Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Mahsuri. Show all posts
Showing posts with label Mahsuri. Show all posts

Rasanya belum terlambat lagi aku nak share pasal benda ni. Seperti yang kita sedia maklum, Banjir besar yang melanda Pantai Timur pad...

Membeli Sambil Menderma Bersama MAHSURI


Rasanya belum terlambat lagi aku nak share pasal benda ni. Seperti yang kita sedia maklum, Banjir besar yang melanda Pantai Timur pada Disember 2014 telah menyebabkan kemusnahan harta benda yang sangat besar nilainya. Sejajar dengan semangat Mahsuri untuk menyumbang semula kepada masyarakat, program Tanggungjawab Sosial Korporat Mahsuri akan berkolaborasi dengan pertubuhan bukan kerajaan, Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk membina semula dan membaik pulih komuniti yang telah terjejas di dalam tragedi banjir itu.   


Sos Mahsuri merupakan rasa sebenar masakan Melayu yang memberikan keutamaan yang tinggi kepada kesucian dan kesegaran di dalam penyediaan makanan sehariannya. Rangkaian sos Mahsuri disahkan Halal oleh JAKIM dan bebas dari bahan pengawet. 4 jenis sos Mahsuri, antaranya Kicap Manis Pedas, Kicap Manis, Sos Perapan Ayam dan Sos Berperisa Tiram menepati keperluan setiap dapur untuk menghidangkan lauk pauk Melayu asli yang enak.

Dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat melalui jenama sos Mahsuri yang terkenal dengan kualitinya, Mahsuri dengan keikhlasan sepenuh hati akan menyumbangkan 100% dari hasil jualan setiap botol rangkaian sos Mahsuri yang dijual di semua cawangan pasar raya Giant di seluruh negara dari tempoh bermula 26 Mac hingga 25 April 2015 kepada Program Desa Lestari yang dilaksanakan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM).

Islamic Relief Malaysia (IRM), yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2005 dalam usaha mengembangkan bantuan kemanusiaan di rantau Asia Pasifik. Di awal penubuhan, IRM memberi tumpuan sebagai pejabat mengumpul dana sahaja namun kini memainkan dua peranan sebagai pusat pengumpulan dana (untuk projek tempatan dan antarabangsa) dan pejabat serantau (untuk menjalankan projek bantuan tempatan). Berlandaskan nilai-nilai Islam dan ajaran-ajaran Ikhlas, Adil, Rahmah, Amanah dan Ihsan, IRM menjalankan program-program komuniti, ekonomi dan pembangunan sosial di Malaysia dimana sasaran penerima manfaat termasuk, tetapi tidak terhad kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, warga tua dan golongan kurang keupayaan fizikal.

Jom kita membeli sambil menderma dengan produk Mahsuri ni. Boleh juga tambah saham akhirat. Kalau nak murahkan lagi rezeki kita, kena murahkan rezeki orang lain yang tak berkemampuan dulu kan. Boleh dapatkannya di Pasaraya Giant berhampiran anda. 

Untuk keterangan lanjut tentang Islamic Relief Malaysia atau Program Desa Lestari, sila kunjungi www.islamic-relief.org.my atau www.facebook/MyMahsuri



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...