Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Mamee Chef. Show all posts
Showing posts with label Mamee Chef. Show all posts

*Sticky Post for 48 hours. Please Scroll Down For New Entry MAMEE…Siapa yang tak kenal dengan produk mamee ni kan. Jenama produk yang t...

MAMEE CHEF – MELAKA FACTORY VISIT

*Sticky Post for 48 hours. Please Scroll Down For New Entry

MAMEE…Siapa yang tak kenal dengan produk mamee ni kan. Jenama produk yang terkenal dan telah lama bertapak di Malaysia. Antara produk yang ditawarkna adalah Mamee, Mamee Monster, Mr potato, Cheers, nutrigen dan macam² lagi lah. Dalam penyelidikan data yang dilakukan oleh Kantar WorldPanel baru² ini telah menunjukkan bahwa daripada 5.7 juta jumlah isi rumah, mamee instant noodle telah manjadi pilihan 4.2 juta pembeli di Malaysia…wow…

Geng² blogger yang terpilih. Kita bergambar dulu sebelum masuk kilang MAMEE

Seperti yang diwar² kan dalam entry [INI] dan [INI], baru2 ni aku telah berpeluang melawat sendiri ke kilang mamee yang terletak di Melaka. Menyaksikan sendiri bagaimana produk mamee seperti snacks dan instant noodle di proses dari awal hinggalah proses pembungkusan. Bukan itu saja, dapat jugak tengok proses mee Tarik secara live. Daripada doh sampailah di uli jadi mee tarik. Meh tengok nih:

Camera dari Samseng TAB saja
Tukang buat mee Tarik ni memang datang dari China. Ianya di panggil [Teknik La Mian]. Dikatakan bermula di China pada abad ke-15 iaitu daripada etnik Hui yang ada di bahagian barat laut China, iaitu Xinjiang, Ningxia, Shaanxi, Gansu, dan Qinghai. Secara etimologi, ia bererti menarik atau meregangkan dan mian ialah mi. Keistimewaan cara pembuatan mi ini adalah dengan cara diadun, diregang, dilentur dan ditarik bagi menghasilkan untaian serta ukuran halus dan kenyal. Memang agak rumit nak membuatnya.

Memandangkan cara pembuatan mee tarik yang agak rumit dan mustahil untuk dihasilkan dengan kuantiti yang banyak dari sepasang tangan manusia…cewahhhh ayat haku. Mamee Double-decker telah melabur sebanyak RM80 juta untuk sebuah mesin yang boleh menaghasilkan mee tarik yang prosesnya sama seperti teknik la mian. Mamee Double-decker percaya dengan teknologi yang serba canggih, tak mustahil teknik La Mian dapat dihasilkan dari sebuah mesin yang dapat meningkatkankan lagi rasa mee dan menjadikan tekstur mee menjadi lebih kenyal.

Lepas tu ada demo masak memasak plak. Bau dia…perghhhhh…manusuk hidung. Sedap betul baunya.


Ok…skang kita tengok proses penghasilan snacks mamee dan juga instant noodle:

Proses demi proses:

1. Mixing
2. Rolling
3. Slitting
4. Steaming
5. Cutting
6. Seasoning Shoe
7. Frying
8. Cooling
Dan proses yang terakhir adalah Packaging 

Untuk pengetahuan semua, Mamee double decker dan juga mamee chef telah memenangi beberapa anugerah. Antaranya 
  1. Mamee Chef Curry Laksa rated Top 10 Best Instant Noodles in the World for 2014 by Theramenrater.com,
  2. Putra Brands Awards Bronze Recpient 2014 under Food Stuff Category
  3. Frost and Sullivan Malaysia Excellence Awards Recipient
Dan Mamee telah melancarkan produk baru iaitu Mamee Chef  dengan kerjasama dari chef selebriti, Datuk Chef Ismail. Pes Mamee Chef ‘s Thai Tom Yam dan Curry Laksa  dihasilkan menggunakan ramuan segar dan rempah ratus asli yang mampu menguasai hati semua bangsa di Malaysia. Mamee chef juga disertakan dengan pek ramuan tambahan iaitu cebisan sayuran dan juga udang bagi menambah lagi kelazatannya.

Bagi yang masih ragu2 dengan produk mamee dan juga Mamee chef, anda tak perlu risau kerana ianya telah mendapat sijil halal JAKIM dan anda boleh check sendiri [DISINI]


Ok…dah selesai kita melawat kilang Mamee, kita ker Mamee Jonker House plak yang terletak di Jonker Walk. Aku pon baru tahu tentang kewujudan kedai Mamee Jonker House ni. Kalau uols ker Jonker Walk, jgn lupa singgah sini. Meh layan gambar.

Kedatangan kami di sambut oleh Mamee Monster. Crunch it...Shake it...Munch it...MAMEE ☺☺

 

Antara barang² yang dijual disini. Ada cafe juga. Memang best lah. Sambil shopping boleh makan. Dan Antara aktiviti² kitorang kat sini:


Berkretiviti dengan mamee cup nih. Kita main color². Pastu kita buat mamee ikut citarasa sendiri. Yang ni expired date sampai 16 June 2014 jer sebab tak buat kat kilang…hehehe… Memang best lah lawatan ke kilang Mamee ni. Bila kita dapat tengok sendiri cara² mamee diproses. Satu pengalaman indah yang tak kan dilupakan. Dan juga:

Dapat bergambar dengan orang kuat Mamee ☺


Last but not least. Thanks for the goodies bag and note. Terima kasih juga buat nuffnang kerana memilih saya untuk Lawatan ke Kilang Mamee. Untuk maklumat lanjut dan juga info² lain, boleh layari www.mamee.com dan juga "LIKE" Mamee Chef @ www.facebook.com/mymameechef
-         

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...