak sharing pasal Keibubapaan ni kan. Harini nak share dengan anda semua. Perkongsian yang...

Tarbiah Jinsiah | Memisahkan Tempat Tidur Anak Lelaki dan Anak Perempuan

Dah lama tak sharing pasal Keibubapaan ni kan. Harini nak share dengan anda semua. Perkongsian yang aku dengar dari rancangan USRATI, setiap Khamis @ 5.20 pm bersama Ustazah Norhafizah Musa. Topik nya berkenaan dengan TARBIAH JINSIAH. Apa tu? Aku pon baru 1st time dengar. Ok...TARBIAH JINSIAH atau lebih dikenali sebagai Pendidikan Seksual yang seharusnya diberi pendedahan kepada kanak² seawal usia remaja lagi.

Dalam topik tu juga, ada dibincangkan mengenai memisah kan tempat tidur diantara anak lelaki dan juga anak perempuan. Dalam usia berapakah yang sesuai diasingkan tempat ridur mereka. Iyerlah kan, kekadang rumah kita ni tak cukup space. Rumah kecik especially rumah flat kan. Tu yang terpaksa berkongsi bilik. 

Dalam memisahkan tempat tidur antara anak laki² dan jugak anak perempuan, Nabi SAW sendiri memang menyuruh kita pisahkan tempat tidur. Dalam satu hadis yang maksudnya:

'SURUHLAH ANAK² MU MENGERJAKAN SOLAT KETIKA MEREKA BERUSIA 7 TAHUN DAN PUKUL LAH MEREKA JIKA ENGGAN MENUNAIKANNYA KETIKA SUDAH BERUMUR 10 TAHUN SERTA PISAHKAN TEMPAT TIDUR MEREKA'

Maksudnya, anggaran usia 10 tahun dah kena dipisahkan tempat tidur mereka. Maksud pisah tempat tidur ni yang paling tak boleh adalah berkongsi selimut. Itu yang paling tak boleh sekali dan kena elakkan. Kalau rumah sempit, tak cukup bilik dan terpaksa tidur dalam bilik yang sama, pastikan tidur dalam selimut yang berlainan. Adik beradik perempuan tidur sebaris dan adik beradik lelaki tidur sebaris ditempat yang lain. Jangan bercampur tidur dengan adik beradik lelaki dan perempuan. Atau pon anak² lelaki boleh tidur kat ruang tamu, Anak² perempuan tidur dalam bilik. Memang tak dapat nak elak kalau rumah kecik kan. 

Tapi yang paling terbaik adalah pengasingan tempat tidur. Itu yang sebaiknya, Sebab kita mungkin tak fikir benda² ke arah itu sebab kita dah melepasi usia tersebut. Tapi bagi anak² yang sedang meningkat remaja, naluri seksual mereka dah berkembang. Semua perkara² tak di ingini boleh berlaku. Tak kira lah dengan adik beradik, orang luar dan sebagainya yang boleh menyebabkan nafsu tu menjadi liar. 

Jadi...islam bersifat pencegahan. Maka Nabi SAW memohon supaya pisahkanlah tempat tidur di antara anak laki² dan juga anak perempuan apabila sudah mencapai usia 10 tahun. Yang penting kita jaga anak perempuan kita. Jangan susuk tubuhnya dilihat walau adik beradik lelaki. Aurat juga perlu di jaga antara andik beradik lelaki dan perempuan.

Memang best dengar perkongsian dari Ustazah Norhafizah Musa nih. Next entry aku akan kongsikan kenapa tak dibenarkan anak² tidur meniarap. Ada sebabnya dan ia berkaitan dengan gelombang seksual. Tunggu ☺☺

Note: Yeayyyy...dah jumaat ☺


Program Belajar Membaca I-SINA Sebelum kita teruskan perkongsian, meh baca testimoni ni dulu:...

Mari Belajar Membaca dengan I-SINA


Sebelum kita teruskan perkongsian, meh baca testimoni ni dulu:

"Anak saya telah disahkan disleksia oleh pakar kanak-kanak. Saya telah menghantar anak saya ke merata tempat untuk menyelesaikan masalah beliau. Akhirnya saya diketemukan dengan kaedah i-Sina. Alhamdulillah anak saya kini sudah mampu membaca."
− Rafidah, Guru, Kuala Lumpur

"Saya menggunakan program i-Sina di tadika saya sejak 6 tahun lalu. Pada hujung tahun sebelum cuti sekolah, hampir kesemua murid saya sudah boleh membaca dengan lancar."
− Norshawati, Pengusaha Tadika Bestari, Semenyih, Selangor

Macam mana? Teruja tak bila baca. Teruja kan. Seperti yang kita sedia maklum, ramai ibu bapa di luar sana inginkan anak² mereka pandai membaca seawal usia 4 tahun kalau boleh. Macam saya juga lah. Banyak juga produk² pembelajaran yang boleh kita pilih untuk anak² kita belajar membaca,


Harini saya nak berkongsi satu produk baru yang di beri nama Program Belajar Membaca I-SINA yang di perkenalkan oleh i-Sina Global Media. Program Belajar Membaca I-SINA adalah sebuah program dalam bentuk buku dan juga DVD untuk memberikan pembelajaran secara menyeluruh kepada kanak-kanak supaya dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat, mudah dan efektif. Ia juga sesuai untuk ibubapa dan guru tadika atau sekolah untuk dijadikan sebagai bahan rujukan mengajar.

Apa Keistimewaan Program Belajar Membaca i-Sina?
  • Boleh dimulakan untuk kanak-kanak seawal tiga setengah tahun tanpa perlu mengenal kesemua huruf A hingga Z. 
  • Disusun dengan langkah-langkah pembelajaran yang kecil tetapi sangat efektif. 
  • Guru atau ibubapa yang hendak memulakan program tidak memerlukan pengalaman mengajar kerana arahan untuk mengajar diberikan untuk setiap pelajaran. 
  • Menggunakan kaedah fonetik tetapi masih memperkenalkan nama huruf di dalam program pembelajaran.
  • Memperkenalkan tanda-tanda bacaan seperti noktah, koma, tanda seruan dan tanda soalan. 
  • Menggunakan cara pembacaan yang sama dengan pembacaan dalam Bahasa Inggeris (tidak terikat dengan pembacaaan mengeja atau menghafal suku kata) 
  • Mengelakkan kekeliruan kanak-kanak dalam proses menguasai proses kemahiran membaca. Dan banyak lagi!
Antara keistimewaan i-Sina yang lain adalah ianya memberi penekanan kepada kefahaman anak² bukan hafalan. Mereka akan menunjukkan minat apabila mereka faham dan boleh mengikuti program.

- Program Belajar Membaca i-SINA adalah program yang disusun khas untuk memberikan pembelajaran secara menyeluruh kepada kanak-kanak supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat, mudah dan efektif.

- Program Belajar Membaca i-SINA ini menggunakan pendekatan yang diperkukuhkan supaya kanak-kanak lebih memahami konsep asas pembentukan gabungan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan, tanpa terikat dengan hafalan suku kata. Pada peringkat awal, kanak-kanak akan diajar bagaimana bunyi dibentuk apabila huruf-huruf digabungkan bersama.

- Program Belajar Membaca i-SINA ini sesuai untuk ibubapa dan guru tadika atau sekolah yang inginkan sebuah program untuk mengajar membaca kepada majoriti kanak-kanak dengan berkesan.

- Program Belajar Membaca i-SINA ini juga menjadikan kanak-kanak “suka” dan “mahu” terus membaca kerana mereka faham dan mampu mengikuti program mengikut kelajuan dan kemampuan mereka, tanpa sebarang paksaan dan hafalan yang membebankan.

- Program Belajar Membaca i-SINA ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan kaedah fonetik dan menitikberatkan kefahaman kanak-kanak menerusi latihan-latihan dan arahan-arahan guru yang sistematik dan mudah. Ia mempercepatkan kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca secara menyeluruh bukan setakat menghafal dan membaca suku kata mudah.

Dapatkan Buku "Mari Belajar Membaca" Sebelum Kehabisan Stok. Lebih 10,000 unit sudah terjual 


Malam pertama tidur sendiri ☺ Kalau nak ikutkan, memang dah lama ada bilik untuk anak² ni. Ta...

PARENTING | Tips Melatih Anak Tidur Sendiri

Malam pertama tidur sendiri ☺

Kalau nak ikutkan, memang dah lama ada bilik untuk anak² ni. Tapi anak² masih tak nak tidur sendiri. Dah best tido ngan ibu dia ni ha. Pernah dorang tido sendiri mana kuarantin kena Chicken Pox last year. Pastu sambung balik tido ngan ibu...haishhhh...

Memandangkan #ImanHakimi dan #Qahirah tiap² malam bertekak sebab nak tidur sebelah ibu. Dan skang ni si budak dua pusar #ImanQhalif dah join the team berebut² nak tidur sebelah ibu. Boleh di katakan tiap² hari dan tiap² malam. Naik seriau ibu ko ni nak tidur tau tak anak²...ppffttt...Sampai satu tahap dah tahan. Aku soh dorang amik pisau and belah badan ibu ni amik sorang sebelah. Senyap plak memasing. 

Bila dah stress, siapa lagi tempat mengadu kan. Jadinya...En. bos dah bagi arahan soh disiplinkan #ImanQahirahQhalif tido dalam bilik sendiri. Mak pak pon kena disiplin jugak lah lepas ni. Jangan bagi muka kalau anak² nak tidur sekali. Ini adalah arahan. 

Maka malam semalam....bermulalah episod kimi ngan qahirah tidur dalam bilik and katil sendiri untuk malam pertama dan juga malam² yang seterusnya. Seronok memasing bila ibu dia ni mengemas bilik tu balik bagi sedap mata memandang. Untuk kimi ok lah. Tapi qahirah ni. Memula dia merengek² jugak lah. Tapi aku keraskan hati. Pujuk² dia and tepuk² dulu bagi tido. Dan akhirnya....mission accomplished.

Apa yang aku buat. Sebelum dorang tidur tu, hugging² and kissing² dulu. Bagi salam and wish good night. Pujian itu haru hokay. Puji² lah anak² tu dulu sebab nak tidur sendiri dah. Antara tips lain yang aku dapat dari website [PA & MA] :

1. Sediakan bilik yang selesa untuk si manja anda. Tidak semestinya ia perlu berhias dengan kelengkapan yang mahal. Paling penting keperluan asas tempat tidur cukup selesa untuknya.

Bilik #ImanQahirahQhalif pon simple jer dekorasi nya. Sebab bilik pon tak berapa nak luas. Kalau letak banyak² barang nampak crowded plak nanti.

2. Berikan benda yang boleh membuatkan si manja rasa selamat dengannya. Contohnya sebuah patung kegemarannya yang boleh membuatkan anak anda rasa ‘berteman’ apabila tidur.

Buat masa ni aku bagi dorang bantal lebih...hehehe...Pastu pasang ayat² Al-Quran. 

3. Beritahu anak tentang rancangan untuk memindahkannya ke tempat tidur di bilik sendiri beberapa minggu awal. Ini untuk memastikan mental dan emosinya bersedia untuk memulakan perkara baharu dalam hidupnya.

Sebelun ni memang dah banyak kali bagitau. Tapi semalam memang paksa dorang tidur sendiri. Tu yang tak der masalah sangat.

4. Ajak anak membeli bersama peralatan kelengkapan untuk bilik tidur baharunya. Dengan cara ini, dia akan gembira kerana diberi peluang memilih dan menghias ruang privasinya yang pertama.

Masa beli katil tu memang bawak anak² skali. Memang teruja memasing. SIap pilih tilam sendiri.

5. Mulakan dengan melatih si kecil tidur di biliknya pada siang hari. Temankan dia terlebih dahulu dengan membacakan buku cerita. Lakukan selalu agar ia membantu membiasakan anak tidur sendirian.

Tidur siang dalam bilik memang jarang. Tapi kalau main dalam bilik memang selalu ☺

6. Sekiranya anak kelihatan cemas apabila semakin hampir detiknya untuk tidur sendiri di bilik, ajak ahli keluarga lain merayakan majlis khas secara kecil-kecilan. Tujuannya agar dia berasa gembira dan melihat fasa tersebut sebagai hal yang menggembirakan dan bukan menakutkan.

So far semalam ok. Tak der plak rasa cemas. 

7. Bersabar menghadapi kerenah si kecil belajar tidur sendiri. Jangan marah anak jika pada peringkat awal ia tidak berjaya sebaliknya beri sokongan kepadanya. Pastikan anda sentiasa menemankannya di awal masa tidur dan meninggalkannya sebaik si manja sudah nyenyak.

Peringatan buat diri sendiri juga. Memang itu yang aku buat semalam. Temankan sampai anak² dah tidur.

8. Pada peringkat awal, anda tidak perlu menutup pintu biliknya dan bilik anda. Katakan kepada anak, bahawa jika dia berasa tidak selesa, dia boleh mengetuk bilik anda.

Memang tak tutup pon pintu bilik.

9. Sediakan pencahyaan yang bersesuaian untuk si manja. Kebanyakan kanak-kanak takut kepada kegelapan.

Memang betul. Aku pakai floor lamp IKEA. Ingat nanti nak cari wall lamp ☺

10. Anda boleh memberikan ganjaran sekiranya anak berjaya tidur sendiri pada minggu pertamanya. Mungkin dengan memasakann makanan kegemarannya atau membacakannya ekstra cerita sebelum tidur sudah cukup menggembirakan si anak.

Inshaa'allah...memang dah niat pon nak bagi. Salah satu pemangkin semangat untuk anak² tidur kat bilik sendiri kan.

Ini lah tipsnya. Tapi untuk hari petama semalam aku tidur skali dalam bilik tu...hehehe...Bentang toto kat bawah. Harini aku nak biar dorang tidur secara bersendirian. Rasa excited plak tengok kimi ngan qahirah tidur kat katil memasing. Pagi ni minum susu pon qahirah baring kat katil dia tu ☺

Iman Qhalif tidur mana? Haaaa...budak dua pusar ni masih masih mengempeng. Coming soon akan tidur sendiri jugak nanti. Harap² malam ni dan malam seterusnya berjayalah #ImanHakimi #Qahirah tidur sendiri. Kita tengok progress hari kedua malam nanti. 

Sebelum ada yang bertanya kenapa sekalikan bilik anak lelaki ngan anak perempuan? Kalau rumah aku besar dan duit aku berkepuk². Memang dah lama aku buat. Ukur poket di badan sendiri dulu. Buat masa ni sekali jer dulu. Lagi pon dorang belum ramaja lagi. Memang ada perancangan nak hias bilik lagi satu tu. Bilik tu buat bilik simpan barang buat sementara. Rumah 3 bilik jer uolls. Nak kena pandai jimat ruang.

Masa memula pindah dulu, boleh di kira berapa barang jer yang ada. Tapi bila dah 5 tahun duduk sendirian berhad ni, tetiba boleh banyak plak barang dalam rumah sampai tak cukup ruang rasanya...ekekeke...Buat yang baru nak hidup bersendirian berhad dengan keluarga kecil, jangan risau. Nanti akan penuh lah rumah uolls tu yerp. 

Note: Nanti aku share kan pasak reward chart untuk anak² plak ☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks