Showing posts with label Masjid Al-Hasanah Bangi. Show all posts
Showing posts with label Masjid Al-Hasanah Bangi. Show all posts

Benda baik harus dihebahkan. Especially kalau kita ada berhadapan atau ada berjumpa dengan golongan² yang tak cukup makan dalam erti kata l...

FOOD4YOU | Makanan Percuma untuk yang Memerlukan!!!

Benda baik harus dihebahkan. Especially kalau kita ada berhadapan atau ada berjumpa dengan golongan² yang tak cukup makan dalam erti kata lain tak der duit nak makan. Jumpa plak anak beranak yang dah beberapa hari tak makan sebab kesempitan wang. Ya! allah...sedih kan.

Sumber [FB]

Pernah dengar FOOD4YOU tak? Food4You adalah projek dan cetusan idea oleh MCP (My Charity Project) dimana MCP yang akan menyediakan chiller dan berkerjasama dengan pihak tertentu di mana chiller tersebut ditempatkan. Pihak MCP yang akan memastikan makanan/minuman sentiasa dipenuhkan samaada melalui sumbangan orang ramai ataupun melalui tabung MCP sendiri.

Saya pon 1st time dengar. Kalau nak tau, Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi dengan Koperasi Masjid al-Hasanah dan My Charity Project menyediakan MAKANAN PERCUMA kepada yang benar-benar memerlukan. Ada Kuih-muih, air, nasi lemak, cup cake, beras, sayur, bawang, dan lain-lain. Hanya ambil di peti sejuk di luar pintu Souq al-Hasanah dan dibuka 24 jam. 

Buat masa ni yang saya tau FOOD4YOU ni ada di Masjid Al-Hasanah Bangi dengan Masjid UKM jer. Kalau kat tempat lain tak sure ada ker tak. Memang bagus buat macam ni kat masjid² kan. Bukan apa, pagi tadi dengar radio pasal viral student yang nih:


Tetiba touching bila baca note noh. Rupanya ramai student yang struggling dengan kelaparan sampai beberapa hari tak makan kan. Ni yang kita tau. Yang kita tak tau? Kalau uols kenal kawan² yang masih belajar atau keluarga susah, boleh lah hebahkan. 

Kalau nak tau lebih lanjut pasal FOOD4YOU ni, boleh terjah [FB My Charity Project] dan juga [Website My Charity Project].  Kalau teringin nak menyumbang makanan, boleh dapatkan contact no kat website tu.

Note: Macam mana lah nasib anak² kita akan datang dengan kos sara hidup yang makin tinggi setiap tahun. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...