Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Alhamdulillah...Yang di tunggu² dah dapat. Sebulan menanti. Akhirnya harini sampai ke tangan sendiri. Macam tau² jer tengah sengkek. Al...

NUFFNANG | Rezeki Hari Ini


Alhamdulillah...Yang di tunggu² dah dapat. Sebulan menanti. Akhirnya harini sampai ke tangan sendiri. Macam tau² jer tengah sengkek. Al maklumlah...Penangan dapat gaji awal sempena Deepavali last month. Maunya tak tercekik nak tunggu hujung bulan nih. Syukur...dapat cover duit belanja sementara nak tunggu gaji masuk kan.

Tu jer lah nak citer...hehehe...Bukan nak menunjuk tau. Cuma nak berkongsi. Tu bertahun hasil tabungan yerp. Bukan sebulan..bukan 5 bulan. Tapi SETAHUN. Sikit² lama² jadi bukit. Jangan stress bila amount nuffnang uolls sikit. InShaa'allah...ada rezeki tu nanti.

Note: Skang kos sara makin tinggi. Kena pandai cari lubuk duit yang boleh menghasilkan pendapatan sampingan ☺


Macam ni: Alhamdulillah. Rezeki datang lagi. Dapat 3 BE baru serentak semalam. Bila tunggu, tak der. Bila tak mengharap, berderet² p...

Buffered Earning (BE) | Tips dapat BE Bertingkek²

Macam ni:


Alhamdulillah. Rezeki datang lagi. Dapat 3 BE baru serentak semalam. Bila tunggu, tak der. Bila tak mengharap, berderet² pulak yang masuk. Tips nya senang jer

1. Jangan update blog dalam tempoh masa yang lama. Memang banyak BE yang masuk. Sebab ramai yang pernah kena macam ni termasuk lah aku. Update hari², nan hado BE nya. Bila bersawang. Errrrkkkk...muncul plak ko yer BE. Tapi jangan lah buat macam ni....hahaha...

2. Rajin² lah update survey tu yerp. Tapi bergantung juga. Kekadang update survey hari² pon tak nampak batang hidung BE *nampak sangar desperate nak BE sampai hari² update...wakakaka...aku lettew.

3. Cash out jer lah BE bila dah sampai tempoh matang. Tapi aku orang yang gigih mengumpul duit tabung bertahun. Ni yang aku perasan. Tapi tak cash out dapat jugak BE kan...hehehe...Sebenarnya aku dah cash out. Tu yang bertingkek² BE masuk.

Inilah punca rezeki side income aku...blogging. Itu pon bergantung pada rezeki. Kalau banyak...alhamdulillah. Kalau sikit pon, dah kira bersyukur jugak. Teringin nak buat job review. Tapi tu lah, belum ada rezeki lagi kot. 

Note: Tak sabar nak tunggu cek ☺




Alhamdulillah...rezeki blogging. Orang lain punya banyak dari ni pon tak kecoh kan...hahahaha...Bukan nak menunjuk, cuma nak berkongsi je...

Jom Cash Out Duit Tabung!!!

Alhamdulillah...rezeki blogging. Orang lain punya banyak dari ni pon tak kecoh kan...hahahaha...Bukan nak menunjuk, cuma nak berkongsi jer. Cer tanya berapa lama aku kumpul duit tabung nih? Last aku cash out 29 May 2013. Dapat cheque 5 July 2013. Kiralah cepat. Setahun lebih hokay. Aku memang seorang yang tabah mengumpul...hehehehe...Jadinya, uols jangan putus asa bila duit tabung naik tak banyak. Sikit² lama² jadi bukit kan. Sekian pesanan dari orang yang tabah simpan duit secara sambilan...ahakssss...


Alhamdulillah juga sebab dapat Buffered Earning secara berjemaah dalam bulan September ni. Silalah menari lama² sket yer BE. Terima kasih lah pada sayam² semua yang klik iklan² tu. Sama² lah kita penuhkan duit tabung sesama kita yerp. Siapa yang nak tolong penuhkan kalau bukan kawan² seangkatan blog juga kan...ekekeke...Di akhiri dengan ucapan TERIMA KASIH.

Note: Tengah mencuba juga program affiliate. Tapi kena usaha lebih sket. 


Oh! my keywords....kahkahkah...Hoi! Ko dah kenapa??? Bukan main gelak aku tengok keywords ni. 21 hits plak tu. Macam mana plak ble...

Awek Nampak Pakwe Hisap Botol Susu????


Oh! my keywords....kahkahkah...Hoi! Ko dah kenapa???


Bukan main gelak aku tengok keywords ni. 21 hits plak tu. Macam mana plak bley sesat dalam blog #makbanyakanak ni. Aku mana ada pakwe yang hisap botol susu. Aku ada suami jer. Tapi dia tak hisap botol susu pon. Adoiiiii....macam² lah korang ni. Untuk keywords lain, aku boleh tolong cari. 

- Resipi Bebola Daging yang Simple [SINI]
- Petua Halau Nyamuk [SINI]
- Hukum Mempamerkan Hasil Susu Ibu [SINI] - Ada isu gak ni. Ada yang kata kalau kita letak hasil tenusu nanti orang yang tengok tu akan terbayang² kita punya. Cara kita perah. Yang ko gi bayang kan sampai macam tu sekali buat apa. Kalau dah otak senget memang dah tak boleh nak buat apa. Kalau letak buah pisang pon orang boleh bayang macam² kan. Even kalau tengok anak patung barbie pon ko dah bernafsu kot. Senang cakap setiap gambar tu boleh membuatkan orang berimaginasi. Terpulang pada individu tu nak menilai gambar tu dari sudut yang macam mana. Kalau ko fikir negatif, memang dapat dosa lah. Tujuan tunjuk bukan nak mengaibkan atau nak suruh membayangkan. Tapi sebagai pemangkin semangat untuk ibu² yang sedang menyusukan anak supaya tak putus asa bila tengok hasil susu orang lain. Please think in a positive way. Don't think negative. Jangan cakap orang yang nak menunjuk hasil susu ibu ni tak tau malu hokay. Kita tak boleh nak mengubah pemikiran orang lain dari fikir yang bukan² melainkan si pemikir itu mengubah cara dia berfikir. Fullstop!!

Note: Aku kalau bercakap pasal breastfeeding ni memang hover sket. Lebih² lagi bila ada orang yang memperlekehkan apa yang kita buat.

Alaaaa...baru dapat 2 BE baru dah nak kecoh...hahaha...lantak lah. Blog aku. Suka hati akulah khenn. Alhamdulillah...Rezeki syawal. Men...

Rezeki Syawal!!!


Alaaaa...baru dapat 2 BE baru dah nak kecoh...hahaha...lantak lah. Blog aku. Suka hati akulah khenn. Alhamdulillah...Rezeki syawal. Men jeles jer tengok uols dapat BE baru. Berderet² bertingkek² plak tu. Rejeki memasing kan. 

Macam biasa, rajin² kan lah jari jemari tu yerp. Mekasih. Smoga rezeki uols bertambah murah. Tak sabar nak cash out ni. Dah lama dok mengumpul duit tabung.

Note: Tak tau nak citer apa. Asal boleh jer ni.


*Sticky Post for 48 hours. Please Scroll Down For New Entry MAMEE…Siapa yang tak kenal dengan produk mamee ni kan. Jenama produk yang t...

MAMEE CHEF – MELAKA FACTORY VISIT

*Sticky Post for 48 hours. Please Scroll Down For New Entry

MAMEE…Siapa yang tak kenal dengan produk mamee ni kan. Jenama produk yang terkenal dan telah lama bertapak di Malaysia. Antara produk yang ditawarkna adalah Mamee, Mamee Monster, Mr potato, Cheers, nutrigen dan macam² lagi lah. Dalam penyelidikan data yang dilakukan oleh Kantar WorldPanel baru² ini telah menunjukkan bahwa daripada 5.7 juta jumlah isi rumah, mamee instant noodle telah manjadi pilihan 4.2 juta pembeli di Malaysia…wow…

Geng² blogger yang terpilih. Kita bergambar dulu sebelum masuk kilang MAMEE

Seperti yang diwar² kan dalam entry [INI] dan [INI], baru2 ni aku telah berpeluang melawat sendiri ke kilang mamee yang terletak di Melaka. Menyaksikan sendiri bagaimana produk mamee seperti snacks dan instant noodle di proses dari awal hinggalah proses pembungkusan. Bukan itu saja, dapat jugak tengok proses mee Tarik secara live. Daripada doh sampailah di uli jadi mee tarik. Meh tengok nih:

Camera dari Samseng TAB saja
Tukang buat mee Tarik ni memang datang dari China. Ianya di panggil [Teknik La Mian]. Dikatakan bermula di China pada abad ke-15 iaitu daripada etnik Hui yang ada di bahagian barat laut China, iaitu Xinjiang, Ningxia, Shaanxi, Gansu, dan Qinghai. Secara etimologi, ia bererti menarik atau meregangkan dan mian ialah mi. Keistimewaan cara pembuatan mi ini adalah dengan cara diadun, diregang, dilentur dan ditarik bagi menghasilkan untaian serta ukuran halus dan kenyal. Memang agak rumit nak membuatnya.

Memandangkan cara pembuatan mee tarik yang agak rumit dan mustahil untuk dihasilkan dengan kuantiti yang banyak dari sepasang tangan manusia…cewahhhh ayat haku. Mamee Double-decker telah melabur sebanyak RM80 juta untuk sebuah mesin yang boleh menaghasilkan mee tarik yang prosesnya sama seperti teknik la mian. Mamee Double-decker percaya dengan teknologi yang serba canggih, tak mustahil teknik La Mian dapat dihasilkan dari sebuah mesin yang dapat meningkatkankan lagi rasa mee dan menjadikan tekstur mee menjadi lebih kenyal.

Lepas tu ada demo masak memasak plak. Bau dia…perghhhhh…manusuk hidung. Sedap betul baunya.


Ok…skang kita tengok proses penghasilan snacks mamee dan juga instant noodle:

Proses demi proses:

1. Mixing
2. Rolling
3. Slitting
4. Steaming
5. Cutting
6. Seasoning Shoe
7. Frying
8. Cooling
Dan proses yang terakhir adalah Packaging 

Untuk pengetahuan semua, Mamee double decker dan juga mamee chef telah memenangi beberapa anugerah. Antaranya 
  1. Mamee Chef Curry Laksa rated Top 10 Best Instant Noodles in the World for 2014 by Theramenrater.com,
  2. Putra Brands Awards Bronze Recpient 2014 under Food Stuff Category
  3. Frost and Sullivan Malaysia Excellence Awards Recipient
Dan Mamee telah melancarkan produk baru iaitu Mamee Chef  dengan kerjasama dari chef selebriti, Datuk Chef Ismail. Pes Mamee Chef ‘s Thai Tom Yam dan Curry Laksa  dihasilkan menggunakan ramuan segar dan rempah ratus asli yang mampu menguasai hati semua bangsa di Malaysia. Mamee chef juga disertakan dengan pek ramuan tambahan iaitu cebisan sayuran dan juga udang bagi menambah lagi kelazatannya.

Bagi yang masih ragu2 dengan produk mamee dan juga Mamee chef, anda tak perlu risau kerana ianya telah mendapat sijil halal JAKIM dan anda boleh check sendiri [DISINI]


Ok…dah selesai kita melawat kilang Mamee, kita ker Mamee Jonker House plak yang terletak di Jonker Walk. Aku pon baru tahu tentang kewujudan kedai Mamee Jonker House ni. Kalau uols ker Jonker Walk, jgn lupa singgah sini. Meh layan gambar.

Kedatangan kami di sambut oleh Mamee Monster. Crunch it...Shake it...Munch it...MAMEE ☺☺

 

Antara barang² yang dijual disini. Ada cafe juga. Memang best lah. Sambil shopping boleh makan. Dan Antara aktiviti² kitorang kat sini:


Berkretiviti dengan mamee cup nih. Kita main color². Pastu kita buat mamee ikut citarasa sendiri. Yang ni expired date sampai 16 June 2014 jer sebab tak buat kat kilang…hehehe… Memang best lah lawatan ke kilang Mamee ni. Bila kita dapat tengok sendiri cara² mamee diproses. Satu pengalaman indah yang tak kan dilupakan. Dan juga:

Dapat bergambar dengan orang kuat Mamee ☺


Last but not least. Thanks for the goodies bag and note. Terima kasih juga buat nuffnang kerana memilih saya untuk Lawatan ke Kilang Mamee. Untuk maklumat lanjut dan juga info² lain, boleh layari www.mamee.com dan juga "LIKE" Mamee Chef @ www.facebook.com/mymameechef
-         

Crunch it...Shake it...Munch it...MAMEE... Dapat gak bersua muka ngan si Mamee Monster nih. Selalu tengok iklan dalam tv and kat pac...

MAMEE MONSTER!!!

Crunch it...Shake it...Munch it...MAMEE...


Dapat gak bersua muka ngan si Mamee Monster nih. Selalu tengok iklan dalam tv and kat packaging mamee jer. Ini dapat package lagi uols. Dapat jumpa secara live dan dapat bergambar skali. Nasib sempat sebab munculnya tak lama. Kejap jer. 

Untuk si Petak Bunga yang bertanya. Ini lah gambar iols dengan Monster Blue Mamee ☺☺

Note: Blur...blur nak update entry dan blur nak mengarang ayat. Dateline 3 hari jer lagi nih...ppfftttt...



Cer cari...cer cari...hehehe... Jadi single jap sabtu haritu. Memang meriah. Dapat kenal ngan blogger² baru dan juga dapat bersua muk...

Mamee Chef Day Out | Teaser

Cer cari...cer cari...hehehe...

Jadi single jap sabtu haritu. Memang meriah. Dapat kenal ngan blogger² baru dan juga dapat bersua muka dengan blogger yang dah lama kenal. Layan gambar dulu lah erk. Tak dapat nak bergambar dengan blogger² yang lain sebab bateri HP dah habis nyawa. Camera tak bawak. Harapkan samsebg TAB ku ittew her lah.

Siapa yang tak kenal dengan blogger cun ni kan. Nice meeting you Namee Roslan. Memang cantik and sweet jer orangnya ☺

Dengan blogger si tinggi lampai, Ema Johari @ Emarieys. Bertemu juga akhirnya even berlainan group and bas. Thanks sebab tegur kita dulu. Sorry sangat sebab memang tak perasan langsung tau. Nice meeting you Ema.

Dari alam maya ke alam nyata pula. Nice meeting you Jueliza @ MamaJue PapaMimi

Kawan baru, Rina @ Cindyrina  and Azza @ Embunpena. Nice meeting both of you.

Last but not least. Yang ni bukan blogger yerp. Tapi orang kuat MAMEE, Datuk Pang ☺

Tunggu entry penuh nanti. Jenuh lah haku nak menyusun gambar dan membina ayat. Dateline sampai minggu ni jewr. 

Note: Lewat up entry. Busy harini. Ok bye!!






Rasanya ramai blogger yang dapat invitation ni kan? Aku salah sorang lettew...hehehe...Actually aku dapat call dari Eric from nuffnang ...

Invitation | Lawatan ke Kilang Mamee Chef


Rasanya ramai blogger yang dapat invitation ni kan? Aku salah sorang lettew...hehehe...Actually aku dapat call dari Eric from nuffnang last week. Tanjat gegirl uols tetiba orang nuffnang call. Dia tanya sama ada aku berminat nak join factory visit ke kilang Mamee Chef di Melaka. Tapi aku minta confirmation on the next day. Hari jumaat baru dorang hantar email. Dapat buat sponsored post skali. Amount lagi tinggi dari sebelum ni. Alhamdulillah...rezeki blogging.

Berat hati juga nak pergi. Sebab nak kena tinggalkan 3 handbag mahal kat umah tu. Pastu dok fikir tak der gang. Pastu ada member blogger yang kata nak gi juga. Ok lah...kita proceed jer lah. Ada juga gang. Bukan selalu dapat peluang macam nih kan. Dan bukan selalu si ibu nak berjimba² ngan kawan²...ngeeeeee...Kiranya mommy's day out ke kilang mamee lah kittew. Kita jumpa di sana lah yerp ☺

Note: Tak tau nak citer apa. Isnin ku yang blur. Citer ni pon jadilah yerp...muahaha...


Gambar kecik sudahlah. Kalau tak puas tengok silalah klik untuk tumbesaran yer. Tapi aku dah brush. Bisul plak mata uols kalau tengok nanti...

NUFFNANG...Kenapa seksi sangat Iklan nih???

Gambar kecik sudahlah. Kalau tak puas tengok silalah klik untuk tumbesaran yer. Tapi aku dah brush. Bisul plak mata uols kalau tengok nanti...muahahaha...


Lately ni aku tengok makin kerap plak gambar² tak senunuh ni  kluar. Tanjat gegirl tengok tau bila bukak blog uols kluar gambar separa boleng. Macam² pattern gambar. Baik gambar pompuan maupon gambar lelaki. Sebab kat blog iols ni tak nampak plak gambar seksi meksi ni kluar. Sekali semalam terkeluar plak gambar macam nih....cissss....Tak suka lah.

Felisss lah. Tak nak lah kluar iklan² macam ni lagi. Buat sakit mata jer nengok. Nuffnang...tak kan tak peka dengan masalah ni kot. Silalah sensitive sket. 

Note:  Sakit kepala tak hilang lagi. Macam mana nak drive nih...huhuhu...ALhamdulillah, hujan lebat. Smoga air empangan naik lah hendaknya.



Ko tengok ni...ko tengok. Rasa nak fengsan jap. Bila masa plak blog aku ni jadi blog 18sx. Blog ni suci murni hokey. Pengalaman seks ...

KEYWORDS | Hoiiiii!!!! Tak der benda lain ker nak cari ha...



Ko tengok ni...ko tengok. Rasa nak fengsan jap. Bila masa plak blog aku ni jadi blog 18sx. Blog ni suci murni hokey. Pengalaman seks dengan guli lah...tak menahan betul. Seks kat kantin skolah lah. Hoiiii...ko dah gersang sangat ke apa.

Citer pasal kantin skolah yang aku pernah up entry adalah pasal [MAHALNYA HARGA MAKANAN KAT KANTIN SEKOLAH]. Keywords yang lain ni kalau ada yang nak baca dan nak cari, ni link nya:

Seorang ibu menyusu, bolehlah baca [DUGAAN SEORANG IBUYANG MENYUSUKAN ANAKNYA]

Contoh qada'. Ni pon menarik jugak untuk pembacaan uols. Meh baca dan fahamkan betul² [QADA' dan QADAR yang perlu diketahui dengan JELAS maksudnya!!!]. Jangan asyik nak salahkan takdir jer bila berlaku sesuatu.

Resipi bebola daging bolehlah refer kat [Resipi Bebola Daging yang Simple]

Doa dan penawar ilmu hitam. Ni pon keyword hot yang masuk dalam blog aku ni. Ramai gamaknya yang terkena ilmu hitam dan nak cari penawar kot. Ini linknya [SIHIR CINTA, PENAWAR SIHIR dan SIHIR PENGASIH HALAL]. Silalah baca yerp.

Ok...ini jer lah kot. Selamat membaca pada yang terlepas entry² nih.

Note: Ntah apa² lah dorang ni khenn. Yang tak senunuh di carinya. 




Setelah sekian lama menanti, baru skarang ko nak muncul yer. Hari² menanti macam buah yang tak gugur². Hari² check kot² ada yang sangkut *...

Woot...Woot...!!!


Setelah sekian lama menanti, baru skarang ko nak muncul yer. Hari² menanti macam buah yang tak gugur². Hari² check kot² ada yang sangkut *macamdahkemaruksangatkhenn. Sekali semalam check...yeayyyyy...dapat gak lah seketul:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Seketul Buffered Earning. Alhamdulillah....rezeki. Tapi tak pernah plak aku nampak BE tu menari². Mungkin dia menari waktu malam kot. Siang dia tido...hahaha...Kalau uols nampak iklan tu, faham² lah yer. Kasi penuh duit tabung. Thank You nanang. Kasi lah BE lagi ☺☺

Note:  Kan dah cakap. Haku dah kemaruk dengan wrap. malam tadi pon ber 'wrap' jugak. Nasib semalam last kopek. Klo tak malam ni pon wrap jugak...hehehe...



Nyanyi cepat...Waghih, duek den botingkek-tingkek dapat BE berderet²...hehehe... Alhamdulillah...dapat rezeki dibulan Syawal dan R...

Duit Den Botingkek-tingkek, Thank You NUFFNANG!!!


Nyanyi cepat...Waghih, duek den botingkek-tingkek dapat BE berderet²...hehehe...


Alhamdulillah...dapat rezeki dibulan Syawal dan Ramadhan. Ada 6 BE yang tengah running. Memang betingkek². Kita tengok plak nanti duek nyo botingkek² tak...hehehe...Antaranya:




Kali ni tak nak cashout dulu. Nak kumpul duit bebanyak. Iyo lah tu kan...ahaks...Kawan², kalau nak tau lebih lanjut pasal iklan² tu, ringan² kan lah tangan tu yer. Mekasih ☺☺

Note: Bila nuffnang nak bagi Advertorial Post ni...huhuhu...




Alhamdulillah...Dapat rezeki lebih kali ni. Ada 2 cheque dan satu tu adalah hasil dari Advertorial Post yang aku dapat bulan March arit...

CHEQUE ke 3 dah dapat, Thank you NUFFNANG!!!



Alhamdulillah...Dapat rezeki lebih kali ni. Ada 2 cheque dan satu tu adalah hasil dari Advertorial Post yang aku dapat bulan March aritu. Jumlah paling banyak setakat ni, syukur atas rezeki dariNYA ini.


Dan alhamdulillah, ada 5 Buffered Earnings yang tengah running. Sudi² lah klik iklan² tu yer. Terima kasih tak terhingga buat tetamu² istimewa yang sudi bertandang ker blog supermom ni...hehehe...Tanpa kamu, tiadalah income buat ku...ahaks...

Nak tau tips Buffered Earnings? Meh baca [SINI]. Tapi itu pon bergantung pada rezeki juga. 

Note: NUFFNANG...bila nak bagi advertorial post lagi. Blogbuster post saya tak reti nak buat...huhuhu...ada 2 plak tu Blogbuster campaign.




Alhamdulillah...bertambah lagi BUFFERED EARNINGS. Menjadikan tiga kesemuanya. Dan di tambah lagi BLOGBUSTER CAMPAIGNS. Baru jer dapat ...

NUFFNANG - BE & Blogbuster Campaigns Lagi...



Alhamdulillah...bertambah lagi BUFFERED EARNINGS. Menjadikan tiga kesemuanya. Dan di tambah lagi BLOGBUSTER CAMPAIGNS. Baru jer dapat tu. Tapi tu lah...aku tak reti nak buat BBC tu, Nak upload dalam bentuk video...owh...aku sangat tak kreatif hokey.

Apa² pon, Terima Kasih NUFFNANG sebab bagi BE dan BBC untuk blog saya. Tapi lagi bagus kalau NUFFNANG bagi saya buat ADVERTORIAL POST...hehehe...Tak der ADVERTORIAL POST untuk saya lagi ker NUFFNANG. Bagi lah lagi...bagi lah lagi...☺☺

Note: Tak sabar nak tunggu cheque nuffnang. Amount paling tinggi pernah ku dapat.


Alhamdulillah. Hasil rezeki dari blogging. Dah malas nak tunggu duit naik menggunung lagi. Itu pon kumpul dari bulan Oktober tahun lep...

NUFFNANG 3rd Cash-Out!!!



Alhamdulillah. Hasil rezeki dari blogging. Dah malas nak tunggu duit naik menggunung lagi. Itu pon kumpul dari bulan Oktober tahun lepas. Kita cash-out saja lah.. Cash-out untuk kali yang ketiga. Dan juga antara amount tertinggi pernah aku dapat. Sebab dapat buat Sponsored Post kan. 

Terima kasih kawan² sebab sudi bertandang kat blog suka suki aku ni. Kalau bukan sebab kunjungan dari kamu, tak kan menjadi duit banyak nih. Sayang kamu ketat². 

Note: Saham oh! saham. Aku frust nih. Jual saham pagi tadi masa naik 3.43. Sekali petang ni tadi naik 3.62...arghhhhh...frustnya. Tak per lah. Rezeki yang dah tertulis dariNYA. Bersyukur lah. Kita tunggu next tranche plak yer Fiza Rahman >_<. Alhamdulillah atas rezeki ini.  


Sibuk baca orang lain dapat blogbuster, sekali mak jemah pon dapat noks. Bukan satu, tapi dua uols. 1st time tau pasal Blogbuster Campai...

Dapat 2 BLOGBUSTER CAMPAIGN!!!


Sibuk baca orang lain dapat blogbuster, sekali mak jemah pon dapat noks. Bukan satu, tapi dua uols. 1st time tau pasal Blogbuster Campaign ni. Tapi kan, masalahnya aku tak tau nak buat macam mana. Setakat rakam video untuk masuk dalam keek tu retilah....huhuhu...Kalau dapat sponsored post kan bagus. Apa² pon, TERIMA KASIH NUFFNANG atas peluang ni. 

Sedikit info mengenai BLOGBUSTER CAMPAIGN:

As this is a first of its kind campaign, we understand that many of our Nuffnangers have questions about this campaign. Here is a summary of what to do:


1. Record a short video (approx. 10 seconds) creatively based on the brief below in your own preferred language. Please note that video should not be a reproduction of client's materials (purely copy paste images) and should include your own recordings.

2. Upload your video in the space provided. You may upload up to 5 videos.

3. If your video(s) is chosen for the campaign, it will be shown on the ad displayed on your blog. Kindly note that if your video(s) is not chosen, the ad will not show up on your blog.

4. Please note that approved videos will be compressed and a 5-sec branding clip will be added to the end of your video.


Note: Acaner ni? Saya budak baru nak belajar...Tolonglah ajar ^_~ 


Alhamdulillah...rezeki datang lagi. Rezeki untuk anak² tercinta. Bermula dengan rezeki dapat buat Sponsored Post untuk produk baru HUGG...

NUFFNANG - REZAKI Datang Lagi...



Alhamdulillah...rezeki datang lagi. Rezeki untuk anak² tercinta. Bermula dengan rezeki dapat buat Sponsored Post untuk produk baru HUGGIES. Nuffnang bermurah hati nak bagi BE Huggies. Pastu smalam saja lah check lagi kan kot ada lagi BE baru yang masuk *pada hal hari² check...ahaks. Rezeki lagi, ada BE untuk DiGi Internet IFA


Kalau nak tau lebih lanjut pasal produk DiGi ni, klik jer banner tu yer ^_^. Pastu kan, lepas jer aku submit sponsored post untuk Huggies, petang tu dapat call dari NUFFNANG. Ada job lagi. Macam biasalah, soalan yang sama diajukan sama ada aku berminat atau tak. Semestinya lah kan aku minat. Nanti dia akan confirm kan balik. Tunggu jer lah. Kalau ada rezekinya...alhamdulillah lah. 

Note: Bulan March adalah bulan rezeki buat aku. Selain dapat SP dan BE, menang RM20 dari IntanBerlian Mega Giveaway 2013....alhamdulillah...^_^


Sticky Post for 48 hours. Please Scroll Down For New Enntry 2 orang budak yang tengah aktif ‘Susahnya nak pakaikan pampers budak ...

Tukarlah Untuk Lebih Senang Di pakai bersama HUGGIES Dry Pants!!!


Sticky Post for 48 hours. Please Scroll Down For New Enntry

2 orang budak yang tengah aktif

‘Susahnya nak pakaikan pampers budak ni’. Itu antara rungutan para ibu² di luar sana kan? Mengaku jer lah ^_^. Saya antara salah seorang ibu yang sedang menghadapi masalah ini. Memiliki 2 orang anak yang sedang dalam proses tumbesaran adalah agak mencabar. Sebabnya: 


Anak dara saya yang berumur 2 tahun 6 bulan sedang dalam proses potty-training. Bila dalam proses potty-training ni, Huggies dry pant sangatlah membantu. Kenapa? Biasalah kan, budak2 yang baru di latih hendak ke tandas. Pampers masih juga nak pakai. Tapi bila nak kencing, pampers akan di bukanya. Acaner tu? Layan kan jer lah. Dengan adanya Huggies Dry Pants: Tukarlah untuk lebih senang di pakai ni, ianya memudahkan kerja saya. Memanglah senang. Tak perlu nak tukar pampers setiap masa sebab ianya seperti seluar. Qahirah boleh pakai dan buka sendiri Huggies dry pant nih. 


Qhalif pula. Memang sangat susah nak pakaikan pampers. Budak tengah aktif kan, berguling sana sini. Rasa nak marah pon ada juga...dah macam nak berperang dengan anak. Selagi tak bagi umpan, selagi tu lah memang susah nak pakaikan pampers. Dan lagi...qhalif pandai buka pampers sendiri. Kalau saya lambat pakaikan seluar, memang akan tertanggal lah pampers dia tu...gggrrrrrr...


Tapi sejak diperkenalkan sengan Huggies Dry Pants, saya dah jumpa jalan penyelesaiannya. Dengan adanya Huggies Dry Pant: Tukarlah untuk lebih senang di pakai ni, tugas saya bertambah mudah. Hanya perlu Koyak, Salin & Lepas. Kan senang tu. Tak sampai 30 saat pon masa di ambil. Berbanding dengan pampers yang sebelum nih.


Konsep Huggies Dry Pants: Tukarlah untuk lebih senang di pakai ini sangat lah mudah. Seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di atas ^_^


Huggies Dry Pants ini di datangkan dengan 3 saiz iaitu saiz M, L dan juga XL. Pilihlah mengikut kesesuaian saiz anak² anda.


Apa yang saya suka mengenai huggies dry pant ni ialah kerana Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin. Ia juga membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Antara ciri2 lain yang membuatkan saya tertaik dengan huggies dry pants adalah kerana:

100 breathable Blue

Lapisan Luar Beraliran udara 100%

Mengalirkan udara keluar 10x lebih cepat supaya kulit bayi akan kekal kering.
Quick lock system
Sistem cepat memerangkap cecair segera

Membantu menghalang kebocoran kerana lapisan cepat kering yang menarik cecair jauh dari kulit bayi dan mengunci cecair di lapisan dalaman supaya kulit bayi akan sentiasa kering sepanjang masa.
DBL leak lock
Menghalang Kebocoran Berganda

Selalunya kalau bangun pagi seluar qahirah/qhalif mesti basah. Tilam pon tak terkecuali juga. Tapi dengan huggies dry pants, semuanya berubah kerana ianya memberi perlindungan tambahan terhadap kebocoran di kaki/paha.

Waist Band
Bahagian Tepi yang Elastik dan Lembut

Dengan peregang lembut di bahagian sisi, ianya memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupon anak-anak sedang bergerak aktif.
Wear easily
Padanan Di Kedua Bahagian

Tak kira bahagian depan atau pon belakang kerana huggis dry pant ini adalah sama coraknya. Senang dan selesa di pakai. Macam pakai seluar jer.
Tear away side seams
Jahitan Tepi Mudah Koyak

Cuma perlu koyak pada jahitan tepi. Senang dan mudah nak koyak berbanding jenama lain.


Jika anda berminat dengan produk HUGGIES dan ingin mengetahu dengan lebih lanjut mengenai produk baru HUGGIES, boleh layari website http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx. Dapatkan sample percuma untuk si manja anda.


Untuk mengetahui info-info lain, boleh juga layari www.facebook.com/Huggies.Malaysia dan “LIKE” Huggies Facebook.

Ok...ini pandangan dari pengguna produk HUGGIES Dry Pants: Tukarlah Untuk Lebih Senang Di pakai


Mungkin lepas ni ibu kena beralih kepada produk ni ☺☺






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...