Showing posts with label MERLIN. Show all posts
Showing posts with label MERLIN. Show all posts

Finally...MERLIN season 5 berakhir. Tapi ending tak best lah. King Arthur mati. Agak² ada tak sambungannya? Tangan siapalah yang sambut...

Mati juga KING ARTHUR



Finally...MERLIN season 5 berakhir. Tapi ending tak best lah. King Arthur mati. Agak² ada tak sambungannya? Tangan siapalah yang sambut pedang yang di baling oleh Merlin tu kan? Haishhhhh....kalau ada sambungannya pon best juga.

Tapi kan, aku frust tau sebab...sebab aku tak tengok final season Merlin nih. Cis...cara citer macam tengok sampai habis kan...hehehe...Tengok kejap jer. Pastu dah enak berada di la la land....uuwwaaaaaaa...nak kena tgk kat TONTON nih. Pagi ni pon si dia yang cerita. Katanya agak sedih jugalah bila dia tengok Merlin sedih atas kematian King Arthur. Hampir² nak nangis noks. Jiwang juga suamiku ini yer...ahaks...ker abang dah meleleh air mata...hahahaha...

Siapa yang tengok Merlin malam tadi? Nangis tak? ☺☺☺

Note: Petang² layan plak citer Hingga Hujung Nyawa. Tapi kan, aku masih tak jumpa jawapan. Macam mana EL tu bley ngandung? Ce cerita sket.


Siapa follow citer ni? Saya salah seorang daripadanya. Dah season 5. Mula di tayangkan melalui Tayangan Perdana @ TV3 pukul 10.00 pm pa...

The Adventures of MERLIN - Season 5!!!



Siapa follow citer ni? Saya salah seorang daripadanya. Dah season 5. Mula di tayangkan melalui Tayangan Perdana @ TV3 pukul 10.00 pm pada Jumaat lepas. Dan mula bersiaran setiap minggu bermula Isnin @ 19 November 2012 pukul 10.00 malam. Yang bestnya, saya terlepas kedua² episod nih...cissss...Saya dapat tengok sekerat jer, selebihnya...Merlin dan King Arthur yang tengok saya sebab saya dah tertido...muahaha...

Tertanya² gak, kenapa Merlin ni kurus sangat. Pastu ada orang tu cakap, kalau Merlin ni gemuk, tak sesuai lah dengan wataknya sebagai kuli tu. Betul juga kan. Selalunya, kuli ni kan kurus²...erk...iyer ker? ☺☺☺

Ok...jangan lupa tau. Setiap Isnin pukul 10.00 malan @ TV3

Note: Apsal lah dia buat time weekdays. Kalau weekend best sket kan...hurmmmm...


Buat peminat² MERLIN, jangan lupa menyaksikan episod pengenalan MERLIN musim ke 4 pukul 10.00 malam di slot Mega Movie @ TV3 malam ni.  ...

Malam ini.....

Buat peminat² MERLIN, jangan lupa menyaksikan episod pengenalan MERLIN musim ke 4 pukul 10.00 malam di slot Mega Movie @ TV3 malam ni. 


Selamat berhujung minggu semua ☺☺

Siapa suka tengok citer nih? Nampak dah keluar iklan kat TV3 pasal cite MERLIN musim ke 4 nih. Salah satu citer yang aku suka tengok. Citer...

MERLIN New Season 4


Siapa suka tengok citer nih? Nampak dah keluar iklan kat TV3 pasal cite MERLIN musim ke 4 nih. Salah satu citer yang aku suka tengok. Citer melayu pon layan gak tau. Merlin akan menemui penonton bermula 18 Disember 2011, setiap Ahad pada pukul 10 malam di TV3. Sebelum tu...TV3 akan menyiarkan 2 episod pengenalan MERLIN musim ke 4 pada 16 disember 2011 @ jumaat, pukul 10.00 malam di slot Mega Movie.


Musim keempat MERLIN menampilkan “The Darkest Hour Is Just Before The Dawn” sebagai tema utama pergolakan di Camelot kali ini. Susulan dari musim ketiga, Colin Morgan (Merlin) dan Bradley James (Prince Arthur) selaku dua watak utama akan beraksi semula bersama dengan Anthony Head (King Uther Pendragon), Angel Coulby (Gwen), Katie McGrath (Morgana), Richard Wilson (Gaius), Nathaniel Parker (Agravaine), Adetomiwa Edun (Sir Elyan), Eoin Macken (Sir Gwaine), Tom Hopper (Sir Percival), Rupert Young (Sir Leon), Gemma Jones (Callieach), Santiago Cabrera (Lancelot) dan John Hurt (suara latar sang Naga Hikmat) di dalam MERLIN Musim Ke-4.

Bersiaran sebanyak 13 episod, siri pengembaraan fantasi British musim ini sarat dengan peperangan dan usaha-usaha hebat demi menyelamatkan Camelot daripada musnah di tangan Morgana dan sekutu-sekutu jahatnya. Permulaan siri musim ini menyaksikan sebuah perkembangan yang pesat di dalam ketamadunan jajahan Camelot. Walaubagaimanapun, langit tidak kekal cerah di Camelot kerana kuasa-kuasa jahat mula bergabung untuk melancarkan kempen kemusnahan. Segalanya bakal berubah apabila Morgana membuka pintu laluan sakti ke dimensi lain (Other World).

Kalau nak baca lebih lanjut, bley baca kat budiey.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...