AFB Feeds

Showing posts with label Kiwi. Show all posts
Showing posts with label Kiwi. Show all posts

Finally...cabaran Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge sudah sampai ke penghujungnya. Maca...

Puding Roti Kiwi dengan Sos Castard: DAY 14

Finally...cabaran Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge sudah sampai ke penghujungnya. Macam tak percaya jer saya dapat menghabiskan tugasan dengan jayanya. Memang agak mencabar juga sebenarnya tapi seronok sebab dapat mempelbagaikan masakan berasaskan buah kiwi. Kalau sebelum ni kita makan buah kiwi macam tu jer. Tapi sebenarnya ianya juga sesuai dalam masakan harian kita.

Selama 14 hari berturut2 saya makan buah kiwi ni, memang saya dapat rasakan perbezaannya. Terutama sekali dari segi penghadaman. Seperti yang kita tahu, kiwi kaya dengan vitamin C dan serat yang membantu melancarkan sistem penghadaman. Kalau uols ada masalah sembelit, memang disarankan makan buah kiwi.

Selain dari itu, sistem imun saya dan anak2 bertambah baik. Kalau kena selsema, memang capat keringnya. Tak berlarutan pon. Sebab kiwi juga membantunmeningkatkan sistem imun, memperbaiki kerosakan sel dan masalah jantung. Betapa banyaknya khasiat buah kiwi ni kan.

Ok...untuk cabaran terakhir ni sepatutnya saya buat kek, tapi kek tak menjadi...huhuhu...jadinys saya buat Puding Roti Kiwi bersama sos Castard. Sedap tau :-)



Bahan2 yang diperlukan:

*3 cawan susu (Fresh milk)
*3/4 brown sugar
*2 biji telur
8 keping roti
Kismis/choc chip
Zespri® kiwi

Campur semua bahan bertanda * dan rendam roti dalam tu selama 20 minit. Dah kembang, letak dlm loyang pembakar. Sapukan mentega keliling loyang supaya tak melekat. Taburkan kismis dan juga buah kiwi. Bakar pada suhu 160'c selama 30 minit atau sehigga kekuningan.

Untuk sos castard:

2 cawan susu cair (saya pakai fresh milk)
1 cawan gula (klo suka manis blh tambahkan gula)
2 sudu tepung castard

Kacau sampai sos likat dan pekat.

Senang jer kan. Cuba tau. Di jamin sedap :-)

posted from Bloggeroid

Finally...cabaran Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge sudah sampai ke penghujungnya. Maca...

Puding Roti Kiwi dengan Sos Castard: DAY 14

Finally...cabaran Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge sudah sampai ke penghujungnya. Macam tak percaya jer saya dapat menghabiskan tugasan dengan jayanya. Memang agak mencabar juga sebenarnya tapi seronok sebab dapat mempelbagaikan masakan berasaskan buah kiwi. Kalau sebelum ni kita makan buah kiwi macam tu jer. Tapi sebenarnya ianya juga sesuai dalam masakan harian kita.

Selama 14 hari berturut2 saya makan buah kiwi ni, memang saya dapat rasakan perbezaannya. Terutama sekali dari segi penghadaman. Seperti yang kita tahu, kiwi kaya dengan vitamin C dan serat yang membantu melancarkan sistem penghadaman. Kalau uols ada masalah sembelit, memang disarankan makan buah kiwi.

Selain dari itu, sistem imun saya dan anak2 bertambah baik. Kalau kena selsema, memang capat keringnya. Tak berlarutan pon. Sebab kiwi juga membantunmeningkatkan sistem imun, memperbaiki kerosakan sel dan masalah jantung. Betapa banyaknya khasiat buah kiwi ni kan.

Ok...untuk cabaran terakhir ni sepatutnya saya buat kek, tapi kek tak menjadi...huhuhu...jadinys saya buat Puding Roti Kiwi bersama sos Castard. Sedap tau :-)



Bahan2 yang diperlukan:

*3 cawan susu (Fresh milk)
*3/4 brown sugar
*2 biji telur
8 keping roti
Kismis/choc chip
Zespri® kiwi

Campur semua bahan bertanda * dan rendam roti dalam tu selama 20 minit. Dah kembang, letak dlm loyang pembakar. Sapukan mentega keliling loyang supaya tak melekat. Taburkan kismis dan juga buah kiwi. Bakar pada suhu 160'c selama 30 minit atau sehigga kekuningan.

Untuk sos castard:

2 cawan susu cair (saya pakai fresh milk)
1 cawan gula (klo suka manis blh tambahkan gula)
2 sudu tepung castard

Kacau sampai sos likat dan pekat.

Senang jer kan. Cuba tau. Di jamin sedap :-)

posted from Bloggeroid

Sabar jer lah uols. Berderet2 entry pasal kiwi jer kan. Tak per, cabaran pon nak habis dah. Intern...

Sambal Sardin Kiwi: DAY 11

Sabar jer lah uols. Berderet2 entry pasal kiwi jer kan. Tak per, cabaran pon nak habis dah. Internet masih problem. Stress mak noks. Bloggeroid sgt membantu. Tapi entry tak centre. Tak reti plak tu nak buat link....haishhhhh...ok berbalik kepada cabaran kiwi. Kita masak sardin jer lah.



Apa??? Sambal sardin letak kiwi? Haipppp...belum cuba belum tahu. Sedap tau. Cuba lah. Haa!! Nak resipi? Tumis jer bawang besar, bawang putih. Letak cili boh. Bila cili dah masak, letak sardin. Kacau2 pastu letak cili merah dan juga zespri kiwi. Tutup api...siap. Cara makan...erk...mkn pon nak kena ajar ker...hehehe...Makan ngan nasi panas2. Perghhhhh...sedap :-)

Boleh ikuti cabaran kiwi dan resipi berasaskan kiwi saya di entry sebelum ni. Sorry sangat2. Tak tau nak buat link. Search jer dekat label Zespri's 14 day Scoop of Amazing Challenge tu yer.
posted from Bloggeroid

Sarapan sihat dipagi hari bersama Quaker Oats with kiwi untuk cabaran hari ke 10. Seperti yg ki...

Quaker Oats with Kiwi - DAY 10

Sarapan sihat dipagi hari bersama Quaker Oats with kiwi untuk cabaran hari ke 10.



Seperti yg kita tahu, pengambilan oat setiap hari boleh membantu mengurangkan kolestrol. Di tambah plak dgn buah kiwi. Berganda2 lah khasiatnya kan. Sebab serat yg terdapat dalam buah kiwi membantu tubuh sentiasa dalam keadaan hidrat dan folat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan sel baru.
posted from Bloggeroid

Bersambung lagi untuk cabaran Zespri's. 9 hari sudah. Sampai dah pening nak masak apa. Tetiba te...

Puding Santan Kiwi: DAY 9

Bersambung lagi untuk cabaran Zespri's. 9 hari sudah. Sampai dah pening nak masak apa. Tetiba terfikir nak buat puding. Kita olah sikit resipi. Dan ini hasilnya.



Abaikanlah food presentation itu. Memang saya tak mahir nak menghias bagai. Ala kadar jerlah. Antara bahan-bahannya:

1 peket agar2 bertali
11/5 cawan gula
3 helai daun pandan (di blend)
3 cawan air
1 biji telur
Garam
3 cawan santan
Zespri® kiwi

Panaskan air dalam periuk. Masukkan agar2 bertali dan juga gula. Kacau sampai bahan2 sebati/hancur. Dalam bekas lain, pukul telur dgn santan. Pastu masukkan air daun pandan dan juga santan. Letak secubit garam dan sedikit pewarna hijau.

Sejukkan dalam bekas dan letak hirisan buah kiwi. Senang kan.

posted from Bloggeroid

Bertemu kita dalam Zespi's 14-day Scoop of Amazing Challenge yang sudah masuk hari ke tujuh....

Colourful Fruit Salad: DAY 7


Bertemu kita dalam Zespi's 14-day Scoop of Amazing Challenge yang sudah masuk hari ke tujuh. Untuk menu kali ni sangatlah mudah dan simple jer penyediaannya. Kita buat fruit salad jer. Mudah kan.

Bahan2 yang di perlukan sudah semestinyalah buah-buahan kan. Terpulang pada anda nak pakai buah apa pon. Tapi untuk fruit salad yang saya buat ni, saya menggunakan buah zespri® kiwifruit green dan sungold, epple dan juga buah anggur. Campurkan dengan thousand island sos.



Dah siap Colourful Fruit Salad ni. Untuk hiasan *hiasanlahsgtkan, saya letak sket buah tomato. Smiley lah kononnya...ahaks...

Untuk orang yang nak diet, sangatlah sesuai makan fruit salad ni. Nak tau tak, buah kiwi sangat baik untuk pesakit kencing manis kerana ia tidak akan meningkatkan gula dalam darah dengan cepat. Sebab kiwi mempunyai indeks glycemic (GI) yang rendah.

Untuk cabaran yang sebelumnya, boleh refer dibawah ni:


Jangan lupa juga layari website www.zespri.com.my untuk maklumat lanjut

posted from Bloggeroid

Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge sudah masuk hari yang ke enam. Memang mencabar su...

Ice Cream KIWI - DAY 6


Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge sudah masuk hari yang ke enam. Memang mencabar sungguh lah. Tapi seronok. Ok...untuk hari ni kita buat dessert lah.

Memandangkan saya pon dah lama tak buat home made Ice Cream. Jadinya malam ni kita buat eskem lah. Bahan2 pon simple jer. Cuma perlukan coffemate, fresh milk, gula dan buah kiwi jer.



Blender 2 cawan coffemate, 2 cawan susu, sedikit gula dan buah kiwi zespri@. Blend hingga larut dan sebati. Sejukkan dalam freezer lebik kurang 2 jam. Pastu blender lagi bagi tekstur tu lagi halus. Senang kan.



Inilah hasilnya. Rasa apa? Rasa eskem lah...hehehe...Nantikan resipi yang seterusnya. Cabaran masih berbaki 8 hari lagi. Jangan lupa layari www.zespri.com.my . Ada peraduan yang sedang berlangsung dan hadiahnya adalah MASholidays Package to New Zealand.


posted from Bloggeroid

Perghhhhh...tajuk sikit punya panjang. Sejak join cabaran Zespri's 14-day Scoop of Amazing Cha...

Zespri® Kiwifruit Cereal with Freshmilk for Healthy Breakfast - DAY 5


Perghhhhh...tajuk sikit punya panjang. Sejak join cabaran Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge ni, rajin plak aku memasak. Masakan siap berhias bagai...ahaks...Sebelum ni pon memang rajin memasak. Tapi untuk cabaran ni tahap kerajinan nya tu lain macam sket...hehehe...

Breakfast simple jer pagi ni. Paling senang, ringkas dan cepat. Zespri® Kiwifruit Cereal with Freshmilk. Healthy breakfast katakan.

Sebelum dituang susu
 
Selepas dituang susu

Bagi anak² makan sebelum dorang gi sekolah and nursery. 



Ibu mithali dan isteri solehah tengah bagi anak² makan. Take turn yer anak². Cepat makan cepat lah ibu gi kerja dan hantar anak² gi nursery. Hanya dengan sebiji Zespri® Kiwifruit sehari sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan vitamin C harian anda.



Tak tau nak masak apa malam ni. Jadinya kita buat menu simple jer lah. Kita buat spaghetti. Anak2...

Spaghetti Preego Zespri® - DAY 4


Tak tau nak masak apa malam ni. Jadinya kita buat menu simple jer lah. Kita buat spaghetti. Anak2 pon suka. Especially si kimi. Memang favourite dia. Kalau makan memang bertambah 2-3 kali.

Tapi untuk bahan2 sos spaghetti, saya gantikan buah tomato dengan dengan zespri® green and sungold kiwifruit. Sebab kalau masak sos ni saya suka letak buah tomato. Jadi, untuk kali nih kita ubah style lain pulak :-)

Bahan² yang diperlukan:



Rasanya semua orang dah tau macam mana nak masak spaghetti kan. Jadi tak perlu lah saya nak ajar macam mana nak masak...aci tak...Saya letak cili api sebab nak bagi rasa pedas, masam dan manis. Tapi tak banyak pon sebab anak2 nak makan kan. Bahan2 tu semua ditumbuk. Sedap sket rasa :-)


Tadaaaaa...Siap ada smiley lagi tu. Nampak sedap kan. Tapi memang sedap pon. Cubalah sendiri kalau nak tahu macam mana rasanya.

Sememangnya buah kiwi mempunyai banyak khasiat dan baik untuk sistem dalaman tubuh. Harganya memang agak mahal tapi setanding dengan khasiatnya yang banyak kan. Memang tak rugi beli :-)

posted from Bloggeroid

MURTABAK MAGGI KARI BERPERISA KIWI Untuk cabaran hari yang ke 3 ni, saya buat Murtabak Maggi K...

Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge: DAY 3

MURTABAK MAGGI KARI BERPERISA KIWI

Untuk cabaran hari yang ke 3 ni, saya buat Murtabak Maggi Kari. Buat minum petang. Sebenarnya ini kali pertama saya buat murtabak maggi. Sebelum ni memang tak pernah buat. Risau juga kalau tak menjadi kan.

Macam biasa, saya campurkan dengan zespri's kiwi green dan sungold. Alhamdulillah, menjadi murtabaknya even baru pertama kali mencuba.



Inilah hasilnya :-). Murtabak Maggi Kari berperisa KIWI. Kalau nak tau rasanya macam mana, uols kena cuba dulu. Rasanya memang tak mengecewakan. Percayalah...cewahhhhh...:-)



Antara bahan2 yang diperlukan. Rebus maggi. Saya pakai sebungkus jer. Tumis bawang merah, bawang putih. Dah kekuningan masukkan cili boh 1 sudu. Masukkan daging cincang. Sementara tunggu bahan gorengan masak. Pukul telur dan campurkan bersama serbuk kari maggi tu. Campurkan maggi, bahan gorengan, sedikit daun sup dan juga buah kiwi tadi kedalam telur yg dah dipukul. Gaul sebati bahan2 tadi. Pastu gorenglah. Padat2 kan maggi tu sampai masak. Senang jer nak buat :-)

Selain kaya serat dan vitamin C, kiwi juga membantu memudahla sistem usus dan mengelakkan masalah sembelit. Haaa...kalau uols ada masalah sukar membuangm, bolehlah amalkan pemakanan buah kiwi ni.
Nantikan cabaran, khasiat dan menu saya yang seterusnya yer :-)



posted from Bloggeroid

LEBIH SEDAP DIMAKAN BEGITU SAJA Kami dan kiwi memang tak dapat di pisahkan...cewahhhh...sebab i...

Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge: DAY 1


LEBIH SEDAP DIMAKAN BEGITU SAJA

Kami dan kiwi memang tak dapat di pisahkan...cewahhhh...sebab ianya kegemaran kami anak beranak. Bila di beri peluang untuk menyahut cabaran ni. Memang saya tak teragak² untuk menerimanya. Rasa tak sabar sebab banyak menu yang bermain² di minda ni.

Ok...saya nak bercerita serba sedikit tentang sejarah Zespri ®. Zespri ® adalah pengeluar utama kiwi New Zealand ke sseluruh dunia. Zespri ® International Limited adalah pemasar terbesar di dunia buah kiwi, menjual buah kiwi di lebih daripada 60 buah negara. Jenama Zespri ® menetapkan tanda aras bagi kecemerlangan dijamin dan buah kiwi semulajadi lazat.

Untuk cabaran ni. Saya di beri 2 jenis buah kiwi jenama Zespri ®. Zespri® Green Kiwifruit dan juga Zespri® SunGold Kiwifruit.

Anak² menikmati kesedapan buah Zespri® Kiwifruit

Zespri® Green Kiwifruit, ianya mempunyai kombinasi rasa manis dan masam. Rasanya lebih asli dan menyegarkan gitew. Berbentuk bujur dengan kulit kabur. Untuk Zespri® SunGold Kiwifruit, ianya berwarna kuning keemasan, sedikit jiucy dan yang menarik, buah kiwi ini lebih besar dengan tekstur yang halus di dalam kulit yang licin. Memang kedua² perisa Zespri® Kiwifruit ini adalah sangat sedap.


Terpulang pada anda nak makan macam mana. Cara makan pon nak ajar ker...hehehe...gurau jer. Ada sudu khas di sediakan. Senang jer pakai sudu ni. 

Ada tips yang saya nak kongsikan dengan anda. Kalau anda beli buah kiwi dan ianya masih keras atau belum masak sepenuhnya, Zespri ® Kiwi Hijau boleh masak lebih cepat dengan menyimpannya dengan epal atau pisang dalam beg dan meletakkan ia pada suhu bilik untuk beberapa hari. ini kerana gas yang terhasil pada epal dan pisang itu akan membantu mempercepatkan lagi proses kematangan buah kiwi.

Nantikan Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge yang seterusnya. Ada resipi menarik berasaskan kiwi menanti anda. Saya juga akan kongsikan khasiat² yang terdapat dalam Zespri® Green Kiwifruit dan Zespri® SunGold Kiwifruit. Ini baru 1st day. Ada 13 hari lagi. Jangan lupa ikuti cabaran saya ini di:


Jangan lupa juga layari website http://www.zespri.com.my untuk maklumat lanjut

Note: Wish me luck uols ☺


Semalam aku ke Edelman Office. Untuk briefing pasal Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge...

Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge - Briefing @ Edelman Office


Semalam aku ke Edelman Office. Untuk briefing pasal Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge ni lah. Unexpected sebab terpilih sebagai salah seorang blogger untuk join challenge ni. Thanks Farah Hayati for choosing me. 1st time uols. Excited sket...hehehe...


Dalam cabaran ni, misi yang aku kena buat adalah mengamalkan pemakanan buah kiwi Zespri selama 14 hari berturut² dan rasakan perbezaannya. Haaaaa...hamik ko. Berlaukkan kiwi jer lah 14 hari ni. Terpulang macam mana kita kita nak makan buah tu. Letak dalam masakan ker, buat fruit salad ker. Terpulang pada creativity masing². Dah macam² menu dalam kepala ni ^_^. Resipi ada diberikan. Nak follow boleh, tak follow pon tak per. Cabarannya bermula hari ini.


Lulu from Edelman tengah bagi briefing. Antara blogger yang turu telibat, Ainul dan lagi sorang tu  aku lupa. Sorry bro ☺


Me and my blogger friend LIZ. Aku gi ngan liz smalam. Pertemuan buat kali yang kedua.


Goodies bag yang penuh dengan buah kiwi. Lenguh tangan aku membawanya. Berat wei. Tu stok untuk 7 hari. Untuk another 7 days dorang akan pos...yeehhaaaa...

hover ko kan jemah...ahaks...

Ok...puan punya blog akan mulakan cabaran Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge bermula hari ini. Ni baru entry pemanas. Nantikan cabaran hari pertama sebentar lagi.

Note: Lately rasa macam diri ni over expose kat blog...hehehe...fedulik lah kan ☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks