Showing posts with label MH17. Show all posts
Showing posts with label MH17. Show all posts

Dalam erti kata lain. Gambar yang membuatkan aku menitiskan air mata. Dan aku percaya sesiapa saja akan menangis bila tengok gambar² ni: ...

#MH17 | Gambar yang paling Menyentuh Hati!!!

Dalam erti kata lain. Gambar yang membuatkan aku menitiskan air mata. Dan aku percaya sesiapa saja akan menangis bila tengok gambar² ni:

Anak kepada Allahyarhamah Mastura Mustaffa menangis di sisi jenazah ibunya. Allahu akhbar...Ya! allah. Speechless. Rindu seorang anak pada arwah ibunya. Kepulangan yang paling dinanti. Tapi hanya dapat di sambut sebagai jasad. 

Anak tunggal kepada Arwah Ahmad Hakimi Hanafi. Abderrahman yang baru berumur 9 bulan. Seakan mengerti apa yang berlaku di sekelilingnya. Tak menangis sepanjang majlis berlangsung.


Selamat kembali. Semoga kalian tenang di SANA


AL-FATIHAH

#Al-fatihah #MH17 #HariBerkabungMalaysia

Note: Gloomy day. Rakyat Malaysia bersatu dalam kesedihan. 


Speechless!!! Selamat kembali ke tanahair buat jenazah2 MH17. Walaupon hanya sebagai jasad. Kepulangan yg dinanti bukan saja oleh k...

#SELAMAT PULANG


Speechless!!!

Selamat kembali ke tanahair buat jenazah2 MH17. Walaupon hanya sebagai jasad. Kepulangan yg dinanti bukan saja oleh keluarga, waris malah seluruh rakyat Malaysia. Kepulangan yg dinanti dalam suasana yg penuh kesedihan malah mengundang airmata semua yg menyaksikan. 

Salam takziah buat ahli kelurga yg terlibat. Bertabahlah dgn dugaan yg telah ditentukan olehNYA. Tenanglah kalian di SANA. Semoga ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. AL-FATIHAH. 

#Al-fatihah #MH17 #HariBerkabungMalaysia


Note: DaripadaNYA kita datang. KepadaNYA juga kita dikembalikan


Esok merupakan Hari Berkabung Malaysia sempena ketibaan jenazah mangsa² MH17  yang terlibat dalam tragedi yang menyanyat hati pada ...

Hari Berkabung Malaysia | Senarai Penuh 20 Jenazah



Esok merupakan Hari Berkabung Malaysia sempena ketibaan jenazah mangsa² MH17 yang terlibat dalam tragedi yang menyanyat hati pada 17 Julai lalu di Ukraine. Semakin dekat semakin terasa kesedihannya. Lebih² lagi bila tengok kat tv, dengan background music nya  dan juga dengar Hotfm pagi tadi. Esok mau ada yang meleleh air mata nih.


Antara senarai jenazah² MH17 yang akan tiba esok. Selamat kembali ke tanah air tercinta. Sesungguhnya kami ternanti² kepulangan kamu walaupon ianya di iringi dengan linangan air mata. Ya! allah...sedihnya. Semoga ahli keluarga yang terlibat tabah dan terus kuat untuk mengharungi dugaan yang telah di tentukan olehNYA. AL-FATIHAH buat mereka. Semoga kalian tenang di SANA dan semoga ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.

Untuk orang ramai yang ingin sama² menyaksikan ketibaan jenazah² MH17, bolehlah hadir dan berkumpul di luar Kompleks Bunga Raya, KLIA. Upacara bertafakur serentak di seluruh negara juga akan dilakukan di antara jam 10.45 pagi dan 11.15 pagi selama seminit. Semoga urusan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNYA. Inshaa'allah.

Note: Even tiada ahli keluarga yang terlibat. Tapi sebagai rakyat Malaysia, tetap terasa kesedihannya.

Berita yang sangat² mengejutkan dan mendukacitakan buat seluruh rakyat Malaysia. Aku blur pagi ni masa buka FB. Newsfeed semua pasal MH...

MH17 | Al-Fatihah dan Salam Takziah


Berita yang sangat² mengejutkan dan mendukacitakan buat seluruh rakyat Malaysia. Aku blur pagi ni masa buka FB. Newsfeed semua pasal MH17. Terus buka TV3. Rupanya pesawat Malaysia Airlines meletup. Di katakan ditembak jatuh  menggunakan peluru berpandu. Ya! allah...Kenapa di tembak? Sedangkan laluan penerbangan pesawat telah diisytiharkan selamat. Kalau benar, smoga mereka yang melakukannya dibawa ke muka pengadilan.

Nationality
Total
Netherlands
154
Malaysia
43 (including 15 crew & 2 infants)
Australia
27
Indonesia
12 (including 1 infant)
United Kingdom
9
Germany
4
Belgium
4
Philippines
3
Canada
1
Unverified
41
Total
298
Keseluruhan jumlah penumpang termasuk anak kapal yang terlibat dalam kejadian. Malaysian are being tested in a big way again. Bermula dengan MH370 yang masih lagi misteri kehilangannya. Dikejutkan pula dengan serangan di Sabah. Dan harini kita digemparkan dengan pesawat MH17 yang ditembak. Adakan ianya suratan atau kebetulan? Atau peringatan buat kita yang masih alpa? Sama² lah kita berdoa untuk keselematan negara kita Malaysia dari anasir² jahat. Bersatulah. Smoga Malaysia sentiasa dibawah lindunganNYA. Tak lupa juga buat saudara² kita di GAZA, Palestin. Doa...doa dan terus berdoa untuk kesejahteraan mereka.

#PrayforMH17 #PrayforMH370 #PrayforGaza #PrayforPalestin #Al-fatihah

Note: Nak kena balik. Qahirah kena sakit mata...huhuhu...Have a great weekend uols..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...