Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Misc.. Show all posts
Showing posts with label Misc.. Show all posts

Salam Nuzul Al-Quran 1434H buat semua umat islam semua. Marilah kita sama-sama menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Al-Qu...

Salan Nuzul Al-Quran 1434H



Salam Nuzul Al-Quran 1434H buat semua umat islam semua. Marilah kita sama-sama menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Al-Quran ini.

Note: 1st time pakai bloggeroide & 1st time update pakai TAB. Tak reti haku nak copy & paste.

posted from Bloggeroid

Note: Ya! Allah...berikanlah kami hati yang lapang dan kuat dalam menghadapi setiap ujian hidup, agar  tidak akan ...

Kata-Kata Penuh Makna...




Note: Ya! Allah...berikanlah kami hati yang lapang dan kuat dalam menghadapi setiap ujian hidup, agar  tidak akan sekalipun  kami melupakanMU. 



Alhamdulillah...rezeki dihari rabu. Biasalah kan, kalau nak musim perayaan. Company tak lupa bagi ole² kat staff. Untuk nak menyambut k...

Ole-Ole Salam Ramadhan!!!



Alhamdulillah...rezeki dihari rabu. Biasalah kan, kalau nak musim perayaan. Company tak lupa bagi ole² kat staff. Untuk nak menyambut kedatangan bulan ramadhan ni, dapatlah kurma dengan serunding. Balik ni bley makan dengan roti.

Note: Tak sabar plak nak puasa. Iman Hakimi pon sibuk nak puasa ☺☺


Kitaran Kehidupan..penuh dgn seribu keajaiban. Bermula dgn kelahiran, membesar, menjadi remaja, belajar erti nilai kehidupan, bertukar ...

Circle of Life...



Kitaran Kehidupan..penuh dgn seribu keajaiban. Bermula dgn kelahiran, membesar, menjadi remaja, belajar erti nilai kehidupan, bertukar dewasa, menjadi tua, menilai setiap detik yg dilalui sebelum akhirnya kembali kepada Pencipta-Nya.

Source: [SINI]

Note: Tak update lagi citer USS trip...haishhhhh...mood ke laut lah pulok.




Buat apa muka cantik kalau akhlaknya kurang Buat apa muka cantik kalau mulut macam longkang Buat apa muka cantik kalau tak ada adab ...

CANTIK vs TAK CANTIK!!!


Buat apa muka cantik kalau akhlaknya kurang
Buat apa muka cantik kalau mulut macam longkang
Buat apa muka cantik kalau tak ada adab

Lebih baik jadi tak berapa cantik tapi ada akhlak
Lebih baik jadi tak cantik tapi tinggi dengan adab
Automatik orang akan tengok kita cantik
Tapi...kalau tak cantik, hati busuk dan mulut jahat pulak tu
Maka...Kesian lah kat orang tu kan, kesian sangat²

Note: What comes around goes around tu tekde makna nak terpaling akidah pon. Cuma kita pegang bahawa setiap perkara tak elok, pasti akan dibalas ALLAH. Bak kata pepatah 'What you give, you get back'. Cuma bila? Hanya DIA yang maha mengetahui. Bahagialah kau dengan dunia kau. Aku pon bahagia sebab aku di kelilingi oleh orang yang sayang dan ambil berat pasal aku. 

Tengkorak retak   Kangar:   “Saya tidak dapat menahan sebak apabila melihat anak yang hanya baru pandai meniarap tiba-tiba lembik s...

Bayi koma didera pengasuh!!!



Tengkorak retak 

Kangar: “Saya tidak dapat menahan sebak apabila melihat anak yang hanya baru pandai meniarap tiba-tiba lembik serta tidak sedarkan diri,” kata Rizuwan Shafiee, 27, selepas anaknya Arman Iskandar, enam bulan koma dipercayai akibat didera pengasuhnya.

Mangsa dipercayai retak tengkorak di belakang kepala sepanjang sejengkal dalam kejadian di antara jam 8 hingga jam 11 pagi, Selasa lalu di sebuah taman di Jalan Kampung Guar Syed Alwi, di sini.

Difahamkan, mangsa yang juga anak tunggal pasangan Ridzuwan dan isterinya yang juga seorang penjawat awam Hazwani Ibrahim, 26. Rizuwan berkata, kejadian itu hanya dimaklumkan kepada isterinya kira-kira jam 11 pagi hari kejadian sebelum bergegas ke rumah pengasuh itu. 

“Saya bekerja sebagai juruteknik di Gurun, Kedah dan hanya isteri berada di Kangar ketika itu.

“Isteri saya ke rumah pengasuh dan terkejut melihat keadaan Arman yang tidak sedarkan diri serta kepalanya membengkak akibat kesan retakan berkenaan,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), Alor Setar, Kedah. 

Menurutnya, ketika kejadian, pengasuh berusia 4o-an itu mendakwa tidak mengetahui apa yang berlaku dan hanya menyedari anaknya tidak sedarkan diri dan sesak nafas. 

Rizuwan berkata, isterinya mendapati Arman lembik dan tidak bermaya serta tidak sedarkan diri sebelum bergegas menghantarnya ke sebuah klinik swasta sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

“Doktor pakar di HTF kemudian mengesahkan anak saya retak di tempurung kepalanya sebelum dikejarkan ke HSB menaiki ambulans bagi tindakan selanjutnya kira-kira jam 5 petang. Saya turut membuat laporan di Balai Polis Kangar pada hari kejadian itu.

“Sebaik tiba di HSB doktor terpaksa melakukan pembedahan kecil bagi mengetahui keadaan di dalam kepala anak saya selepas terdapat darah beku di dalam otaknya berikutan hentakan kuat di belakang kepalanya itu,” katanya. 

Menurutnya, sehingga semalam, anak lelakinya itu masih kritikal serta masih belum sedarkan diri dan doktor masih menunggu keadaannya bagi meneruskan pembedahan bagi membuang tempurung kepala bagi menyelamatkannya.

Rizuwan berkata, doktor memberitahunya bahawa harapan anaknya hanya bergantung kepada kekuatan bayi kecil berkenaan melawan kecederaan dialaminya itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar Deputi Superintendan Ismail Che Isa mengesahkan menerima laporan berkenaan dan sedang menyiasat kes berkenaan.

“Polis sudah mendapatkan keterangan daripada ibu bapa mangsa selain pengasuh bayi berkenaan. Wanita itu kini direman polis dua hari bermula hari ini (semalam) dan esok (hari ini),” katanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai jatuh dari tempat tinggi menyebabkan tempurung belakang kepalanya retak sebelum mengalami pendarahan dalaman dan tidak sedarkan diri. 

Katanya, polis masih menyiasat kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(A), Akta Kanak-Kanak dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara 10 tahun dan denda RM20,000.

Source: [SINI]

Note: Macam bermusim plak kes dera nih. Bila dah mula satu kes...esok² ada lagi kes yang sama. Yang tukang dera pon satu hal. Dah tau tahap kesabaran tak tinggi, tak payahlah amik upah menjaga budak². 


♥ Tips Untuk Kebahagiaan Anak ♥ Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga. Sebenarnya diuji dalam nikmat i...

Tips Untuk Kebahagiaan ANAK by Prof. Dr. Muhaya




♥ Tips Untuk Kebahagiaan Anak ♥

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.


Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.


1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

@drmuhaya

Posted by Kiddie Funtime Didik Anak Bijak, Soleh dan Solehah.

Note: Ada Pot Luck Lunch hari ni. Macam² ada ☺☺



google pic. Nak buat apa lagi kan. Bangun cepat², buat macam biasa...macam tak der orang yang nampak...hahaha...uols pernah kena tak?...

Bila TERJATUH, Apa nak buat?



Nak buat apa lagi kan. Bangun cepat², buat macam biasa...macam tak der orang yang nampak...hahaha...uols pernah kena tak? Jalan lenggang lenggok mak limah, control ayu kononya. Sekali...dah macam nangka busuk. Kalau tak der orang nampak, kira ok lah kan. Kalau ada soran dua yang nampak, ok lagi. Tapi kalau jatuh kat tempat orang ramai...perghhhhhh...boleh bikin malu dibuatnya.

Bukan apa, sebab tadi mak jatuh noks...depan toilet. Baik punya landing. Jatuh melutut dan tersagat kepala lutut ni kat simen. Nasib tak tersungkur habis. Dan nasib baik mak cik cleaner sorang yang nampak. Kalau member office yang nampak, jadi bahan lah jawabnya. Ntah macam mana bley jatuh. Ingatkan dah lepas step, sekali tak lepas. Buat malu betul. Tu lah...jalan menonong jer, tak pandang bawah...huhuhu...

Terasa kepedihannya. Lebam dan luka. Tak tau lah masuk dalam CCTV ker tak. Sebab kat office ni baru pasang CCTV. Pergerakan terkawal lah plak lepas ni. Tak boleh nak korek bijih sesuka hati dah...kahkahkah...tak boleh nak ber gossip girl, nanti ada yang dengar. Kena berbisik lepas ni. Jaga²...ada yang memerhati.

Note: Hari ini dalam sejarah....aku jatuh kat office. Kena tulis...personal diary katakan.




Dah lama tak join Segmen. Meh ramai² join segmen blog Paly ni. Segmen bloglist untuk bulan Julai. Kalau ada rezeki, tersenarai lah dal...

Segmen Bloglist Julai Blog Paly



Dah lama tak join Segmen. Meh ramai² join segmen blog Paly ni. Segmen bloglist untuk bulan Julai. Kalau ada rezeki, tersenarai lah dalam 10 blog yang terpilih. Hari ni last day @ 11.59 malam. Klik banner kalau nak join.


Sharing is caring and loving ☺☺ Note: Kejap jer masa berlalu. Minggu depan dah masuk bulan JULAI dan juga BULAN RAMADHAN.

Cara Paling Senang Nak Murah REZEKI!!!


Sharing is caring and loving ☺☺


Note: Kejap jer masa berlalu. Minggu depan dah masuk bulan JULAI dan juga BULAN RAMADHAN.



Geram dengan budak ni: Muka tak bersalah ☺☺ Kalau dalam entry [INI] , qhalif tak lepas nak turun kalau dah panjat grill. Tapi sk...

GERAMnyaaaaaaa!!!!


Geram dengan budak ni:

Muka tak bersalah ☺☺

Kalau dalam entry [INI], qhalif tak lepas nak turun kalau dah panjat grill. Tapi skang dah expert. Pandai panjat dan pandai turun dah. Siap nak capai kunci yang tergantung kat grill tu. Ok...panjat turun grill, kerusi, katil suma dah lepas. 

Skang ni bakat memanjat dah berkembang. Kita panjat meja pulak. Tengok lah tu...muka bangga dapat naik atas meja atas usaha sendiri. Dan dah selamat jatuh malam tu. Gara² si abam kimi tak sempat nak sambut. Kimi pon dah pandai. Bila dok asyik tengok ibu amik gambar, pastu upload dalam IG, dia pon suruh amik gambar qhalif yang dah pandai panjat meja tu. Aku tengah bancuh susu anak dara tu. Si kimi plak...'cepatlah ibu...cepatlah ibu', tak perasan adik dah kat hujung meja. Hurmmmmm...dah selamat jatuh. Tak per lah...anak jantan kan. Kena lah tahan. Kejap jer pon nangisnya.

Jenuh lah ibu macam ni qhalif yang bijak. Asyik nak memanjat jer kerjanya. Aku nak solat pon rasa tak tenang sebab dia asyik memanjat katil. Kalau aku dah masuk bilik, ImanQahirahQhalif pon sama masuk bilik. Tak der makna dorang nak tengok tv tanpa ibu dorang ni. Ntah apa yang ditakutnya. Cuma pesan kat abang kimi jerlah tengok² kan adik.

Note: Bila teringat keletah anak², bley tersenyum sorang² dibuatnya. Ni tengah taip pon senyum² ni ha. Dah macam orang tak betul senyum depan PC...hehehe...




Alhamdulillah...hujan kita tunggu² muncul juga. Terdengar radio masa on the way nak balik tu. Selepas solat zohor tengah hari smalam, M...

HUJAN...Berkat DOA dan SOLAT HAJAT



Alhamdulillah...hujan kita tunggu² muncul juga. Terdengar radio masa on the way nak balik tu. Selepas solat zohor tengah hari smalam, Masjid Negara ada buat Solat Hajat dan doa. Petang tu terus hujan. Syukur. Hujan lebat selebatnya beserta angin. Sampai aku takut nak drive sebab jarak penglihatan yang membataskan. Memang tak nampak sangat jalan. Lebatnya hujan sampai aku rasa macam hujan batu. Sebab kereta dan cermin rasa macam berdetak² kuat. Macam baling batu tu.

Petang smalam juga famous status hujan kat FB dan gambar hujan kat IG >_<. Kalau sebelum ni kita merungut...tak suka hujan sebab jalan sesak lah, baju tak keringlah. Tapi status semalam sebaliknya. Memuji dan bersyukur sebab hujan turun...mensyukuri nikmat hujan yang diturunkan olehNYA. Bak kata seorang sahabat:

'Allah berikan jerebu supaya kita lebih menghargai nikmatnya titisan hujan'

Dah boleh nampak keindahan awan yang selama ini di litupi jerebu. Pagi ni jerebu pon dah nampak ada kurangnya. Tapi petang smalam Bangi lambat hujan. Dekat pukul tujuh malam baru hujan turun. Kena tunggu giliran kekdahnya...hehehe...itu pon kejap jer. Tapi bersambung bila pagi tadi hujan lagi kat bangi. Sejuk sikit rasanya. 

Note: Good luck lagi buat suami. Hari ni exam paper 2 and 3.



Pagi ni @ 9.00 am, si dia akan menghadapi peperiksaan. Nak tukar bidang katanya. Peperiksaan berlangsung kat GMI, Bangi. Hari ni 1st ...

Buat SUAMI, Selamat Menjawab Soalan Peperiksaan (>_<)



Pagi ni @ 9.00 am, si dia akan menghadapi peperiksaan. Nak tukar bidang katanya. Peperiksaan berlangsung kat GMI, Bangi. Hari ni 1st paper. Esok tambah lagi 2 paper. Seterusnya kena buat assignment. Buat suami, semoga berjaya dalam peperiksaan dan semoga urusan dipermudahkan olehNYA. Hanya doa dan sokongan yang dapat isterimu ini kirimkan dengan harapan semoga abang beroleh kejayaan. Jawab dengan tenang...relax. Jangan demam sebab terkejut nak amik peperiksaan plak yer. 


Note: Tekak dah mula rasa perit.

Masuk hari ni dah 3 hari tak nampak awan. Gara² jerebu yang menutup terus keindahan awan. Rasa rindu plak nak tengok awan yang membiru dan...

Doa MINTA HUJAN!!!


Masuk hari ni dah 3 hari tak nampak awan. Gara² jerebu yang menutup terus keindahan awan. Rasa rindu plak nak tengok awan yang membiru dan terbentang luas tu. Hidung pon dah mula berair, mata dah mula rasa pedih, kulit dah mula gatal². Owh...sangat risau dengan kesihatan anak². Biarlah sakit tu pergi kat ibu, tapi jangan kat anak² sebab Iman Hakimi ada sejarah 'BRONCHITIS'. Tu yang risau sket. Nak buat pembenihan awan tak boleh sebab tak der awan yang sesuai. Sama² kita panjatkan doa padaNYA agar diturunkan hujan dan semoga kesihatan kita sentiasa dibawah lindunganNYA.

Source; [SINI]

Jerebu dah mula serbu Bangi hari sabtu aritu. Tapi masih terkawal lagi. Masuk hari ahad, cuaca dah berkabus pagi tu. Bukan sebab sejuk, tapi sebab jerebu. Beserta bau asap skali. Apalagi...terus tutup tingkap dan sliding door. Pon masih boleh bau asap dalam rumah.


Jerebu kat cyberjaya. Dah lah jerebu, office plak dekat dengan construction site, bertambah debu² nya. Pagi ni hantar Iman Hakimi sekolah. Boleh plak lupa yang sekolah tutup. Tapi nasib daycare bukak...haishhhhh...Ni sedikit info Tindakan Semasa Jerebu:

Source: [SINI]

Minum air masak banyak² yer. Jaga kesihatan dan kurangkan aktiviti luar. 

Note: Budak² sekolah cuti, budak² office tak boleh cuti ker...hehehe...



Info yang di ambil dari my IG friend, Adila Ali. Thanks for the info dear. Aku pon baru tau apa maksudnya. Selama ni ingat nafkah bat...

Apakah NAFKAH BATIN? Ini Maksud Sebenarnya, Meh Baca!!!



Info yang di ambil dari my IG friend, Adila Ali. Thanks for the info dear. Aku pon baru tau apa maksudnya. Selama ni ingat nafkah batin tu berhubungan intim...hehehe...Husband/husband to be, sila ambil perhatian.

Note: Ada date ngan blogger hari ni...yeehaaaaaa... ☺☺


Anak dara yang dah ada tiga orang anak ☺☺ Bukan saya cakap yer. Tapi orang lain yang cakap. Kembang setaman bila ada orang ca...

Macam ANAK DARA ker????


Anak dara yang dah ada tiga orang anak ☺☺




Bukan saya cakap yer. Tapi orang lain yang cakap. Kembang setaman bila ada orang cakap owner blog ni macam anak dara. Bukan sorang, tapi dua orang...auwwwwww...vangga jap >_<.



Mekasih Fara Mommy Aydin dan Adila Ali *bila nak update blog?* diatas pujian dalam entry [INI] dan [INI] yang membuatkan owner blog ni kembang kempis kempus. Nasib tak koyak sluar...hehehehe...Mungkin sebab faktor owner blog ni yang petite lagi comel, tu yang nampak macam anak dara kot *bluekkkk*. Untung juga jadi orang petite ni kan. 

Note: Sekali sekala buat entry over exposed dan masuk bakul angkat sendiri. Kalau tak suka, tekan jer button X kat atas tu ☺☺




Nampak tak? Cantik terletak jer kunci motor tu kan. Semalaman kunci tu kat situ. Memang senang lah pencuri nak amik. Pagi tu si dia sib...

Kunci Motor dekat Motor!!!



Nampak tak? Cantik terletak jer kunci motor tu kan. Semalaman kunci tu kat situ. Memang senang lah pencuri nak amik. Pagi tu si dia sibuk dok cari kunci motor. Cari punya cari tak jumpa. Bila dah turun....kat motor rupanya. Agaknya orang pon tak perasan...selamat motor si dia. 

Dah terjangkit virus si isteri gamaknya. Dua kali tertinggal kunci dalam kereta. Boleh baca kat [SINI] dan [SINI]...hehehe...

Note: Curi masa kejap. Maaf...tak sempat bertandang rumah uols.



Note: Tunggu...owner blog cuti hari ni. Kepenatan berjalan sampai melecet kaki tak hilang lagi ni. Extra Note:  Tungg...

Teaser: Rebranding Launch & USS, Singapore



Note: Tunggu...owner blog cuti hari ni. Kepenatan berjalan sampai melecet kaki tak hilang lagi ni.

Extra Note: Tunggu lagi yer. Owner blog busy plak hari ni...huhuhu...


Semoga dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik sepanjang ketiadaan isteri kesayanganmu ini. Jaga anak baik² yer abang. Bertabahlah...

Good Luck MR. MAMA (>_<)



Semoga dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik sepanjang ketiadaan isteri kesayanganmu ini. Jaga anak baik² yer abang. Bertabahlah untuk dua hari satu malam ni. Tak lama pon kan. Terima kasih banyak² sebab mengizinkan isterimu ini outstation...hehehe...outstation lah sangat kan. Sambil berjimba² di USS, Singapore tu. Sekali sekala nak menghilangkan stress.

Selain menguruskan anak², di harap juga abang dapat menguruskan EBM (Express Breast Milk) dengan baik. Nanti isteri kesayanganmu ini akan bagi tunjuk ajar. Tak pon abang follow jer instruction yang akan isteri abang ni print nanti yer. Harap² bekalan susu untuk Qhalif mencukupi hendaknya...in shaa allah.

Buat anak²...ImanQahirahQhalif, jangan nakal² yer. Dengar cakap abah tau. Jangan sampai abah bertukar jadi orang hijau...hehehe...Tapi ibu tau, dengan abah kamu ok jer. Qhalif pon macam tu juga. Bila dengan ibu kamu ni mengada² sket. Jangan nangis kalau anak² bangun tengok ibu tak der tau. Ibu pergi dua hari satu malam jer *sedih lah pulok*.

Tapi kenyataannya...tak best berjalan tanpa suami dan anak² sebenarnya. Nanti isterimu ini belikan souvenir yer. 

Note: Jauh di mata...tapi dekat di hati. 1st time berjauhan dengan anak² ni. Mau malam menangis ni...hehehe...





Merajuk dgn ibu. Kuat merajuk juga macam abang kimi Dah mula rasa tak sedap hati nak berjalan bila anak tak berapa nak sihat. Petang ...

CHICKENPOX???


Merajuk dgn ibu. Kuat merajuk juga macam abang kimi

Dah mula rasa tak sedap hati nak berjalan bila anak tak berapa nak sihat. Petang smalam pengasuh cakap qhalif ceri beri. Hari rabu lagi aku dah perasan sebab balik tu dah 3 kali dia membuang. Pastu kat dahi ru ada 2 butir bintik² yang berair tu. Nampak macam bengkak pon iyer juga. Aku sapu minyak gamat jer. Yang berbintik tu plak bila air tu pecah, dia berair balik. Tak boleh jadi ni.

Malam smalam gi klinik. Dr tanya bagi minum susu apa? Aku cakap lah fully breastfeed. Dr check bintik² tu...katanya takut chickenpox. Tapi kat badan tak der pon bintik². Cuma kat dahi tu jer. Daripada 2 dah naik jadi 3. Alahaiiiiii...risau plak ibu dik. Pasal ceri beri, tak der plak dr cakap apa². Cuma dia suruh continue BF. Memang lah doctor, takkan saya nak bagi susu tepung plak kan. Qhalif ceri beri sebab nak ringankan badan dalam persediaan untuk mula berjalan ker? Pernah dengar tak statement ni ☺☺☺

Pagi ni nampak macam dah ok. Bintik² tu pon dah kecut dan kering. Tapi qhaliff ok jer. Tak der plak nampak meragam. Ya! allah...janganlah kena chickenpox. Minggu ni ibu tak der dik. Risau nih. Tak pergi event tu tak boleh sebab compulsory. Alahaiiiii...berbelah bagi jadi nya ni.

Note: Smoga anak manja ibu ni cepat sembuh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...