Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Nursery. Show all posts
Showing posts with label Nursery. Show all posts

Bila citer pasal duit ni kan. boleh buat kau stress tau. Sana sini situ naik. Gaji naik tak seberapa. Kos sara hidup makin tinggi. Nilai ri...

Serabut Kepala Bila Semuanya nak NAIK HARGA!!!

Bila citer pasal duit ni kan. boleh buat kau stress tau. Sana sini situ naik. Gaji naik tak seberapa. Kos sara hidup makin tinggi. Nilai ringgit makin rendah. Kalau kau keluarkan duit seratus pagi. Tak sampai dua hari dah habis. Isi minyak, top up touch and go, lunch, belanja skolah anak-anak lagi. Aku tengah serabut dan sedih nih. 


Haritu [charge overtime naik sejam sepuluh ringgit]. Petang semalam aku bayar yuran nursery. Malam tu cikgu nursery Whatsapp kata yuran nursery Harraz dan naik. Daripada RM400 naik RM450 hokay. Aku rasa macam... WTFishhh... semuanya nak naik nih. Naik sekali RM50. Banyak sangat tu. Baru nak berjimat sebab Qhalif dah masuk tadika. Yuran pon dah berkurangan dalam RM30. Qahirah pulak dah naik Darjah 1. At least boleh lah buat saving sikit kan. Sekali yuran nursery pulak naik... Ya! allah... Sakitnya hati aku.

Dah lah tak ada surat. Cakap pakai Whatsapp pulak tu. Cuba kau bagi surat explanation kenapa mesti kau naikkan yuran nursery? Sedih lah rasanya. Gaji dah lah tak banyak mana. Duit gaji banyak habis untuk expenses anak-anak jer. Dengan charge overtime dorang lagi. Rasa macam nak berhenti kerja jer jaga dan uruskan anak-anak. Tapi komitmen masih tinggi... huhuhu...

Tak pasal-pasal dah terluah perasaan. Geram lah. Nak tukar nursery dan nak cari yang lebih murah, susah pulak. Lagi pon dah biasa hantar kat situ. Dari zaman Iman Hakimi dulu. Nak cari pengasuh, kena cari pengasuh yang boleh handle susu ibu. Haishhhh... dilema betul lah.  Korang punya yuran nursery dengan overtime berapa? 

Note: Bukan nak merungut. Tapi sedih sebab semua benda nak naik. 



Semuanya serba baru bila masuk tahun baru kan. Harga petrol naik. Harga makanan dan minuman pon naik. Termasuk lah charge overtime kat nurs...

Charge Overtime | Tahun Baru Harga Baru

Semuanya serba baru bila masuk tahun baru kan. Harga petrol naik. Harga makanan dan minuman pon naik. Termasuk lah charge overtime kat nursery. Pon naik jugak. 


Kau ghase?? Sila lah meraung dengan harga baru ni yerp. Kalau tak silap aku sebelum ni charge overtime RM6.00 bersamaan dengan sejam. Tapi untuk tahun baru ni naik sampai RM10.00 untuk sejam. Tak tau nak komen apa. Kalau start overtime pukul 7.00 pm tak per lah jugak. Ini start pukul 6.30 pm. 

Bagi aku banyak sangat kenaikannya. Bukan merungut. Tapi bagi aku banyak sangat naiknya. Terkejar-kejar aku balik sekarang nih. Tu pon susah nak dapat amik sebelum 6.30 pm. Tiap-tiap petang aku jadi supir. Pit stop pon bertambah. Memula amik Harraz. Lepas tu amik Qhalif. Last pit stop amik Qahirah pulak. Memang timing aku sampai rumah pukul 7.00 pm ++

Tambah stress kau bila kau lambat sikit jer. Jalan mulalah sesak kat depan sekolah. Maka charge overtime lah untuk Qhalif pulak. Kalau PASTI charge RM6.00 lagi. Cer kau kira overtime sebulan untuk 2 orang budak. Duit gaji habis kat anak-anak jer. Bilalah gaji nak naik banyak nih. Haishhhh... Terluah perasaan pulak.

Note: Nursery korang berapa plak charge overtime?



Sedih seorang ibu. Pagi hantar anak gi nursery elok jer. Tak der luka lebam bagai. Balik jer amik anak. Tengok bibir anak dah membengkak se...

Jatuh!!!

Sedih seorang ibu. Pagi hantar anak gi nursery elok jer. Tak der luka lebam bagai. Balik jer amik anak. Tengok bibir anak dah membengkak sebelah. Menampakkan luka dibibir atas yang agak besar dan agak teruk. 


Lebih kurang macam ni lah lukanya. Tapi teruk sket dari dalam gambar ni. Sampai² jer dorang minta maaf dulu. Katanya Qhalif gaduh. Biasalah bebudak kan. Dah elok gaduh main balik. Tak sangka plak masa qhalif tengah main panjat tunnel mainan tu di tolaknya qhalif jatuh kebawah dan tersembam sampai tergigit bibir atas. Aku yang nengok pon rasa ngeri. 

Katanya nangis kejap jer. Kalau betul nangis kejap tak per lah. Tapi kalau tengok luka qhalif tu boleh menangis meraung jugak lah. Sedih weiiii...sedih sangat. Yang ralat sangat kenapa tak call aku bagitau yang qhalif jatuh, Kenapa bila aku dah amik anak baru aku diberitahu yang anak aku jatuh.

Benda dah nak jadi kan. Aku tau bukan senang nak handle bebudak bila dah ramai² tu. Tapi kena bagi extra attention lah pada bebudak yang jenis tak boleh dok dekat. Bila dok dekat jer asyik nak bergaduh. Bila main jer nak bergaduh. Dah nama pok budak. Tak sah kalau tak gaduh. 

Aku ni plak jenis tak banyak cakap. Tak der lah sampai nak marah² atau nak tinggi² suara bila anak aku jatuh. Bukan nya ko boleh reverse balik benda yang dah jadi kan. Apa yang ko boleh buat, soh dorang lebih pay attention. Balik smalam call en. somi soh beli minyak gamat. Tapi boleh terlupa plak nak letak kat bibir dia tu....ppffttttt...

Alhamdulillah jugak si anak soleh Qhalif tu jenis tahan sakit. Nak suap nasi pon aku risau. Takut dia rasa sakit. Tapi tengok relax jer budak itu. Ibu ko ni plak yang over. Sesekali ada gak qhalif mengadu 'Ibu...atit'. Alahaiiii...syahdu plak dengar. 

Note: Dah nasib ibu berkerjaya kan. Kalau complain banyak, dok umah jaga anak sendiri ☺ 



Bukan overtime untuk kerja lebih masa di pejabat ni. Tapi overtime yang di kenakan pada parents² yang amik anak lambar dari Nursery. Du...

Overtime Oh! Overtime!!!


Bukan overtime untuk kerja lebih masa di pejabat ni. Tapi overtime yang di kenakan pada parents² yang amik anak lambar dari Nursery. Dulu aku macam tak berapa kisah sangat. Keluar office pon lambat jer. Tapi lambat dalam 10 - 15 minit jer lah. Tapi bila tengok overtime dah macam sebulan punya bayaran. Rasa macam nak pitam kejap. Biar betik banyak ni nak kena bayar.

Skang ni...memandangkan perbelanjaan makin bertambah dan juga kat nursery tu dah ada mesin punch card, memang sharp² 5.30 pm aku dah bersiap² balik. Memang hari² aku rushing nak balik. Qahirah nyer overtime start pukul 6.00 pm. Rasa macam nak tanya balik kat pengetua kat situ tak boleh ker start pukul 6.30 pm. Sebab masa kimi dulu start 6.30 pm. Errkkkk...suka suki aku plak khennn. Tu beberapa tahun lepas.

Aku balik pukul 5.30 pm. Memang tak kan sampai sebelum pukul 6.00 punya. Qhalif plak start overtime pukul 6.30 pm. Sebab semalam dapat overtime slip untuk qahirah (bulan January) ngan qhalif (bulan february). Memang tiap² bulan kena bayar extra. Dan start dari harini aku kena amik qahirah dulu nampaknya. 

Tapi nak buat macam mana kan. Bukan kita sengaja amik anak² lambat. Hari² jalan sesak dan hari² aku stress sebab terpaksa menghadap benda yang sama. Kalau hujan lagi double trouble sesaknya. Tapi dorang bukan kira pon kan. Overtime tetap overtime. Sedih lah wei. Tapi nak buat macam mana. Ibu yang berkerjaya macam ni lah. Aliran duit memang sentiasa mengalir deras :-(

Note: Luahan perasaan dipetang hari. 


Nak minta pendapat nih. Apa perasaannya? Marah? Sampai rasa nak jumpa budak tu. Salahkan anak sebab cakar anak orang? Budak 2 tahun, apalah...

Apa Perasaan seorang IBU bila ANAK kena CAKAR???

Nak minta pendapat nih. Apa perasaannya? Marah? Sampai rasa nak jumpa budak tu. Salahkan anak sebab cakar anak orang? Budak 2 tahun, apalah yang dia tau kan. Salahkan pengasuh sebab tak perati bebudak main? Ramai lagi bebudak yang dorang nak pantau kot. Salahkan diri sendiri sebab biarkan kuku anak panjang? Kuku budak memang tajam even dah potong pendek.

Kalau jadi kat aku. Sebagai ibu, aku tak der lah marah kalau anak aku kena cakar. Tapi kalau teruk sangat cakarannya memang sebagai ibu pon aku agak terkilan jugak. Tapi sebagai ibu, kita pon tak boleh nak salahkan cikgu nursery jugak. Sebab banyak budak yang dorang kena pantau. Nak salahkan budak lagi lah tak boleh. Tak matang plak kita. Kita sebagai parents pon kena lah faham. Bila dah duduk nursery, macam2 perkara boleh jadi. Salah satu nya bercakaran sampai aksi cakar mencakar nil ah. Lebam2 dan luka2 tu dah biasa. Ok lah…mukadimah pon dah panjang. Aku straight to the point lah.


Balik semalam, cikgu nursery tu cakap ‘Kak…nanti potong kuku Qhalif. Habis budak di cakarnya. Dah 2 orang budak kena cakar’. Aku terkejut lah. Memang silap aku sebab terlupa nak potong kuku ustaz qhalif tu. Panjang sket kuku dia. Bisikan jahat mula cucuk jarum. Dorang tak tolong potongkan ker kalau kuku budak panjang? Tak per, aku bersangka baik. Mungkin dorang pon tak perasan. Sebab ada masanya aku tengok kuku qhalif pendek kalau aku lupa nak potong.

Aku pon tak sangka lah si qhalif ni mencakar bebudak. Alahaiiiiii…Kalau ko cakar abam atau kakak tak per dik. Ko nak cakar harimau kat ibu pon tak per. Tapi kenapa ko cakar anak orang dik. Tak tau pah apa punca percakaran tu. Berebut mainan ker? Atau sebab lain. Aku tengok gak muka budak yang kena cakar tu. Bergaris gak lah. Sian nengok. Aku dah start pandang qhalif. Dia dah diam membisu sebab tau salah dia. Aku pon mulalah berceramah kat ustaz qhalif 2 pusar tu. Kebetulan owner taska sampai. Dia pon bercerita.
Mak budak yang kena cakar tu wassup dia pasal anak dia kena cakar. Cikgu nursery cakap ada 2 kesan cakaran kat muka ngan badan. Tapi tak tau lah sejauh mana teruknya. Aku dah jadi serba salah nih. Tak nak lah sebab anak aku, cikgu nursery dipersalahkan sebab tak jaga budak betul2. Tak nak lah sebab anak aku, owner taska kena menjawab dengan parents. Tak nak lah sebab anak aku, aku sendiri dipersalahkan sebab tak pandai didik anak sampai cakar anak orang dan juga tak pantau kuku anak aku yang panjang tu…erkkkk…Iyerlah…hati manusia kan. Kita rasa benda ni simple jer, tapi bagi dia remeh.

Sebab ada parents yang telalu taksub dengan keselamatan anak dia. Sampai kalau boleh tak nak ada kecederaan atau lebam2 kat badan anak dia sikit pon. Kalau ada calar balar sikit pon dah mula tsunami. Apa yang tak der kat badan anak aku tu? Lebam2, luka2, kesan cakar dan juga benjol2. Suma pernah. Jangan kata aku tak kisah plak pasal keselamatan anak aku. Tapi aku tak lah melatah. Cuma aku Tanya kenapa dan macam mana boleh jadi macam tu. Kita pon kena faham. Fasa budak tengah nak naik dan tengah nak explore sesuatu memang macam tu. Sedangkan kat umah pon dah macam2 inikan kat nursery. As long as anak kita di jaga dengan elok tanpa ada perkara yang serius berlaku, aku dah kira bersyukur.

Pagi ni hantar qhalif dia nangis. Mungkin sebab kes semalam. Erat betul pelukan dia. Tak nak lepas. Tu yang buat aku lemah. Lemah tinggalkan anak dalam keadaan menangis. Perkara yang paling aku tak boleh hadap. Dan aku rasa ibu2 yang lain pon sama.

Gittew lah kisahnya. Luahan perasaan #makbanyakanak *macambanyaksangat. Cuma aku minta cikgu2 nursery tu pantau sket qhalif. Inshaa’allah…kalau aku terserempak dengan perents yang anak dia kena cakar tu, aku nak jumpa and minta maaf bagi pihak anak aku. 

Note: Tiap² minggu ibu akan pastikan kuku kamu pendek yerp iman qhalif. 


Tak serik² lagi ker dorang nih. Kalau tak ada sifat kasih sayang, tak payahlah jaga budak. Aku kalau bab² baby/budak ni memang hati tisu. M...

Lagi kisah NURSERY...Sedihnya!!!!

Tak serik² lagi ker dorang nih. Kalau tak ada sifat kasih sayang, tak payahlah jaga budak. Aku kalau bab² baby/budak ni memang hati tisu. Meh baca nih:


Terbaca kat IG @natashahudson. Apsal lah tergamak buat kat baby macam tu. Memang ada baby yang selesa di bedung ketika tido. Tapi kot iyer pon nak bedung, tak payahlah bedung ketat² sampai budak tak boleh bergerak. Pastu boleh plak bagi susu sendal ngan bantal jer. Tak ker mungundang bencana tu. Menurut pembacaan aku, gambar ni sebagai contoh macam mana anaknya diperlakukan (pengakuan dari si ibu). Kesan dahi lebam tu sebab anak dia jatuh.  Sedihnya lah haiiiiii...Teringat kat anak² kat nursery tu.

Untunglah kamu² semua yang boleh jaga anak 24/7. Untunglah kamu² semua yang anaknya di jaga oleh nenek mereka sendiri. Ya! Allah...peliharalah keselamatan anak² kami walau di mana mereka berada. 

Note: Today is gloomy day :-(


Ni gara² BAG NURSERY Qahirah tertinggal. Barang penting tu kan. Susu, pampers, baju suma dalam tu. Termasuklah HP Samsung TAB, tumpan...

Terlupa...Tak Perasan atau Cuai???



Ni gara² BAG NURSERY Qahirah tertinggal. Barang penting tu kan. Susu, pampers, baju suma dalam tu. Termasuklah HP Samsung TAB, tumpang dalam bag tu juga. Nak kata kelam kabut pagi ni...tak pulak. Siapa yang terlupa...siapa yang tak perasan atau siapa yang cuai nih???...hehehehe...Bukan salah mak yer noks.

Bila anak dah bertambah ni, bag pon bertambah. Tak cukup tangan nak membawanya. Dengan bag pump lagi kan. Jadinya...satu bag untuk kau, satu bag untuk aku...hehehe...Si abah bawa bag qahirah, si ibu bawa bag qhalif dengan bag pump. Si anak bujang yang dah skolah tu bawak bag sendiri lah kan. Aku dah letak bag tu kat rak kasut sebab si dia yang akan kunci pintu and grill suma. Dah tinggalkan pesanan lagi tu.

Masa on the way nak hantar tu, perasan bag qahirah tak der dalam keta. Mungkin si dia bawa skali kot. Sebab anak dara tu naik motor. Tapi dalam hati ni rasa macam ada benda jer yang tinggal ni. Instinct mak betul noks. Sekali HP bunyi, dari nursery...'kak, bag qahirah tak der ni'...alahaiiiiii...suamiku...nak patah balik tak boleh sebab nak masuk cyberjaya dah. 

Sampai office minta ijin bos nak balik kejap, nak hantar bag nursery anak. Call lah si dia tanya pasal bag, hurmmmmm...tak perasan katanya. Terlupa pon iyer juga. Bila aku cakap aku nak balik rumah, si dia kata tak per...biar dia yang amik. Main tarik² tali plak dah, berebut² nak balik amik bag anak...ahaks...Tak per lah, biar si dia jer lah yang balik. Jimat sikit duit minyak. Bukan apa, lagi pon aku nak amik TAB dalam bag tu....huhuhu...

Note: Jadinya...tak boleh nak ber INSTAGRAM, ber FACEBOOK dan ber WHATSAPP untuk hari ni...huhuhu...




Sadis dan sedih petang semalam. Masa nak amik Qahirah dan Qhalif kat nursery petang semalam. Tetiba pengasuh tu minta maaf "kak..saya...

Jatuh Terlentang!!!


Sadis dan sedih petang semalam. Masa nak amik Qahirah dan Qhalif kat nursery petang semalam. Tetiba pengasuh tu minta maaf "kak..saya nak minta maaf ni". Masa tu dia tengah dukung Qhalif. Terkejut gak aku...kenapa kan? Katanya tadi qhalif jatuh terlentang. Speechless jap.

AKU: Kuat ker? 
PENGASUH: Kuat juga
AKU: Macam mana boleh jatuh?
PENGASUH: Qhalif berdiri, pastu jatuh terlentang. Tak sempat saya nak sambut.
AKU: Ada begkak tak?
PENGASUH: Tak der pulak nampak bengkak 
AKU: Ada muntah² tak lepas jatuh tu?
PENGASUH: Tak ada

 Budak tengah excited nak berjalan

Lega sikit bila aku dengar bila qhalif tak der muntah² lepas jatuh. Kalau ada tanda² muntah lepas jatuh tu, itu dah kira bahaya. Rasa terkilan tu ada juga lah. Sebab budak tengah lasak dan nak belajar berdiri dan berjalan, dia kena bagi perhatian lebih sket. Tapi tu lah, nak salahkan dorang pon tak bley juga kan. Banyak bebudak yang dorang nak kena pantau. Tapi hati sedikit sejuk sebab dia minta maaf dan mengaku salah.

Si Qhalif ni pon bley tahan lasak juga. Suka berdiri, bergantung kat mana² tempat. Kekadang aku nak masak pon tak aman dibuatnya. Tengok² dah berdiri jer...berpaut kat meja. Badan tak balance lagi. Terkejar² lah aku takut dia jatuh. Tengah masak pon dia nak berpaut kat kaki ni ha. Acaner nak masak. Letak kat ruang tamu...ke dapur juga yang ditujunya. Walker memang aku tak beli. Tapi bila dah active macam nih, rasa macam nak beli walker plak. Buat masa ni si Qhalif belajar berjalan dengan kerusi tu lah ^_^.

Note: Kat nursery jatuh terlentang. Kat umah plak tersembam dahi...alahaiiiiii...rasa macam nak letak tilam satu rumah.


Apply cuti raya lah, cuti apa lagi. Kamu semua dah apply ker? Berapa hari? Erk...sibuk plak mak jemah ni kan, nak tanya cuti orang, busy bo...

Dah Apply ker? Berapa Hari?


Apply cuti raya lah, cuti apa lagi. Kamu semua dah apply ker? Berapa hari? Erk...sibuk plak mak jemah ni kan, nak tanya cuti orang, busy body betul...hahahahaha...saja jer.

Aku amik cuti 4 hari. Sebelum dan selepas. Macam lah kampung ko jauh sangat nak cuti lelama kan. Kampung pandan jer pun...ahaks...Bukan apa, hari jumaat tu Nursery dah tutup lah. Aku budget nak amik 3 hari tu jer, tapi nak buat macam mana. Tak kan nak bawak anak² gi office ko. Dah lah anak dara aku tu super duper active...no..no..no...nak tak nak terpaksa lah amik.

Macam tu lah klo dah hantar anak ke nursery. Kalau nursery tutup seminggu, ibunya pon kena cuti seminggu gak. Kalau tutup sebulan? Takkan ko nak cuti sebulan gak, cari nursery lain lah jawabnya...muahahahaha...

Dilema ibu yang bekerja, bukan harga barang jer yang naik yer uols, charge overtime kat nursery pon dah naik tau. Aku tak perasan bilanya s...

Charge Overtime kat NURSERY pon dah naik...alahaiiiiiii....


Dilema ibu yang bekerja, bukan harga barang jer yang naik yer uols, charge overtime kat nursery pon dah naik tau. Aku tak perasan bilanya start naik, bila nengok kat resit dah naik 50 sen. Kalo sebelum ni sejam RM4.00, skang dah naik kepada RM4.50 yer. Start charge OT pukul 6.30 pm ke atas. Tahun depan tak tau plak berapa naiknya...huhuhuhuhu...

Macam manalah nak sampai nursery on time. Asal balik jer jalan sesak. Tak der accident pon jalan tetap sesak gak. Tu belum time hujan lebat, lagi lah kesesakan nya luar biasa. Kalau jalan tak sesak pon bley di kira berapa kali dalam seminggu tu. Memang tak bley nak sampai on time pukul 6.30 pm nyer. Jarak dari office ke rumah jer dekat 30 minit...hurmmmmm...Kalau dah hari² amik lebih dari 6.30 pm, bebulan dah berapa kan kena charge OT. Tu baru 2 orang anak, kalau bertambah lagi? perghhhhh...

Skang ni nilai seratus hinggit dah tak der makna. Dalam sehari pon dah bley habis. Barang makin lama makin naik. Duit minyak lagi. Belanja harian lagi. Tapi gaji masih di takuk tu jugak. Apa² pon aku tetap bersyukur, even gaji tak tinggi mana, tapi masih cukup untuk menampung keperluan anak beranak. Hidup bersederhana adalah lebih baik. Even kekadang nak lebih dari tu. Tapi insya'allah...rezeki tu datang dariNYA, kalau ada lebih...adalah, kalau tak der, bersyukur jugak lah.

Semalam terbaca pasal BULI kat blog Bro Nik - Sharinginfoz  . 'Buli adalah salah satu bentuk perilaku yang agresif di mana seseorang d...

Kecik² dan pandai MEMBULI

Semalam terbaca pasal BULI kat blog Bro Nik - Sharinginfoz .

'Buli adalah salah satu bentuk perilaku yang agresif di mana seseorang dengan sengaja dan berulang kali menyebabkan orang lain cedera atau tidak selesa. Ianya boleh berlaku dalam bentuk pengenaan fizikal, kata-kata atau tindakan yang lebih halus i.e. secara emosi.'

'Orang yang dibuli biasanya mengalami kesulitan membela dirinya sendiri dan tidak melakukanapa-apa pun setelah dibuli'

Kiranya Iman bley di kategorikan sebagai kena buli lah erk ☺☺☺. Ni kes Iman tak nak gi nursery. Dari last week lagi. Hari jumaat aritu menangis² tak nak pergi, tak nak keluar dari kereta. Nak tak nak terpaksalah tarik gak keluar. Aku tanya kenapa tak nak gi nursery?

IMAN: (Sambil nangis) Iskandar pukul kita.
IBU: Lagi iskandar buat apa?
IMAN: Dia sepak...dia pukul kat pipi
IBU: Siapa lagi yg buat iman?
IMAN: Haraz marah kita
IBU: Iman tak lawan ker? (Dah hangin dah)
IMAN: *Diam*
IBU: Lenkali...klo orang buat awak, awak lawan balik, jangan diam, klo diam memang lah dorang asik buli jer.

Ha...amik ko, macam lah iman tau buli tu apa.

Patut ker aku sebagai ibu cakap macam tu kat anak? Iyer lah, bebudak klo main biasalah kan, tapi klo dah sampai anak aku takut nak gi nursery, macam fobia pulak jadinya...macam mana tu? Kebetulan pagi tu owner taska ada. Di pujuknya iman. Pastu panggil budak 'Iskandar' tu. Aku pon slow talk lah ngan bebudak nih. Pastu soh dorang salam.

Pagi nih drama air mata lagi. Kali nih ngan budak pompuan plak. Pengasuh kat situ cakap, budak pompuan nih memang selalu buat budak lain, memang jenis kasar dan agresif lah. Dengan cikgu pon dia lawan gak, memang jenis tak makan saman. Adoiiiii...macam mana nak buat nih. Si iman hari² takut nak gi nursery.

Bley di katakan tiap² pagi drama air mata, kesian plak aku tengok. Siap pesan kat aku soh balik cepat. Pukul satu kena amik dia...erkkkkkk...dalam sedih² sempat buat lawak lagi.

Sebagai tanda sokongan untuk parents arwah baby Adelia, Nizzam dan Fariza. Drop by dari blog Kak yong . Sangat sedih bila membaca kisah² k...

The One About Justice For Arwah Adelia

Sebagai tanda sokongan untuk parents arwah baby Adelia, Nizzam dan Fariza.


Drop by dari blog Kak yong. Sangat sedih bila membaca kisah² kematian yang membabitkan bayi. Yang terbaru ada lah baby Adelia. Tak habis² kisah membabitkan kematian bayi tersedak susu di nursery. Sampai bila kita sebagai parents yang terpaksa menghantar anak² di nursery, setiap hari akan memikirkan keselamatan anak...asyik di sajikan dengan berita² tragik nih? Daripada last year until this year, ada jer berita tantang kematian baby di nursery. Sangat menyedihkan bila bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kecuaian pihak yang tak bertanggungjawab.

Untik mengetahui cerita dengan lebih detail, bley baca kat sini:


Ada juga komen dari orang² yang bermulut celupar mempertikaikan kenapa bayi seawal 2 bulan harus di hantar ker nursery? Bagi aku, kalau aku orang KAYA...banyak duit, tak perlulah susah payah aku nak hantar anak kat nursery. Duduk rumah jaga anak 24/7 sehari. Tapi aku bukan orang kaya yang bley goyang kaki, upah maid untuk jaga anak. Aku perlu bekerja untuk bantu suami cari rejeki. Kalau tak bekerja, anak² nak makan apa? Dengan keadaan ekonomi yang semuanya memerlukan DUIT.

Kamu...kamu...dan kamu yang SAHM (Stay at Home MOM) sangat² beruntung kerana boleh melihat tumbesaran anak dan memantau keselamatan anak di depan mata berbanding kami...kami...dan kami yang terpaksa bekerja nih.

Ya Allah...semoga anak² kami yang berada di nursery sentiasa di bawah lindunganMU...amin...

Ada banyak jenis kutu...kutu rayau, kutu beras, duit kutu...ekekekeke...dan yang paling aku benci adalah KUTU RAMBUT. Eeeeuuuwwwww...geli ho...

Kutu

Ada banyak jenis kutu...kutu rayau, kutu beras, duit kutu...ekekekeke...dan yang paling aku benci adalah KUTU RAMBUT. Eeeeuuuwwwww...geli hokey. Apsal lah tetiba citer pasal kutu plak erk. Nak tau.

Aku dan menjadi penternak kutu yang berjaya...lalalala...Tak lain tak bukan, pembawa kutu adalah Iman. Ibu kutunya pulak adalah NURSERY. Kenapa erk, bebudak yang di hantar ker nursery mesti ada kutu. Macam dah sinonim KUTU and NURSERY.

Memula aku ingat kepala aku gatal² sebab syampoo. Tetapi telahan ku silap. Pagi tadi masa aku urai rambut aku ngan tangan, biasalah rambut banyak gugur kan, daripada berterabur kat lantai, baik aku teraburkan kat bilik air, senang nak kutip sekali banyak. Tengah feeling² urai rambut sekali aku terasa kat kulit ni macam ada sesuatu...geli tak...geli tak...geli kan, aku pon tarik, sekali....hamik ko....KUTU siot. Meremang kegelian aku tgk kutu tu.

Aku dah tersalah tafsir, bukan silap syampoo, tapi kepala aku dah berkutu...larik...bersiap sedialah ko kutu.

Macam mana nak elakkan kutu nih melekat kat rambut bebudak erk. Ada symapoo khas tak untuk menghalang kutu² nih hinggap kat kepala. Aku risau si qaira jer nih, aku nampak dah tergaru² kepala dah...uuwwaaaaaa...menci, menci...

Let Pictures do the talking. Apa perasaan uolss klo tengok gambar² nih? Kalau tak der perasaan memang hati kering lah uols nih. Ya! Allah...

Perihal TASKA lagi....

Let Pictures do the talking.



Apa perasaan uolss klo tengok gambar² nih? Kalau tak der perasaan memang hati kering lah uols nih. Ya! Allah...luluh hati aku, nak menangis pon ada, bercampur baur perasaan tengok bebudak ni. Automatik teringat kat anak².

Email ni aku dapat dari mahligai group. Ni aku copy & paste balik email dari pengirim gambar² nih:

Fw: Ingin bertanya tentang penjagaan kanak2 ditaska

Salam.


Apa perasaan anda bila lihat gambar2 ini? Need your advise what to do further. Berlaku kepada anak saya dan anak2 lain yg sy tak berapa kenal parent diaorang. Rasa mcm nak tunggu depan taska tu dan bgtau semua parent yg hantar anak ke situ. Kami dah tanya seorg kawan PDRM secara informal. Dia kata takboleh nak report sebab tidak menyebabkan kematian atau kecederaan. ''Dah tu, nak tunggu ada yang mati dulu ke baru boleh buat report.." ???

Lokasi Taska : Sri Kembangan - Selangor.


Please advise dan pertolongan anda amat dihargai. Terima kasih.


-fimmie-

Bagi aku, buat aduan dekat Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taska ni tak mementingkan aspek keselamatan, Kalau iyer pon nak tidurkan budak², janganlah di tutup muka tu dengan kain atau bantal.

Doa ku, semoga bebudak nih dan anak² kita yang terpaksa di hantar ke taska di bawah lindungan Allah S.W.T....amin...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...