Showing posts with label Lifebuoy. Show all posts
Showing posts with label Lifebuoy. Show all posts

Basuh tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan dan paling murah untuk mencegah penyakit berjangkit. Kebanyakan rakyat Malay...

Event | Global Handwashing Day 2015 @ KidZania Kuala Lumpur


Basuh tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan dan paling murah untuk mencegah penyakit berjangkit. Kebanyakan rakyat Malaysia masih tak aktif dalam mengamalkan tabiat harian membasuh tangan ni. Sempena kempen tahunan Hari Membasuh Tangan Sedunia @ Global Handwashing Day, Lifebuoy ingin membawa perubahan tingkah laku di kalangan rakyat Malaysia dengan memberi tumpuan pada ibu² diluar sana untuk mengajar anak² mereka langkah² mudah untuk membasuh tangan dengan betul.

Rasanya masih ramai yang tak tau mengenai Global Handwashing Day kan? Meh saya kongsikan info ni:

Mengenai Hari Mencuci Tangan Sedunia

Hari Mencuci Tangan Sedunia adalah satu acara global tahunan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya mencuci tangan dengan sabun sebagai cara mudah, berkesan dan termampu untuk mencegah penyakit dan menyelamatkan nyawa. Hari Mencuci Tangan Sedunia diasaskan oleh Global Public-Private Partnership for Handwashing dan dirayakan pada 15 Oktober setiap tahun. Ia adalah peluang untuk mengilhamkan, menguji dan mengulangi cara kretif untuk menggalakkan orang ramai mencuci tangan mereka dengan sabun pada waktu penting. Hari Mencuci Tangan Sedunia bertujuan untuk:
  • Memupuk dan menyokong budaya global dan tempatan mencuci tangan dengan sabun
  • Memperlihatkan amalan dan tabiat mencuci tangan di seluruh dunia
  • Meningkatkan kesedaran tentang manfaat mencuci tangan dengan sabun

Pada 17 October 2015 baru² ni, saya dan keluarga telah diberi peluang untuk sama² menyambut Global Handwshing Day 2015 yang bertempat di KidZania Kuala Lumpur. Majlis pelancaran pada hari itu telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Halim Bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Pengerusi Unilever Malaysia, Singapore, Myanmar, Cambodia dan Laos, Mr. Rakesh Mohan.


Acara diserikan lagi dengan Choral Speaking dari SK Putrajaya Presint 14 yang merupakan antara seratus sekolah yang terpilih dalam menjayakan ‘Program Doktor Muda Bersama Lifebuoy’. Murid dari sekolah yang dipilih sebagai “Doktor Muda” akan menjalani latihan khas tentang prinsip asas menjaga kesihatan dengan mengikuti modul latihan dan pembelajaran yang ditetapkan oleh pihak Kementerian. Dilancarkan pada bulan March 2011, program Doktor Muda bertujuan memperkasakan pelajar untuk menggalakkan dan mempengaruhi tabiat yang baik dengan menjaga kebersihan di kalangan rakan sebaya mereka dengan ahli keluarga masing².

Jom kita cuci tangan bersih² ☺

Yeayyyy...tangan dah bersih dan bebas kuman ☺

Basuhlan tangan dengan sabun sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas. Jom kita amalkan 7 teknik membasuh tangan yang betul ni:



1. Basuh tangan dengan sabun secukupnya
2. Gosok tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah jari
4. Gosok kuku di tapak tangan 
5. Gosok belakang tangan 
6. Basuh dengan air bersih secukupnya
7. Keringkan tangan dengan kain bersih



Kita sebagai seorang ibu memainkan peranan penting dalam membentuk tabiat yang baik dalam kehidupan anak². Memperkenalkan tabiat kebersihan tangan melalui sudut pandangan seorang ibu adalah satu kaedah yang berkesan. Tunjukkan demonstrasi mudah untuk mempamerkan pentingnya mencuci tangan dengan sabun semasa mandi, sebelum sarapan, sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan selepas ke tandas.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Hari Mencuci Tangan Sedunia pada tahun ini, Lifebuoy mengumpulkan ikrar daripada ibu² dan keluarga utuk meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya mencuci tangan sebagai satu langkah yang mudah dan teknik mencuci tangan yang betul untuk menjaga keselamatan dan melindungi keluarga daripada risiko jangkitan.

Untuk menyokong pergerakan ini, anda hanya perlu mengambil gambar anda dan keluarga anda berikrar untuk mengamalkan tabiat mencuci tangan dan memuat naik gambar dengan hashtag #LifebuoyGHD2015

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Lifebuoy, boleh layari:


Note: Alhamdulillah...rezeki anak². Dapat jugak gi KidZania. Cuma Iman Hakimi tak dapat join sebab ada Kem Solat. Harap² adalah rezeki dapat gi Legoland atas tiket Blogger ☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...