AFB Feeds

Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Ada budak tu dapat Anugerah. Anugerah Pengamal Gaya Hidup Sihat. Sejak bila dia amalkan gaya hidu...

Bila Anak Dapat Anugerah!!!

Ada budak tu dapat Anugerah. Anugerah Pengamal Gaya Hidup Sihat. Sejak bila dia amalkan gaya hidup sihat pon ibu dia ni tak tahu. Balik dari sekolah bukan main gembiranya Iman Hakimi bagitau aku yang dia dapat hadiah. Haaaa…. Hadiah apa? Terus dia tunjuk medal dia nih. Wahhhh… Rasa berbunga² dan excited ibu dia nih nengok. Aku pon tanya lah macam mana boleh dapat anugerah nih? Tau apa jawapan dia… 'Entahlah ibu. Kita pon tak tau macam mana boleh dapat. Kita dapat jawab semua soalan yang cikgu bagi'.


Aku pon tak tahu macam mana pemilihan cikgu untuk Anugerah Gaya Hidup Sihat ni. Cara pemakanan ker? Cara gaya hidup kat sekolah ker? Cara pembawakan diri kat sekolah ker  Atau ada kuiz untuk kempen gaya hidup sihat ni. Nak kena tanya cikgu gamaknya… muahahaha… Apa pon pemilihannya, ibu ucapkan Tahniah Iman Hakimi. Ibu tumpeng excited dengan anugerah yang awak dapat nih. 

Siapa yang tak excited bila anak dapat Anugerah kan. Walaupon bukan anugerah pelajar cemerlang atau anugerah dapat tempat pertama hingga ketiga dalam kelas. Atau anugerah pelajar terbaik dalam matapelajaran. Tapi dapat Anugerah Pengamal Gaya Hidup Sihat bagi Tahun 3 pon aku sebagai seorang ibu dah rasa happy sangat. 1st time kot. Kalau Iman Hakimi kata dia tak sangka dapat Anugerah ni. Aku lagi lah tak sangka.

Boleh dia cakap... 'Malu kita tadi ibu bila naik atas pentas sebab semua orang tengok'... ppffttt... Pemalu anak bujang aku ni sebenarnya. 

Note: Anak dapat anugerah pon nak kecoh  kan... Hahaha... 



Bercinta betul nak citer pasal Raya. Orang lain dah berkajang² entry pasal Raya. Kau... Mood masih ...

Colourful Di Pagi Raya

Bercinta betul nak citer pasal Raya. Orang lain dah berkajang² entry pasal Raya. Kau... Mood masih ke laut china selatan. Bukan apa. Nak edit gambar. Nak letak watermark bagai. Blogger part time kan. Dengan keja office lagi. Tapi harini ku gagahkan jugak update pasal Raya. Tapi teaser jer lah dulu yerp. Ada masa nanti #makanakempat ni sambung lagi.


Kemahen tema raya korang kan. Sedondon sehati sejiwa gittew. Cantik jer nengok. Tema aku tahun ni colourful. MakPak biru + Anak² orange = Colourful. Nama jer orange tapi tak sama kaler orange nya. Masa cari baju raya bebudak ni haritu... Baju Kimi dah jumpa. Baju Qhalif ngan Harraz nan hado plak size. Jadinya beli baju Kimi lah dulu. Jumpa jer kaler orange seakan sama, beli lah untuk Qahirah, Qhalif ngan Harraz. Gasaklah tak sedondon pon. Apadehal dengan kaler baju kan. Janji hati dan jiwa sedondon gittew.  

Preparation pon lebih pada anak² jer. Ibu Abah recycle balik baju lama. Pakai sekali sekala jer pon. Bersederhana di jaman GST yang mencekik darah nih. Nak cari baju Qahirah bukan main susah lagi sebab saiz banyak tak der. Nak cari jugak kaler orange kan. Mendapatlah sebab susah gak nak cari kaler orange. Mekasih lah husband sebab susah payah mencari merata² baju anak dara nih. Finally jumpa jugak.

Pengajarannya dimasa akan datang... Sila cari kaler baju yang senang nak cari hokay. Untuk raya tahun depan dah sesiap pilih tema kaler pon. Dasat kau #makanakempat. Raya tak habis lagi kau dah fikir tema kaler untuk Raya tahun depan... Hahahaha... 

Note: Susah betul ank amik gambar anak beranak nih. Ada jer yg tak ready ☺☺



Apsal gebu sangat ha??? Gewam ibu nengok tau. Rasa macam nak gigit² jer. Dah macam drumstick KF...

Peha tu...Peha...!!!


Apsal gebu sangat ha??? Gewam ibu nengok tau. Rasa macam nak gigit² jer. Dah macam drumstick KFC...hahaha... Alhamdulillah...membesar bagai johan si Harraz skang ni. Ibu dia makin kurus cikeding. Anak makin menambah berat badan, Zat² ibu dah pegi kat anak gamaknya. Sluar jeans jaman anak dara pon dah muat....woot...woot...

Jumaat lepas Harraz demam. Terpaksalah si ibu amik emergency leave. Sedih nengok anak demam. Bila dah masuk nursery ni kena siap sediakan mental, fizikal dan emosi yang kental. Demam dah baik skang ni selsema dan batuk plak datang...huhuuhu... Doa aku biarlah aku yang demam, batuk selsema. Jangan lah budak debab ni yang tak sihat. Ibu kalau tak sihat masih kebah lagi buat kerja² rumah. Anak kalau tak sihat kena pantau siang malam.


Suka sangat buat mata cenggitu. Dah nak masuk 3 bulan dah si debab harraz ni. Cepat betul masa. Please lah...please don't grow up so fast boleh tak. Sebab bau baby ni sedap sangat. Air liur basi pon wangi...muahahaha... Tak sabar nak balik gomol awak ni debab. Kaki borak si debab ni. Tu yang syiok melayan ☺☺

Note: Nak kena amik jugak jab pneumococal vaccine nih. Extra precaution.


Tersama plak nama husband kita yerp Mira...ngeee... Sabtu haritu gi Melaka. Ada wedding kat M...

Selamat Pengantin Baru Mira

Tersama plak nama husband kita yerp Mira...ngeee...

Sabtu haritu gi Melaka. Ada wedding kat MITC. Wedding anak sedara merangkap anak kepada abang long aku. Belah pompuan dah lepas. Tapi tak sempat nak bergambar bagai. Yang kat Melaka ni belah lelaki. Memang bergambar habis lah. Dan akan ada banyak gambar untuk entry ini...hahahaha...

Malas nak citer detail² dan panjang². Maka layanlah gambar² ni yerp. 


Pengantin tak sampai lagi masa ni. Kitorang sampai pon dalam pukul 12.00pm cenggitu. Pengantin berarak dalam pukul 12.30 pm. Maka jom lah kita isi perut dulu. Lauk orang kawin ni memang sedap kan. Tapi lauk pauk kat MITC ni memang tersedap lah. Menu hari tu ada Rendang Tok, Ayam Kuzi, Kari Kambing, Sambal Fish Fillet, Acar dan macam² lagi lah. Memang suma sedap². 

Menu memang banyak. Nyesal aku makan sikit haritu sebab ada yang terlupa nak makan. Mee Kari ngan rojak buah. Boleh gittew. Sikit lama punya melepak ko lupa nak makan dua benda nih.


Lepas makan nasi ko bedal plak dessert. Ada Pavlova, Mini Red Velvet Cup Cake dengan Mini Choc Cup Cake. Lain² dessert ada kuih Car Berlauk, Seri Muka, Tapai, Cendol, Talam Ubi dan macam² lagi lah. Pop Corn ngan Ice Cream pon hado. Tahan nafsu jer aku dengan tapai dan juga kuih yang berasaskan pulut. Pantang lagi woihhh. Seram aku nak langgar pantang. 


Tengah makan pengantin pon sampai. Di iringi oleh dayang² dan hulubalang². Cantik anak buah aku nih. Siap ada joget² bagai. Rasa macam nak berjoget sama atas pentas tu...muahahaha...


Dah makan. Pengantin pon dah bersanding. Moh ler kita bergambar sampai habis bateri handphone. Mak cik vogeh da vass ngan anak² fruit. 


Me and my lovely sista. Sama ker muka kami?


Kakak bersama adik² nya...erkkk...kahkahkah...Me and my Bodyguard. Bodyguard paling kecik tengah tido. sebab keja dia memang mentido jer.


Kacau jer si Qhalif ni tau. Ibu nak bergambar ngan kakak lah. Sibuk menyelit.


Ok...kita berdua jer kakak. Me and my mini me. Sama tak? Kawan gaduh aku nih. Suka sangat cari pasal tau. 


My girl and boys. Besar dah korang.


Ini pengantin yang dah lepas 10 rahun dulu tapi fefeeling macam pengantin baru. Macam baru kawin plak rasa sebab gambar ni nampak maintain jer muka sebelum ngan selepas kawin yang nak masuk 11 tahun ni...hahahaha...perasan ko jah #jangankecamsaya ☺☺


Gambar penutup. Kerjaan si kakak dok buli adik yang tengah tido. Mentido jer dia sepanjang majlis tu. Aman damai si ibu nak makan sebab tak der gangguan. Memang Iman Harraz anak yang mudah dijaga dan tak banyak ragam...Alhamdulillah...

Buat Mira and Husaini, selamat pengantin baru dan selamat menempuah alam rimahtangga. Semoga kekal bahagia selamanya till jannah. Selesai jer majlis kat MITC, kitorang terus gerak gi cuti² ker Swiss-Garden Hotel & Residence Melaka. Kejutan buat anak² sebab dorang tak tau. Tunggu next entry,

Note: Minggu ni anak² start exam. Iman Hakimi start harini. Qahirah hari senin dah start. Good luck anak².


AssalamuAlaikum kawan² ibu. Memandangkan ibu saya sibuk sebab baru balik dari cuti bersalin. Jadiny...

Iman Harraz Husaini | Cerita Anak ke Empat

AssalamuAlaikum kawan² ibu. Memandangkan ibu saya sibuk sebab baru balik dari cuti bersalin. Jadinya saya mengambil alih tugas ibu harini. Ibu pon belum citer pasal saya dalam blog ibu ni kan? Biarlah saya sendiri yang bercerita mengenai kisah hidup saya yang baru muncul dalam keluarga 2 bulan yang lepas. Cerita suka dan duka yang saya lalui bersama ibu, abah, abang² dan kakak saya.


Nama saya Iman Harraz Bin Husaini. Lahir pada 29 February 2016. Ibu kata saya lahir tahun lompat. Maknanya 4 tahun sekali baru sambut hari lahir. Tapi tak per, ibu kata buat apa kita nak ikut kalender omputih tu. Kita ikut lah kalender islam kita…kalender Hijrah kan. Sepatutnya due date saya 17 March 2016. Atau mungkin awal seminggu dari tarikh jangkaan. Tapi ibu tak sangka dan ibu terkejut sebab saya lahir lebih awal. 

Beberapa jam lepas lahir

Ibu cakap saya ni anak istimewa dari abang² dan kakak saya sebab dah lah saya lahir tahun lompat. Saya melompat kluar plak dalam kereta. Ibu cakap dia tak sempat nak masuk labour room…dah tak larat nak jalan sebab saya dah tak sabar sangat nak keluar. Alhamdulillah…saya selamat melihat dunia walaupon mendarat dalam kereta. Sian ibu saya yang melahirkan saya dalam keadaan yang buat orang kelam kabut.


Kalau ibu lambat pergi hospital kemungkinan saya dilahirkan kat rumah. Tapi Alhamdulillah ibu sempat sampai spital walaupon depan emergency door spital. Berat saya masa lahir 3.1 kg di usia kandungan ibu masuk 37 minggu. Lepas jer saya lahir, nurse terus bawak saya naik. Ibu cakap kandungan gula dalam badan saya rendah. 

Ibu saya sedih sangat sebab tak dapat nak breastfeed saya on the spot sebab nurse cakap nak naikkan gula dalam badan saya cepat² dan perlu di beri Susu Formula. Ibu nak jugak breastfeed saya tapi nurse bagitau takut susu lambat kluar dan kadar gula dalam badan saya makin turun. Sedih sangat² ibu saya. Tapi demi keselamatan saya ibu terpaksa benarkan nurse bagi FM.


Lepas 2 jam baru saya dibenarkan duduk dengan ibu. Baru lah saya dapat merasa nikmat air susu ibu. Itu baru permulaan. Selepas beberapa hari dilahirkan, saya diserang jaundice. Hari keenam saya admitted sebab bacaan jaundice saya tinggi. 3 hari saya duduk bawah lampu. 2 malam saya tido tanpa ibu disisi. Saya tau ibu saya sangat sedih. Hanya baju peneman tidur ibu untuk 2 malam ketiadaan saya. Hari² ibu datang melawat saya dan bawa bekalan susu ibu untuk saya minum.

Banyak lagi yang saya nak citer. Pasal pengalaman ibu bersalin dalam kereta. Pasal prolonged jaundice saya. Pasal jangkitan kuman yang jahat hinggap kat saya dan juga pasal saya demam yang buat ibu nangis tengah² malam. Tapi biarlah ibu yang cerita. Bulan depan saya ada follow up check-up. Doctor nak scan perut saya. Nak check buah pinggang saya ok ker tak. Mohon kawan² ibu doakan urusan saya dan ibu dipermudahkan olehNYA. dan doa supaya saya membesar dengan sihat yerp.


Ok lah kawan² ibu. Saya berhenti sampai sini dulu. Terima kasih sudi baca cerita saya. 

Note: Maafkan ibu saya kalau asik citer dan up gambar pasal saya lepas ni. Ibu excited dengan kehadiran saya  ☺☺



Hahahaha...Budak ni frust wei. Frust sebab tak dapat nak pau ibu dia beli eskem. Ibu plak kalau ...

Budak Frust!!!


Hahahaha...Budak ni frust wei. Frust sebab tak dapat nak pau ibu dia beli eskem. Ibu plak kalau tak menyakat anak tak sah. Muka nangis pon nak amik gambo. Nasib nangis pon masih comel muka tu. Kenangan gittew. Bley tunjuk bila dah besar nanti. Ginilah peel awak masa kecik² tau.

Kekadang ibu ko ni rasa seriau plak nak amik anak² balik skolah. Seriau sebab kena pau. Tak beli rasa serba salah. Kesian plak nengok. Bila dah beli...erkkkk...bagi betis nak paha plak sampai hari² nak minta beli makanan. Macam kat umah tu tak der makanan gamaknya. 

Macam ni lah rupanya bila tak dapat. Buat keras plak dia tak nak jalan. Ibu pon buat keras hati tak nak beli. Haishhh...buat makin rendah lak darah kita ni wak. Nak tak nak tarik jugak lah soh jalan. Sepanjang jalan nak ker keta tu menangis. Tak nak masuk keta...pppfftttt...

Dah masuk keta nangis² lagi. Sampai berair hidung bagai dengan air mata leleh². Tak kosa lah ibu nak pujuk. Last² benti sendiri. Janji nanti ibu buat eskem. Sampai harini tak buat lagi...ngeeeee...Janji manismu betul. Minggu ni ibu buat yerp abam sado. 

Note: Kisah anak jer lah jadi modal cerita #jangankecamsaya


Pitam hemak ko kalau hari² kena pau nak. Kalau dah hari² dok minta itu ini, boleh pokai hem...

Pitam Mak Nak!!!

Pitam hemak ko kalau hari² kena pau nak.


Kalau dah hari² dok minta itu ini, boleh pokai hemak ko dibuatnya. Macam Qhalif ni. Pepagi aku hantar gi nursery. Asal hantar minta gi 7/11 nak beli twiggies gardenia. Kalau sempat, menyinggah lah kejap. Kalau tak sempat, petang nanti lah baru aku beli. Tapi memang muncung sedepa lah dibuatnya. Aku kalau anak buat peel pepagi memang tak tenteram dibuatnya. Bukan dia nak menan pon kan. Nak makanan...nngeeeee...Memang feveret dia betul lah. Tunggu ibu pandai buat twiggies yerp abam sado.

Skang ni balik skolah aku amik kimi. Kalau tahun lepas kimi transit. Aku just amik kat KAFA jer. Tapi tahun ni ada prubahan sikit. Next entry lah aku story. Memula amik Qhalif. Pastu amik Qahirah. Last baru amik Kimi. 

Ko faham² lah kalau dan lalu depan skolah kan. Macam² makanan ada jual. Macam mana lah bebudak tak rambang mata. Ada potato spring. Ada eskem. Ada Ayam bob, DOMINOS pon ada ko dan macam² lagi lah. Ni yang aku lemah sket bila bebudak ni nak itu ini. Tak beli kang buat badan keras especially si Qhalif...ppfftttt...Dah lah aku tak larat nak handle. Dengan ada low blood pressure ni ha. Pitam plak aku kalau tak layan.

Untung wei meniaga depan skolah. Bebudak memang membeli hari². Tak der duit, pau duit hemak...macam aku...muahahaha...Eskem malaysia 50 sen sebatang ko. Tanjat mak nyah. Rasa macam nak meniaga eskem malaysia depan skolah gak. Tapi nak jual murah lah. Sian kat bebudak. Mahal² pon beli gak. Tak cukup duit pon nak beli gak. Depan mata aku. Dia nak air. Tapi ada 50 sen jer. Air tu singgit. Belum sempat aku nak bayarkan, ada yang dah tolong bayarkan untuk budak tu. 

Kalau ada sesapa nak buat 2 kerja bak saranan AM. Bley lah cari sekolah² yang baru bukak dan meniaga kat situ. Memang untung...ekekekeke...Start harini aku kena tunjuk wallet kosong kat anak². Sekali sekala boleh lah membeli. Kalau hari² nak membeli memang pitam mak nak. 

Note: Kecoh pasal BF mom selfie. Perlu ker ko screenshot pastu viral kan gambar orang tu sampai jadi medan maki hamun dan keji mengeji. 


Tak der idea nak bawak anak² gi mana? Atau nak gi shopping tapi tak sanggup nak tinggalkan anak². T...

The Parenthood | 1st London Street Family Park In Malaysia

Tak der idea nak bawak anak² gi mana? Atau nak gi shopping tapi tak sanggup nak tinggalkan anak². Tapi nak shopping dengan aman…haaaaa…gittew plak kan. Ni nak sharing satu tempat best yang buat ibu² dan bapa² diluar sana senyum lebar.


Ini lah dia…The Parenthood. Apa The Parenthood tu? Ok…The Parenthood adalah kedai yang berkonsepkan keibubapaan yang pertama di Malaysia yang terletak di Sunway Putra Mall di mana ianya menyediakan perkhidmatan berkaitan bayi dan kanak² Seperti perkhidmatan runcit, pendidikan interaktif, permainan dan juga taman permainan dibawah satu bumbung yang dikenali sebagai 1st London Street Family Park yang juga merupakan Satu² nya taman yang berkonsepkan kekeluargaan. Kiranya macam² yang anda boleh beli kat dalam tu sebab macam² ada.

Misi The Parenthood adalah menawarkan pelbagai jenis produk yang berkaitan keibubapaan, taman permainan tertutup, aktiviti pendidikan dan perkhidmatan lain dibawah satu bumbung yang dapat memenuhi keperluan semua ibu² dan bapa². 


Pada Sabtu lepas saya dan keluarga dijemput untuk menghadiri Bloggers’ Conference dimana kami diberi peluang merasai pengalaman berada di The Parenthood. Lebih menyeronokkan bila anak² berpeluang untuk bermain di My Kingdom Playground by The Parenthood yang terdapat di The Parenthood. 


Sebelum aktiviti penjelajahan bermula di dalam The Parenthood ni, kami telah diberi penerangan oleh CEO The Parenthood, Mr. Leroy Lee's. Juga terdapat sesi soal jawab untuk bloggers'. Selesai sesi penerangan, barulah kami dibawa tour around dalam family park. Ok…jom kita tengok apa yang ada di The Parenthood nih.

Restaurant & Cafe


Tah payah gi jauh² cari kedai makan. Kat dalam The Parenthood ni ada. Boleh makan dengan aman sambil pantau keadaan anak² dalam My Kingdom Playground by The Parrnthood. Sambil makan sambil layan CCTV gittew. Curlass kan. Boleh tengok anak² buat apa kat dalam tu.

Educational and Play


Ni bukan budak² jer yang teruja. MakPak budak pon sama jugak. Rasa nak join sama ko. My Kingdom Playground by The Parenthood...Indoor playground yang pertama dibina dengan misi dan semangat untuk menyediakan persekitaran buat kanak² bermula dari new-born hingga 12 tahun. Persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyeronokkan dimana kanak² boleh bermain, belajar dan membina keyakinan diri dengan permainan yang terdapai di My Kingdom Playground.

Antara permainan ang terdapat di My Kingdom Playground by The Parenthood ialah Treasure Hunt, Flying Fox, Spider Tower, Transparent Spiral Slide, Multiple Slides, Ball Pit Tunnels dan juga Play Bridges. Banyak kan.


Macam² aksi dan macam² ragam. Susah betul nak amik gambar bebudak nih. Jangan tak tau. Kat dalam My Kingdom Playground by The Parenthood ni ada TV dan jugak 2 units video game X-Box 360. Dah macam kat umah pulak. Memang santai lah bebudak ni kat depan TV tu. Apa yang best dengan My Kingdom Playground by The Parenthood ni, anak² memang dijaga rapi dan tak dibiarkan suka suki kluar masuk sebab ada staff yang jaga kat entrance My Kingdom Playground by The Parenthood nih. 

Shopping


Ni antara kedai² yang terdapat di The Parenthood. Banyak kedai kat dalam ni. Memang one stop solutions for parents yang nak cari barang² untuk anak. Macam produk dan jenama pilihan. Antaranya mainan, alat tulis, hadiah, keperluan bayi dan kanak² dan juga pakaian. Kalau nak cari costume, boleh cari kat sini.


Ada juga disediakan aktiviti seni dan kraf. Kalau nak anak berkreativiti, boleh masuk kedai nih. 

Relaxation & Leisure


Haaaa...ni mesti mak² suka kan. Dah penat shopping dan sementara tunggu anak² bersukaria dalam My Kingdom Playground tu. Mak² boleh bersuka ria dengan memanjakan diri. Antara perkhidmatan yang terdapat di The Parenthood...saloon, rawatan muka, manicure and pedicure. Gym pon ada tau. 


Kalau anda bercadang nak buat Birthday Party untuk anak², di The Parenthood ada disediakan perkhidmatan ni. Ada party room yang boleh memuatkan sehingga 40 kanak².


Untuk Breastfeeding Mom, jangan risau. Kumudahan untuk anda sudah tersedia. Ada bilik untuk ibu² menyusukan anak dan juga tukar diaper anak. Selesa dan bersih. Bukan tu jer tau, ada Breastpump dan juga warmer. Sabun juga sudah siap tersedia. Kalau ibu² menyusu nak shopping kat dalam The Parenthood dan Sunway Putra Mall, sila terjah sini kalau anak dah nangis² minta disusukan yerp.



Tak dapat gi London, fefeeling London pon boleh. Thanks The Parenthood for having us. Memang enjoy anak² dapat gi sini. Siap ajak datang lagi tu. Disini saya share kan skali harga untuk masuk My Kingdom Playground di The Parenthood:

Admission Rate (1 Tahun ke atas)

Weekday: RM35.00
Weekend, Public Holiday & School Holiday: RM45.00

Drop and Shop Hourly Rate (4 Tahun ke atas)

Weekday: RM40
Weekend, Public Holiday & School Holiday: RM50.00

Package Price - 5 Entrance (Buy 4 Free 1)

Weekday: RM140
Weekend, Public Holiday & School Holiday: RM180.00

Kalau uolls nak tau, 5th December 2015 ni merupakan pembukaan rasmi The Parenthood. Banyak tawaran istimewa untuk barangan yang terdapat kat The Parenthood sempena pembukaan rasmi nanti. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh terjah The Parenthood website:

The Parenthood Facebook: http://www.facebook.com/The-Parenthood
My Kingdom Playground by The Parenthood Facebook: http://www.facebook.com/jepkingdom
The Parenthood Website: http://theparenthood.com.my

Venue

Level 2, Sunway Putra Mall
100, Jalan Putra, Chow Kit
50350 Kuala Lumpur
(Opposite PWTC)

Note: Phewwwww...selesai. Agak frust sebab tak dapat nak selfie dengan blogger² yang bari 1st time jumpa gara² HP sakit...ppffttt...


26th NOVEMBER 2005 - 26th NOVEMBER 2015 = 10 TAHUN Even dan 10 tahun kawin, wajah tu masih ...

10 Tahun Bersama | Happy Wedding Anniversary!!!

26th NOVEMBER 2005 - 26th NOVEMBER 2015 = 10 TAHUN


Even dan 10 tahun kawin, wajah tu masih maintain macam baru kawin...muahahaha...dasar perasan. Alhamdulillah...sedekad sudah usia perkahwinan kami. Macam tak percaya jer dah 10 tahun melayari alam rumahtangga. Dah melepasi fasa kedua. Dalam erti kata pada fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya.

Sedekad yang penuh dengan memori...Suka, duka, pahit, manis, ribut, taufam, tsunami sampai ada masanya rasa nak tersungkur...cukup rencah nya. Tapi alhamdulillah...Masih kekal bertahan. Terima kasih ALLAH sebab memilih aku untuk menjadi insan terpilih menerima ujian dariMU ini. Kunci untuk semua ini adalah 'SABAR'.


10 Tahun usia perkahwinan dengan kehadiran 3 amanah dariNYA ini sebagai pelengkap dan penyeri rumahtangga. Ada yang bakal menyusul???...Insya'allah...doa² kan lah. Kita hanya merancang. Tapi DIA perancang terhebat. 


Happy 10th Anniversary suami. Growing old with you is the best thing I could ever dream of. I will continue to gather all my strength to love you. Inshaa'allah...jika dengan izinNYA. Smoga dugaan yang pernah dilalui membuatkan hubungan kita makin matang, kuat, mekar, erat dan hangat...I Love You.

Semoga diberi kekuatan untuk terus melayari alam rumahtangga yg penuh cabaran dan dugaan ini dengan penuh tabah dan sabar. Maaf suami jika aku tak sempurna di matamu. Maaf di atas segala kelemahan dan kekhilafan sepanjang menjadi zaujah mu.

Note: Pepagi dah hantar WhatsApps. Ingatkan husband lupa tarikh. Biasalah orang lelaki kan selalu lupa tarikh² penting ☺☺


Sekali sekala citer pasal husband. Erkkkk...rasanya jarang kot. Alaaaa...bagi chance lah sket nak s...

Bila SUAMI Masuk Dapur!!!

Sekali sekala citer pasal husband. Erkkkk...rasanya jarang kot. Alaaaa...bagi chance lah sket nak show off...hahaha...Biasalah orang lelaki ni kan. Jarang nak tunjuk skill memasak dia tu. Tapi bila sekali sekala masuk dapur bersilat dengan sudip and kuali. Ehhhhhhh....sedapnya masak.


Dinner malam tadi jer pon. Buat mee goreng. Bahan² suma dah siap. Tinggal nak masak jer. Bila husband offer diri nak take over, wife apa lagi. lompat bintang lah. Kentang kentung kentang kentung...maka terhasillah mee goreng air tangan suami. Bukan main bangga lagi bila orang puji mee goreng dia sedap. Cer kalau kita masak, nak dengar perkataan...'emmm...sedapnya' tu pon payah. Tapi kalau dah makan bertambah tu maknanya sedap lah kan. Cuma ego nak puji masakan isteri tu sedap. Kan...kan....ngeee...

Ingatkan boleh lah bawak bekal. Tapi laku plak mee goreng air tangan suami ni. Bertambah² makan ngan anak². Next time tugas menggoreng mee dah boleh serah kat husband lah macam ni. Dah...tu jer nak citer. Tu pon nak kecoh kan. Kbai!

Note: Pening dok mikir nak masak apa setiap hari. 


Kisah jalan² cari makan ternak lemak masa raya deepavali baru ni. Sian nengok anak² terperap kat um...

Arabian Cuisine | Lamb Oven & Lamb Ukda

Kisah jalan² cari makan ternak lemak masa raya deepavali baru ni. Sian nengok anak² terperap kat umah. Nak main kat taman hujan plak. Jadinya petang tu kluar lah kejap amik angin sampailah malam. Kekonon malam tak nak lah makan nasi. Asyik nasi jer bosan lah pulak kan. Husband suggest makanan arab. Ke Restoran Arab lah kita. 


Selera arab kita malam tu. Suggestion dari dorang kalau tak nak makan nasi, amik set Lamb Oven dengan Lamb Ukda. Tersembunyi plak lamb kat pinggan sebelah tu. Risau gak takut tak boleh terima dek tekak kan. Sekali bila masuk mulut.....perghhhhhhhh...sedap tak terkata. Daging kambing tu lembut sangat. Makan plak pakai tangan. Memang nikmat wei. Licin pinggan. Dah macam orang kebulur plak kalau nengok. Anak² pon suka. Ingat nak tambah roti lagi, Gravy plak tak cukup. Takkan nak order lagi. Kepanasan plak ko malam nanti kalau makan kambing banyak sangat. 

Sebelum ni husband ada beli gak makanan arab. Roti (macam dalam gambar tu) dengan Fasha namanya (masakan kambing style arab lah). Memang besar betul roti dia. Ingatkan ada jual kat situ. Rupanya itu makanan arab Yemen katanya. Yang kitorang makan ni makanan arab Syria. Gittew...ada macam² rupanya masakan dari timur tengah ni. 

Memang akan repeat lagi datang kat sini. Dok terbayang² jer ni kesedapan Lamb oven dengan Lamb Ukda tu. Memang thorrbaikkkk....serius cakap. Next visit nanti aku amik gambar proper sket. Dorang pon soh datang lagi. Try nasik plak katanya. Layanan memang tip top. Ahmad nama dia. Handsome....erkkkkk...hahahaha...Pandai cakap bahasa melayu. Dah macam style Chef Ammar plak bila bercakap. Haaaa...tak kenal Chef Ammar? Silalah google. Kalau uolls nak try. Ni alamatnya:

RESTORAN ALZAHARA
THE FINEST ARABIAN CUISINE
NO. 1, JALAN KAJANG IMPIAN 1/2
TAMAN KAJANG IMPIAN, SEKSYEN 7
43650 BANGI, SELANGOR

Kedai dia kat belakang Restoran Redwok. Kat belah hujung skali. Memang senang nak cari. Yang bestnya...no 6% GST and no 10% service charge.

Note: Kat Bangi ni apa yang tak der. Berlambak kedai makan. Sampai tak tau nak makan kat mana. 


Bila sebut jer dinosaur, semua dah dapat membayangkan saiznya. Dinosaur merupakan haiwan reptil...

Dinoscovery by Dinosaurs Live! @ Avenue K | Menerokai Dunia Dinasour!!!


Bila sebut jer dinosaur, semua dah dapat membayangkan saiznya. Dinosaur merupakan haiwan reptilia yang mendiami bumi hampir 230 juta tahun dahulu, yakni pada zaman Mesozoik yang merupakan "Zaman Dinosaur". Dinosaur juga terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz. Nak menerokai dunia dinosaur dengan lebih dekat? Jom datang ke Dinoscovery by Dinosaurs Live! @ Avenue K.


Dinoscovery by Dinosaurs Live! merupakan pameran edutainment yang disokong oleh Malaysia Major Events di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Pameran pendidikan dan pengembaraan yang berkeluasan 13000 kaki persegi kini dibuka di Discoveria yang terletak di Avenue K, Jalan Ampang. Pengunjung akan disambut dengan animatronics dinosaur yang bergerak dan mengaum di tengah² dedaun hijau.  

Baru² ni saya dan keluarga berpeluang berkunjung ke Dinoscovery by Dinosaur Live ni untuk merasai pengalaman kembali ke zaman Dinosaur gittew. Sebelum pengembaraan bermula, kami diberikan Vest sorang satu, 1 torchlight dan juga 1 wristband atau lebih dkenali sebagai Radio Frequency Identification (RFID). Erkkkk...kenapa torchlight dengan wristband tu ada 1 jer? Haaaa...sebab torchlight dengan wristband tu hanya untuk Leader sahaja. So, leader kami pada hari tu adalah:


Leader yang mengetuai pengembaraan. Dah siap suma, ada sesi amik gambar pulak. Family photoshoot gittew kan. Memula kena buat aksi biasa. Pastu kena buat gaya bebas. 

Guung berapi dah meletus pon masih relaks bergambar...ahaksss,,,,

Dinosaur tu. Kenapa tak lari....hahaha....

Cantik hasilnya kan. 


Dah amik gambar, kami diberi briefing dan juga melihat tayangan video mengenai tugasan yang perlu di buat. Dino Quest Map diberi sorang satu. Maka pengembaraan pon bermula. Anak² dah cuak dah bila dengar bunyi dinosaur dari luar. Masuk jer kat dalam, qahirah dah start nangis. Si kimi plak dah menggelabah. Nak keluar plak dia. Si Qhalif gak relaks. Tapi nampak gak muka takut. Lepas di tenteramkan, baru lah ok bebudak tu. Cuma qahirah nak kena berdukung sebab takut,...ppfftttt...

Ok, untuk Dino Quest Map tu, tugasannya adalah anda perlu lekatkan sticker yang di beri di tempat yang betul seperti didalam peta macam nih:


Stepnya, ada beberapa touch screen yang terletak disebelah dinasour. Leader perlu touch wristband yang diberi pada screen. Paparan mengenai dinosaur dan sticker akan terpapar. Dan sticker tu harus di lekatkan pada gambar dinosaur tadi. Untuk mendapat sijil, anda harus selesaikan tugasan dan soalan yang diberi dengan betul. 


Happy budak tu dapat menunggang dinosaur yang besar nih. Boleh plak dia cakap kalau dapat naik dinosaur yang betul² lagi best...pergghhhh...statement dia. Kalau jumpa yang betul² memang tak sempat lari lah kimi.

Ada juga beberapa aktiviti kat dalam ni. Antaranya:

Sumber: Discoveria

Wall Climbing untuk melihat sarang burung prassejarah ni. Race a Theropod...lumba lari dengan dinosaur. Memang kalahlah..hehehe...Memakai ekor gergasi Ankylosaurus. Belajar bagaimana Ankylosaurus digunakan ekornya untuk mempertahankan dirinya. Dinoshooting Range diamana anda diberi senapang paintball untuk menembak nyamuk yang menyerang Diplodocus yang sedang tidur. Menggali fossil yang tersembunyi disebalik pasir. Dan banyak lagi aktiviti² lain.


Selesai tugasan, kita main warna² pulak. Saya tak amik banyak sangat gambar sebab staff Dinoscovery tu kata tak boleh amik gambar kat dalam tu. Jadinya....saya yang mengikut arahan. 

Sumber: Discoveria

Kat dalam ni terdapat juga cafe dan juga kedai souvenir. Sediakan duit jer lah kalau anak² minta belikan macam² yerp. Ok...sambil anak² mewarna, kita semak balik Dino Quest Map tadi. Semak balik jawapan². Betul ker tak. Kalau rasa² dah betul, kita serahkan Dino Quest Map tadi ke kaunter cenderahati untuk mereka semak jawapan.


Yeayyyy....mission accomplished dan dapat sijil. Tapi nama  kena tulis sendiri lah. Tu tulisan si abah. Nanti boleh frame sijil² nih.


Junior Expert Paleontologist of the day. Overall memang best dan puas hati lah. Banyak belajar pasal dinosaur. Anak² lah yang paling happy even memula takut nak masuk. Kalau tak tau nak buat aktiviti apa dengan anak² atau tak der idea nak bawak dorang jalan², boleh bawak gi Dinoscovery ni.


Harga tiket plak:

Dewasa (With MyKad) RM25.00
Kanak² (With MyKad) RM35.00
Warga Emas (60 ke atas) RM19.00

Address:

Discoveria, Level 4
Avenue K, Jalan Ampang
Kuala Lumpur
(Berhadapan dengan Suria KLCC)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks