AFB Feeds

Showing posts with label Kids. Show all posts
Showing posts with label Kids. Show all posts

Salam pagi selasa. Ya! allah....menjadi² kemalasan aku nak update blog lately...apakah??? Last week...

Jaga Dia Untukku!!!

Salam pagi selasa. Ya! allah....menjadi² kemalasan aku nak update blog lately...apakah??? Last week line tenet ada problem kat office ni. Fiber Optic cable broken. Apa pon tak boleh. Dengan machine photostat tak boleh pakai. Nak print lagi lah tak boleh kan. Wifi plak kejap on and off. Memang sangap wei last week. Errkkk...panjang plak mukadimahnya. Luahan perasaan gittew.


Tuhanku Kamu tolonglah 
Hantarkan kepadanya 
Malaikat tuk jaganya 
Bila ku tiada 

NI sebenarnya tengah dalam kerisauan. Jasad jer kat office, tapi hati, minda dan perasaan tertinggal kat umah tu. Terkenangkan si anak. The one and only princess...Qahirah yang tengah demam. Harini dah masuk hari kedua. Malam smalam badan dah start dedar². Pukul 4 pagi smalam bawak gi klinik bila badan masih panas. Temperature dah 49. Dr risau takut kena tarik. Terus masuk ubat vontot.

Panas still on and off. Yang hairannya...pagi sampai tengah hari dah ok...aktif macam biasa. Masuk petang dah start mengerekot kesejukan dan dedar². Malam plak panas badan pon datang. Semalam si ibu dah amik Emergency Leave. Harini turn si abah plak. Kalau esok tak kebah juga, bergilir² lah cuti jawabnya. 

Risau betul lah kalau anak demam nih. Kalau demam biasa tak per. Takut demam lain jer...nauzubillahiminzalik....Doa ibu semoga kakak cepat sembuh.

Note: Nasib lah cuti ada berbaki lagi.

Happy muka bebudak ni dapat ber canoe kat tengah² tasik tu.  Aktiviti weekend haritu. Kebetul...

Taman Tasik Shah Alam | Jom Berkayak

Happy muka bebudak ni dapat ber canoe kat tengah² tasik tu. 

Aktiviti weekend haritu. Kebetulan ada wedding kat Shah Alam. Sebelum tu en somi ada bagitau yang dia nak berkayak sebab dah lama tak buat aktiviti ni. Masa bujang dulu berkayak kat UIA. Tapi bila balik gombak tak der plak dia singgah UIA gi berkayak...ppffttt...Pastu dapat tau yang kat Taman Tasik Shah Alam ada aktiviti ni, apalagi kan. Bawak baju spare lah aku sebab dari wedding tu pakai baju kurung. Takkan ko nak gi tasik dengan berbaju kurung khenn. 

Abam sado 

Memula en somi sorang yang berkayak. Nak berkayak beduet sambil fefeeling bercinta ditengah tasik tak boleh. Sapa nak jaga #ImanQahirahQhalif? Aku pon tak tau yang dia dah berkayak. Tetiba call masuk soh toleh kat tasik tu. Anak² plak tengah main kat playground. Bila nampak abahnya apalagi, memanggil² dari tepi tasik. Dah macam si abah baru balik belayar plak...ekekeke...


Lepas dah berkayak secara solo, di ajaknya Iman Hakimi ber canoe. Tapi anak bujang ni tak nak. Takut katanya. Qahirah plak yang over excited nak naik. Memang aku salute ngan anak dara ni sebab berani. Be canoe lah dua beranak nih. Si abahnya ajak lagi Iman Hakimi. Dek kerana tercabar dengan keberanian si adik, si abang sahut cabaran. Dia gi sendiri kat kaunter, bayar and pakai life jacket. Si abah tunggu kat jeti *jeti lah kan. 


Ber canoe anak beranak di tengah² tasik sambil tengok burung. Memang tempat persinggahan burung kot kat situ sebab banyak burung. Macam burung flamingo.


Sementara abah, abang Kimi and Kakak Qahirah ber canoe, kita wefie dulu. Sian qhalif tak dapat naik skali. Merajuk dia nak naik jugak. Nasib tak berguling² kat situ. Bawah umur lah dik. Nanti kita naik cruise boat yerp.


Kat situ bukan ada kayak ngan canoe jer, ada macam² lagi. Macam dalam gambar ni. Memang best. Kalau ada rezeki ke sini lagi, nak try berkayak. Tapi kena berduet lah. Sesorang memang aku tak berani. Kalau uolls tak der aktiviti weekend ni, bley terjah Taman Tasik Shah Alam dan join aktiviti yang dikendalikan oleh [Antan Batura Watersports] nih. Harga pon rasanya masih berpatutan.

Sekadar peringantan. Kalau nak berkayak atau ber canoe, jangan lupan bawak baju/seluar lebih. Takut lencun plak nanti. Kalau dah expert tak per kot. Kalau baru 1st time main, better bawak ☺

Note: Tengah risau. Deman qhalif dtg balik petang smalam :-(



Assalamua'alaikum Rasa macam dah lama jer tak update. Padahal baru 2 hari. Bila mood bl...

AL..EL..MC | Lumrah Ibu Bekerja


Assalamua'alaikum

Rasa macam dah lama jer tak update. Padahal baru 2 hari. Bila mood blogging up and down. Macam ni lah. Ok...sambung citer. Nak citer pasal cuti ni ha. Semalam terpaksa amik Emergency Leave bila Qhalif tak sihat. Start dari isnin tu badan dia dedar. Lunch time terpaksa balik sebab pengasuh cakap badan dia still dedar. 

Ni lah masalah bila demam on and off. Malam semalam badan dia kembali panas. Tidur pon tak lena. Si ibu apatah lagi kan. Bila anak tak sihat memang ko nak tidur pon tak tenteram. Mengempeng jer lah kerjanya. Nak hantar nursery memang tak sampai hati. Kejam plak rasa sebab anak demam still nak hantar nursery. 

Bila dah jadi ibu yang bekerja ni, banyak benda yang unexpected...yerlah, bila anak demam tiba², takkan nak gi keja gak kan, sanggup ker hantar anak kat nursery lagi bila temperature anak dah cecah 38-40'c...Emergency Leave lah kesudahannya, klo demam anak tak kebah 2-3 hari, 2-3 hari gaklah si ibu ni EL. 

Teringat masa anak² kena Chickenpox. Memula kimi kena. Baik jer si abang, adik² plak kena secara berjemaah. Cuti plak tinggal nyawa² ikan. Nasib lah dapat doctor yang prihatin. Anak yang kena Chickenpox, ibu yang dapat MC. Tapi berapa hari jer yang dapat. Selebihnya kena apply Annual Leave lah. Tapi tu tahun 2013. Skang kalau anak kena CP memang susah doctor nak bagi MC kat si ibu. Ikut pada budi bicara doctor jugak kot. 

Inilah lumrah ibu bekerja, AL..EL..MC..memang takkan terpisah. Lain lah kalau kita ni ada kuasa yang buat kita boleh tau bila anak kita nak sakit. Boleh apply cuti siap² kan. Tapi kuasa tu hanya ada padaNYA. Bukan apa, ada bos² yang jenis tak reti bahasa dan pertikaikan bila kita ni EL sebab nak jaga anak sakit. 

Note: Kejap jer dah khamis.


Macam kena plak statement tu kan. Mengaku jerlah yang uolls pon suka kalau anak² tak der kerja ...

Cuti Sekolah VS Kerja Sekolah


Macam kena plak statement tu kan. Mengaku jerlah yang uolls pon suka kalau anak² tak der kerja sekolah kan. Aku mengaku...hahaha...Tak yah pening² kepala nak mengajar. Dah lah garang macam singa, Asyik nak memetir jer. Tengok tulisan anak tak kemas pon dah bising². Memang tak layak jadi cikgu...ekekeke...Memang aku kalau bab mengajar anak buat kerja sekolah ni agak mencabar sket. Sebab kesabaran aku selalu keluar dari landasan yang sepatutnya. 

Tapi janganlah salah tafsir yang aku tak mengajar anak langsung erkkk...Cuma part mengajar kerja sekolah ni jer. Ko tau lah subject sekolah bebudak skang. Memang advanced even baru darjah 2. Nak kena thinking outside of the box gittew. Tak macam jaman kita sekolah rendah dulu. Sian jugak tengok anak² kita sebab banyak subject yang dorang kena bawak. 10 subjects kot untuk budak darjah 2. Sedih mak nak. Sedih jugak bila terbaca berita yang MALAYSIA COROT DALAM RANKING PENDIDIKAN ANTARABANGSA.

Cuti sekolah ni memang cikgu dah bagi kerja rumah siap². Kimi pon dah cakap cikgu bagi kerja sekolah. Cikgu kata kena buat masa cuti sekolah. Amboiiii...dapat kerja sekolahnya semalam. Tapi nak tunggu cuti sekolah baru nak buat erkkk. Maka bersiap sedialah mental kita yerp. Aku pon tengah cari soalan² latihan untuk budak darjah dua. Biar ada aktiviti sikit bila cuti sekolah ni. No gadjet². 

Note: Tak ke mana² pon cuti sekolah ni. Dok umah jer :-(

Google image Luahan anak bujang Iman Hakimi masa amik dia balik sekolah hari rabu tu. Katanya ...

'Ibu...Gigi Kita Sakit Sangat!!!'


Luahan anak bujang Iman Hakimi masa amik dia balik sekolah hari rabu tu. Katanya dia nangis dalam kelas sebab tak tahan sakit. Alahaiiii...syahdu plak ibu ko ni dengar. Cikgu soh dia rehat katanya. Dah lah tengah ujian. Jawab ujian dalam kesakitan kot. Memang tak banyak cakap sangat lah dalam keta. 

Sampai tumah mengadu lagi sakit gigi. Sakit sangat. Pastu kata rasa macam nak demam. Memang rasa dedar skit badan dia. Gigi geraham plak tu yang sakit. Memang nampak bengkak gusi dia tu. Aku yang sakit gigi pon tak tertahan ini kan budak 8 tahun. Makan pon tak nak. Terbaring jer lah dia sampai tertidur. Tunggu En. bos balik. Tapi tu lah, mana ada klinik gigi yang bukak memalam kan.

Disebabkan kimi demam penangan sakit gigi, pergi jugak lah klinik biasa. Minta ubat tahan sakit skali. Doctor tu cakap tak boleh cabut time gusi tengah bengkak. Tak per lah....kita tunggu keesokan nya. 

Tu yang semalam Emergency Leave. Bawak kimi cabut gigi even gusi tu still nampak bengkak lagi. Tapi bila bawak gi dentist, boleh jer cabut. Lagi pon gigi geraham dia dah goyang. Dentist cakap punca sakit berdenyut tu sebab akar dalam tu dah berlubang and hitam. Tu yang sakit. Nak tayang gigi tu kang ada yang geli plak...hehehe...Bergenang gak lah air mata jantan dia tu. Banyak gak gigi susu yang dah mula goyang. Tunggu masa nak roboh jer tu.

Note: Berani gak kimi gi dentist. Ibu dia ni? Masih penakut tahap langit ketujuh. 



Asal nampak jer berlari² nak naik. Asal nak naik jer mesti escalator...hahaha...Extra attention kal...

Pantang nampak ESCALATOR!!!!

Asal nampak jer berlari² nak naik. Asal nak naik jer mesti escalator...hahaha...Extra attention kalau gi shopping mall ngan anak soleh ni:


Pantang nampak escalator ko. Macam dapat menan happynya. Anak uolls macam ni tak? Suka naik escalator? Nak naik sendiri hokay. Tak nak dipegang. Lagak macam dah beso sangat. Kita ni risau jer. 

Haritu masa gi IOI City Mall, Putrajaya, boleh plak ada aksi adegan kejar mengejar. Si adik biasalah, nampak si kakak berlari, dia pon berlari jugak. Si kakak plak berlari tuju kat escalator. Aku apa lagi, dah terjerit² panggil bebudak tu. Pedulik lah dengan orang khenn. Panggil pon tak jalan. Sonok sangat berlari dalam tu. Kawasan luas. Nih dah macam nak ajak aku berlari sekali nih!!!!

Sebelum anak soleh qhalif tu naik escalator dan sebelum apa² jadi, baik aku sambar dia dulu. Pecut 100 meter dengan wedges dalam IOI City Mall tu. Geram jangan cakap lah. Kecik besar...kecik besar jer aku nengok. Geram dengan si kakak jugak. 

Rasa macam nak pakaikan safety harness kids tu jer. Dah lah jalan tak nak orang pegang. Pastu berlari². Kalau nampak escalator tu memang kena bersiap sedialah ko. Budak ni memang sekejapan jer. Baru naik escalator nak naik lagi escalator. Kemaruk escalator gamaknya.

Note: Ragam anak² yang 'unsangkarable'. Bley pitam dibuatnya.


Phewwwww...busy tak hingat pepagi nih. Penat rasanya. Ok lah...meh sambung citer. Dah lama tak buat...

Bila SEL² SEDANG BERHUBUNG | Part 6

Phewwwww...busy tak hingat pepagi nih. Penat rasanya. Ok lah...meh sambung citer. Dah lama tak buat enrty ni. Last buat masa September haritu kot. Jadinya...mari kita sambung.


Alahaiiii anak. Di suruh minum, habis di curah nya susu tu ke lantai. Anggaplah bila sel² sedang berhubung. Dengan stokin sebelah lain. Mulut comot sebab baru lepas makan kek. Nak marah pon tak jadi sebab muka tu nampak naughty tapi comel. Kalau marah pon bukan air tu boleh masuk dalam cawan balik kan. Jadinya kita mop jer lah susu yang tumpah tu.


Buka freezer, sekali....Erkkk...mana datang lori sesat dalam ni? Tak lain tak bukan ni kerja si ustaz Iman Qhalif lah ni. Sebab dia jer yang suka main bukak tutup freezer tu. Semalam di letaknya bola dalam freezer ni...ppfftttt...Makin membesar nih dah makin banyak akal. 


Note: Kejap jer dah bulan december. Nak masuk hujung tahun dah kita. Pantas betul masa berlalu.

Ini lah masalah ibu² dan juga bapa² bila nak makan kat luar kan. Aku juga tak terkecuali. Kekadang ...

Bila Makan Di Kedai Makan/Restoran | Tips bagi Anak Duduk Diam

Ini lah masalah ibu² dan juga bapa² bila nak makan kat luar kan. Aku juga tak terkecuali. Kekadang fikir 44 kali…ok tipu. Fikir 3 kali jer…hahaha…sama ada nak makan kat luar ker, nak tapau/bungkus atau nak makan kat rumah? Kan 3 kali fikir tu…ngeeee…Nak² bila ada anak yang sedang nak membesar dan tengah lasak macam Ustaz Iman Qhalif tu. Menguji ketabahan dan kesabaran si ibu dan jugak abah nya. Tak terkecuali si abang bila si ibu dah tak larat nak handle si anak active. Apalagi…kita gunakan tenaga kerahan anak sulung lah yerp…hehehe…Bertabahlah anak sulung diluar sana.

Gaya..mutu..keunggulan. Budak anti sosial. Sekali 2 kerusi ko konker yer dik

Aku juga tak terkecuali bagi gajet kat anak². Tapi masalah nya gadjet ada satu. Anak nya ada 3. #makbanyakanak katakana. Acaner tu? Tak ke berebut² dibuatnya. Bagi lah plak samseng TAB yang dah mula ‘hang’. Macam nak suruh tukar baru jer…kahkahkah. Ok dah melencong plak. Sambung…Jadinya si abang terpaksa lah mengalah dengan adik². Sian anak sulung kan. Bagi dorang gajet pon sebab nak suruh duduk diam. Tak merayap sana sini. Macam dah tak der terknik lain dah bagi anak dok dediam kan. Ipad ngan samseng TAB jugak yang di umpannya…ppffttt…

Tapi dok diam pon sekejap jer lah. Especially siapa lagi kalau bukan Ustaz Qhalif tu. Skang ni dah tak takut kucing. Pantang Nampak kucing dah. Kucing takut dia skang nih. Asal nampak kucing jer kejar. Asal kejar jer mesti kucing berlari…erk…hehe… Pastu pantang nampak tangga. Iyerlah…dalam rumah tak der tangga. Dok apartment pon berkurung jer dalam rumah. Tu yang asal nampak tangga kat kedai nak main. Lagi satu hal, asal nampak jalan nak berlari. Sikit² dia jalan. Sambil jalan sambil jeling. Ibu perati jer ko dik. Sebelum ko berlari kat tengah jalan ibu dah bersiap sedia. Nangis Usain Bolt kalau tengok ibu berlari laju dari dia…ekekeke…

Erkkkk…ni nak citer pasal anak ker pasal tips nih? Macam dah lari topic plak. Bila citer pasal anak memang panjang mukadimah nya. Ok lah. Boleh cuba tips nih. Aku pon nak cuba jugak. No more gajet di kedai makan.

1) Restoran Pilihan

Restoran pilihan anda adalah restoran yang mesra anak² di mana anak anda bebas untuk bergerak ke sana dan boleh bermain dengan permainan yang dibawanya. Jangan sekali-kali makan di kedai tepi jalan kerana ia sangat merbahaya

Agak susah juga nak cari restoran mesra kanak² nih. Fast food restaurant banyak lah kot. Kena suggest kat pengusaha restoran lah soh letak signage ‘RESTORAN MESRA KANAK²/BAYI’ atau pon directory ‘RESTORAN MESRA KANAK²/BAYI’. Senang sket goggle kan. Terus kluar senarai. Tinggi harapan #makbanyakanak ni kan. Kiranya munasabah jugak apa cadangan aku nih.

2. Mainan Dan Buku

Bawalah mainan atau buku kesukaan anak anda. Sedikit sebanyak ia dapat membantu anda untuk ‘melekatkan’ anak anda ketika anda sedang menikmati makan malam.

Boleh try nih. Kena siap kan satu bag khas yang ada mainan, buku dan juga buku kaler² ngan kaler skali. Macam si kimi skang suka baca komik. Hurmmmm…mari kita cuba.

3. Snek Ringan

Untuk mengelakkan menuggu makanan yang dipesan terlalu lama, anda bawalah makanan snek (yang baik dan berkhasiat) kerana dikhuatiri anak anda akan mengamuk kerana lapar

Bawak cereal boleh lah kot. Biskut feveret anak² ker kan. Buah potong pon boleh lah jugak nih.

4. Raikan

Jadikan makan luar anda sesuatu yang menarik anak anda. Jika sebelum ini anda larang anak anda makan aiskrim, cuba berikan keizinan untuknya merasa aiskrim. Pasti dia suka dan duduk diam menikmati kelazatan aiskrim. Jadikan ia sebagai ganjaran untuk anak anda. Katakan padanya, jika anda jadi budak yang baik, anda akan bawanya sekali lagi ke restoran itu untuk makan aiskrim

Kalau bagi eskem kat anak², kena bawak baju lebih nih. Macam qhalif kalau makan dah sah² lah banyak tumpah ke baju dari yang masuk mulut kan. Tapi aku tak pernah lah larang anak² makan eskem. Cuma tak boleh lah hari².

5. Haramkan Gadjet

Gadjet tidak dibenarkan dibawa bersama ketika makan. Jadikan makan bersama ini sebagai aktiviti kekeluargaan. Gadjet hanya menjadikan ahli keluarga diam dan kurang berkomunikasi


Ada berani ker...hehehe...Peringatan buat diri sendiri juga. Situasi yang banyak kita lihat di mana² saja. Bukan kat kedai makan jer. Yang ni memang patut diharamkan masa makan. Skang pon aku jarang bawak HP gi kedai makan/restoran. Tinggal kat dalam keta jer. Kalau bawak pon cuma untuk amik gambar makanan…hahaha…pastu simpan balik.

Terima kasih pada SirapLimau.com sebab kongsikan tips yang berguna nih. Banyak parenting tips dalam website SirapLimau ni. Sila lah terjah. 

Note: Nak start survey harga tadika. Tahun depan qahiran nak di tadika kan...hehehe... 




Boleh dikatakan hari² kena pau. Asal gi kedai jer kena pau, Asal kena pau jer mesti time gi kedai.....

Kena 'PAU'!!!

Boleh dikatakan hari² kena pau. Asal gi kedai jer kena pau, Asal kena pau jer mesti time gi kedai...ppffttt...


#makbanyakanak ni lah yang kena pau ngan anak² nih. Bukan budak skolah jer kena pau tau. Mak budak pon kena jugak yerp. Nasiblah ibu ko ni hati tisu. Tak sampai hati tengok muka sedih anak². Tapi ada limit jugak erk. Amik barang bawah seringgit. Kalau tak nak, Jom balik!!

Kalau ngan apak ko memang tak dapat lah. Ikut mood jugak. Tapi kalau dengan ibu memang sentiasa dapat. Ntah lah, kalau gaduh ngan anak² siap cakap 'gi kedai jangan minta apa², ibu tak nak beli dah'...majuk lah tu kan. Tapi haremmmm...beli jugak....dah lupa ayat majuk aku tu...hahaha...poyo jer ibu ko ni kan. 

Paham² lah bebudak kalau gi kedai, macam dah rambang mata. Macam mak budak jugak rambang mata gi pasar bila tengok barang basah cantik² dan segar², especially sayur. Beli pastu buat harta pusaka dalam freezer sampai layu sayur tu. Alasan....lupa...hahaha...aku lettew. Sila jangan tiru. Sambung citer balik...

Anak²...kalau gi kedai suma benda nak amik, Air kotak tak nak, nak air vitagen, solivite, yakult dan yang sewaktu dengannya. Biskut, keropok, cereal lagi, roti coklat, eskem, stationary pon masuk skali...erkkkk...over plak anak² dari ibu erk. Tapi tak der lah aku ikut sangat kehendak dorang. Beli yang perlu jer. 

Kalau gi kedai tanpa anak², memang apa yang ko beli akan di selongkarnya. Pastu tanya 'Ibu tak beli apa² untuk kita ker?' Sentap jap ibu. Syahdu plak rasanya. Tapi bila bawa gi kedai, macam² pulak yang nak dibelinya. Serba salah #makbanyakanak ni dibuatnya. Kesimpulannya, kalau gi kedai tanpa anak², kena beli buah tangan jugak untuk dorang. Tapi kalau gi ngan anak², kena pantau harga. Amik yang murah² saja...hehehe...

Tapi alhamdulillah. ImanQahirahQhalif bukan jenis yang kalau tak dapat barang akan terbaring kat lantai guling²...no..no..no...Tak terbayang kalau dorang macam tu. Gittew lah kisahnya. Modal nya anak² bila dah tak tau nak citer apa...ekekeke...Layan jer lah.

Note: Hidung dah macam air paip. Tekak dah start sakit. Jangan lah demam. 


Boleh lupa letak tajuk plak smalam...cissss... Baru si ibu aman tenteram nak buat kerja....

Kisah Larut Malam | Bila ANAK² dah Tidur

Boleh lupa letak tajuk plak smalam...cissss...

Baru si ibu aman tenteram nak buat kerja. Nak makan pon aman dan tak tercekik sebab anak² dah tido. Kalau tak tu makan sempai tak sempat nak kunyah, terus telan sebab anak dah melalak². Yang bergaduh nya lah. Berebut² soh suap dia dulu lah. Macam mana lah ibu² tak cepat naik berat badan @ gemuk sebab tak sempat nak mengunyah 44 kali…muahahaha….

Ni tengah malam semalam punya citer. #makbanyakanak ni memang kuat makan. Ibu menyusu dada *pinjam ayat BA* katakan. Sentiasa lapar setiap masa. Kalau malas, memang menahan lapar lah ko sampai pagi. Kalau tak menahan laparnya dan tetiba rajin tahap tak hingat. Macam ni lah.

Tetiba teringin nak makan half boil egg. Tak menyempat² nak tunggu pagi ko. Tapi kan, aku selalu bermasalah kalau buat half boil egg nih. Kekadang terlebih masak sampai nak jadi telur rebus. Kekadang tak masak. Nampak sangat tak pandai budget kan...ppffttt...Tapi semalam nasib jadi. Makan ngan kicap pastu campur ngan lada sulah dan black pepper…Perghhhh…slurppp…slurppp…licin mangkuk. Kalau makan ngan anak mesti berebut² sebab dorang pon suka. Ibu makan paling sikit lah kan. Memang selalu macam tu pon situasinya. Ibu mithali kan selalu dahulukan anak². Even si ibu rasa macam nak jadi batu belah batu bertangkup sebab kempunan bila anak habiskan. Ok…dah start merapu.

Tak cukup lagi. Ada eskem dalam freezer. Kalau makan dengan anak², memang anak² akan pau ibu punya. Style aku kalau dah makan sekali tunggu next session plak. Kalau asal minta bagi memang sehari tu dah habis eskemnya. Dorang kalau makan eskem memang sekejapan jer. Tak per lah nak…makanlah eskem ni. Ibu dapat rasa sikit pon jadi lah.

Dah hentam eskem minum plak milo. Cicah roti pastu letak coco crunch lagi, Ko dah kenapa makan macam membela plak dah kan. Kalau dengan anak2 memang confirmed suap dorang jugak. Tak puas ibu nak  makan. Pengakhirannya…ESP sebagai penutup supper ku tengah malam semalam. Puas sebab dapat makan tanpa gangguan.


Lepas tu kan, belek muka anak sorang² masa dorang tengah tido. Alahaiiii…siannya. Yang sorang kepenatan sebab pagi petang sekolah. Yang anak dara tu selalu kena marah sebab drama queen sangat. Sikit² nak nangis. Yang si ustaz tu plak macam² pe’el. Ada jer kerjanya. Buat ibu asyik nak menyinga jer…haishhhhh…Penyesalan seorang ibu lepas marah anak² kan. Esok dan seterusnya marah² lagi. Korang pon macam tu jugak kan. Mengaku jer lah…hehehe…Marah² sayang.

Note: Kat office rindu kat anak². Bila balik umah bercakaran plak ngan anak²...haishhhh...



Apalah agaknya aktiviti nya kan. Meh tengok nih: Oh! my Anak. Kejadian malam senin. Abam nga...

Bila SEL² SEDANG BERHUBUNG | Part 5

Apalah agaknya aktiviti nya kan. Meh tengok nih:


Oh! my Anak. Kejadian malam senin. Abam ngan kakak dah tido. Tapi ustaz Qhalif ni buat onar. Ibu nak suap tapi dia tak nak. Merajuk tarik muka ketat sebab nak makan sendiri. Nasib lah ko comel kalau merajuk dik. Cer ibu yang merajuk. Buruk rupanya. Dengan redha bagi lah dia makan sendiri. 

Tapi bila dah makan sendiri memang banyak yang keluar lah dari yang masuk mulut. Saja nak buat main sebenarnya. Si ibu plak sibuk buat kerja lain. Sekejapan jer dah jadi macam tu. Habis dikirainya nasi² tu ke lantai. Siap dilambung² nya nasi tu. Besar kecik besar kecik jer si ibu ni tengok gelagat si anak. Siapa yang nak kemas kalau bukan ibuuuuuuu jugak kan...ppffttt...


Note: Budak dua pusar...perghhhhh...macam² kerjaannya.



Dah lama tak buat entry nih. Jom tengok apa plak aksi² mereka bila sel² sedang berhubung ☺ O...

Bila SEL² SEDANG BERHUBUNG | Part 4

Dah lama tak buat entry nih. Jom tengok apa plak aksi² mereka bila sel² sedang berhubung ☺


Ok...stress #makbanyakanak dan freezer masih belum ada kesudahannya...ppffttt...Freezer lock yang aku beli dulu memang sekejapan jer tahannya. Ntah mana pergi benda tu pon aku tak tau. Inilah aksi si ustaz Qhalif. Part time job dia adalah bukak tutup...bukak tutup...bukak tutup freezer. Aku rasa kalau freezer tu bley bercakap mau dia kata 'Matilah macam ni'...ekekeke...Aku takut tercabut jer pintu freezer tu. Nak kena cari freezer lock baru yang tahan lasak.

Aku pon tak tau apa yang bestnya bebudak ni suka bukak tutup freezer. Nak kata panas sebab penangan El-nino, tak El-nino pon mcam ni. Iyerlah umah tak der air-cond. Dapat air-cond dari freezer pon voley.  Kalau tolong mengemas barang² dalam tu tak per lah jugak. Ni kekadang dok memicit lampu dalam tu....haishhhh...


Ni lagi satu buat #makbanyakanak naik minyak. Kononya nak mengubah suai lah perabot dalam bilik dorang nih. Bagi nampak lagi luas *lahsangat. Tengah² tu letak drawer. Kiri kanan letak katil. Sekali dia buatnya tempat panjat memanjat secara berjemaah. Dari katil kiri, panjat atas drawer pastu lompat ke katil belah kanan plak...pppffttt...Korang memang suka dengar ibu ko ni terjerit² macam tarzan kan.


Note: Ada budak tu kan. Menangis pagi tadi. Sebab tak kejut dia bangun sahur. Pada hal dah kejut banyak kali. Terus merajuk. Memang budak sentap tau...haishhhh...Alhamdulillah, semalam dapat posa penuh ☺


Botak adalah lebih baik dari rambut gonjeng. Rentetan dari peristiwa KEPALA SERABUT SEBAB QH...

Macam Handsome jer...Macam Macho jer..!!!


Botak adalah lebih baik dari rambut gonjeng.


Rentetan dari peristiwa KEPALA SERABUT SEBAB QHALIF [Silalah baca klo nak tau]. Kata sepakat telah di buat...cewaaahhh ayat ko jemah. Kita motak kan terus rambut qhalif yang soleh ni. Itu pon tunggu luka² kat kepala tu kering dan sembuh dulu. Kejam lah klo ko nak botakkan time luka tak baik lagi khennn, Mau berdarah kepala budak nih.

Amacam fesyen rambut baru saya ni?? Hansome tak? Macho tak?...hehehe...Alhamdulillah, senang jer qhalif potong rambut. Elok jer duduk diam. Tak nangis pon. Macam sesuai jer qhalif yg soleh ni dengan imej botak. Ibu pon tumpang syiok gosok² kepala dia yang tajam² tu ...ahaks...

Note: End month ni nak bawa qhalif gi spital. Nak check apa masalah kulit dia ni. Lagi pon nak menghabiskan balance PM Care yang ada tu ☺☺



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks