Baju Muslimah Kanak-kanak
Showing posts with label Kuih Keria. Show all posts
Showing posts with label Kuih Keria. Show all posts

Dari dapur #makbanyakanak kembali lagi. Kalau minggu lepas kita buat Kuih Ketayap . Kali ni kita buat Kuih Keria plak yerp. Kuih pon dah m...

Kuih Keria Homemade plak

Dari dapur #makbanyakanak kembali lagi. Kalau minggu lepas kita buat Kuih Ketayap. Kali ni kita buat Kuih Keria plak yerp. Kuih pon dah mahal skang. Seketul 40-50 sen seketul. Jadinya baik kita buat sendiri. Pastu boleh kita meniaga kuih. Kisahnya...

Last week gi pasar malam. Nampak lah keledek ungu. Slonggok RM5.00. Ni gara² tengok si ZAZA gojes up kat blog dia lah ni. Terus aku pon terjebak. #makbanyakanak kuat makan. Asal tengok jer terus mengidam. Balik tu terus lah buat keledek rebus. Ku fikirkan luar ungu dalam nya pon ungu. Sekali kaler lain daaaa. Kempunan aku nak makan keledek ungu. Tak per lah. Kita steam lah dulu.

Ni lagi satu hal. Dah 5 tahun pakai periuk nasi tu, baru aku tau yang periuk nasi tu boleh buat untuk steam...ppfftttt...Nampak sangat ko tak belek periuk nasi tu kan. Perasan pon bila nampak penapis steam kat rak pinggan tu. Jakun jap bila tengok Japanese Sweet Potato @ keledek aku menjadi. Sedap dan manis nya lah hai. Ok...lepas ni kita main steam² jer lah...haha...


Memandangkan masih banyak lagi balance keledek, jadinya kita buat kuih keria lah. Dah lama tak makan kuih keria  nih. Senang jer rupanya nak buat kuih keria ni yerp *ayat cliche...haha...Bila dah buat baru ko tau senang kan. Gigih aku steam and lenyek keledek nih. Petang tu terus goreng buat minum petang. 

Tapi agak kecewa sket sebab kuih keria aku ni terlebih tepung kot. Tak per, practice make perfect kan. Boleh buat lagi sebab keledek ada lagi tu. Berangin jer badan aku makan keledek banyak sangat. cissss...Aku pon bedal tak hingat sebab sedap dan manis wei.

Note: Tak sabar nak join kelas pastry ☺☺



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...