AFB Feeds

Showing posts with label Muzium Negara. Show all posts
Showing posts with label Muzium Negara. Show all posts

Muzium Negara kami datang gittew. Dah lama betul tak menjejakkan kaki ke sini. Last pergi mas...

Pameran Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sedunia @ Muzium Negara


Muzium Negara kami datang gittew. Dah lama betul tak menjejakkan kaki ke sini. Last pergi masa zaman sekolah rendah dulu kot. Cer kira dah berapa tahun tu? Saja bawak anak² jalan² cuti sekolah ni. Tak dapat tidur hotel atau gi tepi pantai, gi Muzium Negara pon jadilah. Sambil timba ilmu pelajaran...cewahhh...


Kita bergambar dulu. Itu harus even tak der gambar #makbanyakanak dengan #jejakaidamanmalaya posing kat Muzium tu. Tapi tak per, gambar anak² dah mencukupi. Macam biasa, anak² aku ni memang payah nak berposing. Sorang ke kiri sorang plak ke kanan. Gasak ko lah nak.

Ok...mari membaca pengalaman aku ke Muzium Negara ni yerp. Kat Muzium ni terbahagi kepada 4 Galeri. Galeri A, B, C dan D. Kalau malas nak mendaki tangga, naik lif pon boleh. Macam kitorang ni main redah jer. Kalau nak ikutkan, start dari Galeri A lah kan. Tapi kotorang start dari Galeri B.

Galeri A: [Sejarah Awal]

Galeri ini membawa pengunjung menerokai proses pembentukan muka bumi serta menghayati cara hidup masyarakat awal menerusi setiap artifak yang dipamerkan di sini. Pengunjung juga berpeluang mengenali evolusi alat-alat batu yang digunakan pada zaman Paleolitik, Hoabianh serta Neolitik. Antara artifak yang menarik perhatian ialah Manusia Perak, rangka manusia tertua yang hampir lengkap di Asia Tenggara yang ditemui di Negara ini berusia kira-kira 10,000-11,000 tahun dahulu.


Galeri ini menelusuri sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara khasnya kerajaan-kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo. Fokus galeri ini adalah kepada Kerajaan Melayu Melaka yang merupakan era kegemilangan sejarah ketamadunan Melayu-Islam di rantau ini.

Galeri C: [Era Kolonial]

Galeri ini menyelusuri peristiwa yang berlaku dari tahun 1511 hingga 1945. Ia memaparkan sejarah kedatangan kuasa asing bermula dari penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511 yang menandakan berakhirnya zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga pendudukan Jepun. Turut dimuatkan di dalam galeri ini adalah impak yang ditinggalkan oleh penjajah ke atas Tanah Melayu dari sudut politik, sosial dan ekonomi yang membawa kepada asas pembentukan Malaysia pada hari ini.

Galeri D: [Malaysia Kini]

Galeri ini menyingkap sejarah gerakan awal nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan daripada pelbagai kaum yang berlatarbelakangkan kepelbagaian parti politik bermula daripada campur tangan Inggeris sehingga mencapai kemerdekaan pada 1957. Galeri ini juga memaparkan pencapaian negara selepas kemerdekaan hingga kini.


Kat sini dah haru biru di buatnya. Tengok lah nih, dah macam rumah sendiri di buatnya. Berlari sana sini. Usik itu ini...haishhhh....Tak senang dan tak sempat ibu ko nak membaca sambil amik gambar.


Penjaga singgahsana Kesultanan Perak. Posing bukan main lagi ko dik. Dah boleh jadi jaga kat situ...hehehe...


Turn abang kimi plak posing kat model Bahtera Majapahit.  


Dah puas IbuAbah terjerit² dan berlari² kejar hero ngan heroin kecik tu, seterusnya kami ke sini plak. Dataran Muzium Negara. Tengok bermacam² jenis senjata.

Pameran senjata yang kali pertama diadakan di Muzium Negara itu akan menghimpunkan lebih 360 senjata bermula daripada senjata prasejarah, zaman logam, tradisional sehinggalah ke senjata moden termasuk helikopter, kereta kebal, meriam dan senjata berat. Selain itu, ilustrasi gambar daripada pelbagai peristiwa yang berlaku di dunia antaranya peristiwa pengeboman Hiroshima, penghapusan etnik di Asia dan Eropah serta konflik keagamaan juga ditayangkan.


Posing dulu sebelum tengok senjata² yang ada. Budak bijak dua pusar ni takut dengar bunyi gajah beso kat belakang tu. Tapi ibu paksa gak dia posing...hahaha...Macam² jenis senjata ada. Tapi aku tak sempat nak amik gambar. Baru masuk separuh jalan anak² ajak ke toilet plak. Sebelum masuk tak nak usul plak nak gi toilet. Mengundang kebengangan jer tau. Kalau ada toilet dalam tu tak per gak. Ni nak menapak. Takkan nak patah balik kan. Jadinya...kita ronda² secepat yang mungkin.


Sebelum keluar tu, sempatlah bergambar ngan senjata ni. Jadilah daripada tak der kan even kurang sorang dalam gambar tu. Tiket masuk plak memang murah. Untuk masuk Muzium. RM2.00 untuk dewasa dan juga kanak² yang berumur 6-12 tahun. Untuk pameran  Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sedunia plak RM5.00 untuk dewasa dan juga kanak² yang berumur 6-12 tahun.

Kalau dah tak tau nak bawak anak² gi mana, boleh lah bawa ke Muzium Negara nih. Pastu jangan lupa singgah cafe kat Muzium tu tau. Mee hoon sup ngan Mee Kari sedap wei....hehehe...

Note: Dah lama tak tengok laut. Rasa  macam nak gi PD jer. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks