Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Newborn. Show all posts
Showing posts with label Newborn. Show all posts

Ha'ahhhh...ada orang tu tak puas hati ngan kita wak.  Rambut saya halus. Tu yang nampak macam botak jer kan. Tapi saya ada rambut ...

Tak Puas Hati ker???

Ha'ahhhh...ada orang tu tak puas hati ngan kita wak. 

Rambut saya halus. Tu yang nampak macam botak jer kan. Tapi saya ada rambut ☺☺

Ni lah budaknya. Kita punya lah excited balik nak jumpa dia...nak gomol² dia. Sekali bila sampai nursery dia buat tak tau jer dengan kita wak. Kita borak²...agah²...senyum²...dia buat muka selamba jer. Muka tak puas hati sangat tau. Geram plak hati kita ni wak. 

Cenggitu lah budak baru dok nursery. Haritu training sehari kejap sangat dok nursery. Tapi semalam dari pukul 7.30 am sampai pukul 6.15 pm kan. Mau tak merajuk budak nih. Dia tak tau ibu dia kat office belum tengah hari pon dah tak sabar nak balik. Hati gundah gulana risaukan  keselamatan dia. Doa bebanyak supaya anak sentiasa dibawah lindunganNYA. Tawakal sangat bila hantar nursery.

Alhamdulillah.... baik jer dia kat nursery. Merengek sikit² tu biasalah kan. Lelama nanti biasa lah. Memang kena biasakan diri pon. Anak² memang aku tak ajar tido buai. Tido lah ko kat tilam tu. Tepuk² jer dah tido sendiri. Kekadang kalau tak der orang layan pon bley tido sendiri. Dasar kuat mentido ko kan dik.

Susu pon bley tahan gak mamat ni minum. Semalam bekalkan 8 botol susu bersamaan dengan 2.5 oz - 3 oz. Lagi sebotol tu 5 oz spare kot tak cukup. 7 botol habis diminum. Nampak nya ibu kena kerja keras untuk kumpul stok susu. 

Note: Bila ada baby baru ni. Asyik citer pasal baby jer lah kan #jangankecamsaya ☺☺

Rindu dengan blog. Dah lama tak mencurahkan luahan perasaan kat sini. Ntah ada orang baca ker tak ni. Maklumlah... Orang baru dapat baby. Bl...

Pantang Oh! Pantang

Rindu dengan blog. Dah lama tak mencurahkan luahan perasaan kat sini. Ntah ada orang baca ker tak ni. Maklumlah... Orang baru dapat baby. Blog pon jadi sunyi sepi... Hurmmmm...



Ni maktang nak buat luahan perasaan. Harini masuk 31 hari berpantang. Tapi tak macam orang berpantang pon. Semuanya gara2 jaundice. I hate you jaundice. 1st time handle anak kena jaundice yang lama. Sampai admitted 2 hari kat spital masa baby baru 6 hari. Abang2 ngan kakak dia dulu tak lama macam ni.

Konon sbelum bersalin dah setting nak pantang betul2. Nak berbengkung 44 hari. Nak jaga makan. Tapi kita hanya merancang. Ditakdirkan yang baby kena jaundice.

Makan pon tak macam orang pantang. Halia, kunyit, lada hitam... Tak makan. Takut nak makan.

Naik turun klinik kesihatan lah maktang dalam hari. Naik turun tangga berkali2. Kluar malam gi KK sebab husband keja siang. Tawakal jer lah maktang bawak baby dalam hari memalam. Tu jer masa yang ada. Darurat ko. Tapi aku yakin yang DIA ada untuk jaga kami.

Skang ni follow up kat Hospital Serdang plak. Sebab jaundice tinggi sangat. Dr private cakap Breastmilk jaundice. Dr gomen cakap prolonged jaundice. Memang makan bulan jugak lah nak hilang prolonged jaundice nih.

Memang terganggu betul emosi aku yang dalam pantang nih. Especially masa baby admitted 2 hari kat hospital. Baby baru 6 hari kot. Bengkak mata nangis sebab baby tak der disisi.

Tambah terganggu bila baby kena cucuk amik darah. Allah... Luluh hati. Nangis maktang dibuatnya. Kalau kat KK cucuk kat kaki. Spital plak cucuk kat tangan. Asik kena cucuk jer lah baby aku.

Pagi ni kena buat urine test lagi for the 3rd time. 2nd time buat last week urine mungkin dah tercemar... Katanya. Sakit jer hati aku dengar. Dr cucuk kat ari2 baby plak tu. Nak tgk ada jangkitan ker tak. Hope suma ok.

Dugaan allah nak bagi kan. Redho dan berlapang dada jer. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Kuning baby pon nampak dah mula hilang. Dan harap sangat hilang terus. Tak sanggup lagi dah tengok baby kena cucuk.

Note: Doakan baby kita cepat sembuh yer.

posted from Bloggeroid

Tak der angin.. Tak der citer tetiba dah bersalin yerp... Hehehe... Biarlah rahsia gittew. Saja jer nak buat kejutan. Tapi baby ni la...

Leap Year Baby | Alhamdulillah... Dah Bersalin!!



Tak der angin.. Tak der citer tetiba dah bersalin yerp... Hehehe... Biarlah rahsia gittew. Saja jer nak buat kejutan. Tapi baby ni lagi lah buat kejutan kat ibu abah dia. Dah lah kluar tahun. Dalam keta plak tu..ppffttt...

Alhamdulillah... Urusan bersalin dipermudahkan olehNYA. Citer bersalin kali ni agak Epic dan istimewa. Tak sempat masuk labour room pon sebab baby dah tak menyempat nak kluar. Kalau Qhalif dulu sampai spital dah bukak 6 cm. Kali ni plak dah full dilate dalam keta.

Maka bersalin lah dalam keta dengan bantuan midwive dan nurse. Nasib tak terbesalin kat umah. Memang aku jenis mudah bersalin gamaknya.

Kronologi bersalin tu nanti aku citer. Tips mudah bersalin pon nanti aku sharing. Both ibu dan anak sihat. Berpantang pon sendirian berhad jer.
Ok lah. Nampaknya aktiviti blogging stop buat sementara. Bergantung pada masa. Hurrmmmm... Macam tak caya jer anak dah 4  .

Note: Sedap betul bau baby kan 

Buat tatapan dan pengetahuan kawan² ibu, nama saya:  IMAN QHALIF BIN HUSAINI  Ibu saya saja jer tak nak bagi tau nama saya...sur...

Selamat Berkenalan, Nama Saya.....



Buat tatapan dan pengetahuan kawan² ibu, nama saya: 

IMAN QHALIF BIN HUSAINI 

Ibu saya saja jer tak nak bagi tau nama saya...surprise lah tu kekononnya...hehehehe...Ibu berkenan dengan nama ni sejak saya dari dalam perut lagi. Besar harapan ibu dan abah supaya saya dapat jadi pemimpin yang beriman, menjadi anak yang soleh, bijak dan yang baik² lah bila besar nanti. Ibu tak dapat nak letak gambar qhalif banyak² sebab ibu tengah busy. Bila dah reda sikit keja ibu nanti ibu letak gambar banyak² sampai aunty² naik pitam tengok gambar qhalif yer. 

Akhir kata...Selamat Berkenalan buat aunty² dan uncle² (ada ker) yang santek dan encem.




Wordless Wednesday # 19: Jejaka Terbaru Kesayangan Hamba



Salam semua. Seperti tajuk di atas...alhamdulillah aku dah selamat delivery baby boy seberat 3.2 kg tepat pukul 9.00 pagi @ hospital pakar a...

Alhamdulillah...dah selamat bersalin anak ketiga

Salam semua. Seperti tajuk di atas...alhamdulillah aku dah selamat delivery baby boy seberat 3.2 kg tepat pukul 9.00 pagi @ hospital pakar an-nur bangi, bersamaan dgn 12 April 2012, dgn hanya sekali teran.

Syukur sangat2 sebab semua urusan dipermudahkan OlehNya. Daftar masuk pukul 8.30 am jalan dah buka 6 cm. Ambik masa 30 minit jer...alhamdulillah. Kalau ikut due date, 3 may. Tapi baby dah tak sabar2 nak keluar :-)

Dengan ini, puan punya blog akan berpantang dari dunia blogging selama 2 bulan sebab kat umah tak der broadband, harap maklum...huhuhu...rindulah nanti sebab tak dapat nak baca blog uols Semua.

Acara laga perut ☺☺ Untuk kawanku, congrats on your new bundle of joy. Ely selamat delivery baby girl on 10 march 2012 @ Prince Court Medi...

Tahniah ELY ☺☺

Acara laga perut ☺☺

Untuk kawanku, congrats on your new bundle of joy. Ely selamat delivery baby girl on 10 march 2012 @ Prince Court Medical Centre. Alhamdulillah...sepasang sudah. So sorry dear, aku tak sempat nak lawat ko kat spital. Teringin gak nak gi PCMC...hehehehe...

Gambar ihsan dari blog Tha

Alalalalala...tomeinya baby suci, sedapnya bau baby. Tak sabar plak nak tunggu baby keluar.


Aku cemburu tengok ko nok, muka tak macam orang baru lepas bersalin. Badan ko tak nampak sembap/bengkak erk...apa rahsianya?

Untuk sahabat alam mayakku AMIRAH (A to Z of Us)...apa cerita yer. Dah bersalin ker belum...senyap jer.

Seperti yang tertera pada sijil kelahiran...muahahahaha...siap scan lagi tu, hover sungguh mak budak nih ☺☺. Sijil bebudak skang kaler hijau...

Nama Saya....

Seperti yang tertera pada sijil kelahiran...muahahahaha...siap scan lagi tu, hover sungguh mak budak nih ☺☺. Sijil bebudak skang kaler hijau lah, siap ada hologram lagi. Sijil kelahiran akan datang tak tau plak macam mana rupanya, mesti makin canggih gamaknya.


Nama nih hubby yang pilih, 1st ramadhan...masa nak bersahur. Belek buku nama² islam berkenan plak dia ngan nama nih. I follow jer lah. Aku nak soh letak "Iman" kat pangkal nama tu, tapi hubby tak nak. Tak per lah, anak pompuan biarlah hubby yg letak nama.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...