Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Showing posts with label Kuih Raya. Show all posts
Showing posts with label Kuih Raya. Show all posts

Makin nak raya makin sesak dibuatnya. Jalan raya sesak. Shopping mall sesak. Kedai bakery pon sesak jugak...ppffttt...Ingatkan bila gi kedai...

Sana Sini Sesak!!!

Makin nak raya makin sesak dibuatnya. Jalan raya sesak. Shopping mall sesak. Kedai bakery pon sesak jugak...ppffttt...Ingatkan bila gi kedai bakery dah hujung² nak raya ni tak der lah sesak sangat. Sekali ramalanku salah belaka. Sesak wei.


Tu lah...awal² tak nak buat kuih. Bila dah nak raya baru nak buat khenn. Biasalah...preparation last minute memang syiok...ppffttt...Nak buat kuih pon ikut mood gak. Mood rajin tak datang lagi. Baru ni ha mood dah naik. Nak masuk Bangi pon dah sesak. Inikan pulak kat area situ, memang sesak.

Sebelum kluar smalam ajak husband gi singgah Yummie Bakery jap. Tak lama pon. Tapi bila masuk jer kedai...perghhhhh...orang dah beratur panjang nak membayar. Yang nak membeli barang pon ramai jugak. Berlaga² punggung dibuatnya. Capai mana yang sempat. Tak sanggup lah haku dok dalam tu. Nak bayar pon amik masa. 

Tak puas hati, gi kedai Makcik Bakery plak. Ok sket lah. Tak sesak macam kat Yummie. Beratur pon tak panjang dan tak lama. Total beli barang² smalam pon boleh tahan jugak wei. Malam ni nak start baking. Si kimi dah sibuk tanya bila ibu nak buat kuih raya. Nak tolong  katanya.

Note: Esok last day kerja.

Amboiiii...baru 1st day puasa dah citer pasal kuih raya yerp. Excited betul nih. Biasalah...bila dah masuk bulan puasa ni mesti lah sibuk j...

Resepi Biskut Raya Kellogg's | Jejari Roti dan Biskut Arab

Amboiiii...baru 1st day puasa dah citer pasal kuih raya yerp. Excited betul nih. Biasalah...bila dah masuk bulan puasa ni mesti lah sibuk jugak nak buat kuih raya kan. Hari Raya dan kuih raya takkan terpisah gittew. Awal² ni lah elok buat kuih raya. Kang dah hujung² puasa takut kelam kabut plak nanti.

Ni nak share resipi kuih raya. Siapa suka Kellogg's Corn Flakes? Pastinya ramai yang suka kan. Kalau breakfast dengan Kellogg's Corn Flakes pon dah sedap, apatah lagi kalau buat biskut pakai kellogg's corn flakes nih sebab kerangupan dan kelebihannya dari segi rasa kerana dibuat daripada jagung sebenar. Memang super duper sedap. Ok...kita mulakan dengan resipi yang pertama dulu. Memang senang sangat nak buat.

JEJARI ROTI KELLOGG'S CORN FLAKES


Bahan²
  • Roti Gandum
  • Mentega
  • * 40g Kellogg's Corn Flakes dihancurkan
  • * 30g Gula Merah
  • * 2 Sudu besar Serbuk Badam
  • * 1/2 Sudu kecil Serbuk Kayu Manis
Cara²
  1. Panaskan oven 160' C. Sediakan loyang dengan kertas baking
  2. Campurkan bahan² bertanda * ke dalam mangkuk
  3. Potong roti ikut saiz yang disukai. Nak buat bentuk apa pon boleh. Jangn lupa buang kerak roti tu.
  4. Sapukam mentega kepada setiap bahagian. Suka hati nak pakai mentega jenama apa pon.
  5. Taburkan bahan² bertanda * ke atas bahagian yang roti yang dah disapukan mentega
  6. Susun roti atas loyang 
  7. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga warna roti bertukar keemasan.
  8. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Close up sket. Saya buat versi mentega dan juga nutella. Pakai roti biasa. Nanti nak buat pakai roti gandum plak ☺

Mudah sangat kan. Kalau tak nak pakai roti gandum pon tak per. Boleh jer pakai roti biasa tu. Lepas tu kan. Boleh gantikan mentega tu dengan nutella. Variety lah sket lah biskut tu kan. Memang sedap. Dah lah roti tu rangup. Topping plak dengan kellogg's corn flakes. Silalah bayangkan kerangupannya.

BISKUT ARAB KELLOGG'S CORN FLAKES


Bahan²
  • 250gm Tepung gandum 
  • 125gm Gula Halus 
  • 125gm minyak sapi 
  • Kellogg's Corn Flakes dihancurkan
  • Paper cup 
Cara²
  1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati
  2. Buat bentuk bulat-bulat kecil 
  3. Masukkan dalam paper cup 
  4. Bakar 180ÂșC selama 20 - 25 minit atau sehingga masak 
  5. Sejukkan dan taburkan gula halus 

Close up sket. Agak tak seimbang saiz biskut arab kellogg's corn flakes saya nih. Biasalah...buat dengan penuh kasih sayang dengan anak² katakan. Memasing sibuk nak menolong. Rajin anak² ibu ni. Riuh dapur dibuatnya.

Ni biskut arab versi simple dan versi baru. Tak pernah dibuat orang biskut arab campur dengan kellogg's corn flakes. Ko mampu?...hahaha...Sila lah cuba. Sedap tau. Rasa crunchy jer bila makan. Kalau rasa kosong, boleh tambah letak buah ceri kat atas biskut arab tu. Tak pon buat biskut arab colorful. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Pasti letak lah pewarna. 


Ni nak bagitau. Sempena bulan ramadhan ni, Kellogg's ingin memperkenalkan 8 resipi biskut Kellogg's Corn Flakes edisi terhad untuk menggalakkan anda mencubanya pada bulan ramadhan ni. Silalah kunjungi Trak Sample Kellogg's yang akan berada di bazar ramadhan, pasaraya ria dan pasar raya bermula dari 17 June 2015 hingga 10 Julai 2015.

Anda berpeluang menyaksikan demonstrasi membuat kuih secara langsung oleh pakar pembuat kuih yang berbakat tentang bagaimana Corn Flakes boleh digunakan dengan pelbagai cara untuk membuat biskut istimewa untuk perayaan ini. Sempena bulan yang mulia ini, Kellogg's juga telah bekerjasama dengan pengacara popular program 'Jalan-Jalan Cari Makan', Maria Tunku Sabri untuk menghantar biskut ke rumah anak² yatim dan rumah kebajikan yang terpilih di Malaysia untuk berkongsi kegembiraan yang dibawakan sempena bulan yang mulia ini.

Maria Tunku Sabri akan turut hadir di beberapa lokaso trak sample yang terpilih seperti:

·         Sogo KL, 12 Jun (11pagi-4ptg)
·         Giant Batu Caves, 13 Jun  (1-3ptg)
·         Giant Stadium Shah Alam, 14 Jun (1-3ptg)

Orang ramai dijemput untuk mencuba biskut Kellogg’s Corn Flakes® dan membuat ikrar untuk menghantar biskut kepada anak-anak yatim pada tarikh dan di lokasi berikut:


Jangan lupa tau mencuba resipi² ni dan jangan lupa beli Kellogg's Corn Flakes. Sila terjah juga trak sample Kellogg's nih. 


Project Kuih Raya 2014 dah start kekdahnya. Hari jumaat last week kan aku EL sebab anak dara tu sakit mata. Amik anak dara terus gi kedai Y...

Florentine Cookies @ Krunchy Karamel Almond HOMEMADE!!!

Project Kuih Raya 2014 dah start kekdahnya. Hari jumaat last week kan aku EL sebab anak dara tu sakit mata. Amik anak dara terus gi kedai Yummies kat Bangi, beli barang² nak buat Florentine ni lah. Memula gi kedai bakery Makcik. Nak survey harga dulu. Pastu gi Yummies plak. Juat for your info, tepung Florentine kat yummies sangat murah. RM15.90 untuk 500 gm. Kalau kat kedai Makcik RM19.00. Kena pandai survey harga juga yerp.


Mempersembahkan...cewahhhh...my Florentine cookies @ Krunchy Karamel Almond homemade dengan penuh kasih sayang. Pepagi lepas sahur aku dah membakar. Kemain excited ko. Memang senang sangat nak buat. Tak perlu mixer, tak perlu telur dan tak perlu mentega. Hanya tepung dan kekacang sahaja. Rasanya memang sedap tak hingat. Meh amik resipi nih:

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Kak Patmah Aspar 

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

Senang kan. Resipi ni aku amik dari blog [azlitamasammanis.com]. Orang yang keras tangan  tak pernah buat kuih pon boleh buat nih. Kalau beli sebekas RM28.00 - RM30.00 kot. Tapi kalau buat sendiri dapat berbekas². Aku buat dapat 3 bekas. Tapi sebekas dah habis buat kudapan sebab sedap betul mengunyah...dengan kerangupan nya lagi.

Total kos untuk Florentine Cookies ni:

TEPUNG FLORENTINE RM15.90. BADAM KEPING (250 GM) RM12.50. KUACI (250 GM) RM7.50 DAN BIJAN HITAM (100 GM) RM4.50 = RM40.40 DAPAT 3 BEKAS FLORENTINE COOKIES

Jimat kan. Penjimatan berganda. Kalau nak lagi jimat, ko potong kecik². Lagi berganda² jimatnya. Boleh dapat lebih dari 3 bekas kot...muahahahaha...Dah macam kedekut plak nak potong kecik² kan....hehehe....

Note: Next project kuih raya...cornflakes madu.




Perghhhh...currrrlast tajuk ko kan jemah. Macam banyak sangat buat kuih raya...hahaha...Orang dah habis citer pasal raya. Aku baru nak ci...

Projek KUIH RAYA 2013!!!


Perghhhh...currrrlast tajuk ko kan jemah. Macam banyak sangat buat kuih raya...hahaha...Orang dah habis citer pasal raya. Aku baru nak citer pasa kuih raya. Tak kira, nak citer gak sebab berjaya buat kuih raya tahun ni. Antara kuih raya yang sempat dibuat:

Cork flake Madu

  
Biskut Arab

Popia Nestum

Rajin tak? Rajin kan. Ini lah dia. Memang dah niat nak buat kuih raya. Maklumlah, kuih raya pon dah naik harga. Jadinya kita buat lah sikit. Beli pon 2 jenis. Kerepek plak sejenis. Puas hati dapat buat kuih sendiri. Berhempas pulas aku bersengkak mata buat kuih, Ada anak kecik kan. Anak bangun nak nenen, stop lah kejap. Pastu sambung balik. Biskut corn flake madu tu dapat 4 bekas. Modal berapa hinggit jer. Biskut arab dapat 3 bekas. Popia Nestum plak dapat 2 bekas. Tinggal sparuh tu sebab dah kena bedal. Dapat lah bagi mak dan mak mertua kuih raya tu.  

1st time buat popia nestum. Senang jer membuatnya. Tapi yang hazabnya bila nak menggulung dan nak lekat. Ada yang melekat. Ada yang tak berapa nak lekat. Tu yang bila goreng gulungan tu terbuka. Stress juga haku...jadi ker tak jadi ni...Tapi bila dah lama² menggentel, menjadi juga akhirnya. Next time bley buat lagi. Ada yang nak tempah ker...hahaha...

Note: Meh datang umah kalau nak rasa kuih raya saya. Ada lagi ☺☺



Kesudahannnya...tak bangun sahur, sampai office pon lewat. Pukul 7.30 am baru bangun tido. Apa lagi, kelam kabut ah pagi nih. Bersengkang ...

Buat Kuih Raya sampai pukul 3 Pagi


Kesudahannnya...tak bangun sahur, sampai office pon lewat. Pukul 7.30 am baru bangun tido. Apa lagi, kelam kabut ah pagi nih.

Bersengkang mata aku ngan hubby. Semangat betul buat kuih malam tadi. Sambung buat bubbles rice chocolate. Kali ni memang jadi. Tambah coklat, baru lah tak berderai, cantik jer kerasnya. Yang sebelum nih memang berderai habis, banyak plak tu. Buat kudapan di masa lapang jer lah. Nak buang sayang, Tak baik membazir. Membazir kan amalan Syaitonnnn.

Selesai buat bubbles rice chocolate, buat cornflake madu plak. Pergghhhhh...memang terbaik ah, pandai aku buat...ekekekeke...dah resipi pon senang kan. Bertungkus lumus kami somi istri. Si suami tukang letak cornflakes dalam cup...sambil berdialog 'satu untuk saya, satu untuk kuih'...haihhhhh...si isteri plak tukang letak manik kaler² ngan kacang badam dan tukang bakar. Apa yang penting...KERJASAMA, kerjasama yang mantoppppp. Kalau aku sesorang buat, memang tak tido ah di buatnya.

Fresh from oven ☺☺

Malam ni nak sambung buat lagi 2 jenis kuih plak. Untuk cornflakes madu ngan bubbles rise memang dah siap packing utk mak malam tadi. Rasalah kuih buatan tangan anak dan menantu mak ni yer ^_^.

Petang nih nak balik awal sebab nursery anak² tutup pukul 5.00 pm. Harap² jalan tak sesak lah.

Hari ni pon dah ramai yang mula pulang ke kampung. Berhati² di jalan raya. Rancang perjalanan anda. Selamat pulang ke kampung halaman. Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Aku pon balik kampung gak, balik Kampung Pandan...dekat kan...ekekekekekeke....



Smalam aku and hubby cuti. Haruslah cuti berdua kan. Nak beli barang² buat kuih dan barang² dapur yang dah habis. Semalam jugak buat wiring...

Bukan Shopping Complex jer sesak, Kedai BAKERY pon sesak jugak


Smalam aku and hubby cuti. Haruslah cuti berdua kan. Nak beli barang² buat kuih dan barang² dapur yang dah habis. Semalam jugak buat wiring kat umah tu. Tambah kipas kat ruang makan...tak der lah berpeluh masa makan kan, pasang lampu kat pintu masuk utama, pasang lampu kat bilik ketiga dan bilik utama a.k.a bilik beradu kitorang. Bayangkanlah...dah nak masuk 2 tahun duduk umah tu, baru ni nak pasang lampu bilik...ekekekeke...pastu pasang kipas kat bilik iman. Alhamdulillah...selesai semua. Lengkap dah semua bilik dengan lampu dan kipas.

Petang tu gak mengemas sket². Yerlah...habuk sana sini sebab buat wiring kan. Pastu pasang langsir baru. Yang ni hubby yg excited ^_^. Malam ni dan minggu nih nak mengemas lagi.

Ok...sambung citer beli barang buat kuih plak. Pergilah cari kedai bakery kat bangi nih. Memula jumpa kedai MAKCIK, pastu pusing² jumpa plak kedai YUMMIE ngan kedai apa ntah nama (*lupa). Ingatkan kedai YUMMIE ni kedai cina, sebab nampak cashier lelaki nih macam cina (* hubby yg cakap), masuklah kedai yg lupa nama nih. Tengok barang dalam tu macam tak menarik dan tak banyak. Ada barang yang dah nak tamat tempoh plak tu. Pergi lah kedai MAKCIK, ingatkan kedai melayu...dah nama pon MAKCIK kan. Nak lah sokong peniaga melayu kan. Sekali masuk...laaaaaa...kedai cina rupanya. Hhhhhhmmmmm...dah alang² masuk tu, beli gak lah.


Dah beli barang kat MAKCIK nih, ajak hubby singgah YUMMIE plak. Rupa-rupanya kedai melayu lah. Pengajarannya...don't judge the book by it's cover...haihhhhhh...besar kedai nih, macam² ada. 1st masuk...jakun lah sket kan. Orang dalam tu...humakaihhhh...ramai wei, agak sesak gak lah. Ingatkan shopping complex jer yg sesak, kedai bakery pon sesak gak.

Jangan tak tau, mak gi kedai siap bawak resipi noks...hover tak hover lah kan. Kata 1st time nak buat kuih, apa pon tak tau. Dari lupa barang apa yang nak beli, baik hangkut skali resipi...senang. Malam tu gak aku buat kuih. Buat bubbles rica. Tapi hampa...berderai jadinya sebab kurang coklat gamaknya. Malam nih nak sambung lagi. Nak tambah coklat bebanyak. Down gak ah malam smalam sebab kuih tak berapa jadi. Tak per lah...practice make perfect kan.

Harap² malam nih menjadi lah kuih aku tu.




Sejak bulan posa nih mood blogging ke laut china selatan sketlah. Mood yang ada skang ni adalah mencari resipi kuih raya dan kek. Tak caya...

Kuih Raya..oh! Kuih Raya...


Sejak bulan posa nih mood blogging ke laut china selatan sketlah. Mood yang ada skang ni adalah mencari resipi kuih raya dan kek. Tak caya? Silalah percaya. Gigih tak gigih lah mak cari resipi kat tenet nih noks. Hajat raya tahun ni sangat besar. Nak buat kuih raya hasil air tangan sendiri. Kuih raya dah mahal. Bagi menjimatkan ekonomi...adalah lebih baik buat sendiri. Lagi pon oven baru beli. Asyik buat bakar ayam...bakar roti, buat apa kan. Bakar kuih lah plak.

Bukan setakat kuih raya jer nak buat sendiri. Kalau boleh kerepek² tu pon nak buat sendiri. Ni idea hubby mak yer noks. Tak terfikir plak aku nka buat kepek sendiri. Aku ajak gi banting nak beli kepek raya sebab kat sana murah. Tapi hubby cadangkan nak try buat sendiri. Tunggu jer lah nanti buat ker tak. kekadang hangat² chicken sh** jer lebih...muahahahaha....

Buat masa nih kuih yang senang² jer lah yang aku nak try buat macam cornflake madu, biskut chocolate chip, biskut arab...yang susah² tu nanti dululah. Harap² menjadilah. 1st time nak bakar kuih nih.

Uols plak buat kuih ker beli kuih? Citer lah sket. Kuih apa lagi yang senang nak buat erk. Bagi idea sket.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...