Showing posts with label Leap Year. Show all posts
Showing posts with label Leap Year. Show all posts

Mana tarikh 29 February ni haaaa... mana... mana... Hehehe... Kena tunggu lagi 4 tahun lah yerp Iman Harraz. Memandangkan tahun lompat. Kit...

Leap Year Baby ni dah Setahun!!!!

Mana tarikh 29 February ni haaaa... mana... mana... Hehehe... Kena tunggu lagi 4 tahun lah yerp Iman Harraz. Memandangkan tahun lompat. Kita fefeeling harini 29 February lah yerp ImanHarraz. Tunggu 4 tahun akan datang kita celebrate besar-besaran. Kalau ikut tarikh islam. Harraz dah setahun @ 20 Jamadilawal 1438H yang lepas. Tapi si ibu lupa nak buat ucapan bagai.Time flies so fast betul lah 👦👉1⃣🍰


Alhamdulillah... Dengan izinNYA Iman Harraz dah genap setahun kalau ikut calendar Hijrah. Kalau ikut calendar matsaleh, lagi 4 tahun umur Iman Harraz baru setahun.. erkkk... hehehe... Selamat ulangtahun kelahiran yang pertama Iman Harraz. Melahirkan awak adalah saat-saat terindah yang tak boleh ibu lupakan. Lebih-lebih lagi awak sangat istimewa. Istimewa sebab... Lahir dalam kereta pukul 3.13 pagi dan awak pilih tarikh yang istimewa jugak diusia kandungan baru masuk 37 minggu. Sepatutnya hari tu adalah hari check up awak tau harraz 🏥🚗 

Saat mengandung dan melahirkan awak adalah sangat-sangat mudah. Syukur sebab dipermudahkan olehNYA walaupon awak melompat keluat dalam kereta. Betapa kelam kabutnya abah dan jugak nurse² yang nak menyambutnya. Cuma dalam pantang Allah uji ibu dan abah dengan Jaundice yang lama. Hari ke 6 awak admitted due to bacaan jaundice yang tinggi. Berkampung awak dekat hospital 3 hari 2 malam. Malam-malam tanpa awak jugak ibu meroyan... Menangis rindukan awak. Baru ibu tahu perasaanya bagaimana bila berjauhan dengan anak dalam keadaan anak yang tak sihat 😢😢😢

Ingatkan Jaudice awak makin berkurang. Tapi masih sama... Up and down. Dari Breastmilk Jaundice ke Prolonged Jaundice. Maka bermulalah episode naik turun klinik dan hospital. Ibu yang dalam pantang pon dah tak serupa orang yang berpantang. Prolonged jaundice dekat sebulan. Amik darah... amik urine. Memang asyik kena cucuk jer. Finally doctor detect awak kena UTI (Urinary Tract Infection) kat saluran kencing. Luluh hati seorang ibu. Sebab tu jaundice lama. Maka berkampung kat Hospital serdang 7 hari 6 malam untuk masukkan antibiotik demi nak membunuh kuman jahat dengan keadaan ibu yang masih berpantang. Ibu redha nak demi kesihatan anak 👣🌜🌑🏥


Lepas 4 bulan awak admitted lagi due to [Pneumonia]. Allah... tak terkira sedihnya ibu. Belum capai setahun Harraz dah 3 kali admitted. Dah banyak ubat masuk dalam badan. Smoga ImanHarraz membesar sebagai anak yang soleh, bijak pandai, sihat tubuh badan dan menjadi penyejuk mata ibu abah 💋💟💖

Development... Masih belum berjalan. Baru nak bertatih. Tapi tengok gaya macam lambat lagi nak dapat kaki tu. Gigi ada 3 batang setengah sebab yang setengah lagi baru nak keluar. Makin melasak macam biasa. Kuat makan dan aku masih istiqomah sediakan bekalan Harraz ke nursery. Alhamdulillah... Masih mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Bermakna aku dah selamat dapat DIPLOMA IN BREASTFEEDING. Another one year to go untuk dapatkan PHD IN BREASTFEEDING pulak. Wish me luck ☺

Note: Lately anak soleh ni bangun awal. Pukul 6.00 - 6.30 pagi dah bangun... phewwww...


Di minta engkau pon terpaksalah bertabah dan berlapang dada dalam menghadapi permandangan yang indah didalam rumah ku syurgaku itu. Iyer… M...

Bila Tukang Sepah Bertambah

Di minta engkau pon terpaksalah bertabah dan berlapang dada dalam menghadapi permandangan yang indah didalam rumah ku syurgaku itu. Iyer… Makin bertambah anak kau, maka bertambah jugaklah tukang sepah lagi seorang dan kerja kau pon bertambah. Bukan setakat menyepah, memunggah pon sama. Kau serah jer kat budak nih:



I is geram betul tau. Harraz pantang nampak baju dalam bakul. Habis dia punggah. Baju yang kau baru lepas angkat dan letak atas kerusi pon, habis ditariknya bersepah atas lantai. Baju atas katil yang dah berlipat dan kau tak sempat nak susun dalam almari. Letak pulak tepi katil. Dapat kat si Harraz… memang tak dapat diselamatkan lah. Padan muka kau. Siapa suruh letak tepi katil.. ppffttt…


Yang paling memenatkan bila kau kat dapur nak masak atau nak basuh pinggan. Dia pon follow jugak. Antara favourite spot harraz adalah dapur. Kau bayangkanlah aku nak kena angkat… letak… angkat… letak… angkat… letak… berkali-kali sampai kau rasa tak ada mood nak masak lah sebab penat buat benda yang sama. Nak harapkan si Qahirah dengan Qhalif… hurmmmm… Lambat sangat respond soh amik adik. Kalau ada Kimi ok lah lagi. Ni kimi setiap maghrib gi surau (alhamdulillah).

Muka tak bersalah

Kalau dok dediam tak apa lah jugak. Ni memunggah sudu. Punggah bakul bawang sampai habis bunga cengkih aku berterabur. Pastu harraz ni mengutip, mulalah semua benda nak masuk mulut. Letak dalam baby chair, tak reti dok diam. Habis dipanjatnya. 


Dek kerana tak tahan sangat. Aku nak masak pon terganggu. Kejap-kejap masuk dapur. Nahhhh... Tak dapat pagar nak halang, kerusi pon berguna jugak. Asal boleh tutup laluan tu jadi lah. Aku sendal dengan botol mineral yang besar tu. Tak dapat lah nak tolak kerusi tu. Haaaa... padan muka. Kemahen besar lagi mulut tu protes kan sebab tak lepas. Rasa macam nak beli walker jer tau.

Note: Makin lama makin lasak... huhuhu...



Budak Suka Mengutip | Ada Petua Tak?? Update blog terus nak minta petua kan. Iyer... Nak minta petua sangat ni. Memang ftrah budak suka men...

Budak Suka Mengutip | Ada Petua Tak??

Budak Suka Mengutip | Ada Petua Tak?? Update blog terus nak minta petua kan. Iyer... Nak minta petua sangat ni. Memang ftrah budak suka mengutip kan. Tapi budak ni melampau-lampau betul mengutipnya. Memang pantang nampak benda bersepah atas lantai. Semuanya nak masuk dalam mulut. Pada hal kau dah sapu lantau rumah kau berkali-kali. Tetap jugak nampak dek anak bertuah sorang ni. Teliti betul lah. Orang tak nampak tapi dia nampak. 


Inilah budaknya. I is geram tahap maksimum dengan anak soleh ni. Rasa macam nak gigit-gigit jer dia tau sebab suka sangat mengutip. Pemantauan dia kena 100%. Kalau kau lambat, memang bahan kutipan dia selamat masuk dalam perut. Kalau kau cepat bertindak, minta maaf lah nak, ibu terpaksa korek mulut awak sampai bendasing yang awak kutip tu dapat ibu keluarkan. 

Apa yang dia tak kutip... Sisa nasi yang dah keras, serpihan biskut, mee, bihun goreng, keropok, kertas, tisu dan baru-baru ni playdoh. Ada jugak sisa kertas dan playdoh yang aku tak sempat nak korek sebab dia dah telan. Memang sadakallahula'zim lah jawabnya. Dengan harapan semoga bendasing yang dia kutip tu keluar ikut najis. 

Korang ada petua tak nak elakkan baby suka mengutip nih. Atau ada tips yang boleh aku follow. Geram jer rasa tau. Nak buat kerja pon tak tenang. Kejap-kejap tengok anak soleh ni. Nak marah, dia bukan faham apa lagi. Dah explain banyak kali pon, mengutip jugak dia :-(

Note: Gigi atas dah mula tumbuh sebatang. Total ada 3 batang gigi ☺


Tak der angin.. Tak der citer tetiba dah bersalin yerp... Hehehe... Biarlah rahsia gittew. Saja jer nak buat kejutan. Tapi baby ni la...

Leap Year Baby | Alhamdulillah... Dah Bersalin!!



Tak der angin.. Tak der citer tetiba dah bersalin yerp... Hehehe... Biarlah rahsia gittew. Saja jer nak buat kejutan. Tapi baby ni lagi lah buat kejutan kat ibu abah dia. Dah lah kluar tahun. Dalam keta plak tu..ppffttt...

Alhamdulillah... Urusan bersalin dipermudahkan olehNYA. Citer bersalin kali ni agak Epic dan istimewa. Tak sempat masuk labour room pon sebab baby dah tak menyempat nak kluar. Kalau Qhalif dulu sampai spital dah bukak 6 cm. Kali ni plak dah full dilate dalam keta.

Maka bersalin lah dalam keta dengan bantuan midwive dan nurse. Nasib tak terbesalin kat umah. Memang aku jenis mudah bersalin gamaknya.

Kronologi bersalin tu nanti aku citer. Tips mudah bersalin pon nanti aku sharing. Both ibu dan anak sihat. Berpantang pon sendirian berhad jer.
Ok lah. Nampaknya aktiviti blogging stop buat sementara. Bergantung pada masa. Hurrmmmm... Macam tak caya jer anak dah 4  .

Note: Sedap betul bau baby kan 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...