Showing posts with label Nuzul Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Nuzul Al-Quran. Show all posts

Google pic. Peristiwa  Nuzul Al-Quran  merupakan peristiwa turunnya ayat  al-Qur'an  yang pertama kepada  Nabi Muhammad s.a.w.  ...

Salam Nuzul Al-Quran 1435H



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Salam Nuzul Al-Quran 1435H buat semua umat islam semua. Marilah kita sama-sama menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Al-Quran ini.

Note: Harini iols cuti. Tapi terpaksa datang sebab nak key in approve KPI scorecard yang dateline nya harini tapi bos baru bagi harini jugak...ppfftttttt....Rabu ni iols buat lawatan ke rumah uols yerp.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...