Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Medan Selera Adikku Sungai Ramal Bangi. Show all posts
Showing posts with label Medan Selera Adikku Sungai Ramal Bangi. Show all posts

Serious... Menyesal sangat makan kat sini. Menyesal sebab kenapa dari dulu tak tau pon kewujudan kedai nih? Menyesal sebab lambat tahu beta...

Menyesal Makan Itik Salai Mastar @ Medan Selera Adikku, Sungai Ramal Dalam Nih!!!!

Serious... Menyesal sangat makan kat sini. Menyesal sebab kenapa dari dulu tak tau pon kewujudan kedai nih? Menyesal sebab lambat tahu betapa sedapnya masakan Masak Lemak Cili Api kat kedai makan Itik Salai Mastar woihhhh!!! Kenapa sedap sangat haaa!!! Kenapa aku masak lemak cili api tak sedap macam dorang masak ni??? Hahahaha... 


Kalau korang nak tahu, nama jer kedai ni Itik Salai Mastar. Bukan ada itik salai jer. Ada macam-macam haiwan ternakan salai yang lain. Ada daging, ayam, ikan keli dan juga itik. Semuanya disalai terlebih dahulu. Rasanya?? Tersangat lah sedap baq hang. Kuah dia pekat, likat dan melekat bila kau dah start mengunyah. Bercampur pulak rasa daging yang disalai... perghhhhh... Merecik gua cakap sama lu. Makan sekali mesti kau nak repeat makan lagi. 

Masa 1st time beli dulu kitorang bungkus. Memandangkan tak pernah rasa daging itik. Jadinya kita beli daging Itik Salai Masak Lemak Cili Api. Minta bungkus untuk sepuluh ringgit. Memang banyak isinya lah. Apa rasa itik? Haaaa... Seumur hidup aku yang dah hidup tiga puluh tahun lebih ni, baru pertama kali nak makan daging itik. Rasanya... hurmmmm... Sedap. Alaaa... macam daging ayam jugak. Tapi orang cakap daging itik lagi sedap dari daging ayam. Aku tak dapat nak bezakan lagi sebab 1st time makan kan.

Kalau korang tak pernah makan daging itik ni, bolehlah try makan daging Itik Salai Masak Lemak Cili Api dekat kedai Itik Salai Mastar. Janganlah masa tengah makan kau bayangkan keadaan itik yang... arghhhh... Faham-faham sedirilah. Putus selera kau nanti. Bayangkan yang indah-indah saja.. haaaa.. gittew. Ni mungkin itik bersih kot.

Tak nak try ker? Hehehe... Memang ramai orang makan kat sini sebab harga adalah berpatutan. Masa aku gi pukul 11.00 pagi pon dah ada orang menunggu hidangan. Dan ada juga pelanggan yang dah menempah awal. Nampak tak betapa sedapnya sampai pelanggan datang awal. Dah 3 kali kitorang makan kat Itik Salai Mastar ni. Sambil menaip ni pon aku dah terbayang sambil telan ailio... ppffttt... Korang boleh baca kisah Itik Salai Mastar yang femes ni dekat [SINI] dan [SINI]


Ni signboard kedai kalau korang nak datang makan. Ingat... Datang awal. kalau habis datang hari lain sampai korang dapat makan... hehehe... Waktu operasinya sampai pukul 10.00 malam. Ni alamatnya:

Itik Salai Mastar
Medan Selera Adikku
Kampung Sungai Ramal Dalam
 Bangi, Selangor Darul Ehsan 

Note: Have a great weeken uolls 😃😃


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...